🌼 Kuliah 6 🌼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
19 Januari 1974 (Petang)
Ya, saya memang ingin selalu,
selalu mahu datang kembali mendampingi anak-anak, saudara-saudara semua. Di
dalam ini, saya kembali ke lahir saya, pada kemanusiaan saya. Rasanya nak putus
nyawa saya. Ertinya badan saya tak kuat lagi, tetapi itu keadaan saya bilang.
Jadi saya ingin sampai dapat
mengerti, sampai boleh berdiri sendiri, dan jangan pula nanti terjadi
sepeninggalan saya, salahmenyalahkan satu sama lain.
“Bapak cakap begitu? Bapak kata
begitu?”
Memang, tempoh-tempoh saya lain
cakap, saya lain cakap, besok lain, apa-apa. Kita kembali pada ilmu pengetahuan
ini. Secergas pemikiran kita tadi menangkap-nangkap kata-kata kami
juga berlain-lain.
Saya kemukakan sedikit. Umpamanya macam sekarang
ijazah;
ijazah kecil apa-apa, ditetapkan begini. Pernah terjadi
sekarang, bukan? Di tempat lain, orang yang telah ijazah besar?
“Mahu ijazah sendiri,” katanya, bukan?
Dia ijazahkan orang lain, ertinya dia
mengubah sendiri peraturan. Ijazah yang macam kita lakukan satu kali, tiga
tingkat dia bikin! Yang pertama seratus sekian, yang kedua seratus lima
puluh sekian, yang ketiga seratus sekian
duit.
Ini
ijazah kecil baru! Sampai ribut suasana!
Mengirim surat sama saya, “Si anu, Bapak,
bikin di sana begitu.
Dia bilang sudah wakil Bapak untuk seluruh
Singapura dan Malaysia,” katanya.
Saya tenang saja. Saya balas surat orang
itu. Saya bilang, “Tidak salahnya. Tidak salahnya.”
Hairan orang.
“Tidak salah, kata Bapak? Bagaimana ini?”
“Nantilah bila saya datang nanti, akan saya
terangkan.”
Jadi, di mana letaknya, akan kesalahan itu?
Kita bebas berbuat sesuka kita. Akan tetapi, kita dengan ilmu kita ini
hendaknya, kita mesti success, bukan? Ertinya, kita dapat pengikut yang banyak, yang percaya
pada kita, yakin pada kita. Cara doktor kelulusan baru umpamanya. Ada doktor
yang ubat ini se-Ringgit katanya. Doktor lain tiga Ringgit, katanya. Macam itu
mahu jadi success?
Sama juga macam anu… kalau kita umpamanya,
kita pergi ke tempat lain, berguru terus. Buka saja sepuluh Ringgit. Saya tidak
larang.
Itu peribadi sendiri. Tetapi adakah,
mungkinkah mendapat kemajuan kalian di dalamnya itu?
Macam apa yang dikatakan ijazah kecil,
ijazah besar di sini, di sini saja itu! Mula-mula masuk di Singapura, anak-anak
di sana mendesak.
“Fikirlah bagaimana semestinya itu?
Tanyalah.”
Saya tidak bawa modal ijazah begitu.
Umpamanya, saya tidak bawa itu. Orang dari sana (Singapura), sebab merasakan
ilmu pengetahuan terlalu tinggi segala macam.
“Kita harus beri salam sama Bapak. Apa
belanjanya, ongkosnya untuk dibawa balik?”
Anggapan dia tadi belum puas lagi. Ini ilmu
pengetahuan, mesti didudukkan. Mesti ada syarat ini itunya.
“Ya, bikinlah bagaimana,” saya bilang.
“Tanya saja itu Suki (Pak Suki). Saya serahkan sama dia.”
Di situlah makanya, didudukkanlah begitu.
Jadi, bukan mahunya secara peribadi sebagai
seorang manusia. Tidak!
Mereka itu sama-sama berkumpul.
Di Indonesia juga dulu waktu tahun enam
puluhan apa-apa, sebelum saya ke sini, dioperasi segala macam, “Bagaimana nanti
kalau Bapak meninggal? Bagaimana?”
Segala macam-macamlah.
“Bagaimana ini dengan ilmu pengetahuan ini
juga? Selama ini tak fikirkan ini. Cuma kita beli rokok. Tempoh-tempoh kita
bantu beras segala macam.”
Dia datang pada saya di rumah sakit tu.
Enam bulan itu, dua kali operasi. Pulang berganti-ganti semuanya. Dia datang
sama saya.
“Saya serahkan pada kalian bagaimana
baiknya, saya tidak menuntut apa-apa.”
Kumpul ramai-ramai. Bergerak. Bergerak.
Bergerak. Bergerak.
Cari kompromi. Mahu bagaimana, terserah.
Serahkan kepada saya, saya terima dengan ilmu pengetahuan kita. Saya tidak
menuntut.
Saya, walau bagaimana saya kata, saya hidup
juga. Tapi, orang-orang itu yang rasa tidak puas rasanya, kalau tidak diterima,
kan?
“Tetapi, kami secara orang Minangkabau
juga. ‘Adat diisi, lembaga dituang.’ Itu secara menuntut ilmu,” katanya.
Saya secara peribadi, macam itu saya tidak
mahu keluarkan. Saya tak mahu tuntut, bukan? Kerana apa? Saya takut nanti salah
anggapan. Salah tanggapan. Salah pemikiran. Melainkan kalau timbul sendiri
persoalan.
