Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah VII 1974 : Januari 19 [Malam] Pulau Pinang (FULL)



🌼   Kuliah 7  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
19 Januari 1974 (Malam)

Aku akan usaha berjalan ke mana-mana saja.
Saya tak dapat dipunyai, dikuasai oleh satu orang. Fikir zahir saya, “Ya, saya tinggal di rumah. Apa mahu, minta saja!” katanya.

“Soal makan, soal belanja, soal pakaian apa jangan susah. Minta saja. Tetapi tetap tinggal di rumah ini.”

Jiwa saya bukan ke sana. Pengetahuan saya bukan ke sana. Keinginan saya bukan ke sana. Dan saya pun bukan cara macam orang itu.

“Maaf saja,” saya bilang. “Saya ada banyak urusan. Saya mengembara dan terus mengembara.”

Tahun 58 dengan anak-anak buah saya; wanita dua tiga orang di Palembang, katanya. Sudah kasi (beri) ilmu pengetahuan, sudah didirikan, sudah dapat dia firasat bayangan, bahawa, “Bapak nanti akan sampai ke Malaysia,” katanya. “Di sana lebih berkembang ilmu pengetahuan ini.”


Kenyataannya memang betul.
Ada seorang anak buah saya tu, dia bidan. Dengan zikir dia bergerak, bukan? Yakin betul dia. Bisa dia lihat itu masjid Mekah, bukan? Dia bisa hitung tonggak, mihrab segala macamnya. Dia berzikir malam. Besoknya sama orang haji Mekah dipanggilnya, ditanya.

“Cuba duduk,” katanya.
“Cerita betul atau tidak cakapnya. Saya bermimpi, masjid Mekah bentuknya begitu. Tonggaknya banyaknya sekian-sekian dan mihrab sekian dan lain sebagainya.”

Terkejut dia. “Engkau belum pergi ke Mekah!” katanya.
“Engkau sudah tahu betul semua,” katanya.

Cubalah! Itu perjalanan di bidang keghaiban, di bidang roh, di bidang arwah tadi.
Cubalah kita bayangkan. Kita tenangkan lagi kepada saat saya di cerita tadi.

Saya mimpi saya berjalan dan bertemu tadi. Bagaimana perasaan masing-masing? Tipis dak badan seterusnya? Bagaimana rasanya itu? Berjumpa itu berjalan dalam rombongan, sampai saya dengar suara tertawa riang gembira memandikan bidadari segala macam. Setelah aku dimandikan, saya dimandikan dan segala macam. Ertinya roh tadi telah dibawa ke alam sana.


Dan begitulah kami, kita dalam berjalan  terus, membawa mereka-mereka berjalan terus dalam rombongan.


Dan kita harapkan kita mohonkan kepada Tuhan hanya perjalanan kita inilah hendaknya yang termasuk dalam  satu kaum tadi; perjalanan di atas rel kebenaran dari Yang Benar – di Benar dari Yang Maha Benar.


Yang, ya… mungkin kami sendiri baru  dapat merasakan jalan-jalan yang garis yang ditunjuk tadi itu dapat merasakannya.

Bukan macam orang cerita orang-orang dulu-dulu, nanti di Yaumul-Mahsyar (Padang Mahsyar) akan melalui satu titian sehelai rambut dibelah  tujuh, di mana di bawah api neraka bergejolak, katanya. Kita meniti itu, sedangkan yang tak sanggup itu jatuh.

Tetapi saya, bukan? Saya telah berjalan di jalan sirat almustaqeem.

“Di jalan itu, jalan itu yang telah ada padaku. Di jalan itu semua kami bawa. Yang terasa padaku, pada kami sekarang dibawa berjalan. Jadi sesesat orang dan segala macamnya dibawa ke jalan yang benar, ke jalan kami, ke jalan rel kami, rel kebenaran. Dengan sendirinya akan sembuh, akan baik kembali.

Ini soal ‘Ihdina alssirata almustaqeem’ tadi, bukan? Ya tak?
Bukan soal ‘Tunjukilah kami ke jalan yang lurus?’

Padahal terangterang Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; jalan telah diberikan, ditunjukkan kepada orang-orang dulu-dulu, tidak?

Bukan? Tetapi kisah itu apa terjadinya?

Itu doa dari nabi Yaakub setelah dia mendapat berita dari anaknya yang lain bahawa anak yang disayanginya; nabi Allah Yusuf bukan? Oleh sanak-saudaranya dimasuk ke dalam sumur (perigi), lantaran dia tahu hanya sayang bapaknya tadi teruntuk kepada Yusuf seorang. Jadi, anak-anak, saudara-saudara yang lain tadi cari jalan maka dimasukkanya ke dalam sumur dan dipotongnya kambing. Apa, dipotongnya sampai darah bajunya, sampai dikatakan dimakan serigala katanya.

Itulah nabi Yaakub berdoa Ihdina alssirata almustaqeem; tunjukilah kami jalan yang lurus.

Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; iaitu jalan yang ditunjukkan dulu, seperti jalan ditunjukkan dulu kepada orang-orang dulu-dulu. Dan dapatlah diberi Tuhan ke jalan itu kepada nabi Yusuf. Sampai ditemui orang, bukan? Dibukakan sampai segala macam. Kesudahannya, jumpailah dengan orang tuanya. Dia jadi bendahara, wazir bukan? Tetapi di jalan tadi diturutnya; satu jalan keimanan. Ertinya Siti Zalikha tergila-gila kepadanya; godaan segala macam, sampai isteri wazir tadi… kawan bini-bini yang lain.

“Macam mana kamu ini Zalikha ini? Mencintai khadamnya?” katanya. Tarik-menarik sampai sobek (koyak) bajunya si anu kan? Nabi Yusuf? Sampai dalam perkara ini hakim memutuskan.

“Lihat! Kalau soal belakang yang sobek, itu tandanya Nabi Yusuf yang benar, kalau di sebelah depan. Itu yang salah,” katanya, tidak?

Siti Zalikha ini, pada satu kali begitu panas oleh, oleh apa cemuhan-cemuhan, bisikan-bisikan tak baik oleh orang ramai. Diundangnya bini pembesar-pembesar, di kasi makan buah-buahan. Seseorang disuruh pegangnya masing-masing satu  pisau yang  tajam. Belakang dia, nabi Yusuf dipanggilnya.

“Yusuf! Keluar!” katanya. “Hidangkan makan.”

Semua sekali melihat; tak tahu lantaran kecantikannya nabi Yusuf tadi dilihatnya.

“Bagaimana kalian? Baru kali ini kalian baru berjumpa melihat, jari telah luka? Terpotong. Apa lagi aku ini saban hari di rumah, cubalah bayangkan!” katanya.


Tetapi manusia belakangan ini, terutama dari masyarakat Indonesia di Medan, di Sumatra Utara dulu, kalau seorang perempuan, dia hendak membikin dirinya cantik macam nabi Allah Yusuf katanya, dibacanya Surah Yusuf. Perantaraan air sejuk, sudah selesai baru diminumnya. Mudah-mudahan dapat cahaya Yusuf, katanya. Itu kepercayaan.

