Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah VIII 1974 : Januari 21 Pulau Pinang (FULL)



🌼   Kuliah 8  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
21 Januari 1974

Jangan ibarat pepatah, ‘pandai naik tapi tak pandai turun.’ Nanti badan kurus-kering nanti, sebab ini isi badan tadi dalam keroncong di sana, keroncong di sana, beregang di sana, mengubat orang di  sana… di sana. Kan pernah kejadian? Di sana. Tapi kita berjalan terus, berbuat terus. Kita di luar terus badan kita sampai kurus tak lapar kita!

 Ya! Mana tak lapar? Isi badan habis. Nasi pun tak ada.
Kita kembali. Dia masuk kembali ke pangkalan. “Astaghfirullah al-Azim.”
Mulai sedar kembali jadi orang. Mungkin cara begitu insya-Allah umur panjang katanya, sebab batin kita ke sana sudah kembali ke sini, bukan tidak?

Ketawa dia.
Saya tidak cakap bohong itu. Tapi sama orang tidak mungkin terjadi itu, tetapi dengan dia ini kekasih dari Yang Maha Pengasih.

Jalan. Jalan. Jalan.
“Sudah dekat waktunya ini,” katanya. Time-nya sudah dekat.
Terbang kembali.

Balik ke pangkalan. Masuk ke rumah kita kembali, menjaga tali ini jangan putus. Kalau putus tinggalah di sana, bukan?

Kembalilah dia ke sana, bukan? Kita kembali dan perkuat lagi, pertahan lagi.
Kan kita biasa dengan tenaga biasa. Mungkin lebih, lebih tenaga kita. Ini boleh berjalan lagi, mulai lagi.

Ilmu ghaib, ilmiah dapat dibuktikan, dinyatakan dan sebagainya dan sebagainya. Tapi dirasakan itu. Kalau secara ketentuan-ketentuan akal saya sendiri umpamanya di Pulau Pinang, terlampau banyak kita. Ini cukup dua tiga orang, lima orang saja, tetapi kenyataannya berapa banyak kita sudah?


Ertinya, kalau untuk jadi bomoh, buat apa banyak-banyak, bukan?
Ya tak? Tidak? Tetapi, bukan… bukan… bukan… bukan… bukan begitu. Di situ maksud kami membawa. Ini menanam benih, membebaskan diri tadi masing-masing dari kongkongan, dari keluhan, dari tindasan, dari penderitaan, dari segala macam ragam corak hidup dan kehidupan ini.

Disebab-keranakan, ada juga yang kerana berkat kesalahan dari nenek moyang kita dulu-dulu, yang kita mewarisi, tetap menjadi gelap bintang kita! Mungkin sebab kita sendiri yang salah dan sebagainya dan sebagainya. Mungkin disebab kita tak mengenal, tak mengetahui akan diri kita sendiri dan sebagainya dan lain-lain.

Dan itulah, kepada siapa saja yang kami katakan, yang kalau memang Tuhan meredhai, ada rezekinya pada kami, kami berikan itu benih. Macam saat ini, sampai petang, sampai mendesak,
“Barangkali Pak, sudah ada rezeki saya ini. Saya minta waktu ke sini sekali lagi.”

Didesak terus. Itu orang sudah dalam tauhidnya juga ditanya dulu. Saya fikir-fikir, kalau begitu yah… dia mendesak, saya dengan fikiran saya, ya… saya mahu tutup! Mahu pulang segala macam, bukan?


“Saya nggak mahu kasi!” secara zahir ini.
“Tetapi ini betul-betul, Pak! Rezeki saya ada.”
Okey-lah tunggu dulu.”
Saya jalan mundar-mandir. Pulang kepada gerak ini, “Berdiri di situ. Ikut!”


Terbuka. Terus ijazah sekali! Cuba? Itu yang tak kita duga-duga bukan? Ada rezekinya bagi kita tadi. Jadi, pegangan hidup, pegangan kita ialah yang hidup. Jangan yang mati. 


Yang mana itu yang hidup? Yang itu, yang membawa tangan ini bergerak. Kan dilihat waktu saya praktik tangan ini bergerak, berpusing-pusing sendiri? Lain pula tangan  kanan, lain pula terjadinya bagi alam sekeliling kita atau orang yang langsung kita hadapi.

