Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah IV 1973 : September 15 Johor Bahru (FULL)


🌼   Kuliah 4  ðŸŒ¼
Johor Bahru
15 September 1973

Untuk boleh hidup dan menghidupkan, gerak dan mengerakkan, untuk bisa berjalan bersama-sama tetapi tanpa hakikat. Jadi maksud tanpa hakikat, ertinya tanpa disengajakan segala sesuatunya. Memang sekadar untuk dapat mengetahui kebolehannya, perlu kita mahu begitu, kita cuba begitu. Itu hanya satu testing bagi kita.

Satu percubaan, bukan? Akan kebolehannya untuk dapat kita ketahui, bahawa memang benda ini atau ilmu ini serba bisa, serba jadi, serba boleh?


Tetapi alangkah baiknya kalau kita meningkat lebih halus, lebih mendalam lagi. Tetapi kalau dari tingkatan medium, tingkatan pertengahan yang berupa, yang berbentuk, yang berbentukkan angan-angan dan segala-galanya, alangkah baiknya kita terus lagi mendalam atau meninggi, yang sampai menghasilkan hanya kudrat semata-mata, kudrat Allah semata-mata, Gerak Allah semata-mata.


Bagi seorang hamba Allah, abdi Tuhan, dengan automatik. Dengan disedari atau tidak disedari, kita telah melakukan tugas kita terhadap-Nya, berbuat sesuatu untuk sesuatu.

Untuk diri kita sendiri, kita akan mempelajari apa yang telah ada pada kita. Apa yang telah ada tangan kanan kita? Apa yang telah ada tangan kiri kita? Tangan kanan dan tangan kiri itu tidak sama isinya. Kalau sama, tentu tak akan lain namanya.


Kita pelajari. Kita belajar padanya. Umpamanya tangan kanan kami ini, kalau kita lihat bergerak tangan kanan, terus begini, menuju saudara. Terus begini. Terus begini. Terus begini. Terus begini. Terus begini. Terus begini.


Sedangkan kami sendiri sebagai seorang manusia, tak dapat mengerti itu apa yang telah kami lakukan, apa yang telah kami sampaikan dan apa yang telah kami berikan. Tapi mungkin saudara sendiri dengan perasaan saudara ada pula menerima sesuatu melalui hujung jari-jari kami ini, melalui badan diri kami ini. Dengan pengertian pula kami telah memberi sesuatu kami katakan. Dalam ini, pemberian kami ini dengan pandainya kita menerima dan membawakannya, akan melekatlah pada badan diri sendiri. Terasa!


Dan melalui badan saudara sendiri, tak dapat pula mengetahui apa ini atau bagaimana ini. Cuma kita dapat merasakan setelah selesai kita membawakannya, suatu perubahan dalam perasaan yang terjadi di badan diri kita masing-masing.


* * *


Dan, bagi saudara yang lama berkecimpung dengan pengetahuan kami ini, ibarat kita berjalan, hendaknya jangan sampai di situ ke di situ juga. Kalau kita tadinya anak kecil, bukan? Telah menjadi bujang, kalau laki-laki, meningkat dewasa lagi, meningkat sampai jadi seorang tua yang telah penuh pengalaman, yang akan membimbing dan memimpin anak yang muda-muda untuk ke jalan yang benar atau memperbaiki yang tidak baik, atau memperbaiki satu jalan yang telah sudah dibawanya berliku-liku untuk memperlurus kembali jalan tadi, untuk jalan kebenaran.


Memang, hidup manusia ini tidak ada yang terus begitu saja terus jadi baik. Memang pengalaman hidup bagi tiap-tiap seseorang, tidak selama ini terus sampai kepada jalan yang benar.


Memang hidup ini berliku-liku. Dan bagi kita yang telah banyak pengalaman saya katakan tadi, ertinya kalau kita telah banyak berjalan sesat berjalan selama ini dan telah dapat kita memperbaiki diri kita sendiri dengan menemui jalan yang lurus lagi benar ini, hendaknya dapat kita menunjukkan, memperbaiki jalan kepada anak-anak kita atau orang yang sebelum kita atau orang yang mengenal kita atau orang yang mengambil aliran kita ini untuk memperbaikinya, supaya jangan sampai pula berlarut-larut dia dalam kesesatan, dia dalam kegelapan, dia dalam menderita batin dan lain sebagainya.


Jadi, saya katakan tadi, bagi yang telah lama berkecimpung dengan pengetahuan ini, hendaknya kita kalau terhadap Tuhan tadinya atau dalam ilmu pengetahuan ini, dari kasar ke halus, halus, halus, halus, halus, halus, sampai begitu halusnya sampai bertukar kata halus menjadi ghaib. Sehingganya yang ghaiblah ini jadinya untuk dapat berdampingan dengan yang Maha Ghaib. Jadi kita meningkat, meningkat, meningkat terus. Walaupun sewaktu-waktu kita turun kembali, dari dalam kita keluar sebagai seorang manusia yang berbadan yang nyata, dari luar kita ke dalam sebagai seorang yang terahsia selama ini letaknya, tempatnya, duduknya dan kita melakukan sesuatu untuk sesuatu. Hendaknya segala sesuatu yang kita lakukan itu betul-betul menurut kudrat dan iradat-Nya.


Sebagai seorang manusia biasa kita tadinya, dengan ilmu pengetahuan kita ini, dengan telah dapatnya kita merasakan yang zahir dan yang batin, melalui pancaran-pancaran hujung jari-jari kita, jadi kita meningkat hendaknya dari manusia awam kepada manusia dalam erti kata yang sebenarnya. Sampai kami dapat mengatakan seorang hamba Allah dengan rahsia-rahsia diri, dengan rahsia-rahsia yang ada di dalam diri sendiri, rahsia-rahsia batin, rahsia-rahsia ghaib.