Jadi kita kembali kepada soal ijazah, soal
fanatik apa-apa, biasa menurunkan sama orang. Ada anak murid lagi, katanya. Itu
terserah pada peribadi masing-masing. Tetapi sama juga di zaman nabi, nabi…
Nabi Muhammad, di mana kata-katanya dipatuhi semuanya. Setelah dia tidak ada,
imam saja sampai pecah empat, tidak? Sudah
mengata kafir-mengafir lagi! Padahal Dua Kalimah Syahadah juga. Sembahyang
semacam itu. Tetapi, yang benar tetap benar.
Bila terjadi dengan kemahuan sendiri nanti,
duduk di Pahang, di sana umpamanya terus jadi bomoh, jadi guru silat dengan
ilmu pengetahuan batin ini mahu ijazahkan, itu tidak jadi keberatan buat saya.
Itulah daki dunia. Dia akan tinggal itu
dunia semuanya. Tidak kita bawakan. Tetapi ilmu yang saya berikan, ini. Ilmu
yang diambil dari saya, ini. Walaupun saya mati, selagi diamalkan pahalanya
saya dapat. Duit apa-apa dikasi sekarang ini, selagi saya hidup ini, saya boleh
pakai. Dia akan jadi tahi, maaf bercakap. Itu daki dunia namanya, tidak?
Tetapi, berapa banyak ini, tiap-tiap ini berhasil
mengubat orang dia baik, dia dapat balasan satu, saya dua dapat untuk menolong
kita di akhirat nanti sebagai simpanan Tetapi jangan pula mentang-mentang kita
fikir akhirat saja, kita mengubat orang dia bayar tak payah, tak boleh tambah
lagi dalam hati ya! Jangan pula, “Ah, ini tolong kerana Allah saja.”
Mana jadi nanti? Orang sebentar panggil
kita. Pukul dua malam panggil. Panggil. Panggil. Tolong kerana Allah. Sudah
selesai pulang jalan kaki pula lagi! Tak betul!
Berahsia. Terahsia kita. Dan yang pantas,
yang paling beruntung, menarik kepercayaan orang; bagaimana orang percaya pada
kita akan kebenaran segalanya. Itu nama rahsia pengetahuan
kita. Kebenaran badan kita diomong
(diperkatakan). Jadi saya kembali tadi; jangan keluar dari garis-garis yang
telah ditentukan.
Yang saya pernah saya katakan sama Bakar
(Kapten Bakar), sama Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), saya ingin kalau dapat
hendaknya orang di sini, kalau jadi guru nanti umpamanya
mengijazahkan, lebih kurang lagi nilainya
daripada yang diberikan pada saya. Alasannya, apa sebab? Saya orang datang dari
jauh.
Ongkos saya besar ke sini, tidak? Orang di
sini tinggal di sini. Yang datang orang di sini pula yang meminta. Tetapi saya
cakap, saya inginkan. Itu saya inginkan; kurang dari apa yang telah diijazahkan
langsung pada saya hendaknya. Tetapi itu tidak salah, apa umpamanya… itu kalau
dengan saya begitu pula yang diminta dengan anak murid. Itu tidak salah. Ini
adat; dasar sosial, dasar kemanusiaan tadi semata-mata.
Untuk bukakan, itu terserah bebas merdeka
untuk membawakannya. Jangan nanti datang, “Si anu itu minta begitu.”
Wah! Si anu itu terus langsung mengadu
sekali pada saya, “Pak begitu. Begitu. Begitu si anu, si anu itu.”
Itu tidak menjadi soal, sebab walau apapun
dia success, dia minta dua ratus, dikasi orang dua ratus. Tetapi hubungan
tadi bagi kita yang pengubat dengan yang mengubat? Pengalaman sudah,
dengan kita tekan banyak tadi tu, kan putus
di situ saja.
Tetapi dengan-Nya, dengan Gerak Allah semata-mata,
dua Ringgit, tiga Ringgit, kita selalu diingat. Ini hubungan batin tadi, sampai
cakap pula, “Cuba bawa kepada si anu! Dia tidak banyak apa-apa. Ubatnya juga
tak payah. Tak sulit kita mencarinya. Berapa saja kita bayar, dia ikhlas.”
Jadi banyak kita alat propaganda tadi;
sampai-menyampaikan mereka itu. Jadi lebih rapat lagi perhubungan persaudaraan
tadi. Macam memandang kami, begitu rasa pandang anak kepada bapak, bapak kepada
anak. Jadi tambah mendalam. Jadi tinggal bijaksana kita dalam praktiknya dapat
maju itu hendaknya. Ertinya, bukan salah kalau kita mengubat orang, “Wah, itu
mahu dilihat dulu penyakit.”
Tanya dulu. “Ini penyakit mesti
begitu-begitu.”
Tidak salah kalau dituntut begitu. Tidak
salah, sebab ilmu kita ini kalau dinilai tak ternilai. Timbanglah! Tak
ternilai. Tanyalah sama orang yang pandai. Kalau jual-beli umpamanya, biar
berjuta-juta tak ternilai. Boleh tanya pada yang tahu. Dengan ini kita minta sepuluh
Ringgit tak salah saya bilang.
Tetapi kita ucap ini Ilmu Tuhan; kita hanya sebagai perantara. Pulang
kepada-Nya pula, bukan? Itu lebih baik.