Jadi betul-betul hendaknya kehendak Tuhan yang berlaku. Betul-betul hendaknya kita ini hanya bagai orang perantara saja. Kita hanya menyampaikan.

Macam kami katakan, ini ilmu bukan kami yang punya. Kami hanya menyampaikan, menyampaikan, menyampaikan semoga mudah-mudahan bisa membawa perubahan pada jalan hidup kita masing-masing; buat diri berjaya di segala bidang dan segala macam. Dan ketentuan-ketentuan pula nanti, bagaimana saya katakan?


Tiap-tiap orang yang yakin kepada agama yang dianutnya masing-masing, kita sebagai seorang Islam, sebagi orang Kristian, orang Buddha dengan keyakinan pula, bukan? Bahkan saya akan mengatakan pula, dengan saya telah buka ini, walaupun saya pergi, walaupun dikatakan nanti tak akan bergerak apa-apa lagi, satu saat nanti bila trompet berbunyi, seruan ‘Allahu Akhbar!’ tiba, semua automatis akan melompat nanti.

Fi Sabilillah!” katanya, dengan tidak dikehendaki.
Itu jalan telah kami buka! Percayalah!

Allah itu bagi seorang Islam yang telah kami buka. Bila datang, macam Kristian ada pula masanya nanti katanya akan datang dajjal segala macam, bila datang masanya nanti seruan, seruan ‘Allah-uAkhbar!’ Panggilan Ilahi datang, ‘Fi Sabilillah!’ semua serentak.

Lelaki perempuan automatik dengan sendirinya bangun itu!
Bangun! Bangun! Bangun! Kalian semua-sekali akan jadi malaikat;
menolong, membebaskan, menyerbu ke sana.

Barangkali diri, diri-diri tadi yang di dalam itu yang kita tak telap kena apa-apa sekalipun. Dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya jadi apa?

Tentera! Automatik!
Ini kita berbuat untuk kebaikan manusia. Bukan untuk mengelabui mata orang banyak! Tidak! Membuktikan akan kebenaran kita; diri tadi hidup. Cubalah tanya ke diri masing-masing.

“Betulkah apa yang kami katakan ini? Semuanya yang telah kami bukakan?”
Tetapi, setelah meningkat pengetahuan, bolehkah kita begitu?
Tidak! Belum masanya kiranya waktu itu.
Membuka… membuka… membuka.
Jadilah… menjadi orang hendaknya semuanya.

Sanggup bisa hidup dan dihidupkan, menghidupkan sebagainya dan sebagainya.
Dan berjaya dalam kehidupan, membawakan kehidupan; murah rezeki, umur panjang, disegani orang ramai, dituruti apa omongan (ucapan) kita, dituakan kita di partai, di perkumpulan orang ramai, di masyarakat dan segala macam. Dipandang kita sebagai orang terhormat dan dihormati dan sebagainya dan sebagainya. Sampai pula, sampai pula kita habis menjalankan tugas hidup kita masing-masing dan kami mohonkan sangat nanti, di akhirat nanti dapat kita berkumpul semuanya macam sekarang.

Insya-Allah. Dan jalanilah,
berjalanlah macam biasa. Lakukanlah apa yang dapat dilakukan.
Berbuat baiklah sebanyak mungkin. Utamakan keluar, jangan untuk diri sendiri! Diri sendiri telah ada yang memikirkan. Insya-Allah.

Sebab apa? Engkau masing-masing telah dengannya. Dengannya.
“Dengan aku!” katanya.

Dengan ‘nya’ saya maksud, ertinya kalau kita ambil secara wajar, secara fikiran ‘nya’ tadi itu yang ‘dia’-nya itu. Bukankah wakil Tuhan dia itu?

Cubalah bayangkan. Semuanya, semuanya wakil, wakil Tuhan. Yang itu, itu kita telah bersertanya, bukan?

Jalanlah. Lakukanlah. Berbuatlah. Insya-Allah.


* * *

Hari sudah malam juga.
“Pukul berapa ini?”
“Sebelas!” jawab seseorang.
Besok pada kerja.

* * *


Ertinya bagi saya sendiri nggak puas melihat keadaan begini sekarang. Ertinya masih apa pula namanya… banyak saya tengok, kalau secepat mungkin saya masih tetap di sini juga dulu, hendaknya perhatikan. Itu tidak mungkin.