Ini hendaknya dapat pula kita menyumbang kepada masyarakat, kepada negara, kepada dunia ilmu pengetahuan, akan apa yang telah kita perdapat ini. Zaman sekarang kata orang zaman atom, tetapi apa yang ada pada kita ini pun lebih dari atom macam diperbuat manusia yang dari benda. Ini kan atom Tuhan yang berisikan elektron, proton, neutron dan segala-galanya? Jadi kalau kita dapat memahami, itu atom pun juga atom Tuhan, bukan?


Juga secara ilmu sekarang ini, orang nyata sekarang ini, yang telah mendapat di dunia ini, bagi kita telah pecahkan itu pula yang mana yang elektron, yang mana yang proton, yang mana yang neutron. Pada kita yang dapat memahami, ini juga tak perlu kita takutkan sekiranya terjadi perang atom. Bahkan atom yang dari benda itu sanggup dimatikan oleh atom Tuhan yang kekal dan abadi.


Kalau pada ketuhanan kita katakan neutron satu wadah umpamanya, proton itu satu zat serba zat. Titik-titik pula, electron ini dia, macam stroom (aliran tenaga elektrik) tadi, bukan?


Elktrositat ini karan yang sanggup mengatasi karan bikin manusia dari benda ini, hasil otak manusia. Jadi, kalau kita tahu itu semua, alangkah bodohnya kita rasanya, kalau itu kita pergunakan hanya untuk yang rendah nilainya dan harganya dan mutunya, di sisi Tuhan. Seperti saya katakan tadi, sampai hendaknya dapat pula kita menyumbangkan pendapatan baru kita di bidang metafizika mengenai atom tadi, elektron tadi, neutron segala macam. Ini zat serba zat. Itu proton-proton juga.


Akan tetapi ini kekuasan Tuhan semuanya yang berlaku. Jadi kalau kita perinci satu-satu pula, kita akan menjumpainya pemecahan tadi; yang mana itu elektron, proton, dan neturon.


Tetapi dalam kesimpulan kita, oleh kerana kita kebanyakan tingkat ilmu pengetahuan kita di sekolah-sekolah rendah umpamanya atau sekolah menengah, mengenai zat serba zat atau mengenai atom proton tadi, mungkin tak termakan oleh fikiran kita.


Kita kembalikan saja kepada tenaga-tenaga ghaib, kepada tenaga-tenaga di bidang metafizika. Jadi, kita mempunyai metaenergy; tenaga ghaib, yang dapat digunakan dan dikerahkan dengan sungguh, untuk keperluan sesuatu.


* * *


Dan terserah pada kita pula itu lagi, atau menjadi kewajipan bagi kita, untuk membawanya, mengamalkannya. Hendak ke mana kita? Mahu apa kita? Dan sekarang, bukan? Hendak ke mana saudara-saudara akan kami bawa?


Macam berkali-kali kami terangkan, kami bawa ke jalan yang benar, kami pimpin, kami bimbing sampai menjadi orang. Dan ingatlah, mereka-mereka yang telah mengalami macam umpamanya ijazah dikatakan istilah di sini, dari terbaring sampai dibawanya duduk sendiri dan di situ sampai bisa berdiri, sampai boleh berjalan sendiri. Itu luas pengertiannya.


Ertinya, dengan benda ini, bagaimana kedudukkan kita nampaknya? Boleh kita duduk sendiri dengan pantas? Habis itu, dibawa tegak sendiri? Ertinya: Bolehkah? Pandaikah kita? Sanggup berdiri sendiri dengan tegak, lurus yang dikehendaki? Ini! Waktu membawakan tadi itu, dapat kita menilai seseorang. Sudah bolehkah orang itu berdiri sendiri? Bagaimanakah orang itu dengan kedudukannya? Kita lanjutkan terus sampai orang itu bisa berjalan sendiri. Itu kita lihat pula bagaimana perjalanan orang itu.


Cuma bagi kita, atau anak-anak kami yang telah dibenarkan membuka, kami ijazahkan, waktu itulah kita lihat. ‘Mana yang pincang, kita perbaiki kedudukannya,’ katanya. Kalau dalam pekerjaan goyang dan segala macam, dilihat; cara dia duduk bagaimana? Itu kedudukan yang empuk umpamanya, tetapi dia tak pandai duduk dikerusinya. Mungkin dia tak dapat harga(penghargaan) dari teman-teman sejawat, atau dari kawankawannya.


Tetapi kalau dia duduk pada tempatnya, di kedudukan yang betul, dengan tata-tertib yang seharusnya dan bagaimana semestinya, mungkin kedudukan dia tak akan goyang. Dan mungkin pula dia akan meningkat sesudah itu. Pada akan dibawa boleh berdiri sendiri, dengan tidak susah payah dia berdiri di telapak kakinya. Sampai dia bergerak berdiri sendiri. Itu pun kita perhatikan dan juga kita tengok caranya dia membawakan dirinya tadi, sampai bisa tegak berdiri sendiri; yang mana segalanya kita perbaiki pula, supaya tegaknya tadi tegap, mantap dan seterusnya kita suruh dia sampai berjalan sendiri. Jadi, diri yang telah bangun tadi, jalan selangkah demi selangkah kita perhatikan, sebab kejadian waktu itu seolah-olah orang baru bangun dari tidurnya, atau seolah-olah si mati telah hidup kembali. Kalau kita dapat menghalus-halusi itu, di waktu dibuka matanya dilihat ke atas.


“Di mana sekarang ini saya berada?” katanya.
Pernah itu mengalami, merasakan ijazah maka terus begini. Itu orang, kalau kasar dikatakan baru bangun dari tidur. Tetapi sebenarnya, halusnya pula, lebih halus dari yang kami katakan tadi;

orang yang telah meninggal, dia hidup kembali di dalam badan diri kita. Ini termasuk rahsia juga dari pengetahuan kita.