Kita dudukkan diri kita di rumah umpamanya.
Kalau sudah tua macam saya nanti, dapat dua Ringgit, tiga Ringgit,
tempoh-tempoh melompat siang malam rezeki
tadi.
Tetapi kalau, ‘Ya... ini, wah! Susah ini
penyakit. Sangat berat. Ini tak bisa dengan se-Ringgit dua
Ringgit.’ Itu ilmu akal jadinya, bukan?
Bergerak dengan hawa nafsu lagi!
Ini kita jaga. Ertinya, betul-betul kita
menyampaikan, melakukan pengubatan kita berhasil. Ditinggalkan hasil yang
lahir. Yang hasil apa? Pahala. Yang batin kita simpan untuk di akhirat.
Begitu hendaknya. Tetapi kalau dengan paksa
mesti bayar sekian, orang itu lantaran mahu baik dibayarnya juga, tetapi
hatinya sudah berkata-kata. Kalau dilihat dari jauh dia membelakangi kita,
tidak?
Jadi, hubungan tadi, tali
persaudaraan tadi, tidak ada lagi. Kalau dengan ilmu pengetahuan kita ini,
tiap-tiap kita beri air segelas sudah tanam itu rasa persaudaraan, tali
perhubungan batin tadi. Jadi, walau bagaimana dalam satu saat terdesak kita
terseksa, teraniaya kita, buka saja ilmu kita dia kontak itu semuanya kepada segala
macam orang.
Kita tenang saja. Besok pada
datang, sebab Tuhan akan menggerakkan malaikat-malaikat, malaikat-malaikat,
malaikat-malaikat kepada orang-orang supaya datang kepada si polan, si
polan, datang ke rumah.
“Datang. Datang.
Datang.”
Jadi kita harus berahsia dengan
pengetahuan ini, juga rahsia yang ada pada kita.
Kalau kedengaran si anu si anu
anak murid bapak tu katanya, itu lain semacam itu… itu. Tidak salah!
* * *
[Isteri Pak Kusib, kak Nab
duduk di hadapan Bapak.]
“Segala-galanya
diolah datang ke sini (perut) dulu sebagai gudang, bukan? Dalam ilmu sakit dan
penyakit, ini dapur (perut) dimasak, digelodak, tidak? Itu sakit senang dari sini.
Kebanyakan di perut segala-gala dimasak ke sini (perut) digelodak di sana. Bagi
ilmu kebatinan, ini (perut) gudang kita. Kempis… kurus perut… di sini
ditaruhnya, dan menjadi banyak muatannya hendak disimpan.”
Ya… apa lagi ya? Cukuplah.
Sedangkan kita sendiri tidak dapat mengatakan, tidak mengerti apa yang sedang
berlaku. Gerak tadi automatik sendiri. Ya, jadi mana yang halus perasaannya, mana yang tajam pandangannya, bukan? Tiap-tiap perubahan gerak… gerakan
saya mesti ada nampak perubahan pula pada rasa dan bentuk saya.
Jadi, dapat kita mengerti, ertinya yang
datang itu gantian; datang pergi, datang pergi, datang pergi. Jadi, dengan pengetahuan
yang kami berikan ini, begitu juga tentunya itu maka perasaan kita tadi
berubah-ubah.
Ya, apa lagi? Ya, apa lagi? Bagaimana?
Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana? Masing-masing tak ada apa-apa?
“Cuba macam kami bikin tangan.
Terus. Ya… terus.”
“Air hiba,” katanya.
“Ha… ha… ha… terus… terus saja.
Hmm… hmm… hmm…
jangan dibuka dulu, terus saja!”
[Kedua-dua telapak tangan isteri Pak Kusib
bertemu rapat dan menjulang naik ke atas.]
“Satu jalan. Ini dulu! Itu bisa
kunci-mengunci. Terus saja dulu.
Jangan sampai terbuka tangan.
Tutup-menutup, kunci-mengunci.
Rapat! Ya… gerak boleh. Jangan
sampai, jangan sampai terbuka..
Macam kami ini.
Titik-tolaknya, ini kunci. Kunci.
Ya, ya, rapat.
Sampai berhenti pula seluruh
gerakan.”
“Ya. Daulat Tuanku! Tidak
apa-apa. Jalan terus. Yang DiPertuan Agong.”
“Ya sampai berhenti
setenang-tenangnya; seluruh gerakan tidak bergerak lagi. Sampai dibawa ke dada.
Rapat. Ya. Sampai dia turun ke bawah. Ya. Sampai setenang-tenangnya hendaknya.
Jangan dibuka tangan tu. Jangan
dibuka. Jangan dibuka. Tutupterus! Kunci rapat-rapat. Rapat. Rapat. Rapatkan
tangan. Rapat. Rapat.
Tidak boleh macam ini!”
[Bapak menunjukkan kedua-dua telapak
tangannya betul-betul rapat; bertemu sepuluh jari.]
“Rapat terus! Untuk
diri sendiri terus saja itu! Tahankan. Ya.
Itu pertahankan. Ya!
Dan bergerak tenang setenang-tenangnya!”
“Ya Tuhan!”
Dengan ini kita boleh semadi
macam ini. [Kedua-dua telapak tangan Bapak rapat di tengah-tengah dada.
Kepalanya tunduk.]
“Ya Tuhan!”
Macam saya sekarang tutup mata
macam ini, ayat-ayat Quran saja yang saya boleh lihat.