Jadi itulah saya katakan tadi makanya, Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi Aaalayhim; tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah ditunjukkan kepada orang dulu-dulu sebelum kami, sebelum kita ini.

Jalan Ghayrialmaghdoobi Aaalayhim; yang tidak di murkai.
Jalan Walaalddalleen; yang tiada sesat.

Itu ertinya kita jumpai, mahu mengetahui rahsia ghaib dan hikmah yang terkandung, hikmah penggandungan dalam surat al-Fatihah tadi.

Dengan Bismi Allahi alrrahmani alrraheem – menyebut nama Allah dengan Bismi Allah.

Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen. Alhamdu lillah. Siapakah manusia yang pertama mengucapkan syukur Alhamdu lillah dan siapa ucapkan dalam kalimah yang pertama ini? Itu nabi Adam.

Tetapi ingat, kepada Yang Memerintah Seluruh Alam, katanya, tidak? Menyebut nama Tuhan dengan Bismi Allah. Alhamdu lillah,” kata nabi Adam a.s.

Syukur kepada Tuhan Al-Rahman al-Raheem, kata siapa? Itu adalah hikmah nabi-nabi semuanya. Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen. Al-Rahman al-Raheem. Al-Rahman al-Raheem,” kata nabi Daud. Dia menangis Al-Rahman al-Raheem, al-Rahman al- Raheem. Itulah rahsia nabi Daud. Hikmah yang terkandung. Itulah anak, Malik. Raja. Sulaiman. Soloman kata Kristian. Ya!


Maliki yawmi alddeen.
Maliki yawmi alddeen. Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeen. Waktu zaman berhala, nabi Ibrahim. Dengan itu dipancungnya semua patung-patung yang disembah manusia. Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeen; hanya akan Engkau Tuhan yang kami sembah, hanya Engkau kami mohon pertolongan. Dihentamnya semua sekali. Iyyaka naAAbudu  wa-iyyaka nastaAAeen. Kan direbus dia, Ndak apa-apa? Dibakar dia tak terbakar, tak mengelupas kulit. Itu hikmah yang terkandung Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeen.

Ihdina alssirata almustaqeem, yakni tunjukilah kami jalan yang lurus,” kata nabi Yaakub.
Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; nabi Yusuf.

Ghayri almaghdoobi Aaalayhim; nabi Musa. Yang tidak dimurkai. Dia takbur. Dia abai tapi Tuhan tak marah sama dia sebab dia Kalam Allah

Wala alddalleen; (dan) tidak sesat. Isa a.s

Ameen; Muhammad. al-Ameen. Katanya yang benar Itu rahsia, tetapi jarang orang mendapat itu penggajian. Tak apalah kita melencong sedikit.


* * *


Jadi, saya kembali ke pokok pangkal kisah perjalanan tadi, bahawa walaupun satu, kita ini sebenarnya tiga sejalan. Buktinya kalau mahu tahu tanyalah bagaimana soal mati dan mati dan segala macam. Yang jasad ini dihantar ke tanah. Arwah di mana tempatnya? Roh  ke mana pula? Betul tak? Tiga tak?

Jadi yang mana pegangan kita? Alangkah bodoh kita rasanya kalau badan yang kita. Itu yang sampai takut mati dimakan cacing segala macam. Apakah yang arwah itu kita? Itu yang akan dihisab nanti, ya tak?

Segala perbuatan kita di dunia ini baik dan jahat ditulis, di badan si arwah tadi tertulisnya. Tetapi yang roh tadi dia kembali ke Hadirat Ilahi.

Kalau dia boleh bercakap, berucap katanya, “Ya, Tuhan,”

Katanya, “Percuma aku hambamu ini. Diamanahkan, ditempatkan di rumah si anu. Apa sebab?  Apa saja dia punya tingkah-laku perbuatan, aku tak dibawanya serta!”

Katanya., “Dia tak pernah mahu mengenal aku, padahal aku tahu betul seluruh kehidupannya bergantung kepada aku. Aku kasihan sebab dia badanku, badan diriku, tetapi dia tak mahu kenal padaku. Begitu aku didudukkan di sana, begitu pula aku kembali.”


Disuruh lihat katanya, “Itu badan si arwah. Lihat!” katanya.

Tulisan-tulisan, kod, tanda itu, sekian jam sekian kesalahan dibikin itu, yang itu, itu, itu dibuatnya kan? Itu tertulis semuanya. Itu kitab.

Tapi, kalau kita betul-betul yang itu kita, kekasih dari Yang Maha Pengasih tadi, itu segala kesan-kesan jahat kepada dia dihapus-Nya, sebab kesayangan; kekasih dari Yang Maha Pengasih.


Anak emaknya, bukan? Tidak?
Ibarat sejarah anak-anak, katanya kalau itu cerita dongeng, atau bagaimana kalau kematian emak? Emak sampai begitu nanti, anaknya akan menolong. Bila si ibu masuk dalam api neraka, dia begitu masuk ke dalam api neraka, bukan? Api sampai mati.

Suratan-suratan yang jahat dibuang dan dihapus. Sebab apa? Dia langsung dari Tuhan. Rahsia Tuhan dia tahu, ya atau tidak? Sebab yang kita itu dalam pendirian tadi.

Yang, ‘Aku tiupkan roh-Ku!’ kata-Nya tadi.

Jangan aku si polan bin si polan! Itu dari air yang kotor. Aku! Aku! Aku! Aku Yang Allah, ya dak? Itu kita hendaknya.

Jadi “Aku Allah.” Jadi bukan saya pula Allah! Tidak! Hubungan tadi. Itu makanya kalau dihalus-halusi, bukan? Secara kenyataan, bukan?

Orang Kristian mengatakan Isa dari anak Allah. Ini secara kenyataan, bukan?
Dari situ, dari Dia datang. Dia Roh Kudus, bukan? Tetapi kita ini bukan Roh Kudus?

Kita dari sana, kan? Apa tidak? Sebenarnya dia roh. Roh. Roh. Roh. Roh Suci, kata-Nya, kan? Tetapi rahsia Tuhan pada badan dirinya. Sebenarnya dia malaikat.

Cuba kita lihat pada sejarah, ada anak-isteri segala macam, dia? Dilihat manusia, nabi Muhammad, manusia. nabi.


Apalagi kita? Kalau kita fikirkan sebelum aku ada di sini, di mana beradanya aku tadi?
Sebelum engkau di dalam itu, di situ, di rumah itu, di dalam badan, di mana engkau tadinya berada?

Entah!


* * *


Tadi malam kita sudah kupas, ‘yang zahir menunjukkan yang batin.’
Oleh kerana yang nyata ini kita keluar dari rahim ibu, yang zahir menunjukkan yang batin tentu ini juga keluar dari Rahim Allah.

Saya pasti. Kalau tidak lantaran kasih sayang-Nya, kasih-Nya, mana kita akan sampai ke sini? Kalau benci-Nya tentu  kita dicetak (dicop) ya, tidak?
Ini lantaran Rahim-Nya, makanya begitu pula ditempatkan kita di rahim ibu. Rahim. Apa erti rahim?

Tempat kasih sayang atau tidak? Ini! Tetapi kalau kita berpendirian macam biasa, tak salah.