Saya katakan tidak mungkin, sebab kami adalah orang pengembara, mengembara dan mengembara terus. Terus akan mengembara, dan mengembara, mengembara dan insya-Allah kalau diizinkan Tuhan, kami akan kembali ke sini.

Akan tetapi, sungguhpun… kalau umpama kami tidak kembali ke sini lagi atau sekali-sekali kami datang, ya, ada wakil kami di sini. Ada kami di sini, hanya untuk member penerangan macam ini yang tak ada, tetapi itu berlaku, berbuat ada di dirimu sendiri. Itu Aku. Kami itu semua di dalam dadamu. Itu kami. Kami itu semua, ya tidak?


Walaupun kami… apa yang telah dirasakan sekarang ini dan pula supaya kami boleh lama di sini atau selalu di sini, tetapi dalam perjalanan hidup dan kehidupan ini, pengetahuan ini, kami tak dapat membawakan sekehendak kami, semahu kami badan diri yang lemah yang kecil ini. Tidak.


Macam dikatakan, kami pengembara! Kami melakukan sesuatu untuk sesuatu. Kami berikan apa yang patut kami berikan; melakukan apa yang patut kami lakukan, walaupun di mana sekalipun kami berada. Ya. Dan begitulah hendaknya.

Ertinya pada malam ini saya katakan tadi, mungkin malam  ini  malam  penghabisan buat kami di sini, akan tetapi walaupun kami pergi, kami tetap ada berada di sini.
“Lain bunyinya.”

Walaupun kami pergi, kami tetap ada berada di sini, dalam seluruh gerak dan pergerakan. Tetap kami ada dan berada. Jadi kalau kita titik-beratkan kepada perasaan alam zahir kita, mungkin beratnya kita akan berpisah. Tetapi apabila kita kembali kepada pengetahuan ini, kita tidak berjauhan. Ertinya kita dekat.


Kalau didengar tadi saya berbicara, tempoh-tempoh saya, dia mengatakan kami ke diri saya. Ini aku tempoh-tempoh saya katakana sekarang. Itupun terselit akan rahsia.

Kami… kami... kami... kami tak dapat bertahan lama-lama di sini, bukan? Oleh kerana apa? Kami banyak, kami harus melakukan tugas kami di mana-mana kami berada.

“Akan tetapi,” katanya, “apa yang engkau cemaskan semuanya? Aku telah berada bersertamu, dan saya pun mungkin buat sementara akan kembali ke kampung halaman saya ke Indonesia,” katanya.

Bagaimana pula cakap kami?
“Kami!” katanya.
“Aku!” katanya.
“Saya,” katanya.

Tentu di antara yang hadir sekarang belum dapat bercakap, berbicara macam  kami itu. Ada satu-satu tempoh saya dengar itu ‘kami.’ Dengan ilmu ghaib ini, dengan tenaga ghaib ini, dari Yang Maha Ghaib ini, banyak berapa orang kita ini?

Tapi di luar ini, jutaan ini! Dibuka. Bisa nampaknya, mendengar syarahan-syarahan kami ini. Mendengar, mendengar dan akan melaporkan nanti kepada Yang Maha Kuasa.

“Tapi kami datang, kami pergi. Nanti ada yang datang ada yang pergi.”

Dari itu serahkanlah bulat-bulat apa yang ada padamu ini; badan dirimu ini kepadanya, pada ilmu ini supaya yang datang banyak ini bebas bergantian keluar masuk di batang tubuh kita ini.

Itu rahsia di antaranya pengetahuan ini. Itu makanya orang-orang yang bawa pengetahuan ini macam-macam dia.

Tempoh muda dia, tempoh-tempoh tua dia, tempoh macam anak kecil, tempoh begini kita lihat dia. Pertukaran dia… ingat macam filem negatif dia! Jadi, kalau kita dalam hal ini sebagai si pengubat, bukan? Itu pun juga yang duduk menghadapi sekarang ini, bukan? Ahli, umpamanya, dalam penyakit tulang, umpamanya. Nanti sekejap lagi penyakit paru-paru orang itu. Ini akan bertukar. Nanti yang lain pula masuk.


“Duduk. Ada apa? Ceritalah.”

Mungkin sama suara-suara, iramanya pada akan bertukar waktu itu! Tetapi kita bukan orang kemasukan! Tidak! Orang kemasukan dia lupa dirinya. Dan juga kita bukan orang halus! Orang halus tidak nampak. Tapi kami ini nampak, tidak? Kan nampak saya!