“Ya. Tenang saja.
Kita bersemadi lagi tu.”
Jadi kalau mahu, tengah malam
sembahyang dua rakat terus begini saja bertekun.
[Kedua-dua telapak tangan Bapak
rapat di tengah-tengah dada. Kepalanya tunduk. Matanya pejam.] Mudahmudahan ada
saja petunjuk-petunjuk atau apa pelajaran akan diperdapat.
“Satu jalan ya! Hmm…
hmm… hmm… hmm… hmm… hmm…
Rapat di dada.
Setenang-tenangnya. Ya. Sampai lepas.
Buka jari telunjuk. Jari sri malam. Sampai
merupakan jari sepuluh.
Hmm…hmm… hmm… Ya.
Tundukkan kepala yang satu, dan selesai habis ya.
Hmm... Macam gerakan
tadi, sampai sehening-heningnya. Akan tercipta bersemadi. Habis. Hmm… hmm…
hmm…”
Satu pula caranya, ya tak?
Bersemadi.
* * *
Kalau jalannya ilmu pengetahuan
kita ini, saya ingat dulu, ertinya mengenai dengan pengetahuan ini, saya maksud
tukang dendang. Lagi saya masih kecil di
kampung saya, tukang rebab (biola) … apa bunyinya?
Bertanya kerbau pada pedati.
Katanya, “Jauh lagi perhentian?”
Di sini ada pedati? Tahu apa itu pedati?
Apa itu kerbau? Pedati roda dua ditarik sama sapi di sini. Kalau di kampung
kami, ada sama sapi, ada sama kerbau. Kerbau, kan tahu kita di sini?
Tukang rebab tadi dia menyanyi. Berdendang
dengan pantunnya, bukan? “Minangkabau di Bukit Tinggi,” katanya.
“Menurun jalan ke Pariaman. Bertanya kerbau
kepada pedati, jauhkah lagi perhentian?” katanya.
Cubalah. Lagi kecil-kecil saya ingat itu.
Setelah mendapat ilmu ini. Saya fikirkan. Rupanya sangat dalam itu perkataan;
kerbau bertanya kepada pedati. Cubalah bayangkan.
“Jauhkah lagi perhentian?” katanya.
Kita ambil umpamanya, dengan ertinya kerbau
sudah payah berjalan, ya tidak? Sudah letih. Dia bertanya kepada pedati, “Jauh lagi
tempat rehat?”
Setelah mendapat pengetahuan ini saya
teringat itu. Sangat dalam itu. Sampai saya sendiri mendatang cerita, membuat
cerita mengenai itu. Ertinya, zaman dulukala belum ada kereta, belum ada macam
ini sekarang perhubungan, transport,
orang memahami pedati itulah dengan sapi,
dengan kerbau sebagai alat transport
dari pekan ke pekan, ya tidak?
Sewaktu timbul kerbau bertanya oleh kerana
letih berjalan di satu pendakian perjalanan tadi, air ludah sudah berbuih-buih
melihat ke kiri ke kanan itulah, dia bertanya. Zaman dulu binatang-binatang
pandai bercakap, tidak?
Pernah dengar cerita orang tua-tua dulu?
Bertanya dia kepada pedati. Apa sebab dia bertanya? Sebab dianggap pedati itu
sebagai bebannya, bukan? Itu yang dipunggungnya itu? Itu ditanya, “Jauhkah lagi
perhentian? Letih aku ini!” katanya.
Sudah payah. Capek. Apa namanya bahasa
Indonesia itu? Katanya letih. Tetapi setelah saya
dapat pengetahuan ini, itulah saya fikirkan. Sangat dalam itu
erti perkataan.
Sebab secara berdialog dia; pedati tadi berkata: “Eh, kerbau!
Engkau salah tempat bertanya. Masa kepada aku. Pada saya barang mati ini engkau
bertanya? Jika tidak lantaran engkau, aku tak sampai di sini. Engkau yang
menarik aku! Kalau tidak lantaran engkau, aku tak sampai ke sini!”
Ah… muatan, bukan si pedati tadi. “Engkau
badanku,” katanya. Isi perutku, tidak? Di situ muatan, katanya tidak?
“Aku ini apalah…” katanya. “Kalau engkau
tak jalan, aku di luar letaknya,” katanya.
“Kalau berhitung mengenai nasib, baik nasibmu,”
katanya. “Engkau nanti di tempat perhentian nanti dikasi makan itu rumput,
makananmu di belakang tersedia,” katanya.
“Dimandikan lagi! Begitu sayang digosok,”
katanya. “Aku di tempat perhentian begitu saja ditaruh. Hujan ke hujan. Panas kepanasan.”
“Jadi, kalau begitu kepada siapa aku akan
bertanya?” katanya.
“Oh, kalau mahu tahu,” katanya, “mudah
saja,” katanya.
“Angkat kepala sedikit baru dilihat ke
belakang!”
Lagi baru diangkat kepala sedikit mahu
lihat ke belakang;
“Sus... sus.. berangkat cepat!” katanya.
Jadi siapa yang ber-‘sus...’ tadi? Itu si
tukang pedati yang duduknya di belakang kerbau, bukan?
Semacam ini merokok, tidak? Tetapi dia yang
mengendalikan segala sesuatunya, padahal dia enak-enak duduk, faham?