Sebagai manusia biasa, kerjakan suruh, hentikan tegah, sebab kita mahu masuk syurga.
Yang tadinya, katanya tingkatan, tingkatan, meningkat, meningkat lagi, kita pecah, kita olah; yang mana yang aku yang sebenarnya?


Itu maka orang dahulu, kan? Telah puas memakai hakikat yang nyata ini, dia berpendapat masih ada rupanya di balik kenyataan ini? Itu makanya dia masuk suluk, katanya alam kerohanian, alam metafizika segala macam, alam ghaib, tenaga ghaib, mengenal Tuhan, mengaji Tuhan.


Bagaimana caranya? Itu makanya kita mengatakan kita ini tiga sejalan. Perumpamaan kerbau dengan pedati, dengan tukang pedati tadi.

Jadi tinggal kita akan menentukan kita; yang kita katakan,  “Siapa aku? Hendak ke mana? Mahu apa dan yang mana?”


Kalau berpendirian kepada kerbau tadi, itu yang kita yang orang segala macam, akan payahlah hidup. Itu makanya orang macam kita, harus berjuang untuk hidup, katanya.


“Itu serta Rabbi (Tuhan Yang Menguasai),” katanya. Biar orang tak tahu kita.
Kita secara diam saja. Ada pula yang memakai ilmu diam. Itu orang dating menghantarkan makanan.

“Apa? Ilmu apa itu?”
Ular cantik manis. Pernah mendengar nama ular cantik manis?
Kulit kecil hitam, dia duduk di pokok kayu bukan? Tak ke mana-mana dia.
Dalam buku sejarah, burung datang menghantar makanan. Saya kecil-kecil, itu ilmu sudah dikasi orang tua kepada saya. Bunyinya sangat halus:


Eso Allah
Kedua bumi yang kuasa
Ketiga air sembahyang
Ke empat pinta rezeki
Ke lima pintu mukjizat
Ke enam pangkat mahligai
Ke tujuh si buduk dalam kandungan bondanya
Ke lapan jadi Muhammad sempurna jadi
Ke sembilan maka meluluskan sagar aku
sembilan perkara
Tujuh lapis petala langit, tujuh lapis petala bumi
Di sini aku berdiri di dalam jala-jala Allah
Turunku dari kudrat Allah
Datangku dari Ayat Allah
Tegakku tidak tergagah
Dudukku tidak terbanding
Ombak beralun di lidahku
Semut beriring di gigiku
Pipiku seperti sentana di laut
Rambutku seperti mayang terurai
Telingaku seperti andam nabi
Berkat doa ular cinta manis
Cinta Allah
Cinta Muhammad
Cinta Baginda Rasulullah
Hai burung cenderawasih yang terbang dari
masyrik ke maghrib
Datang singa menghantarkan singa
Datang menghantar pemakanan aku
Seperti air hilirlah rezeki aku
Berkat doa ular cinta manis
Cinta Allah
Cinta Muhammad
Cinta Rasulullah
Saadon berkata-kata tiada aku mati berdosa
Berpantang aku mati bersebab
Akulah memakai doa alang leso
Kabul berkat kalimah La-Illaha-illAllah


Tetapi apa pengalaman hidup saya? Ke mana saya pergi semua sekali sanjung, sayang, hiba pada saya.

Cuba dikatakan tak berkat pula tu? Jangan minta pada saya banyak. Cubalah.

“Seperti air hilirlah rezeki aku. Air mengalirilah rezeki aku,” katanya. Kan tak putus-putus, tidak?

Kalau cantiknya, cuba setelah saya bacakan tadi, bagaimana rupanya bentuk saya? Kan bertambah cantik kelihatannya, bukan?

“Eso Allah, kedua bumi yang kuasa!”
Jangan di-tape ya! Jangan. Jangan. Jangan. Tak boleh. Jangan. Jangan. Jangan!
Ada lagi satu, tetapi mesti empat mata, ya dak? Tetapi tak boleh. Ini khusus untuk jantan. Kalau perempuan tak suka padanya. Kalau tidak dicetaknya nanti. Tetapi ini, bukan untuk orang bujang saja. Tidak!

Isteri kita sendiri. Kita berpergian segala macam, dengantidak mahu dia melihat orang lain. Hanya empat patah kata saja dia; orang tua-tua bolehlah minta itu pada saya. Muda-muda tak boleh.


Banyak itu rahsia-rahsia hidup, bukan? Keselamatan hidup kita.

Dulu saya pernah tinggalkan juga:

“Al-lazi la’illa walhayum’ Q’yum wa-atubu
illaik; la haulawalla Qu Wata Billah Hail Aliyel Azim.”
Tidak yang risau nabi Muhammad daya dan upaya
Siapa yang kuasa melainkan Allah
Pari diparikan
Diri yang didirikan
Manalah diri yang didirikan?
Tegak seperti alif, duduk seperti wau
Dia bergantung tapi tak bertali
Bertali tapi tak bergantung
Bagai ombak bersambung, angin bertiup
Siapalah yang kutumpang melainkan Allah
Ta’ala?
Hu Allah namanya
Manalah huruf yang empat perkara dari luar badan diri kita?
Air, api, angin, tanah
Berjala sifat-sifat Muhammad
Yang engkau berjala sifat Muhammad
Maka engkau berjala sifat Muhammad
Bagaimana Nurul’llah semata-mata?
Empat kerat daripada bapak;
urat, tulang sebenak
Empat lembut daripada ibu;
bulu, kulit, darah, daging
Empat halus daripada malaikat;
hati, jantung, limpa, empedu
Satu halus daripada Tuhan;
syariat, tarekat, hakikat, makrifat namanya
Maka terkeluar tali bala dalam batang tubuh.”

Secara dulu, pengajian dulu, insya-Allah saya banyak pengalaman. Itu yang saya bawakan. Dalam segi ular cantik manis tadi, samasekali orang mengatakan kasihan hiba saja pada kita.

Dan yang kedua tadi dalam hutan kerja, bukan?
Mencari minyak ini sama Shell Company dulu dalam hutan yang belum dimasuk orang. Jadi, harimau, apa gajah, apa ular, apa yang tidak jumpa pada saya? Tapi insya-Allah, lari dia. Itu pengalaman.


Tetapi semenjak telah adanya ini, dengan adanya ini pula, saya ingatnya lagi itu, ingat saja kepadanya itu, jalanlah. Sebab kudrat dan iradat-Nya yang berlaku. Ini yang saya bawa sekarang.


Alangkah baiknya juga, kalau punya doa ular cantik manis tadi. Jadi, mana kita cantik, mana manis, dan datang rezeki murah pula. Kesimpulannya, saya bilangkan tadi pula seperti yang diberikan malam ini; peninggalan atau bagaimana, yang tiga tadi: tiga sejalan.


Jadi yang menjadi pendirian kita, jadi pegangan sama kita, roh tadi yang akan kembali ke Hadirat-Nya, kembali ke Asalnya. Dan jadilah hendaknya dia ‘orang yang kehendak boleh, minta berlaku.’

“Ya Allah, Ya Tuhan, jadi!” Kata, kata jadi. Mulut itu asin. Itu hendaknya.
“Baik,” katanya. Baik orang itu, kalau dapat.