Itu rahsia juga sedikit. Tetapi siapa kita sebenarnya dalam pengetahuan ini? Yang kami, pada pokok, batangnya tadi.


Kami mengadakan perjalanan, pengembaraan tadi dengan bimbingan-bimbingan. Juga dari yang ghaib-ghaib juga, setelah mendapat cubaan-cubaan tadi. Dengan pelajaran dari yang ghaib-ghaib juga melafazkan Dua Kalimah Syahadah tadi, mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan.


“Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah.”

Mengadakan pengakuan terhadap Tuhan, ‘Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, pengakuan kepada Muhammad ar-Rasulullah.’

Semoga kami akan dapat pengakuan pula sebagai seorang hamba-Nya dari Tuhan dan umatnya oleh Muhammad s.a.w.


Jadi, kita kembali lagi, bukan aku-an, bukan orang kemasukan.

Secara itu ber-aku-an namanya, tidak? Kami di sana ber-aku-an.

Orang, kemasukan, tapi lupa diri. Kalau kami bukakan sedikit, kami katakan ialah kami orangnya yang telah mendapat pengakuan, berkat dari perjalanan mengadakan pengakuan tadi dengan perjalanan Dua Kalimah Syahadah tadi.

Yang ghaib tadi melahirkan pada kami… masa yang belum ada dulu, yang ada masa itu hanya baru… kita kembali kepada hanya dua; serupa ‘bak pinang dibelah dua.’ Belum ada itu pun di alam nur.

Maka berkatalah satu kepada yang lain, “Di antara kita ini mana yang lebih dulu? Mana yang lebih cakep (gagah)?”

Kata yang Satu, “Aku!”
“Tidak! Saya!”
“Kalau engkau, cuba engkau ghaib di sini. Nyatakan kebolehan!”
Dia cuba.
“Ini engkau” kata-Nya.
“Oh… ya!”
“Sekarang Aku Ghaib!” kata-Nya.
“Aku cuba kebolehanku!”
Dicarinya, dicarinya, dicarinya, dicarinya tak boleh jumpa.
Dicari, dicari tak boleh jumpa.
Dia Timbul sendiri.
“Ini Aku!”
Sampai yang tadi, yang tadi yang satu malu sendiri. Ertinya, tahukah engkau apa rahsianya?
“Engkau dari Aku datangnya. Tahukah engkau cara rahsianya?

Aku ini Cermin. Aku jadikan engkau. Engkau melihat ke Cermin, maka serupa dak orang dua?”
Tapi, samakah orang yang menghadap ke cermin tadi dengan orang yang timbul? Yang ada dalam cermin tadi? Tentu tidak! Itu!

Jadilah semenjak itu, apa katanya yang menghadap cermin?
Asyhadu allaa-ilaha-il Allah; naik saksi aku tidak Tuhan yang lain yang disembah melainkan Allah!”

Apa kata ‘orang dalam kaca’?
Asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah; Aku Akui engkau sebagai Rasul-Ku.”

Maka lahirlah Dua Kalimah Syahadah.

Aku-mengakui:
Muhammad  mengadakan  pengakuan kepada Tuhan, Tuhan  mengadakan pengakuan terhadap Muhammad sebagai Rasul.

Jadi di bawah itu, sebagai seorang manusia biasa saja mula-mula ke dunia, Dua Kalimah Syahadah dia yang membawa. Tapi kami mengatakan, bahawa ya, dengan pelajaran orang-orang tua kami juga, di alam ghaib ertinya hikmah-hikmah yang terkandung pada Dua Kalimah Syahadah  tadi  iaitu; pertama pengakuan, pangkat dan martabat.

Jadi itu maka kami dibimbing berjalan juga dengan melafazkan, dengan Dua Kalimah Syahadah ini di mana-mana kami berada dengan tujuan… oleh kerana telah mendapat rahsianya tadi, rahsia ghaib tadi, hikmah yang terkandung padanya tujuan kami akan mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan pula.

Bukan pengakuan sebagai Rasul! Bukan! Bukan! Bukan!
Pelajaran yang diperdapat tidak ada nabi lagi, sesudah nabi Muhammad khataman (khatam = tamat) nabi.