Dia berfikir, “Di mana saya sekarang? Siapa orang itu?”
Ini terjadi sendiri perubahan dalam badan diri kita.
Ya, yang memimpin, sampai terus dipimpin, sampai boleh berjalan, sampai dia berdiri sendiri, sampai berhadapan satu sama lain, serah terima jabatan atau sesuatu untuk diamalkannya pula. Ertinya dia telah menjadi orang; dia telah boleh duduk sendiri, dia telah boleh berdiri sendiri, telah boleh berjalan sendiri dan kita lepaskan dia. Kalau anak tadi sudah besar dari di bimbingan, dilepaskan. Majulah ke dalam masyarakat. Memasukilah itu ke lautan kehidupan, tetapi dengan pedoman yang kita berikan kepadanya.


Tetapi, sebagai seorang manusia biasa, walaupun dengan namakan sudah ijazah besar atau kecil dan bagaimana yang kami katakan tadi sudah boleh dilepaskan sendiri, apa sudah tamatkah sekolah kita namanya itu? Apa sudah betul-betul boleh lepaskah kita dari bimbingan dan pimpinan dan segala-galanya?


Apa, tidak apakah kita harus terus bertindak sendiri dan sebagainya dan sebagainya? Saya katakan tadi, sebagai seorang manusia biasa, memang di sisi Tuhan manusia ini memang ada tingkat-tingkatnya, berdasarkan kepada hatinya di dalam yang suci bersih. Sebagaimanusia biasa dikatakan, berdasarkan kepada amalan-amalannya,tindak-tanduk perbuatannya yang merupakan… ada merupakan dosa, dan ada merupakan pahala.

Dari itu makanya, sekali-sekali kami datang ke sini, akan mendatangi anak-anak di sini umpamanya untuk mengkontrol, memperbaiki keadaan. Sekiranya terjadi sesuatu yang kurang baik atau yang kurang diinginkan, atau yang telah lupa pada dirinya, atau yang tidak sengaja telah tergelincir ibarat keretapi dari relnya; untuk dibangun kembali, dibina kembali, dibawa kembali ke jalan yang benar.


Itu lumrah. Namanya manusia; tak luput dari kealpaan (kelalaian), dari kesengajaan dan segala macam. Kerana apa? Manusia tetap manusia; tak terlepas dari intaian syaitan dan iblis. Akan tetapi, di situlah letaknya bahawa Tuhan itu Pengasih, Penyayang. Tuhan itu Pengampun.


* * *


Memang bermacam-macam kita lihat dalam dunia ini yang terjadi. Akan tetapi, kalau kita mahu pula membaca riwayat-riwayat, terutama perjalanan nabi-nabi yang sudah-sudah, ya… ertinya, umpamanya, kepada Nabi Khidir a.s., bukan? Tempoh-tempoh dia merosak. Merosak dibuktikan anak lagi kecil, lagi suci dalam buaian dicekiknya sampai mati, walhal dia seorang nabi.


Tapi Tuhan tidak marah padanya. Kerana apa? Dia seorang hamba Allah. Dia yang menurut firman-Nya dalam al-Qur’an, yang telah diajarkan ilmu pengetahuan, yang mengetahui yang ghaib, yang dengan pengertian yang diperdapatnya itu anak tak dapat dibiarkan menjadi besar hidup terus, kerana tanda-tanda kepadanya bahawa dia akan mencelakakan orang tuanya, sedangkan ibu bapanya orang yang soleh. Maka dicekiknya anak tadi sampai mati, dengan memohon kepada Tuhan. Memang dia, permohonannya dikabulkan Tuhan untuk minta ganti dengan anak yang soleh.


Dalam hal ini, kita sebagai seorang manusia biasa, ertinya kalau dengan belum kita sedari betul siapa kita yang sebenarnya, kita pula membikin merosak, merosak, itu tak dapat dibenarkan! Tetapi dengan bawaan macam kita tadi ini, kalau kita sendiri ada musuh umpamanya, bukan? Disedari atau tidak disedari, diketahui atau tidak diketahui, tetapi dengan tidak disengaja, dengan tidak dihakikatkan, dengan tidak dipandang orang segala macam, diikutnya yang terasa mungkin akan tunggang-langgang orang di sana itu! Mungkin akan terjadi sesuatu bagi orang di sana dan mungkin pula besok dia akan mendatangi kita minta maaf.

Bergerak saja!
Walaupun dengan secara ilmiah dengan pengetahuan kita ini, kita ingat si polan.
“Kita kerjakan si anu!” kata kita.
Kita pegang, kita mahu banting. Kita banting! Itu mungkin dia muntah-muntah darah itu. Tetapi, ini ada perhitungannya. Tuhan tidak membenarkan itu! Sudah hukum berjalan untuk itu, walaupun pada hukum-hukum dunia tidak bisa ditangkap, antaranya ndak ada bukti kita membunuh orang itu, tetapi pada mata-mata Tuhan, kita telah melakukan dengan sengaja, dengan ilmu-Nya menghancurkan dan merosakan yang kita anggapkan kita lawan.


Tetapi, alangkah baiknya, dengan jalan kita mohonkan kepada Tuhan dengan sengaja pula, “Ampunkanlah mereka itu, tunjukilah dia ke jalan yang benar.”


Dapat perbezaan tadi?
Macam saya katakan, kalau Gerak Allah semata-mata, antara rasa bagi diri kita yang menekan hidup kita, orang membenci kita,orang yang memperkatakan, memusuh di belakang dan segala macam; yang kita tidak ambil peduli. Kita jalan terus dengan cara membebaskan diri. Tap! Jatuh dia atau bagaimana besok kedengaran begitu, begitu, begitu... itu bukan kita yang membuat.

Bukan kita yang melakukan dengan sengaja, atau dengan sedar untuk membinasakan. Terjadi mati umpamanya, kita tak kena hukum, sebab kita tidak ketahui itu, dengan kita tidak disengajakan membunuh seseorang.


Tetapi kalau kita mahu sengajakan terhadap musuh-musuh, terhadap lawan, terhadap mereka-mereka yang tak mengerti umpamanya dan yang tak mahu mengerti pada kita, atau iri hati ke atas kemajuan badan diri kita dan lain sebagainya, kita boleh dengan sengaja, “Ya Tuhan, ampunilah mereka-mereka itu. Tunjukilah dia. Tunjuki. Tunjukilah dia ke jalan yang benar.”