Dan kalau kita cakap sama ini kata hak-Nya kita katakan; kata yang benar dan tak mungkir. Dan kalau manusia ke manusia, harus kita tingkatkan ke dalam, jangan ke luar. Itu kita.


Lain dari itu bagaimanalah ya? Apa yang saya cakap lagi? Sebetulnya sikit-sikit saja pegangan, akan menjadi pegangan. Tentu pasti jadi dia. Ini yang dibawakan. Kenalilah dirimu sendiri. Kenalilah dirimu sendiri.

Tanya. Cari sampai dapat jawapan,
Siapa aku? Yang mana yang aku? Siapa aku? Aku siapa?

 Itu tanganku. Kepalaku. Mataku. Telingaku. Suaraku. Yang aku?
Dapat kita mengenalnya dan sebagainya, Hendak ke mana aku? Mahu apa aku?


Dan kitalah menentukan dan yang dapat menentukan diri kitamasing-masing: ke syurga, ke neraka dengan perbuatan kita sendiri.

Akan tetapi, di balik dari di balik juga, sebagai orang tua, bagaimana kami dalam hal ini yang banyak pengalaman?

Yang di balik dari yang di balik, di balik dari yang di balik, segala kebolehan, segala apa saja ada rahsia di balik rahsia yang terahsia lagi.

Itu kalau  kami katakan, kami katakan, kalau  kita lihat sekarang, ada orang yang kerja tak betul, ada yang suka melacur dan segala macam, ada yang tak suka mandi, ada yang tak suka itu tak perlu kita marah. Tak perlu kita kata orang itu. Tidak!

Sebab tempoh-tempoh seolah-olah malaikat diutus Tuhan macam itu. Oh ringan badannya. Buruk dia, dia datang minta sedekah.

“Ah, orang tua ini!”
Jangan. Jangan. Jangan. Jangan. Jangan. Jangan. Lihat saja. Tak ada, ya, maaf saja. Ada beri.

Jangan sampai jadi, “Oh! Si polan itu! Oh! Kelakuannya macam itu!”
Kita cuma lihat. Itulah dibilang, ada rahsia di balik rahsia yang terahsia lagi.
Walaupun kita telah punyai pengetahuan ini umpamanya, jadi bagaimana semestinya? Tanamlah segala-galanya baik sangka di dalam dada diri kita masing-masing. Dan saya tidak akan bicarakan membawa tuan-tuan saudara-saudara kalian ke alam politik. Tidak!

Kita bukan orang politik. Ke alam sosial, ke alam pengetahuan, ke alam kebenaran;
membaikkan, baik-membaikkan antara diri kita satu sama lain.

Jadilah hendaknya menjadi seorang hamba Allah dalam erti-kata yang sebenar-benarnya. Dan segala kerja, tindak-tanduk perbuatannya betul-betul kerana Allah dan di redai oleh Tuhan.

Manusia memang tetap manusia. Dengan secara beransur, dia. Jangan pula menjadi kelesuan bagi jasmani kita untuk mencari kekayaan, untuk menambah kejayaan hidup. Buat apa, kalau itu
tidak?

 Memang apa yang ada, isi bumi ini, antara bumi dan langit, dari dalam sekali pun, diuntukkan oleh Tuhan untuk orang yang tahu. Untuk kita! Orang yang tahu.


Jangan macam yang sudah-sudah waktu kita kerja dulu, kalau orang putih gali tanah dapat emas dapat minyak, kita gali tanah dapat ubi kayu, dapat kacang goreng! Betul tak?

Itu orang dulu-dulu.


* * *


Dan kiranya apalah yang akan saya sampaikan lagi? Padahal cerita itu ke itu juga. Cuma gendangnya itu yang berlain rentaknya, bunyinya, bukan? Tetapi tujuannya itu juga. Barangnya itu juga. Bendanya itu juga.


Dan puaslah hendaknya dengan apa-apa yang telah kami terangkan tadi dan jadilah hendaknya, menjadi orang yang kami inginkan di dalam pengetahuan ini.

Dan betul-betul hendaknya dengan mengamalkan pengetahuan kami ini dengan berpegang, meyakini segala macam dapat hendaknya membawa perubahan pada jalan kehidupan diri kita masing-masing, jadi satu perubahan; kemajuan, membaikkan, peningkatan dan segala-galanya. Kejayaan dalam bidang kehidupan lahir dan batin hendaknya, dan insya-Allah.


Mungkin belum puas atau tidak puas. Memang selamanya mengenai ilmu pengetahuan, yang mana tidak puas, kalau Tuhan mengizinkan, pada lain waktu, lain kesempatan, umur panjang, entah bila atau bagaimana, akan dapat berjumpa kita kembali. Dan sekiranya tidak, yalah, apa yang kami tinggalkan di sini, karang-karangan kami, bukan? Apa itu? Berulang-ulang boleh dibaca untuk dapat dimanfaati dan dimengerti. Dan itu pula tape titipan dari suara kami, titipan dari kumpulan-kumpulan dan pengalaman-pengalaman kami dalam pengetahuan, itu sekali, serta kebolehan-kebolehan.


Kami mengharapkan kalau Tuhan mengizinkan hendaknya pada masa depan dapat kita kembali macam ini, berhadapan… jumpa satu sama lain. Dan kepada-Nya kami kembalikan segala-galanya.


Tak dapat saya bicarakannya lagi. Waktu sudah dekat. Dan besok kami akan berangkat dari sini dulu ke Penang Hill, 21 haribulan, siang tengah hari kami balik kembali. Kalau ada kesempatan, malam itu barangkali boleh jumpa kita, tetapi dalam suasana yang agak lain barangkali. Dan 22, insya-Allah lepaskanlah kami, bukan? Dengan hati yang suci, dengan tidak ada keragu-raguan, tidak pula ada fikiran-fikiran ke belakang. Lepaskanlah kami dengan doa, semoga kita dapat jumpa kembali di lain kesempatan pada masa yang akan datang. Semoga melalui suratsurat
dapat kita jumpa.

Sekiranya ada kesulitan atau bagaimana, hubungi kami dengan surat, dan memang kami selalu, memang kami selalu mencintai tanah Malaysia ini, kami ingin mendampingi selalu, tetapi keadaan kami tak dapat menentukan sendiri, sebab kami katakan, kepunyaan-Nya semuanya.

“Ke sana!” kata-Nya, ke sana. “Ke situ,” kami ke situ.
“Pulanglah,” kata-Nya, kami pulang.
Yang tahu juga yang tahu. Terpulang kepada Yang Maha Mengetahui.

[Okay, habis? Masa sampai dari tadi belum juga? Belum, belum,belum, belum! Jadi macam mana saya ini lagi? Hahahaha…]

“Ya Rabbi, ya Karim, ya Rahman, ya Rahim.”


* * *


Tentu dia akan berkembang-biak, bertelur, itu zat saya berikan. Kalau pandai memupuknya, pandai menyemainya, dia akan tumbuh. Bahkan akan mengeluarkan buahnya selebat-lebatnya. Kalau biji belinjau, itu baik saya katakan yang saya berikan. Bukan belinjau sebarang belinjau, tidak? 