Jadi, sebenarnya… bukannya, dak? Itu orang
tiga sejalan. Tukang pedati, pedati dan kerbau. Kerbau tidak tahu, tak pernah melihat
tukang pedati ini. Dia menarik-narik duduk di sini. Tukang
pedati itu yang menyuruh dia jalan. Itu
makanya dia kecapekkan, keletihan. Dia mengatakan kiri kanan sama pedati.
“Jauhkah lagi perhentian?” Nafas sudah di
pendakian pula lagi. Jadi tiga sebetulnya sejalan. Begitulah kita kehidupan
manusia ini.
“Alangkah malangnya nasibku!” katanya.
Kepada siapa dia bertanya? Kepada siapa dia
cakap?
“Bagaimanalah untungku ini?” katanya.
Kepada siapa dia cakap? Badannya, ya tak?
Dalam pengetahuan kita, kan barang mati ini (badan)? Yang di dalam itu yang
menarik, yang menjalankan kehidupan, bukan? Tetapi di balik daya-daya hidup
tadi, kan ada yang duduk di tempatnya tadi, tidak?
Jadi
tiga pula itu. Jadi, kalau kita ukur bagaimana pendirian kita dalam hal ini,
pedatikah kita? Kerbaukah kita? Apa tukang pedatikah kita?
Kalau kita pedati itu barang mati, lantaran
ada sesuatu makanya kita bergerak. Kalau kita kerbau kita jadi apa? Tukang tarik saja. Tenaga kita habis. Tukang pedati,
kita mesti tahu erti tukang. Sebab tukang yang pandai ini kalau jadi tukang
betul dia senang atau tidak? Untuk… akan menjadi tukang, payah.
Ini
rahsia hidup yang tiga ini. Dan begitulah pula macam semalam diterangkan juga semua
sekali, yang zahir menunjukkan yang batin. Tuhan menunjukkan secara halus.
Tinggal kita memikirkan tiga sejalan; kerbau, pedati dan tukang pedati.
Bila kembali ke pangkalan, kerbau, bukan?
Lewat dimasukkan, dibawa ke kandang? Pedati
begitu saja diletakkan dan si tukang pedati
balik ke rumahnya, tidak?
Itu tafsir titik tadi itu selagi masih
hidup, kita tiga sejalan.
Terpulang pada kita lagi, yang mana aku,
yang mana kita?
Tukang pedatikah kita? Yang kerbaukah kita?
Secara kasarnya, itu kan?
Atau si tukang pedati?
Orang yang secara kasar dia berpendirian kepada
kerbau, dia payah. Itulah tadi, kita payah hidup menjalankan kehidupan, tetapi
makanan tetap ada disediakan, tidak? Rumah tempat tinggal tetap ada, dibuat…
dibikin, tetapi payah hidup dalam menjalankan
kehidupan untuk orang. Untuk si pedati tadi, untuk orang itu kalau kita si
tukang pedati, mengenal si tukang pedati itu yang kita, dapatnya kita mengenal
diri kita masing-masing yang mana yang aku, kita yang sebenarnya tadi.
“Who am I?” Cakap Inggeris. Sudah campur pula.
[Bapak ketawa.]
Yang mana kita?
“Siapa Aku? Apa Aku nak buat? Apa Aku nak
bikin?”
“What
shall I do?” katanya, ya dak? Salah saya cakap
Inggeris itu? Saya tidak sekolah Inggeris.
Boleh? Apa saya nak buat? Apa… apa… apa…
dari siang tadi saya cakap Inggeris.
“What can I do? What shall I do?”
Apa? Apa ini semuanya?
Sekali saya cakap Inggeris, saya minta bir
keluarnya teh!
[Bapak ketawa. Gurauan ini ditujukan kepada
Kamaruddin Che’ Embee.]
Dari siang tadi saya hentam bahasa
Inggeris;
“You speak English? Understand?
You?”
“No. No.”
Apa boleh buat?
Jadi dalam hal ini, kalau kita dapat
mengenal akan diri sendiri, dapat kita mengenal akan diri sendiri, akan aku
yang sebenarbenarnya aku, aku yang dikasih oleh Yang Maha Pengasih atau aku yang
telah menjadi kekasih dari Yang Maha Pengasih. Insya-Allah.
Soal hidup dan kehidupan di sinilah dia air
hampir, katanya, dekat. Makanan murah. Minta boleh, kehendak berlaku. Tetapi
kalau kerbau, untuk dapat makan kita harus menarik
lebih dulu, kalau kerbau yang pendirian kita. Itu falsafah hidup. Cubalah
bayangkan.
Kalau pedati, apalagi barang
mati, begini-begitukan orang saja!
Harus mengenal akan diri kita
sendiri sampai kita dapat mengatakan, “Aku orang yang akan kembali ke Hadirat
Ilahi, bukan yang akan dikembalikan ke asalnya, ke tanah!”
Hidup tegas kita hendaknya.
* * *
Bahkan macam kami orang di
Padang, maaf cakap, bukan?
Yang bagi, yang ada gelar
Sutan, ada gelar Bagindo, ada gelar Syed, Sidik. Kalau Sidik dari arab, itu
orang jemputan. Tiga di kampung kami. Sutan itu raja-raja. Bagindo macam saya
ini, tak bisa saya mengatakan Yang di Pertuan Agong. Jadi ertinya, saya tetap
dalam pendirian dan keyakinan saya, bahawa saya orang jemputan. Begitu juga
adat istiadat di kampung, kalau saya mahu kahwin, saya dijemput, dihantar duit.