Insya-Allah. Tentu akan berkurang musuh kita. Mungkin akan berkurangan musuh Tuhan dan sebagainya. Jadi dapat dimengerti kalau dengan sengaja, bukan? Dengan
hujung jari-jari kita ini telah tembus, kita katakan,

“Ya Tuhan!” Ini dengan sengaja, “Bahawa Engkau telah mengetahui segala-galanya, apa yang telah diperbuat oleh mereka-mereka terhadap badan diri kami, terhadap anak-anak buah kami, terhadap keluarga kami dan lain sebagainya. Ampunkanlah mereka-mereka itu. Tunjukilah dia ke jalan yang benar.”


Ini satu yang disengajakan dari kita peribadi. Ertinya, oleh kerana kita menganggap bahawa kita tidak ingin manusia celaka, sebab kita satu nenek, satu moyang. Akan tetapi, satu jalan lagi, macam kita tidak ambil peduli. Apa yang terasa bagi kita? Apa yang menyakitkan badan diri kita? Apa yang menekan kehidupan kita, sampai sesak nafas, kita bebaskan dia!


Jadi, dapat kita memahami, bukan? Dengan apa yang telah adapada kita ini, barang disengajakannya kalau kita sengajakan mempergunakannya dan memakainya, ertinya lakukanlah untuk kebaikan dan membaikan; kalau tidak satu jalan yang menyeluruh terserah kepada-Nya, telah menjadi kepunyaan-Nya ini semua.


Turutkan saja apa yang mendatang. Dia sendiri akan berbuat. Dia sendiri akan menyelesaikannya.


Atau masih kita sebagai seorang manusia; lantaran begitu orang bikin kepada kita, ingat saja kepadanya. Tunggu sampai gerak datang, akan diselesaikan sendiri juga. Tak perlu kita sengajakan supaya dicabut nyawanya supaya, supaya… dengan pengetahuan kita ini.


Dan buktikan kepada masyarakat, kepada orang ramai akan kebenarannya ilmu pengetahuan kita ini. Supaya apa? Mereka-mereka itu, orang ramai itu, masyarakat dapat merasakan akan itu kelazatan, hikmah atau kiramah-nya ilmu pengetahuan kita ini.


Kita perhatikan saja umpamanya, bukan? Perhatikan saja saya katakan, kalau kita dengan bawaan kita ini, dalam memasuki dari luar, dari rumah kami di sini, di mana kami berada, perhatikan udaranya. Dengan cuba memasuki rumah orang lain dengan bawaan orang itu, tentu akan berlainan. Oleh kerana apa? Di diri kita kita tanam yang baik dan membaikan tadi, dengan ilmu kita yang benar.


Dalam panas terik matahari orang kepanasan. Saya pernah mengalami itu di satu kuburan. Orang pada berlindung dekat-dekat saya duduk. Padahal terus tidak ada batang kayu. Saya sendiri sampai hairan segala macam. Belakang baru diceritakannya,
pengalamannya, katanya.

“Tak merasakan kepanasan,” katanya. “Seolah-olah dipayungi.”

Saya sendiri itu tidak tahu. Mungkin juga orang-orang yang pernah mendatangi saya ke rumah saya umpamanya di Jakarta, di Palembang di mana kami duduk, tempoh-tempoh ya, saya sudah berkehendak supaya dia berangkat, tetapi kalau kita suruh dia,

‘Pulanglah!’ begitu tentu kasarnya kita, atau bagaimanalah rasanya, bukan? Tetapi bagaimanalah… padahal dia sendiri tidak ada ingatan hendak balik.


“Senang saya di sini, dengan hawa yang sejuk di sini,” katanya. Tempoh-tempoh si sakit umpamanya, saya dudukkan diri saya di Jakarta atau di Palembang, pernah dulu sebagai si pengubat, orang pada datang, dua tiga apa-apa. Lagi kita melakukan tugas
terhadap seseorang, yang lain menunggu ini belum apa-apa, kena hawanya sudah baik.

“Jadi, sudah ini, mahu apa lagi? Sila masuk? Bagaimana?”
“Sudah baik Pak. Tidak apa-apa saya lagi.”
“Pulanglah.”
Kena hawanya saja. Cubalah!
Dan begitulah, ertinya macam saya tegaskan tadi, bertambah hari, bertambah pekan (minggu), bertambah bulan, bulan menjadi tahun, ini dalam pengertian dalam perjalanan kita hendaknya jangan sampai di situ ke di situ saja kita. Kita meningkat terus.


* * *


Dan yang penting pula, dari pengalaman yang sudah-sudah, kita harus berani membawakan hidup, memasuki hidup dan kehidupan dengan benda kita ini. Sebab apa? Kita telah bersertanya dan dia telah berserta kita. Hadapi segala sesuatunya itu.


Berani, saya maksud, tidak kita harus memukul orang! Tidak! Ertinya, segala sesuatunya jangan menjadi satu keragu-raguan. Jadilah, menjadi seorang yang bertuhan dalam erti kata yang sebenar-benarnya.


Yang tidak gentar, ngeri dan takut menghadapi hidup dan kehidupan. Walaupun angin puting-beliung, walaupun badai taufan, walaupun telur sendiri pun bertaburan segala macam, dengan ini jalanlah terus! Duduklah terus! Berbuatlah terus! Insya-Allah.
Mudah-mudahan.


Dan saya mengalami sendiri dulu, memang Tuhan mentakdirkannya atau bagaimana, waktu peristiwa di Jakarta dulu; pemberontakan komunis apa-apa. Saya di situ betul! Sebelum itu kejadian, saya tengok di sana kesibukan banyak terjadi. Saya ndak mengerti pula waktu tu kenapa saya diharus berangkat dari Palembang ke Jakarta. Sampai terjadi itu penyembelihan jenderal-jenderal, tetapi saya dalam pada jalan terus. Saya tengok itu meriam penangkis. Saya tengok itu tank segala macam. Saya jalanlah. Saya dengar letupan.