Yang kami harapkan, pengakuan, “Memang engkau,” kata-Nya,
“Bagindo Muchtar, hamba-Ku,” kata-Ku.
“Dan Umatku,” kata Muhammad.
Jangan kita yang cakap, “Oh, Ya! Hamba Allah ini! Umat Muhammad  ini!”

Itu kita yang cakap. Tapi dalam perjalanan ini,
‘Memang engkau hamba-Ku,’ kata-Nya.
Sambung sama Muhammad, ‘Ya umatku.’

 Mengenai pangkat dan martabat kita sendirilah. Di situ terkandung rahsianya. Apa pangkat, martabat saya ada tinggi atau tidak? Oh! Orang luar saja yang mengetahui semuanya itu, kalau percaya. Saya bilang tak apalah. Saya manusia biasa saja, saya bilang. Tapi itu terkandung.
Alangkah baiknya kita bergerak sudah sembahyang.

Asyhadu allaa-ilaha-il Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah,” dalam perjalanan itu.

Tapi pernah seorang cina yang tak beragama waktu itu, mahu  mencari agama yang betul katanya, bukan? Dengan saya, bawa macam ini.
“Dengan tidak diajarkan masuk Islam?”
Kata saya, “Tidak, kan?”

Mengambil air sembahyang tidak. Tetapi kalau dia tertarik akan ilmu kita ini, ilmu saya ini ilmu Dua Kalimah Syahadah. Jangan  salah terima, di sana. Padahal dalam pengertian kita bisa baca Dua Kalimah Syahadah. Masuk Islam tidak?

 Saya tutup sedikit.
“Ilmu saya kalau mahu ambil, ilmu saya ilmu Dua Kalimah Syahadah. Bila saudara baca Dua Kalimah Syahadah, maka bergeraklah itu.”
“Saya mahu, Pak!”
“Duduklah. Baca Dua Kalimah Syahadah.”

Sampai yang anehnya pula, bukan? Dia buka jadi bomoh di rumahnya. Orang-orang Islam yang datang minta ubat suruh bawa botol, ya dak? Disuruhnya mengucap Dua Kalimah Syahadah. Dia sendiri belum Islam lagi katanya. Tapi saya katakan, itu ubatlah tiap-tiap air kita berikan suruh orang itu bacakan Dua Kalimah Syahadah dahulu.

Apalah kata si Islam? “Si melayu Indonesia yang banyak ini, itu orang cina menyuruh dia baca Dua Kalimah Syahadah!”

Cubalah! Yakin kerana hendak mengubat baca juga. Tapi kesudahan juga apa lagi ya dak? Ada dalam perjalanan macam tadikan? Saya suruh dia baca Dua Kalimah Syahadah. Terus bergerak baca, ‘Allah. Allah. Allah. Allah.’

Waktu itu nampak sama dia seorang tua berjanggut, berjubah, pakai tongkat.
“Assalamualaikum!”
Dia berhenti. “Wa’alaikumsalam!”
“Anak mahu apa?”
Di situ dia tergoda. “Aku ini si anu…”
Kata yang berjubah dan janggut panjang tu. “Anak mahu apa?”
Terus dia fikir-fikir. Dia ada punya kereta waktu itu… teksi dibawa anaknya. Dia bilang, “Saya mahu tanya, kalau betul,”
Katanya, “teksi saya belum pulang. Anak saya yang bawa. Saya mahu tahu pukul berapa baliknya? Dan berapa dia boleh duit tambang hari ini?”
“Duduklah merokok sebatang. Tak akan sampai sebatang rokok,” katanya.

“Itu anak sampai! Ambil pensil! Tulis. Tulis sekian ratus sekian sen.”

Dia duduk dulu. Tak lama, belum habis datang dia. Ditanya berapa wang? Selisih cuma satu Rupiah lebih.

 Jadi, dia bilang,“Wang ini lebih satu Rupiah. Wang siapa tadi?
“Kenapa bapak mahu tahu?”
“Ada yang kasi tahu sama saya, ini mesti duit orang yang lebih satu Rupiah ini.”

Dia tambah yakin bukan? Padahal itu godaan. Sampai kesudahan dia sudah melampaui saya pula. Kesudahannya dia menjadi seorang yang tak makan daging. Apa namanya? Apa agamanya itu? Dia sudah menjauhi dari saya lagi. Dia gemuk. Tak merokok. Tak minum lagi. Dia pindah ke lain tempat.