Saya ditanya sama orang tua saya.
Kalau sama paman saya, “Kami
mahu mengambil si anu jadi menantu.”
Tawar-menawar dulu. Cara kita
di sini, perempuan tak? Tawar-menawar dulu apa-apa bapa si perempuan. Kita
mesti hantar. Kalau kami di sana, siapa
orang ini? Pangkat? Keturunan? Orang bergelar namanya, bukan? Sidik itu syed,
bukan? Yang turunan dari Arab?
Sutan raja-raja. Bagindo ini
keturunan dari Bagindo Rasulullah. Kan ada orang, bomoh-bomoh, ‘Berkat,’
katanya, ‘Berkat Allah, berkat Muhammad Baginda Rasulullah.’ Ya tidak?
Turun-temurun.
Ingat. Jangan jadi salah pengertian.
Jadi, macam saya tegas: Aku adalah orang
yang akan di jemput. Yang akan kembali ke Hadirat Ilahi, bukan yang akan dikembalikan
ke asalnya, ke tanah.
Bukankah ini (jasad)? Ini asal dari tanah
dan dikembalikan ke tanah.
Tetapi jangan bilang, “Oh! Bapak saja tentu
boleh!”
Tidak! Kalian juga. Semua tiga sejalan, ya
nggak? Yang ada pada kita roh yang duduk di tempatnya; rohani yang berkembang dari
roh tadi, lampu cahaya-Nya tadi semua dan jasmani kita di luar. Tiga sejalan
dak?
Tetapi manusia hanya tahu satu; aku manusia,
sampai takut mati. Oleh kerana apa? Harta-benda, isteri, anak dan segala macam.
Padahal kalau kita dapat apa namanya, memecahkan soal kerohanian ini, macam
telah dapat dirasakan; meninggal pun isteri kita, kita dengan serta-merta dapat
mendampinginya. Terus jumpa!
Walaupun ini telah hancur menjadi tanah.
Sebab aruah kita ada pula itu! Di mana tempatnya? Kita boleh cari. Kita jumpa
terus! Apa susah? Itu makanya kita tidak susah kalau ditinggalkannya pergi,
sebab kita bisa hidup dalam dua keadaan dan kejadian; di dalam bidang arwah, ya
nggak?
Jadi tak susah kita. Walaupun pada
kenyataannya ya, kalau ditinggalkannya, apa boleh buat?
Sebab ya, saya buka kisah, sedikit kisah,
kisah nyata pada diri kami dalam perjalanan, pengembaraan ini… berjalan
mengenai roh, arwah ini.
Setelah saya berkembang dalam pengetahuan
ini, mempunyai anak pengikut-pengikut, jadi seolah-olah saya ingat pesanan junjungan kita Nabi
Muhammad, “Nanti,” katanya “di akhir zaman umatku terdiri dari kaum-kaum,” tidak? Sampai berapa?
Tujuh puluh dua kaum, begitu katanya, ya dak? Dalam sebanyak itu hanya satu
kaum, katanya, ‘yang benar.’
Kan begitu, ya dak? Kalau saya tak salah. Saya
berjalan dengan pengikut-pengikut pula macam kita ini.
Pengikut Aku sekarang ini dengan
berbondong-bondong ‘Laa Ilaaha-il-Allah’ semua sekali. Yang lain itu begitu pula, dengan caranya pula,
dengan tarekatnya pula berjalan… berjalan menemui Tuhan segala macam. Kan sudah
berdiri satu-satu puak kita?
Saya dalam perjalanan tadi… ini pengalaman
ya? Boleh didengar. Boleh di percaya atau tidak, itu terserah. Dalam perjalanan
tadi, yang saya di depan yang paling di muka, tahu-tahu menemui satu, satu apa namanya, satu tempat,
bukan? Yang buntu jalannya itu. Ada pintu. Satu untuk masuk. Hanya terbentang
papan saja melalui sebatang sungai kecil. Di pintu itu tertulis, bukan?
‘Hanya untuk satu orang yang boleh masuk ke
sana, di balik tirai besi itu. Orangnya ialah yang paling dulu sampai.’ Dalam perjalanan
saya dengan rombongan, saya dengan pengikut saya
waktu itu terpegun di sana, di tirai besi
tadi.
Di pintu tadi dibaca, ‘Hanya untuk satu
orang,’
sedangkan aku… kami… saya, dalam perjalanan
rombongan sebagai ketuanya, membawa umatku katanya, umpamanya, bukan?
Pengikut-pengikut kami. Tetapi apa?
Tarikan dari dalam itu sangat kuat. Harus
mesti masuk, kan? Kita bergerak dengan Gerak Allah juga kan? Di dalam berfikir
saya melihat ke belakang, nampak anak-anak, termasuk anak kandungan sendiri.
Ini tambah ditarik untuk masuk ke dalam, tarikan kudrat Ilahi tadi.
Fikir punya fikir, lihat ke belakang,
bukan? Anak-anak.
Sebenarnya saya berat untuk menyatakan,
tetapi harus ini dikatakan juga. Saya… sangat kuat tarikan untuk memasuki ini
istana, untuk mengetahui keadaan di balik tirai besi ini. Jalan kita untuk ke
sini sudah buntu.
Tetapi lihat baca itu! ‘Hanya untuk satu
orang dan orangnya pun yang paling dulu sampai di sana.’
“Jadi, kami yang banyak ini bagaimana?”
Itu pun saya tak dapat mengatakannya. Saya
ingin membawa kalian semuanya serta aku. Bukan selama-lamanya, tetapi lihat
ini!
Bagaimana ini? Tetapi boleh fikir sendiri.
Kalau saya... jangankan kalian, anak kandungan saya sendiri saya tinggalkan.
Cuma harapan, ‘tunggulah dan berdoalah kepada Tuhan semoga saya bisa kembali
dan kita berjumpa dan aku akan selalu memimpin kalian dalam perjalanan.
Tunggulah Insya-Allah.’
‘Masuk jalan untuk satu orang’ tertulis di
papan melalui sungai kecil tadi.
Dengan Gerak Allah ini tadi, terus mengusut
pantai dari sungai tadi. Jadi kedengaran gelak ketawa puteri-puteri, yang orang
dunia katakan bidadari, bukan?
“Ha... ha... ha...” Bersimbur-simburan di
air.
Saya tengok, rupanya ada seorang puteri
yang dimandikan oleh inang-inang pengasuh yang banyak tadi. Rasanya saya kenal
itu orang. Ini saya betul-betul sedar, rasanya, tetapi tak rasa berbadan lagi.
“Saya kenal itu orang. Siapalah rasanya kira-kira? Apa betulkah dia ini?”
Orang itu melihat. Melihat, tapi yang lain
yang memandikan tadi… orang yang dinantikan.
Saya terkejut, “Macam mana pula ini?”
Kami perhatikan. Kami perhatikan dari situ
dibawanya tuan puteri… pakaiannya bukan? Saya lihat, saya perhatikan. Terus masuk
ke sebuah rumah yang sangat cantik, istanalah umpamanya
dan bagaimana dia di dalam saya tak tahu.
Habis itu keluar yang memandikan tadi, saya ditarik beramai-ramai.
Dimandikan. Dimandikan. Dimandikan. Macam
dengan air mawar segala macam wangi-wangian yang saya alami. Dalam alam mimpi
atau alam apakah waktu itu? Alam arwah atau bagaimanalah. Sekalipun begitu saya
nggak mengerti Gerak Allah, atau bagaimana.
Menyerah saja begitu. Digosok. Dimandi
dulu.
Saya teringat bahawa di satu tempat
katanya, kalau benar di Syurga, di mana mengalir airnya jernih, ikannya jinak
katanya segala macam, dengan penuh kebun tadi, istana tadi. Saya tengok
kebun angur segala macam, buah-buahan lazat
cita rasanya di sana.
Saya dibawa. Dimandikan. Dimasukkan. Dikasi
pakaian baru. Saya masuk di sana. Saya lihat, bukan? Yang dimandikannya tadi,
tuan puteri tadi duduk dengan seenaknya, setenangnya, di tempatnya.
Setelah saya ditukar pakaian, saya ditarik
duduk berhadapan. Duduk macam ini di meja. Habis itu, saya perhatikan dia
melihat saya memandang. Dia memandang. Saya melihat dan yang banyak tadi,
satu-satu mulai hilang. Tinggal kami berdua saja.
Belakang lagi datang di meja untuk makan
ini buah anggur, buah apel (epal) segala macam. Saya, kadang-kadang saya
kembali ke zahir saya, saya ketawa.
“Apa mimpi saya atau bagaimana?”
Ini cerita pengalaman saya, dalam bidang
arwah, saya katakan.
Habis macam itu. Dia belakang bertanya,
“Apa engkaukah ini?”
“Ya!” saya bilang. Menjawab.
Ditanya terus, “Mana anak-anak?”
Jadi saya bilang, “Saya tidak boleh cakap soal anak-anak. Saya sendiri tidak
mengerti tadinya kenapa kita boleh jumpa,” saya katakan.
Yang bertanya itu, yang menanya itu, bukan?
Mana anak-anak, engkaukah ini, ertinya emak dari anak-anak saya tadi. Dia telah
begitu dulu meninggal. Masih kecil-kecil ini anak-anak saya ini.
Anak-anak saya masih kecil yang di bawa ke sini. Adik ni dak mengetuk
(masih berputing).
Cuba bayangkan, dia meninggal yang itu masih kecil belum sekolah
apa-apa lagi, tahun 55 (1955). Itu kami berjumpa dalam perjalanan tadi.
“Engkaukah ini?” katanya. “Mana anak-anak?
Kenapa tak dibawa? Kenapa bersendirian datang?”
“Saya sendiri tak tahu kita. Kita tak tahu
sedikit juga yang bahawa kita dapat berjumpa ini.”
Habis itu, bagaimanalah perasaan orang yang
ditinggalkan dengan orang yang meninggal terus jumpa? Habis itu belum sempat,
belum sampai kita puas bicara atau bagaimana, pandang-memandang, bukan? Sudah
datang tarikan kaki untuk keluar lagi.
Terus berdiri, saya keluar.
“Tunggu dulu! Hendak ke mana?” katanya.
Saya duduk lagi. “Tak bisa. Engkau lihat di
sana. Di luar. Di balik tirai besi. Berapa banyaknya itu pengikut-pengikutku, termasuk
anak kita sendiri. Mereka itu menanti kedatanganku untuk
memimpin, membawa kepada jalan yang benar.