Bahkan kawan (Pak Anas) yang saya bawa, dia minta pulang ke Pelembang. Hari sudah malam pula. Tetapi dengan pengetahuan ini kita bukan kita lagi. Kita berbuat pula sesuatu untuk sesuatu dengan tidak kita sedari dan ketahui. Selesai semua sekali, setelah terbongkar rahsianya, itu Lubang Buaya! (Peristiwa Lubang Buaya). Sampai orang beragama waktu itu sampai bersatu; Islam, Kristian, Buddha segala macam, menghentam merejam komunis.


Selesai kejadian itu baru saya kembali ke Palembang. Belakang telah kita lihat kembali… kembali… kembali… sejarah, bukan? Saya sebagai seorang manusia waktu itu, bukan? Sangat merbahaya betul dalam bandar Jakarta, bukan? Kalau terjadi apa-apa, pengeboman udara umpamanya, tetapi tidak ada perasaan waktu itu, gentar. Ndak ada perasaan takut! Ndak ada! Ndak ada! Ertinya, dengannya tadi. Jadi hadapilah segala-galanya dengannya, dengan dia, dengan dia yang kita rasai. Pergilah ke mana-mana. Pergilah.


Biar malam hari seorang diri, tetapi dengannya.

“Oh, di sana ada penunggu!” kata orang.
Pergilah! Dengannya! Dia akan lari lintang-pukang.


* * *


Ya! Hari sudah jauh malam, bukan?
Ada yang datang dari jauh. Jadi hendaknya apa yang telah kami berikan tadi, apa yang telah kami terangkan tadi, hendaknya menjadi satu pedoman pula hendaknya, untuk masa yang akan datang yang akan ditempuh.


Bimbinglah orang-orang ramai. Bawalah anak-anakmu kepada jalan yang benar. Tunjukkan jalan yang benar. Pimpin. Bimbing.


Dudukkan pada kedudukkan yang sebenarnya. Pincang kedudukannya diperbaiki, sampai boleh dia berdiri sendiri, sampai dia dapat tegak pada telapak kakinya sendiri, bahkan sampai dia berjalan dengan sendirinya. Macam kalian juga semua sekarang ini, pada berjalan sendiri segala macam. Tetapi, walaupun kami jauh, tetap dalam pengamatan kami. Dan memang bermacam-macam yang akan terjadi. Ibarat orang banyak anak, ada anak yang nakal, ada setengah nakal dan ada yang penurut, ada yang pendiam.


Tetapi, harus kita hadapi itu dengan pengetahuan kita. Jangan dengan fikiran kita. Saya kira kalau kita hadapi dengan fikiran, ini akan mengadu begitu, terus akan mengatakan begitu, maka akan naik darah hendak marah dan sebagainya. Kita dengar. Kembalikan kepada-Nya. Insya-Allah dengan sendirinya penyelesaian akan timbul.


Tentu akan mengalami nanti satu saat umpamanya, orang luar saja, dari belakang dia mahu marah pada kita. Dia turut kita. Kita dengan tenang. Ada pengetahuan ini, kita tenang. Undur maju dia akan mendatangi kita. Tak usah… walaupun kita lihat dari jauh, apa yang akan kita baca? 


Tidak! Ingat saja ada. Ya! Gerak-geri kita lagi macam ini. Kita tenang. Sebenarnya kita tenang, dengan sendirinya dia tertarik, dibawa tenang pula. Dengan gerak-geri kita sendiri, kaki kita sendiri, terkunci sudah mulutnya, juga segala-galanya.


Itu ketentuan dari gerak-geri ini.
Maka, gerak ini tidak ada cakap baginya. Akan jadi satu perubahan, begini duduknya kita ini, kita ikut. Dari dalam tadi membawakan begini, kaki dan segala macam. Itu rahsia kita dalam ilmu pengetahuan ini.


Jadi, dalam segala hal, kemukakanlah diri tadi. Jangan badan!
Ertinya, kemukakan diri tadi, rasa ini terus mesti ada. Dia paling di muka letak ini, bukan? Dan pergilah ke mana-mana. Nyatakan diri tadi. Ini tambah memancar keluar. Tambah nyata diri kita pada orang ramai, pada orang lain, pada orang berilmu, pada orang tidak berilmu dan sebagainya.


Mungkin satu saat orang akan bertanya nanti.
“Itu cahaya! Nur!” katanya, kalau seorang ulama yang sudah bermukim di Mekah dan segala macam.
“Bagaimana anak bisa dapat ini? Apa tarekat yang engkau pakai?” katanya.

Sedangkan kami sendiri masing-masing tak mengerti, tak tahu.
Memang tak masuk tarekat, kita. Tetapi, kita telah bergerak di bidang nur-Nya, di bidang rahsia-Nya. Sedangkan dia, orang itu secara ilmunya, secara tarekat Naqshbandi dan segala macamnya, bagaimana cara mendekatkan diri kepada Tuhan? Bagaimana supaya dia sampai kepada cahaya-Nya itu? Itulah dengan hakikat tadi. Dengan amalan segala macam. Sebut nama Allah. Zikir siang malam segala macam. Cara tarekat kurang makan, kurang tidur, kurang rumahtangga dan kurang pergaulan.

Tindakan kita semuanya dengan ilmu pengetahuan ini, bergelimang sudah dengan nur, nur, nur. Cubalah bayangkan!
Jadi, perbaiki keadaan masa yang sudah.


* * *


Hari sudah jauh malam.
Insya-Allah, dengan izin Tuhan. Semoga Tuhan akan memanjangkan umur kami, sehingga dapat pada lain kesempatan dan lain perjumpaan, kita dapat bertemu kembali. Insya-Allah, lain waktu, pada lain bulan, lain masa, lain keadaan.


Dan kami nasihatkan, jangan lupakan ‘dia.’
Dan sekali-kali, berhubunglah satu sama lain untuk menambah-nambah pengalaman. Sebab, mungkin sedikit masa lagi nanti Singapura, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau di mana saja yang telah mengamalkan pengetahuan ini, saya akan menyerahkan segala-galanya kepada kalian semua di sini. Yang saya maksud, bentuklah sesuatu untuk dapat memperkatakan, bermusyawarah atau bagaimananya sekali-sekali umpamanya, untuk dapat kenal-mengenal satu sama lain; orang dari Singapura, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.


Jadi kita telah dapat berjumpa, walaupun kami telah bersertanya. Insya-Allah.
Mudah-mudahan Tuhan akan Melindungi kita semuanya. Tuhan akan Mencurahkan Rahmat-Nya pada kita semuanya, dengan berjayalah kita masing-masing di bidang hidup dan kehidupan, sampai ke anak cucu kita di belakang hari. Insya-Allah.


Hari sudah jauh malam. Kita akan kembali. Besok akan bekerja. Kita akan jumpa lagi.
Pada malam yang penghabisan perjumpaan kita di sini, bukankah telah kami katakan ‘kembali ke pangkalan?’

Sampai kita berjauh-jauh malam, inilah dalam perjalanan, bukan? Ngantuk mata, dan segala-galanya. Terjadi apa-apa di badan diri kami, kita serahkan kepada Tuhan semuanya, yang akan rugi rasanya kita bersama dan segala sesuatunya pedoman sebagai pegangan mengenai ilmu pengetahuan ini, rasanya telah banyak kami gambarkan, telah banyak kami terangkan, telah banyak kami jelaskan dan lain sebagainya, hanya tinggal mencari pengalaman lagi, praktikal, dan kami yakin, dan kami yakin bahawa segala sesuatunya akan terjadi yang memuaskan dengan tujuan yang baik mempergunakan benda kami ini, barang khusus ini, dan juga jangan takut-takut ragu-ragu mencari pengalaman, membikin pengalaman, mengadakan percubaan–percubaan untuk dapat kita mengerti, untuk dapat kita meyakini pula akan kebenarannya ilmu pengetahuan kita.


* * *


Dan kami katakan, malam penghabisan agaknya untuk kali ini, kita berjumpa di sini. Besok rencana kami akan kembali mendatangi kawan-kawan yang lain di Melaka, di Kuala Lumpur dan lain.

Ertinya, apa yang kami tinggalkan, apa yang telah diperdapatdari kami, yang merupakan penerangan, perkataan, dan yang berupa gerak dan mengerakan, isi kaji dan sebagainya, betul-betul hendaknya, dapat hendaknya, difahami.


Dan dapat dipergunakan terutama untuk kebaikan diri sendiri, kebaikan rumahtangga, kebaikan keluarga, kebaikan tetangga, kebaikan kampung dan halaman, terus kebaikan bangsa, agama dan negara.


Ya, memang ada perpatah, orang ada mengatakan; ‘ada masaberkumpul, ada masa berpisah,’ tetapi bagi pengetahuan kita ini, oleh kerana pengetahuan kita berlahir dan berbatin, rohaniah dan jasmaniah, mungkin cara berkumpul macam ini yang dimaksud… apa yang dikatakan tadi, ada masa berpisah dengan pengertian kami ertinya badan di lahir mungkin akan berpisah buat sementara. Kita harapkan buat sementara, kami katakan. Tetapi di batin, di bidang ilmu pengetahuan, kita senantiasa berdekatan. Yakinlah itu! Percayalah itu!


Dan ada kami katakan juga pada malam sebelumnya, bukan?
“Ingatlah selalu kepadanya supaya kita tetap diingatinya pula.”
“Ingatlah selalu kepada-Ku,” kata-Nya, “supaya Kami mengingati engkau pula.”


Berpisah, macam dikatakan bukan. Ertinya kembali. Pulang kembali. Adakala kita pecahkan ada dua: ada kembali untuk selama-lamanya, ada kembali pulang ke tempatnya, ke asalnya. Tempat kampung asal, umpamanya saya di Jakarta. Tetapi untuk kembali… kembali… kembali dikatakan buat selama-lamanya itu akan terjadi pada tiap-tiap diri kita masing-masing. Walaupun bagaimanapun kita, kasih sayang terhadap seseorang; suami dan isteri, ibu dan anak, bapak dan anak, tetapi pada kejadian-kejadian yang satu itu, tidak ada semua yang sanggup mempertahankan atau menolong kita. Maka itu, hanya kita sendiriyang akan langsung berhadapan dengan-Nya, Yang Maha Esa, dengan Yang Maha Kuasa.


Tetapi kembalinya sebahagian lagi: bahagian kedua, ertinya macam sudah… sudah berkumpul kita di sini, kami datang kami pergi, ya dak? Dengan surat, langsung kita berhubung secara zahir. Dan yang tak dapat orang-orang di sini atau anak-anak yang mengetahui, bahawa Kami senantiasa berada bersertamu! Tetapi fikiran engkau sendiri membuat kami di Jakarta, walhal kami telah ada padamu. Itu maka kita berjalan, katanya.

Kalau fikiran kita bawa ke lahir:
“Bapak tinggal di Jakarta, ada di Jakarta.”
Tetapi, pengetahuan ini guru yang sejati, bukan?
Kami, dalam hal ini kami katakan telah ada. Itulah kami. Itulah kita. Itulah dia. Itu juga engkau. Itu saya. Itu aku. Kan tak jauh kita namanya?


Jadi sebenarnya, tidak ada bahan-bahan lagi untuk sementara, pada saya lagi, untuk saya sampaikan, saya keluarkan; ertinya,dalam acara tertentu, dalam perjalanan kami ini. Ini hari sebetulnya kami berangkat dari Johor. Ini dalam pembahagian-pembahagian segala macam. Sabtu, sudah. Kami berangkat, ya tidak? Di Penang dua hari. Itu berangkat dimundurkan juga satu hari, lantaran memikirkan kehendak orang banyak juga. Ini pun juga lantaran-lantaran dimundurkan juga, sampai besok satu hari lagi.


Jadi, tentu agak aneh pula kalau kami katakan: ‘Kami telah pergi sebelum berangkat. Kami telah sampai di sana sebelum datang.’