Saya waktu itu, saya operation enam bulan di rumah sakit. Tetapi sekali-sekala terjumpa dia. Saya pandang, takut dia! Padahal begitu bagus dia tadi. Ini yang kita jaga. Ertinya, kalau kita bergerak, “Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.”

Walaupun apa yang nampak, walaupun ‘Assalamu alaikum!’ katanya. Tak usah ladeni (layan)!
“Allah!” jawabnya. “Allah. Allah.”

Jalan terus, sebab tujuan kita semula hendak menemui Tuhan, bukan nak cari dia yang di kiri dan yang kanan. “Allah. Allah.”

Nanti datang lagi yang lain. Nampak macam mak kita, orang tua kita. Jangan diladeni! Terus saja, “Allah. Allah. Allah.”



* * *


Sekarang timbul satu pertanyaan, bagaimana… apa tandatandanya bahawa kita telah berada di Hadirat-Nya Yang Maha Kuasa tadi? Kalau betul-betul kita berjalan mencari-Nya, tidak?
Ini pengalaman diceritakan. Tanda-tandanya bahawa kita telah berada di sana, tidak ada gerak!

Nafas pun tidak ada lagi! Sampai tak berasa kita ini! Yang ada ini tak berasa sedikit juga. Nafas, saya bilang pun tak ada sedikit juga. Dan kita lemas. Kalau orang pegang waktu itu kapas rasanya ini semuanya. Di situlah kita sedarkan diri kita.

“Asyhaduallaa-ilaha-il Allah; Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasulullah.”

Tiga kali. Lahir dan batin kita mengadakan pengakuan. Kita turutkan gerak. Yang itu tak akan kita jumpa untuk dalam sekali latihan saja. Berulang!

Itu tanda-tanda saya tunjukkan.
Tanda-tanda pula bahawa kita telah dapat pengakuan kita dalam  mengamalkan pengetahuan kita ini, orang sudah mulai mendatangi kita. Itu! Kita jangan menunggu Jibrail akan membisik, ‘Ini Jibrail! Disuruh Tuhan untuk menyampaikan!’ Jangan diharap!


Tanda, pertanda bagi orang yang tahu, tanda, tanda, tanda, dengan orang mendatangi, mengaku akan ilmu kita dan segala macam. Hanya itu yang kita perdapat dan pendapatan-pendapatan dari orang pandai, dari orang yang berilmu pula.


Saya pernah… baru masuk Singapura dulu, ada seorang haji. Lama di Mekah. Sampai beribu-ribu Ringgit orang tuanya menyekolahkannya mencari ilmu di Mekah. Belakang jumpa sama saya di Jalan Keladi, kampung melayu sana. Dia orang Melaka. Dia balik ke Melaka. Rupanya bapaknya tingkatannya wali Allah di sana. Dia cerita ada orang Indonesia petandanya begitu-begitu pergi belajar sama dia. Tetapi anehnya, tanda-tanda ditunjukinya tak makan di akal. Tak makan di akal.

“Kalau boleh saya katakan...”
“Tak harus saya katakan?”

Kalau boleh saya katakan, waktu itu bulan puasa nak masuk.
Lihat orang tu begitu-begitu keningnya.
“Begitu,” katanya, kan?
Bulan puasa dia tak puasa. Dia tak sembahyang. Kan aneh itu!

Asyhadu allaa-ilaha-il Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah, tetapi merokok bulan puasa!”

“Puasa ni, tak apa,” katanya.
“Itu tak boleh,” kata saya.

Jadi hasilnya saja mengenai diri saya waktu itu, bukan? Sampai orang tu bangun tengah malam! Dia bangun. Kepada saya kiblatnya, dia menghadap sembahyang.

“Ini bagaimana? Gila orang ini, bagaimana?”
Saya biarkan saja. Saya lagi tidur. Sengajanya saya tidur. Berapa malam sudah di samping saya terus dia tidur. Belakang semuanya selesai, saya bertanya.

“Apa tujuan kamu sebenarnya? Ini sudah berubahnya kiblat ini?”
“Tidak! Bapak saya kasi tahu!”
“Tapi itu salah! Bukan saya itu orangnya!”
Tapi asal dekat dengan saya dia kedinginan terus. