🌼 Kuliah 14 🌼
Kampung Datuk Keramat,
Kuala Lumpur
Ogos 1975 (Malam Pertama)
Yang pertama, saya ucapkan
syukur kepada Tuhan yang telah dapat mempertemukan kita dengan dapat langsung
berhadapan muka antara satu dengan yang lain, pada ini waktu, di tempat ini.
Terutama, bagi yang saya tengok
muka-muka baru, yang baru ini kali dapat pula mengenal, atau mengamalkan
pengetahuan kami ini.
Ilmu pengetahuan ‘kami’ ini
bukan ‘saya’ punya. Saya katakan, ini saya punya, saya berikan, saya turunkan,
saya kasikan. Saya jual, atau saya apakan ilmu pengetahuan kami ini?
* * *
Saya cuba menanya tadi sebelum
kita duduk masuk ke dalam ini, kepada beberapa yang baru; bagaimana pendapat
benda kami ini, yang kami bawakan ini, dengan cara kami ini?
Dan alhamdulillah, rupanya
mendapat satu kesan yang menyenangkan, yang mengesankan bahawa memang dari kami
ini adalah lain daripada yang lain. Tidak dapat disamakan. Memang tak boleh disamakan
dengan lain-lain, kalau di bidang ilmu pengetahuan, atau kepandaian.
Akan tetapi, dapat pula kami katakan bahawa
yang saya katakana tadi memang tidak sama. Mungkin ada nampak gerak-geri orang lain
serupa, tetapi kenyataan tidak sama. Saya katakan tidak sama.
Ini ilmu pengetahuan, saya mendapatnya
dengan… ah, bagaimana saya mengatakannya? Sejarah kata berulang, ertinya
setelah melalui masa cubaan-cubaan hidup,
dan dengan segala ketabahan, dengan segala risiko, dengan segala
pengorbanan-pengorbanan yang telah berlaku. Dan bukan yang saya berikan sahaja
yang telah terjadi, dan berlaku pada badan diri saya. Maka kiranya Tuhan,
rupanya telah menganugerahkan ini ilmu pengetahuan kepada saya untuk disampaikan
kepada saudara-saudara, kepada mereka-mereka yang kiranya Tuhan mengizinkan
pula untuk dapat bahagian, kalau ada bahagian pula.
Untuk dapat mengamalkan, atau untuk dapat menerima
langsung dari kami, atau melalui orang-orang yang kami percaya atau dituakan.
Ini kawan-kawan, anak, serta saudara,
barangkali yang sebelum mengenal ilmu pengetahuan kami ini telah segala macam
menuntut ilmu, atau zikir-zikir, atau bacaan-bacaan, atau azimat-azimat, atau susuk
yang dimasukkan ke badan dengan tujuan kebal dan lain sebagainya lain
sebagainya.
Tetapi apa yang kami bawa ini, apa yang ada
pada kami ini, apa yang kami berikan ini, itu curahan Limpahan daripada-Nya
melalui badan diri kami. Kami sampaikan dan kami berikan, yang bagi kita
manusia umum namanya ialah
‘Ilmu Mengenal Diri Sendiri.’
“Kenalilah dirimu untuk dapat
mengenal Tuhan. Kenalilah dirimu untuk mengenal Tuhan.”
Bermacam-macam caranya orang mengenal diri.
Bermacam-macam jalannya orang mengenal Tuhan. Seperti pepatah mengatakan, ‘Banyak
jalan menuju ke rumah,’
Tetapi bagi kami, bagi saya, ‘Jalan Yang
Saya Mewarisi.’ Sampai kami alirkan, sampai kami bawa, atau saya bawa ke tanah
Malaysia ini, sampai ditinggalkan, sampai bertapak, sampai hidup subur di sini hamper
merata seluruh Malaysia dengan tidak banyak gempar-gempar, banyak cakap, banyak
ini… itu.
Sebagai seorang ‘hamba Allah,’ kami
berjalan. Kami member dan menerima. Iaitu kami tunjukkan jalan. Kami buka
sampai dapat merasakan sendiri. Kalau yang mahu menghalusi, sampai dapat pula
merasakan pemisahan, antara satu dengan yang lain; antara yang di luar dengan
yang di dalam, rohani dan jasmani, antara yang zahir dan yang batin.
Dan titik beratnya ilmu pengetahuan kita
ini ialah kepada yang batin; kepada yang di dalam, kepada yang ghaib.