Bukan tampang (biji buah) sebarang tampang, kalau dia bertumbuh menjadi batang. Dia akan berkembang menjadi sepohon; sebatang pohon kayu yang rimbun, nampak dari jauh. Yang batangnya tempat orang bersandar, yang uratnya tempat orang duduk bersila, yang daunnya yang rimbun tadi tempat orang bernaung, bergantung atau tempat menjadi orang bertapak.

Dengan pengertian pula, kalau sampai ditakdirkan Tuhan di antara kita ini menjadi orang besar di sini, sebab saya lihat ada tanda-tanda di antaranya akan menjadi orang besar di sini, janganlah kita hendaknya besar tadi hendak melelo kalau kata kami di sana di seberang sana: besar hendak memakan kawan, menghentam lawan dan sebagainya.

Besar hendaknya macam saya katakan tadi, pohon kayu yang besar, yang lebat rimbun daunnya, yang nampak dari jauh, yang batangnya tempat orang bersandar, yang uratnya tempat orang
duduk bersila, yang rimbun daunnya tadi bercabang-cabang segala macamnya tempat orang bernaung, berlindung di waktu panas dan hujan hendaknya.

Akan tetapi kalau dia sudah menjadi batang yang menghasilkan buah, oleh kerana dia itu adalah zat serba zat, ingat saja akan ketuhanan. Sembilan puluh sembilan (99) katanya, bukan?

Dia akan  menghasilkan pula pokok tadi; menghasilkan buah serba buah kalau kita tahu, kita pandai memupuknya, memperkembangnya dan sebagainya, dan sebagainya; akan menghasilkan pula rasa buah tadi yang sangat lazat cita rasanya, pahit, manis, asin, asam  segala-galanya ada. Sebab apa?

Zat yang sempurna dan sangat sempurna dengan batangnya tadi dia cukup. Buahnya serba macam buah, serba ragam, serba rasa. Kalau kita pandai dan mengerti pula akan keadaannya dan kepadanya, kalau kita pergunakan pula untuk mengubat dan sebagainya dan sebagainya dan sebagainya dan sebagainya, dia akan bisa pula menjadi ubat penawar bagi segala penyakit.

Kepadanya ada segala sesuatu. Sekarang kita cuba bayangkan sedikit, bukan?

“Ya,” katanya.
Pada kita manusia ini, semua manusia ini berkekurangan kesempurnaan hidup, betul-betul terserah. Akan tetapi sebetulnya, Tuhan telah menjadikan kita sempurna. Tuhan telah mencukupkan.

Ingat saya katakan malam-malam dulu, cukup-mencukupilah. Ingat tak? Tadi malam, cukup-mencukupilah. Sejarah zaman nabi Daud. Kalau tak sempurna kejadian kita, masakan kita makhluk yang sebaik-baiknya yang dijadikan Tuhan?

Kerana apa? Kita tak pernah  mahu  mengenal akan diri kita sendiri, tidak mahu belajar keadaan kita sendiri.

Memang semua orang mengatakan tidak ada yang sempurna, akan tetapi kalau itu rasa mahu dituruti untuk menuju kepada kesempurnaan, tidak adakah ketuhanan kepada kita? Jadi, dapatlah kiranya dengan itu kita sempurnakan diri kita ini, kita cukupkan.


Dengan itu sampai rasa yang terasa itu kita keluar, maka cukuplah kita. Kalau dengan itu, maaf cakap, ‘teng!’ parang (ditetak dengan parang), insya-Allah, mudah-mudahan tak akan-apa.

Kenalilah, sebab kita lupa kepadanya, tak mengerti kepadanya, tak mahu mengenalnya dalam erti-kata yang sebenar-benarnya.

Itu makanya saya sering katakan, ‘Ingatlah! Ingatlah! Ingatlah terus kepadanya rasa-rasa yang kita terasa tadi!’

Dengan itu kita cukupkan, kita sempurnakan kejadian kita. Kita sudah penuh dan sudah cukup segala-galanya; mahu apa kita? Jadi, tidak kekurangan. Kalau kurang, dia sendiri akan mencukupkan, dan dalam rahsianya tadi, dalam ketuhanan yang ada pada kita tadi itu cukup segala-gala bawaannya.

Kalau ini dijadikan kitab, menjadi Kitabullah.

[Bapak menghamparkan kedua-dua telapak tangannya.]

Begini Kitabullah  ini. Dalam pengajian nabi Muhammad juga bukan? Muhammad, abdi Tuhan, ‘hamba Allah.’ Cuba fikir ini Kitabullah, dan dibukadalam ilmu kita ini. Jadi, bila kita pandai membukanya ini automatik. Siapa datang bertanya, dia automatik keluar saja.

Tetapi nanti timbul pertanyaan, kenapa tidak petunjuk datang? Tidak ada itu lagi sebab kita bukan nabi. Nabi penutup. Sudah nggak ada, sebab itu si penutup. Tidak ada lagi sesudah nabi
Muhammad.

Tetapi dengan Ilmu Tuhan ini, ini kitab Kitabullah. Kitab telah terbuka. Ilmunya ini sekarang: Muhammad berdiri pada kita sekarang. Kaji lebih dulu dalam-dalam.

Ini kita titik-beratkan kembali kepada rasa yang terasa tadi. Kalau kita perhatikan, macam ini tadi. Begitu. Begitu. Begitu.

Benih yang kami bawa, saya katakan, saya semai, saya berikan, saya berikan.
Kan terasa yang titik-titik benih yang kami bawa, yang kami bawa, yang kami bawa.
Kami berikan. Kami berikan. Kami berikan. Kami berikan, dan  kami berikan.
Kalau pandai dia akan bertumbuh.

Saya tidak akan menyalahkan pengetahuan orang itu dengan mengamalkan ayat-ayat Qur’an. Kan kita tidak salahkan? Tetapi dalam tingkatan pengetahuan kita ini, kalau bagi kita katakan, itu hanya baru pengajian kulit, belum isi lagi. Yang isi, zat serba zat, ini!

Macam saudara lemah, bukannya kami beri? Kekurangan-kekurangan zat yang mana… yang mana… yang mana di antaranya yang sembilan puluh sembilan (99)?

Tetapi rupanya cukup, hanya nggak mengerti.
Sebab apa?

Di Singapura, segala buah cukup kalau orang pergi ke Singapura, tapi batang tak ada di sana, padahal segala-galanya dari batang itu datang, ya tak?
Jadi buah yang dapat kita beli di pasar segala macam, katanya enak, manis, masam segala macam akan hancur kembali menjadi tahi kalau kita berak.

Atau ilmu yang kita perdapat dari orang, “Apa usul-islah?” katanya. Itu lambat-laun akan tawar. Itu alam. Termasuk dalam alam juga. Tiap-tiap alam pasti hancur.


Tapi alangkah baiknya buah kita perdapat langsung dari batang!
Macam sekarang; langsung dari kami, dari batang! Sampai kita mendirikan batang pula bibit yang kami kasikan tadi. Menjadi batang pula, sampai bisa berbuah pula dan sebagainya. Kalau diumpama, ibarat batang kayu besar tadi, bukan? Tempat orang berlindung.


“Assalamualaikum!”
“Wa’alaikummussalam!”

Jadi yang melalui yang keluar… yang keluar… yang keluar… keluar… keluarnya…

“Selamat jalan.”
“Alhamdulillah!” katanya.
Ini di antaranya, dapat kita mengerti, bukan? Zat serba zat. Zat serba zat. Zat serba zat.

“Ya. Itu orang kita sini (Hj. Abdul Rahman Ibrahim), punya rumah orang tua sini. Dialah yang membawa ilmu ini dari kami,dari Singapura. Mulai menyebarkan ke Pulau Pinang ini sampai kami dikenal orang Pulau Pinang ini. Perantara dialah kita jumpa! Di Alor Setar dia duduk sekarang. Dia tentera Allah. Ya, Nampak tanda-tandanya. Okey!”

Kembali ke pokok pangkal tadi; batang. Batang, batang ini perlu dididik sampai dia berkembang dan berbuah, dan berurat berakar. Bila datang ribut kencang dia tak akan goncang. Tak akan goyang.

Itulah kami harapkan. Kami harapkan, kami inginkan dansebagainya. Benih, benih yang kami semai ini, yang kami taburkan  ini, yang kami berikan ini, yang kami sampaikan ini bertumbuh, bertumbuh, bertumbuh, bertumbuh menjadi batang, sampai menghasilkan buah yang lebat cita rasanya.

Sampai… sampai… sampai mengetahui yang tak diketahui selama ini. Dan bergeraklah di bidang kamu sendiri. Insya-Allah, maksud sampai.


* * *


Dan lagi, kita semuanya juga saya katakan, bukan? Ertinya semua kita dikirim Tuhan ke atas dunia ini menjalankan tugas masing-masing. Hanya kita yang tak mengerti dan tak tahu.

Kita hidup dan menghidupkan.
Dan kita, sebagai seorang yang berilmu kita hendaknya, bukan? Amalkan ilmu kita. Kita mengerti kepada ilmu kita.

Apa dia ilmu itu yang sebenarnya? Kita mengerti kepada bawaannya dan segala-galanya. Kita mengerti tujuannya dan maksudnya, sampai kita boleh mengambil manfaat padanya dan memberi pula manfaat kepada orang-orang lain dan sebagainya dan sebagainya.


Dilihat selama ini, bukan? Biar orang yang baru dapat mengenal kami, atau baru menjumpai kami. Baru mendapat, menerima pengetahuan ini langsung, atau  kami sambung umpamanya dari wakil-wakil kami yang sudah membukanya. Dan segala macam-macamlah dapat dilakukan, berbuat dan sebagainya.


Tetapi dalam hal ini, di waktu saya mempraktikkan, waktu saya membawakan kepada seseorang tadi hendaknya, cara saya itu juga. Jangan baca saya, baru saya dikagumi! Atau bagaimana saja, bukan? Cara saya berbuat, apa saja yang saya berikan, itu pulalah yang diberikan sama orang nanti.

Tetapi lantaran kurang praktik, kurang pengalaman segala macam, belum mengerti betul mengenai daya-daya ghaib tenaga-tenaga ghaib ini. Oleh kerana apa? Kalian masih terpengaruh kepada keadaan yang nyata. Padahal dia yang sebenarnya di balik kenyataan adanya. Masih terpengaruh oleh alam fikiran, oleh benda, oleh alam, alam, alam, alam berubah ubah. Alam itu akan hancur. Semuanya akan hancur, kecuali Dia.


Dia Yang Maha Besar.
Dia yang kecil, tapi dia akan kembali ke Hadirat-Nya. Dia tidak akan hancur. Kekal dan abadi. Itu yang berada di balik kenyataan diri kita masing-masing. Jadi dia bertumbuh. Memang dia sangat banyak kalau kita pecah segi-seginya. Dengan begini, membesarkan jiwa kita, membesar batin kita dan sebagainya.


* * *


Tetapi pengalaman saya, saya katakan dalam hal ini, saya terima pengetahuan ini dengan melalui cuba-cubaan yang sangat berat. Tidak ada orang tempat saya bertanya. Tidak ada ulama yang akan menunjukkan kepada saya. Cuma saya dengan kemahuan sendiri, dengan keberanian sendiri, dengan berkorban sendiri, berani mencari pengalaman, mengadakan percubaan-percubaan dan sebagainya.

Ertinya, jangan diutamakan dengan pengetahuan ini kita mengambil keuntungan untuk diri kita lebih dahulu! Jangan! Jangan! Jangan! Jangan!

Ertinya bergeraklah terus. Serahkanlah segala-galanya kepada-Nya. Fikirkanlah  orang  ramai dan sebagainya. Insya-Allah. Diri sendiri, orang sendiri akan melihat kita.


Ibarat dalam  susah dan segala macamnya. Kalau beras susah kita disuruh membagi beras, jangan untuk kita bagi terlebih dulu! Jangan! Jangan! Jangan!

Berikan kepada orang. Insya-Allah yang pembahagian kita tetap ada.


* * *


Ya, kita menyimpang sedikit lagi, sebelum ke mana? Ke Penang Hill. Dulu saya mengatakan, bukan? Tanggal 21, ya dak? Tiga bulan atau beberapa hari. Tiga hari.


Antara Mekah dan Madinah.  Antara dia dan aku.  Antara abang dan adik.  Antara siapa dan siapa, antara dan antara, ada apa?

Apa gunanya persoalan itu timbul?
Ertinya bagi kita manusia tadi. Padahal soalan itu sangat lurus, jujur dan tidak sulit. Tetapi kita yang memikirkan, ibarat ilmu ini sulit dan sangat sulit dikatakan. Padahal begitu lurus, kita yang bertanya.

Antara Mekah dan Madinah, ada apa? Antara abang dan adik ada apa? Antara engkau dan aku ada apa?

Bukankah ‘dan’?

Mekah dan Madinah,  apa di antaranya? ‘Dan’ bukan? Sama jawapannya itu.
“Abang dan adik, apa di antaranya?” Sama jawapannya.

Itu ertinya kita terlampau jauh berfikir, padahal tidak sulit.
Itunya. Ilmu di dalam dada kita letaknya, dicari keluar, ya dak? Macam tadi kiranya.

“Apa maksud Bapak ini? Apa ini? Apa ini? Apa ini di antara Mekah dan Madinah? Dan taruhlah saya belum pergi ke sana.”

Tetapi ini antara engkau dan aku, antara abang dan adik. ‘Dan’ juga baru, ya dak?
Terbuka rahsianya pula sekarang.

Begitu pula kiranya, umpamanya ilmu pengetahuan ini, jangan terlampau sulit. Memang, mudah betul pun tidak, tetapi kalau telah  mempunyainya, telah  mendapatnya, bukan?

Macam apa orang Barat dulu yang mula-mula mendapat Amerika, Christoper Columbus, yang katanya, “Itu telur siapa boleh mendirikan? Ini telur, siapa boleh mendirikan ini telur?”