Kan aneh, kan? Aneh kedengaranya. Tak makan di akal ‘kami telah pergi sebelum berangkat.’ Kalau berangkat saya masih di sini! “Kami telah sampai di sana, sebelum datang.” Yang pergi, siapa? Yang akan berangkat, siapa? Yang telah sampai di sana, siapa? Yang belum datang, siapa? Memang dalam pengertian, perjalanan pengetahuan kita ini, banyak itu kata-kata sulit, kata-kata pelik, bukan?

Yang hanya bagi kita yang telah memahami pengetahuan ini, dapat mengerti ke mana tujuan maksud tadi: Siapa yang pergi? Siapa pula yang tinggal? Siapa yang telah sampai? Siapa pula yang belum datang di sana? Dan siapa pula yang telah pergi ke sana? Siapa pula yangtinggal di sini, sekarang ini?


Kenapa dapat dikatakan begitu?
Kerana pada kita telah terjadi satu belahan, antara badan dan diri, antara rohani dan jasmani kita. Telah dapat kita merasakan antara badan halus dengan badan kasar, antara yang ghaib yang ada di diri kita sendiri dengan yang nyata.


Kalau dia telah pergi, katanya, maka tinggallah saya di sini lagi, tidak? Dia itu siapa? Saya yang ditinggalkan di sini, siapa?
“Saya akan menyusul juga.”


Ini terselit dalam rahsianya, perjalannya, pengetahuan kita ini juga. Kalau dalam berupa bentuk, bukan? Di bidang aruah dikatakan tadi, dalam perjalanan pengetahuan kita ini, kita akan berubah-ubah. Kadang-kadang tenaga yang kuat, kita. Kadang-kadang macam orang tua, kita, lemah segala-galanya, atau orang lain kadang-kadang pandang kita macam orang tua, kita, macam anak muda, kita. Jadi, kita sendiri tak dapat menengok badan diri kita sendiri, dalam perasaan rasa gagah atau lemah. Kalau itu terjadi, tak usah dihiraukan. Batuk kita jangan terus hendak pergi ke doktor.


“Saya sudah kena. Lemah badan. Apa ini?”
Dan terutamanya yang penting, “Siapa aku sekarang ini? Siapa saya sekarang ini?”
Dengan connection ke diri sendiri tadi, nanti baru dapat jawapan sendiri pula kita, bahawa telah terjadi satu perubahan di dalam ‘alam tengah’ kita, medium kita. Seorang medium akan berubah-ubah.

Habis itu, letih segala macam, “Kenapa saya letih?”
Kita fikir ke dalam. “Apa ini, ya?”
Walaupun rasa capek (letih), yang perlu dulu sebelum kita mengatakan sakit segala macam, “Siapa saya ini, sekarang ini?”
Mungkin seseorang yang di sana lagi sakit, berniat hendak datang kepada kita, besok umpamanya. Dia itu telah pergi, tetapi belum berangkat. Tetapi dia telah datang pada kita. Itu merasa sakitlah kita.

Jangan! Jangan membuang-buang duit! Percuma saja nanti pergi ke doktor inject segala macam; sepuluh Ringgit, lima belas Ringgit, dua puluh Ringgit, tiga puluh Ringgit.

“Kontrol, siapa saya?”
Dengan tenang saja, datang gerak berubat sendiri.
“Aaaak,” katanya.
Berubah keadaan.
Jadi, “Kontrol, siapa saya?”
Sakit kepala.
“Yang sakit kepala ini, siapa? Letih tulang segala macam, ditunjuk. Siapa ini?”
Kenapa tempoh-tempoh diri sendiri juga berkata, “Kenapa aku jadi macam ini? Apa salahku?”


Kita tenang. Jadi kalau kita telah berpengalaman dalam itu, tak tidak menjadi soal satu juga. Sekarang pengalaman saya belakang ini, bukan? Penyakit orang saya bongkar, saya pula yang berak cirit-birit! Cubalah tolong orang, diubat. Orang itu pergi, tak tahan lagi. Jamil (Haji Jamil Samad) menjadi satu perhatian. Kadang-kadang dua tiga kali ke belakang. Tanya dia.


“Jadi, tak boleh tahan lagi?”
Itu saya bilang, memang aneh kita dengan pengetahuan kita ini.
Terjadi batuk segala macam, “Siapa yang batuk ini? Mengapa saya batuk? Kenapa dia batuk? Kenapa aku batuk?”
Tenang saja. Atau, “Apa aku tak boleh dibaikkan? Dibikin baik ini penyakit.”


Itu ada di kiri kanan kita. Dia dengar suara kita, bukan? Sudah tembus alam tadi, bukan? Kita tenang saja. Nanti gerak sendiri menggerakkan. Tempoh-tempoh, memang batuk betul kita. Ini di alam medium, di alam… di alam… di alam… di alam malakut, di alam jabarut, bukan? Di ‘alam tengah’ tadi, itu kita bertenang. Filem negatif yang tadi ditukar. Berubah. Jadi, mungkin pada kala itu, seseorang orang dulukala umpamanya, mendampingi kita. Yang dia punya penyakit TB atau apa-apa.


“Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk!”
Jadi, jangan dijadikan diri kita batuk kering! Diperhatikan dua hari yang sudah, batuk tidak?
“Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk!”
“Kan tadi malam juga. Hari ini, mana?”
Tetapi dia di saat itu, duduk di dalam badan diri kita, bukan?

Mengakui kita, tidak? Kita telah mendapat pengakuan dari Yang Maha Berkuasa tadi. Jadi disuruh dampingi kita. Kita, “Kontrol, siapa saya sekarang ini?” Mungkin dia sendiri berubah yang lain.

Satu pergi satu datang. Itu perjuangan kepada seseorang. Bukan macam bomoh. Dia mempunyai jin seribu, katanya. Kita cukupkan pula. Kita, kami mempunyai banyak orang, apa yang ditakutkan?


Tetapi kalau kita berdiri kepada keakuan kita sendiri, di situ baru gementar tegak bulu roma segala macam! Dengan ilmu pengetahuan kita ini, kita orang banyak. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bahkan ribuan. Mungkin juta. Jadi, mungkin macam-macam pula terjadi, terasa, pada badan diri kita; orang tua batuk segala macam, sakit perut segala macam. Itu hanya sementara menanti dia berangkat. Digantikan pula oleh yang lain.


Jangan pula dikatakan kita berorang halus! Bukan! Tidak! Orang halus tidak bicara, bercakap, antara satu sama lain! Tidak! Itu terjadi dengan sendirinya, berkat dari ilmu pengetahuan kita ini.


Jadi kalau kita halusi, halusi sendiri, kita sendiri mungkin akan boleh kita cakap, mungkin kalau kita inginkan, “Hiduplah di hadapan kami, di hadapan saya ini.”

Mungkin dia akan berupakan betul. Kalau kita tidak takut, diaakan duduk. Kalau kita mahu melatih menjurus ke sana. Kita ada orang yang ketiga, mungkin lebih. Ikut saja jadi, empat mata bisa terjadi. Jadi keakuanku tadi, keakuanku… keakuan kita sendiri tadi bererti, kita tidak berdiri sendiri dalam ilmu pengetahuan ini. Kita berada orang banyak, bahkan ‘silih-berganti’ mendampingi kita.


Jadi, kami ini dari kiri masuknya, orang keras sedikit. Orang dari kanan, toh tangan kiri berubah pula. Jadi, gerakan itu terjadi tanpa kita sedari. Saya kira terjadi sesak nafas segala macam. Kita, “Kontrol, siapa aku sekarang? Kenapa aku jadi begini? Biasanya aku tidak begini.”


Tanya diri sendiri. Kita tenang saja. Sampai kita menjadi satu, menjadi… menjadi tahu hendaknya, mendapat tahu bahawa ini kepunyaan orang ramai, bukan kepunyaan kita lagi. Pergi satu datang satu, pergi satu datang satu, pergi satu datang satu, jadi kepunyaan orang ramai.


Secara zahirnya saya sekarang ini kepunyaan orang ramai; orang Johor, orang Melaka, orang Kuala Lumpur, orang di Indonesia, di Jakarta, di Medan.


* * *


Dan belajarlah hidup, dengan yang hidup kita. Pun juga kalautadi malam saya katakan, ‘Perbaikilah keadaanmu dengan apa yang telah ada padamu. Perbaikilah keadaan di luar dari badan dirimu pun juga, dengan apa yang telah ada padamu.’


Ini juga, sama juga, tapi bunyinya lain, kata-katanya:
‘Cukupkanlah kekuranganmu dengan apa yang telah ada padamu.
Cukupkanlah kekurangan orang lain pun dengan apa yang telah ada padamu.’


Bisa kita berlatih, kerana kekurangan tenaga. Kita tenang.
Dengan itu, kita cukupkan. Mungkin kita sakit, kita ubati denganapa yang ada. Dengan itu, kekurangan orang lain juga. Sakit, dengan ini juga. Termasuk ini juga kekurangan perbelanjaan keluar, tapi geraklah. Insya-Allah akan mendatang.


Di luar cukupkanlah. Jadi cukup-mencukupkan. Cukupkanlah kekuranganmu dengan apa yang telah ada padamu. Cukupkanlah orang lain pun juga dengan apa yang ada padamu. Dengan ini juga. 

Akan sejarah, oleh kerana… saya bukakan kisah di zaman nabi Daud. Dua orang bersaudara itu, kan mendatangi nabi Daud untuk mencukupkan? Satu orang, bukan? Mempunyai kambing satu ekor.Satu orang punyai sembilan puluh sembilan (99) ekor. Yang punyasembilan puluh sembilan ekor, mahu ambil satu ekor untuk mencukupkan kambingnya jadi seratus (100). Sedangkan satu orang hanya satu ekor.


“Masakan aku punya satu, engkau minta juga? Apa lagi ada padaku? Aku sudah cukuplah dengan satu ini.”

Soalnya soal cukup-mencukupkan. Yang sembilan puluh sembilan sudah begitu berapa banyak, tapi merasai belum cukup. Mengambil orang punya mahu mencukupkan. Yang punya satu sudah merasa cukup dari yang tadi, tapi dia tak boleh mencukupkan kekurangan orang.

Jadi persoalannya sekarang, kekal sebagai lawyer umpamanya, dak? Bagaimana kita dapat mencukupkan kekurangan orang dengan tidak merugikan ke diri kita sendiri?


Atau bagaimana supaya kita dapat mencukupi kekurangan kita, dengan tidak merugikan ke diri orang lain? Itulah dia, cukupkan kekurangan dengan apa yang telah ada padamu. Cukupkan kekurangan dengan apa yang ada padamu. Kita tidak rugi.

Cukupkan! Dapat faham? Dapat mengerti? Insya-Allah.
Bawakanlah itu. Pegang teguhlah itu.
Jadi kiranya cukuplah, bukan? Terlampau banyak bicara, kalau hanya bagi angin lalu saja, bukan? Satu-satu, tapi pegangkan dia. Amalkan. Praktikkan.


Lain dari itu, kami berapa hari, berapa malam, kami di sini dalam pergaulan kita, kiranya ada perkatan kami yang puas atau kurang layani oleh kami dalam ilmu pengetahun ini, mungkin pinta lain dan lain yang diberikan umpamanya, kami harap dalam hal itu kami diberi maaf. Dan begitu juga segala bentuk bantuan atau hadiah yang diberikan, atau bagaimanapun pada kami, terima kasih dengan iringi doa, atau sama-sama… semoga Tuhan dapat menjumpai kita antara satu sama lain di lain waktu, dan kita berceramah.


Macam dikatakan tadi, jangan kita berjauh malam. Berilah kesempatan kami untuk rehat. Kami pun berjalan jauh. Besok, selamat tinggal buat sementara. Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh.

Sekian.


(Tarikh dan tempat selesai transkrip tidak dicatatkan.)




.

No comments:

Post a Comment