Ini boleh dinamakan, bahawa adalah ilmu
kita ini ilmu ghaib, yang ada dalam diri sendiri tadi, yang tak pernah dikaji,
yang tak pernah menjurus pemikiran tadinya ke dalam.
Cuma orang tahu bertitik-tolak barang yang
telah ada, di barang yang telah dijadikan, barulah difikir akan keadaannya
Tuhan akan segala-galanya. Sampai banyak orang jadi gila. Sampai ada yang putus
asa, dan sebagainya dan sebagainya.
Akan tetapi kami katakan, ‘hendak mencari
yang ghaib, hendaklah dengan yang ghaib juga.’
Orang pintar, orang bijak akan mengatakan; ‘mencari
Tuhan dengan Tuhan.’ Tetapi orang tak bijak mengatakan itu perkataan salah.
Masakan mencari Tuhan dengan Tuhan?
Ingat perkataan saya ini; kalau yang dalam
akan mengatakan mencari Tuhan dengan Tuhan, bunyi kasarnya, bunyi halusnya,
dalam hal itu. Tetapi kalau secara kasarnya tak makan di akal. Itu salah.
Masakan mencari Tuhan dengan Tuhan?
Jadi kita kembali macam kita kata tadi, ‘mengenal
diri sendiri.’
Kenalilah dirimu sendiri dulu, sebelum
mengenal Tuhan.
Ertinya, bagi diri saya sendiri yang telah
melalui masa percubaan-percubaan, pengorbanan dan lain sebagainya, sampai
mendatangkan dan mendapat ini ilmu pengetahuan. Tidak ada satu manusia pun
untuk saya bertanya bagaimana ini? Macam gerak ini, terus terjadi.
Sebelum ini tidak ada pula yang punya. Cuma
tahu ada, tetapi tak punya. Saya turut ulama-ulama besar di Indonesia dan tempat-tempat lain. Saya turuti
bomoh-bomoh besar, datuk-datuk dan
segala macam. Mereka tahu tetapi tak
mempunyai.
“Memangnya betul. Dan itu benar,” katanya, “tetapi
itu kejadian ada pada zaman-zaman Rasulullah masih hidup.”
Akan tetapi bagi diri saya, dalam hal ini
saya mencari pengalaman. Saya tinggalkan pekerjaan yang lain. Dan saya mengembara
dengan ini. Sambil mempelajari dengan cara jalan pengubatan, dengan cara jalan
bermacam-macam.
Saya memperkenalkan ilmu pengetahuan ini
cara umum, perseorangan dan sebagainya, dan sebagainya. Sampai tiba masa perkembangan
orang datang untuk menuntut, untuk meminta. Saya tetap dengan automatik. Ini
sendirinya pula. Sampai pula dating masanya rencana Tuhan tadi, sampai saya
menjejak masuk ke Singapura, sampai masuk ke Malaysia ini dengan tidak ada
rencana sebagai seorang manusia biasa tadinya akan sampai, sekarang berulang-alik
ke sini.
Tiap-tiap kedatangan, sekali tiga bulan di
sini. Paling kurang empat bulan. Selalu bertambah… bertambah… bertambah juga, ertinya orang yang mengambil pengetahuan ini.
Saya selalu katakan kepada
ketua-ketua, pada orang-orang saya percayakan; ini ilmu pengetahuan tidak
berkehendak supaya dipropagandakan. Ambil pengetahuan ini, ijazah kita boleh
dapat duit. Ya, tidak?
Jangan dipropagandakan.
Kalau ada bahagian tentu, dia
dapat. Sampai sekarang juga, tetap saya katakan, dan saya tetap
saya katakan.
Di Pulau Pinang baru-baru ini,
juga di Kedah, kita tidak berkehendak untuk dipropagandakan. Kita tidak
berkehendak supaya ‘ikutlah ilmu kami ini, ilmu kami benar.’ Kita akan jalan terus,
praktik terus. Mana yang ada bahagian, tentu akan mendatangi kita, dan akan
meminta pula dengan sendirinya.
Akan tetapi itu kekuasaan dari
Yang Maha Ghaib. Tuhan juga yang akan menentukan.
* * *
Secara ilmiah saya kupaskan
sedikit ertinya mengenai ilmu mengenal diri sendiri tadi. Pada kenyataan
sekarang terjadi; kalau dapat bergerak, ertinya suatu pemisahan… suatu
pemecahan mengenai badan dan diri kita ini, bahawa adalah
kita terdiri dari hidup yang dihidupkan sampai menghasilkan yang dihidupkan...
hidup menjalankan kehidupan dan menghasilkan yang dihidupkan.
Macam ini sekarang, menghidup
yang dihidupkan.
Tetapi perjalanan yang di
dalam, kalau tidak yang menjalankan kehidupan di dalam tentu di luar ini tidak
bisa hidup, tidak? Modal yang menjalankan kehidupan tadi tentu mesti ada yang
hidup. Kalau tidak ada itu, kita tidak akan jadi manusia hidup, kita. Ini kita
pecah melalui aliran darah kita tadi. Itu kan perjalanan kehidupan dia
menjalankan tugas kehidupan, tidak?
Terhadap Tuhan umumnya dia
menjalankan tugas sebagai ‘hamba Allah,’ apa tidak? Dia menjalankan tugas
sebagai ‘hamba Allah’ terhadap diri kita sendiri dulu.
Cuba kita ambil ukuran
makro-kosmos, mikro-kosmos; alam akbar, alam kecil. Jadi, dalam hal ini, jangan
sampai pula kita jadi bodoh memikir alam tadi. Cukuplah dengan alam kita
sendiri. Tiap-tiap titik-titik darah merah, darah putih, hati, semua sekali ada
malaikat-malaikat.
Perumpamaan semua itu… hidup
kehidupan menghidupkan segala-galanya Dengan cara kami memecahkan, mengadakan
pemisahan antara satu dengan yang lain, dan cara kami memecahkan persoalan ini sampai
bergerak, sampai dapat merasakan melalui hujung-hujung kuku, jari-jari,
pancaran itu. Terasa yang halus tadi, bukan?
Terasa tidak? Ertinya, sampai
terasa itu pemisahan antara yang zahir dan yang batin, antara yang nyata dan
yang tidak nyata. Begitu fikiran kita berpegang, menjurus kepada rasa yang
terasa tadi.
Itulah aliran rohani kita di
dalam.
* * *
Jadi kalau bagi ahli agama,
orang ahli tarekat bermakna, ‘hijab terbuka sudah.’
Cuba bayangkan; kalau bagi ahli
zikir ‘Laa Ilaaha Illallaah.’
Kalau terbuka, tembuslah
segala-galanya sama dia. Jadi bagi kita juga, ertinya kalau ditunjuk saja macam
itu, sampai atau tidak?
Bukan terasa dia? Dari masyrik ke maghrib.
Saya dari Jakarta, saya tunjuk
si polan. Tentu dia terkejut.
“Oh Bapak!”
Sebab dengan telah tembusnya jalan antara kita satu
dengan yang lain, aku dan Dia ‘jauh tak berantara, dekat tak berbatas.’
Tetapi ingat aku, tidak? Sebab
kita bukan Tuhan! Oh, kebolehan-kebolehannya?
Kalian sudah mempunyai
pengalaman-pengalaman sendiri. Ikut saja. Sebab Tuhan tadi Maha Pencipta.
* * *
Ilmu kita ini Ilmu Tuhan. Hendak
bersilat, bersilatlah. Buatlah. Ikutlah. Itu semua automatik. Mengubat, ingat
apa sakit orang itu.
Jangan bawa ke fikiran.
“Apa yang hendak aku buat? Ubat
apa yang hendak aku berikan?”
Pandang apa yang kontak, ikut
saja. Balik kita ke tempat masing-masing ke rumah segala macam, ada rasa ikut
saja.
Dan kita sedar! Jangan sampai
lupa diri! Jadi, sebagai seorang yang berilmu, kita dengan ilmu pengetahuan
kita ini, duduklah sebagai seorang yang berilmu. Kita tidak banyak
menyombongkan diri, tidak banyak cakap besar.
“Tenang dengan cara berilmu,”
kata orang.
* * *
Ilmu kita ibarat ilmu padi;
makin berisi, tunduk menjadi. Dengan kadar kewajipan kita hari-hari berlatih
memperlancarkan gerakan tangan dan gerakan kaki, pembawaannya yang di dalam tadi, kita dengan sendirinya
telah menjadi seorang ahli kebatinan; seorang ahli rohani.
Tetapi kita berpegang kepada
yang di dalam. Kita bukan manusia awam biasa lagi. Kita orang ahli tasawuf, orang
dalam kita.
Ibarat dalam kerajaan, kita
orang dalam istana. Pintu masuk keluar sudah bebas. Kita tidak perlu tanda
tangan lagi, sebab pintu telah terbuka. Jalan telah
terbuka. Faham ini?
Pembawaan serba automatik. Ini harus kita
lakukan, tetapi kita sedar. Secepat mungkin kita harus kembalikan diri kita.