Semua sekali payah berfikir, siapa bisa mendirikan ini telur. Tidak ada satu pun yang bisa. Diambilnya telur, dihentamkan! Pecah bukan? Ya dak? Sama putih telur, terus dia berdiri.


Semua sekali menjawab, “Oh! Begitu!” katanya.
Ya, kalau sudah dikasi tahu itu, sudah tentu. Tadi tak ada yang tahu juga. Yang terang, di antara Mekah dan Madinah, antara abang dan adik, antara engkau dan aku.

Jadi, jangan terlampau jauh memandang.  Jangan terlampau jauh mencari di dalam pengertian.


* * *

Kita kembali ke pokok asal tadi. Kan saya menginginkan… menginginkan bibit-bibit ini, benih yang kami tanam ini, hidup subur. Dan cara pengalaman yang sudah-sudah, bagi orang lama bercampur dengan orang baru, atau pun orang lama sama orang lama, kalau mahu menyelidiki akan keadaan di antara satu dengan yang lain, mungkin dapat mengatakan atau mengetahui bahawa perkembangan, kejadian pengetahuan ini pada diri masing-masing tak serupa dan tak sama! Bukankah begitu?

Bagaimana orang-orang lama? Tak serupa dan tak sama? Oleh kerana apa? Benih. Benih. Benih yang kami semaikan berlain-lain, tetapi tujuan kejadiannya itu juga jadinya.


Cubalah fikirkan kalau kita hidup di lingkungan masyarakat ini, kalau mahu jadi kerani saja semua sekali, siapa pula doktornya? Siapa pula driver-nya, tidak?

Dibagi. Dibagi. Dibagi.
Jadi di segi lain, dalam pengetahuan biasa, manusia biasa juga, kita tahu siapa aku sebenarnya. Pelajaranku, katanya mahu jadi apa yang cocok (serasi) untuk hidup.

Tetapi kami datang ke sini membawa, membawa benih ilmu pengetahuan ini ke sini, terutama untuk menolong orang-orang terlantar, orang miskin, orang melarat, orang tak punya, orang yang 
berasa ketinggalan dalam segala hal dan sebagainya dan sebagainya. Apa umpamanya satu keluarga, bukan?

Yang punya anak banyak atau seseorang yang menderita terus, tak boleh hidup segala macam atau seseorang yang tak tahu jalan untuk keluar dan sebagainya kami beri, kami berikan jalan, kami tunjukkan jalan.

Bagi anak-anak yatim umpamanya, bukan? Mahu sekolah tetapi nggak ada kesanggupan? Kami beri dengan ini. Dengan benih ini, kami pimpin jadi orang. Moga-moga  dia lebih berjaya hidup dari anak-anak yang bersekolah dan segala macam, segala macam.

Ertinya, kalau mereka dapat memahami, hiduplah dengan ilmu kami ini yang diberi pada diri masing-masing, dengan selalu mohon ampun kepada Tuhan, dengan selalu minta keredaan, perlindungan dan sebagainya.

Dan berkembanglah jalan ilmu pengetahuan ini, supaya besar jiwa kita, besar diri kita, supaya terbuka segala pintu bagi kita, dengan tidak ada kecualinya kawan atau lawan!

Dengan jalan terbuka, pintu terbuka, musuh sebesar-besar musuh sekali pun datang pasti dia tunduk! Percayalah.

Sebab apa? Sebab secara kasarnya, ini ketuhanan. Dia berhadapan bukan dengan orang yang kecil ini. Tidak! Dengan Tuhan!

Nggak salah saya cakap tu! Ini ketuhanan. Tidak akan terjadi. Tidak akan terjadi itu, yang bermaksud jahat.

 Orang mungkin membelakangkan tadi. Jadi seolah-olah sama juga kalau dia menganiayai saya atau kita dalam pengetahuan ini umpamanya, sama juga menganiayai Tuhan.


Sebab kita, “Ana Abdillah!” katanya, bukan? Hamba Allah! Kekuasaan Tuhan yang berlaku atas segala-galanya. Kalau dia mahu jahat, sama juga dia melawan Tuhan. Macam pengetahuan ini. Kalau tak betul katanya, berdasarkan Dua Kalimah Syahadah.

Ini kalau kita keras, kita kata dia keluar dari Islam. Dua Kalimah Syahadah dasarnya, tidak? Maka tak kenal maka tak sayang. Tak mengerti dia.


“Wah! Ini sihir!” segala macam. Jikalau orang boleh mendekati kita terus, kenapa tangan bergerak? Kenapa tangan macam ini, umpamanya, dalam perjalanan pengetahuan kita ini? Tapi itu soal orang, dan soal kitalah terus kita anukan. Itu masa bodoh (jangan peduli).

Dan bagi… bagi… bagi kita semuanya, yang belum begitu mengerti betul, bukan? Belum faham, atau belum dapat mengalami sesuatu yang bisa ditolak dan segala macamnya, cukup saya bilang ambil dengan exercise gerak badan tadi. Perlincah segala gerak-geri kita, kaki-tangan dan sebagainya.


Sebab apa, ya dak? Pengetahuan kita ini bawaannya caranya automatik. Mana siapa yang telah mengenal saya datang ke sini, melihat saya cara bicara dan sebagainya bahan-bahan, panjang lebar saya cakap segala macam tidak pakai surat.


Tidak saya fikir dari apa akan saya bicarakan, apa yang saya katakan. Itu automatik semuanya. Jadi kelebihan kita ini bukan letaknya dari suara saya! Tapi ini! Gerak-geri ini, tapi yang automatik!

Tempoh-tempoh ada saja orang yang hendak bertanya, kita cakap sudah. Yang akan ditanyakan itu telah kita keluarkan. Jadi mulailah. Mulailah… mulailah umpama, bukan?

Berpendirian. Berpegang kepada tenaga-tenaga ghaib itu. Yang itu kita hendaknya. Sebenarnya kulit ini sangkar. Ertinya wadah. Ertinya yang kita dengan rahsia yang ada pada kita yang di dalam itu yang kita, yang mempunyai kudrat dan iradat-Nya. Sehingga makrifat kita tadi kalau makrifat dinamakan Makrifatullah, langsung dari Dia.

Kataku kata-Nya. Tindak-tandukku dan segala macam. Tapi, yang itu yang berbuat, bukan kita si manusia ini. Jadi kiranya dapat memahami, dapat mengerti hendaknya, jangan pendirian kita terlampau dititik-beratkan kepada pemikiran kita yang terletak dalam otak ini. Kalau begini, kalau begitu, kalau begana, kalau begini, umpamanya, bukan?


* * *


Kepada rasa dan perasaan ini sampai ke sini (tengah dada), sebab banyak keinginan, banyak kemahuan, banyak… banyak… banyak… banyak… tapi tak boleh banyak punyai daya kesanggupan, tetapi orang dalam sini sangat besar daya kesanggupannya.


Kepadanya letak rahsia. Asal kata dari rasa, sampai menjadi rahsia. Dan sekarang kita bongkar rahsia ini, sampai ‘al insani sri wal sri insani.’

Jadinya… ertinya, rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku. Itu kebolehannya lagi. Apa saja yang
datang, kita tenangkan diri kita.