Kan engkau sudah senang. Bukan aku tak mahu membawa engkau, tetapi ketahuilah oleh
mu,” bisa sendiri bicara waktu itu,
“Apa
yang ada padamu ada padaku, tetapi apa yang ada padaku tidak ada padamu. Jasadmu
ini
telah hancur menjadi tanah. Tetapi dengan
pertemuan kita ini, perjumpaan kita ini sekarang, saya sudah dapat memahami,
saya bisa hidup dalam dua keadaan. Ertinya secara zahir macam ini
bukan? Dan di alam arwah. Jadi, engkau usah
takut,” saya bilang.
“Kita telah jumpa satu kali dan selamanya
kita boleh jumpa terus.”
“Kalau begitu baiklah, tetapi jangan
lama-lama aku ditinggalkan!” katanya.
Jadi kembali keluar. Dan begitu saya
bertemu kembali dengan rombongan tadi. Jalan kembali, menurut jalan yang telah
digariskan dan dalam perjalanan, bertambah banyak juga, pengikut bertambah juga,
bertambah juga, bertambah juga ramai-ramai.
Ada juga yang meninggal di jalan dalam
perjalanan kami tadi.
Ada juga yang murtad. Itu bisa juga yang
tak tahan. Tidak berani lagi mengikutkan. Tidak sanggup, tidak percaya segala
macam. Itu terserah padamu. Cuma aku berjalan terus, dan termasuklah menyeberang
sampai ke Singapura, ke Malaysia ini bertambah, bertambah, bertambah, bertambah
pengikut.
Jadi, insya-Allah. Kalau mahu meyakinkan, kalau dengan ini Dua Kalimah
Syahadah terus bergerak, kita akan berjalan bersama-sama rombongan di padang
pasir dan segala macam, di mana petang, di mana malam kita berhenti, kita
bermalam. Dari itu maka saya katakan, tempoh-tempoh saya menyanyi.
Tempoh-tempoh saya gembira. Tempoh-tempoh. Sebab makhluk-makhluk itu dia dalam kabilah (rombongan)
masing-masing; ada istirehat, ada yang bertambur, bermain rebana segala macam,
bukan?
Saya juga nyanyi. Nyanyi suara P. Ramlee,
ya nggak? Pernah dengar dulu, tapi tidak melewati batas, tidak keluar dari rel.
Kita menyanyi, kita bergembira, kita bercerita, sehingganya saya dapat
mengatakan kepada orang-orang lain atau orang-orang yang saya jumpai atau dipercaya
apa-apa.
Bagaimanalah saya dapat mengatakannya? Saya
telah tahu tempat saya untuk hari nanti. Saya telah tahu di mana tempat saya nanti.
Jadinya sebagai seorang yang beragama, yang percaya,
sebagai seorang Islam dan dia senantiasa
menanti kedatanganku, di sana tadi, yang diceritakan tadi di dalam perjalanan
kami. Lebih dari itu, kami berjalan terus.
Pernah saya dari Medan naik bas ke Siantar.
Permatang Siantar.
Di samping saya duduk seorang perempuan, bukan? Orang kampung
saya. Terus mobil, kereta, jalan bukan?
Saya “Hmm… hmm… hmm… Allah. Allah. Allah.”
Terus saya berhenti, dia terus menangis. Habis, saya mulai lagi. “Allah. Allah.
Allah.”
Terus sampai di Tebing Tinggi. Tebing
Tinggi, Medan. Terus sampai di sana, terus sampai ke rumahnya, dia menjemputkan
ke rumahnya. Terus dia berguling-guling, menangis menjadi-jadi. Dia sendiri,
zahirnya tidak tahu apa sebabnya maka begitu.
Belakang, setelah sedar segala macam, dia
cerita bahawa, “Semenjak kereta tadi, bas tadi berangkat,”
Katanya, “Engkau tadi berzikir apa-apa saya lihat kita banyak di
dalam rombongan di padang pasir,”
Katanya. “Dengan kabilah-kabilah
berbondong-bondong (berduyun-duyun) memuji nama Tuhan. Sewaktu engkau berhenti
zikir tadi, saya pun terkejut, terbangun. Sedar. Melihat nggak ada lagi. Habis itu
engkau teruskan. Saya lihat, saya lihat segala macam, saya pandang. Saya lihat
semua dan kereta sampai di tempat yang dituju,”
Katanya. “Itu saya lari pulang dan terus menangis!”
Satu perjalanan di alam ghaib, dengan ilmu
roh apa tadi. Cuba!
Satu kejadian tak makan di akal, bukan?
Kalau kita ambil secara kenyataan, takkan boleh terjadi? Tak makan di akal!
Tetapi kalau macam kita ini, saya terus
tunjuk, sampai di sana. Tak makan di akal namanya.
Itu merasakannya. Saya pegangkan sampai.
Dan pernah pula ahli tarekat Khalifah di
Kisaran, Medan, juga waktu saya mengembara di Medan, bertanya, “Anak, pancaran anak
berapa kilowatt?”
Katanya. “Pancaran ini?”
Dia sudah mengerti kan? Orang tarekat.
Jadi anak murid saya menjawab, “Bapak mahu
tahu? Dari masyrik (timur) ke maghrib
(barat),” katanya.
Dia guling kepala. “Tembus di tujuh langit,
hujung langit? Dari masyrik ke maghrib? Kami belum lagi ke sana. Baru dua puluh kilowatt,” katanya.
Ini pengalaman saya ceritakan ini.
Selesai pada 6 November, 1998
Taman Mewah II, Lunas, Kedah
.
No comments:
Post a Comment