Jangan lupa! Jadi dengan ilmu ini, kita ambil yang pokoknya; yang betul pembawaannya,
iaitu yang serba automatik.
Tetapi dasarnya ini yang tak boleh lupakan
dan tinggalkan begitu saja. Dasarnya, pokoknya, tiangnya, titik-tolaknya - Dua
Kalimah Syahadah.
Dua Kalimah Syahadah.
Dua Kalimah Syahadah
Dua Kalimah Syahadah.
Dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah tak
boleh ditinggalkan, sebab erti Dua Kalimah Syahadah ini bagi kita umat Muhammad,
bagi orang Islam, sangat dalam dan besar ertinya kalau kita mahu mengetahuinya. Kita
lafazkan berulang-ulang tiga kali, titik tolak kita yang saya katakan.
“Ashadu an-laa Illaaha illAllah;
waashadu anna Mahammad ar-Rasulullah.
Ashadu an-laa Illaaha illAllah;
waashadu anna Mahammad ar-Rasulullah.
Ashadu an-laa Illaaha illAllah; waashadu
anna Mahammad ar-Rasulullah.”
Dalam pengertian yang setulus ikhlas,
sedalam-dalamnya, kita mengadakan pengakuan,
‘Bahawa tidak Tuhan yang lain yang kita sembah
melainkan Allah,
kita mengadakan kesaksian serta mengadakan
pengakuan bahawa Muhammad itu Rasulullah.’
Hanya itu. Dan ingatlah dia. Dia automatik.
Kalau saudara seorang askar umpamanya,
dalam perjalanan, dalam pertempuran ingat saja padanya.
Dia automatik.
Dia automatik.
Samasekali dia automatik.
Di dalam pertempuran dia automatik.
Halusnya, dengan sendirinya kita dengan Dua
Kalimah Syahadah itu kita telah menjadi tentera Allah, betul atau tidak?
Dan halusnya pula, kita halus-halusi dengan
sendirinya, beribu-ribu malaikat-malaikat akan melindungi kita. Itu saya
bilang, Dua Kalimah Syahadah titik-tolaknya. Tak
boleh dilupakan.
“Oh! Dalam pengubatan? Orang
dibikin orang?”
Dengan ini itu dan segala
macam, Dua Kalimah Syahadah tidak boleh ditinggalkan, sebab orang itu dengan black magic-nya (ilmu hitamnya) dan dengan hantu rayanya segala
macamnya, juga ada yang pakai jin seribu, disuruh segala macamnya juga dengan
ayat-ayatnya pula.
Kalau kita kurang hati-hati,
kurang kuat pula, kita bisa roboh. Jangan lupa Dua Kalimah Syahadah tadi. Di
mana kita berada, lafaz Dua Kalimah Syahadah.
Akan berhampiranlah itu malaikat-malaikat
datang membantu kita dalam perjuangan.
* * *
Kita sebenarnya berjalan di
jalan yang lurus lagi benar, dan jangan dipersulitkan ilmu pengetahuan ini.
Kalau sulit, ertinya kita sendiri yang mempersulitnya.
Kalau di antara kita memahami,
pernah mengerti barangkali akan ayat dalam al-Quran (Surat Ali-Imran Ayat 27):
“Tooliju allayla fee
alnnahari watooliju alnnahara fee allayli watukhriju alhayya mina almayyiti
watukhriju almayyita mina alhayyi watarzuqu man tashao bighayri hisab.”
Di sini secara ilmiah, secara
Ilmu Tuhan kita ambil. Memasukkan malam kepada siang, siang kepada malam.
Ertinya:
‘Tooliju allayla fee
alnnahari watooliju alnnahara fee allayli; ‘Memasukan malam kepada siang, siang
kepada malam.’
‘Watukhriju alhayya mina almayyiti
watukhriju almayyita mina alhayyi; ‘Mendatangkan
yang hidup dari yang mati, dan yang mati daripada yang hidup.’
Cuba kita ambil pengetahuan ilmu-Nya.
Bagaimana? Ke mana tujuannya? Dulu sebelum saya dapat pengetahuan ini, saya
tanyatanya orang tua-tua. Saya dapat pengetahuan ibarat ayam dengan telur,
sebab ayam yang hidup mengeluarkan telur yang mati, ya atau tidak? Belakang,
benda yang mati tadi menetas, bukankah mengeluarkan ayam?
Yang hidup itu yang diceritakannya, sampai keluar
pepatah; ‘Mana yang dulu, ayam atau telur?’
Kalau kita katakan ayam dulu, sedangkan
ayam tadi dari telur datangnya.
Kalau kita katakan telur dulu, sedangkan
telur tadinya dari ayam.
Tetapi ini mengeluarkan yang hidup dari
pada yang mati, dan yang mati daripada yang hidup. Ini orang tua-tua dulu hanya
member contoh dan perumpamaan; dia sendiri belum dapat.
Tetapi ke diri kita sendiri kita tanya,
kita pelajari yang mana yang hidup pada kita, dan yang mana yang mati? Atau,
yang mana yang siang pada kita, yang mana yang malam?
“Mungkin ada si gelap dan si
terang,” katanya.
Kalau saya mengatakan;
yang malam ertinya di luar ini, dan yang
siang yang di dalam;
yang mati ertinya yang di luar ini, dan yang
hidup yang di dalam.
Tetapi ini bagi memasukan malam kepada
siang, siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati. Yang telah berlaku bagi
kita sekarang ini melalui saluran hujung jari-jari kita, kan keluar tidak,
rasanya?
Ini sekarang kita lakukan, Ilmu Tuhan tadi.
Ini saja kita amalkan;
‘Tooliju
allayla fee alnnahari’ pada tiap-tiap
sembahyang.
Sudah sembahyang tengah malam, itu saja
sambil bergerak. Ilmu Tuhan tadi, bukan?
‘Watarzuqu man tashao bighayri hisab; Rezeki yang tak terduga-duga banyaknya akan diberikan-Nya.’
Itu saja kita amalkan. Kita
telah lakukan dan telah bawakan itu; mengeluarkan yang hidup daripada yang
mati, yang mati daripada yang hidup.
* * *
Kita tegaskan sedikit, katakan
nanti, kata orang saya memberikan penerangan agama pula. Ini ilmu pengetahuan
secara ilmiah. Jadi di dalam risalah kecil saya baru-baru ini, saya katakan, saya terangkan, bukan?
‘Batinku’ ertinya sama juga
dengan seseorang mempunyai batin sendiri. Juga ertinya saya hidup
berzahir dan berbatin.
Apa tujuannya? Maksud saya berzahir dan berbatin,
terasa ini bawaan kita hari-hari, kalau kita bergerak begini hidup berzahir dan
berbatin, yang batin rasa aktif dia. Itu berzahir dan berbatin dalam dua
keadaan, dan dua kejadian.
Selama ini memang dua keadaan
dan dua kejadian, tetapi satu pasif satu aktif.
Bahkan satu sama lain tidak
kenal-mengenal; yang di dalam tak mengenal yang di luar, yang di luar tak
mengenal yang di dalam.
Itu waktu bergerak kami
katakan, “Teruskan. Teruskan.”
Ini berertinya, di luar ini
diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.
Begitu jauhnya kalau kita
ingat-ingat dan telah pernah menuntut ilmu pengetahuan. Bagi yang pernah
menuntut tarekat atau segala macam, yang telah pernah mengambil amalan dari orang-orang
lain, begitu jauhnya perbezaan di antara ilmu kami yang telah kami huraikan.
Antara kami berikan ini dengan
yang lain-lain yang diterima dari orang, tidak manfaat.
* * *
Amalan, amalan di tangan kami, amalkanlah
ilmu pengetahuan ini. Itu amalannya. Setengah orang beramal ‘Laa Illaaha IllAllah.”
Itu bukanlah amalan. Maka saya katakan,
amalkanlah ilmu pengetahuan kita. Itu amalan kita. Berbuat baik sesama manusia
itu amalan. Tidak pada orang, pada diri sendiri, pada keluarga, rumahtangga. Amalkan. Amalkan. Amalkan. Itu
dia amalan kita.
Harus kita amalkan.
Terhadap orang lain yang tak kenal,
mudah-mudahan orang dapat mengenal ilmu pengetahuan kita, sampai tertarik dia.
Sampai seolah-olah Tuhan Yang Ghaib menunjukkan dan membukakan pintu hatinya ambil pula pengetahuan ini.
Ertinya bukan kita mempropagandakan. “Ikutlah
kami ini!” Pengetahuan kami tidak.
Biar dia datang sendiri.
Di dalam itu sendiri bangun seolah-olah dia
mengatakan bahawa, “Saya mahu sendiri jumpa itu Bapak!”
Selesai pada bulan Disember, 1990
Di Taman Sri Nibung, Pulau Pinang
.
No comments:
Post a Comment