“Tolonglah Bapak, saya mahu buka,”

atau “ Tolonglah, saya sakit kepala. Saya bengkak perut,” dan segala.


Kita tenang dan tunggu sementara ini datang. Insya-Allah. Kita akan berhasil.

Pertolongan kita berikan, dengannya tadi. Jadi, saya tidak membawa kalian sama-sekali, bukan? Saudara- saudara, atau anak-anakku, adik atau siapa sekali pun namanya hendak membawa kepada fanatik, harus, wajib menyembah, mempercayai segala macamnya, bukan? Saya pun tak menginginkan pula akan gila-gila hormat dan sebagainya, bukan?

Saya bawa kepada jalan kebenaran, jalan hak. Kalau saya boleh, kenapa kalian tidak boleh?

Saya bukakan jalan. Bawa dulu. Dalam pada terkurung, masing-masing dalam kandang sendiri, hubungan dengan Yang Maha Esa, dengan Tuhanmu masing-masing putus, hanya diajarkan dengan berdoa, sedang tangkapan Tuhan itu jauh, bahkan tinggi dan sebagainya?

Itu pun dalam pengertian sudah salah namanya, sebab Tuhan itu tidak bertempat, ya dak? Tapi yang datang daripada-Nya tadi, itu yang mengeluh, merintih… terutamanya hubungannya putus dengan Yang Maha Pengasih, yang dikasihi tadi.

Kedua, yang mengandungnya begitu berat hingga bikin sesak nafasnya, dadanya lapangan dia bergerak sering melumpuhkan badan mengeluarkan air mata. Tapi orang di luar tak mahu mengerti padanya.


Kami datang; si pembebas. Dia terkurung dalam jel. Itu dalam… dalam... dalam... dalam...

Saya bawakan dalam bahasa melayu atau dalam bahasa Indonesia asli, dari pepatah kami Minangkabau. Ini kurang tepat. Jadi kalau saya bacakan pantun dalam irama Minangkabau mungkin lebih tepat dapat mengertinya. Ini satu renungan juga bagi orang tua-tua dulu:

Ikan takile’ jalo tibo
Kanai anak maco balah lidah
Ba’a dek kumbang ka malariknyo
[Lah kambang bungo dalam Sarugo
Anak Kunci di tangan Bagindo Rasulullah
Ba’a dek awak ka maambiknyo]

Kalau bahasa Indonesia ke bahasa melayu ini bunyinya:

 Ikan berkilat jala datang. Jala tiba. Jala. Tahu jala?
Yang kena anak maco; ikan kecil-kecil tu.
Balah lidah (berbalah lidah). Balah lidah, tahu kan?
Maco balah lidah. Ba’a dek kumbang ka malariknyo.
Yang isinya telah kembang bunga dalam syurga (Lah kambang bungo dalam Sarugo).
Anak Kunci di tangan Baginda Rasulullah.
Bagaimana awak akan mengambilnya?

Saudara-saudara sama sekali terkurung dalam jail. Anak kunci sama orang luar. Bagaimana kita nak keluar? Pintu nampak, tapi Anak Kunci dari luar.

Kami bawa Anak Kunci. Kami si pembebas. Kami buka. Kami buka. Kami buka. Kami bawa, tunjukkan jalan keluar.

“Ikut kami,” kata kami.
Yang tidak ada satu orang pun, satu makhluk pun, satu… satu… satupun yang sanggup, dapat menghalangi.

“Ikut kami,” kata kami. Kami pimpin, kami bimbing ke jalan yang benar. Sampai dewasa, akan dilepaskan sampai menjadi orang.

Kalau kita halus-halusi betul, ibarat kita tadi dalam kurungan sepuluh tahun, dua puluh tahun, lima belas tahun, tiga puluh tahun, empat puluh tahun atau dalam umur kita masing-masing pada waktu kami datang membebaskan atau membuka. Ke mana kita lebih dahulu hendak pergi?


Fikiran kita kata, “Ini aneh pengetahuan ini. Ini ilmu pandai ini itu.”

Orang dalam ini, kalau kita jadi orang dalam waktu itu terkurung, sekarang pintu telah terbuka, ertinya kita telah bebas untuk keluar, ke mana terlebih dahulu kita hendak pergi, kita harus pergi? Fikiran yang waras atau bagaimana sepantasnya atau harusnya, bahkan sewajibnya saya katakan, ertinya kembalilah dulu kepada Yang Maha Kuasa tadi, Yang Maha Pengasih tadi.

Dia kita ingat dulu. Barangkali kalau ke sana lebih dulu, ditujukan perhatian fikiran tadi, yang si bebas tadi, mungkin akan menangis. Seolah-olah dia meratap, “Ya Tuhan-ku, di situ aku diamanahkan di rumahnya si polan-polan. Segala-galanya diperbuatnya tanpa dia mengikutkan sertakan aku. Dia lebih cerdas dengan otaknya, dengan fikirannya segala-galanya. Untung,”

Katanya. “Beruntung kami”

Katanya. “Ada seseorang musafir, mengembara dating membawa anak kunci yang tidak terhalang oleh siapa sekalipun”

Katanya. “Dibukakannya pintu! Beginilah di begini saat, aku dapatlah kembali menghubungi, wahai Tuhanku.”


Yang dia itu, kalau dapat diumpamakan dalam ini duduknya. Itu kan yang pernah saya bilangkan dalam jala-jala Allah? Datangku dari kudrat Allah.

Lampu kehidupan bagi kita jadinya pelita, dari surah an-Nur. Bacalah surat an-Nur Ayat 35; pelita di dalam gelas, cahaya sebagainya, sebagainya dan sebagainya. Jadi sesudah itu kita dapat menghubunginya kembali, bukan?

Kita kembali pula umpamanya secara ilmu pengetahuan kita, yang di dalam rahim tadi telah putus hubungan dengan tali pusat, tali kita dengan pusat, kan itu tali pusat namanya? Kita cari. Kita sambung kembali putusnya kita dari Yang Maha Kuasa, supaya mulai dari saat itu takkan putus-putus hendaknya tali hubungan kita dengan Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa. Insya-Allah.


Setelah itu banyak lagi yang boleh dapat kita lakukan. Memohon kepada-Nya. Kita perhatikan saja tali-tali ini. Kalau kita gerakkan ini, mana yang kendur, mana yang kencang dengan sendirinya dia berubah automatik untuk kita.

Membebaskan diri ini yang paling sulit, ya nggak? Membebaskan diri ini dan juga ini ada pengaruhnya juga kepada zat yang terdahulu berjalan di diri kita dalam kegelapan. Kita bukankah pewaris? Yang lahir ini dari ibu bapa kita masing-masing.

Di saat kita dibebaskan tadi timbul itu cahaya; Nur-Illahi tadi – diri-diri nenek moyang, datuk nenek dulu.

“Ini yang menolong kita. Berhubung langsung! Di situ ada lampu!”
Berbondong-bondong (berduyun-duyun) datang.
Itulah, semalam baru dibuka, terus menangis.



Selesai pada 2 Januari, 1998
Pejabat Inspectorate (M) Sdn. Bhd. Pelabuhan Kelang


.

No comments:

Post a Comment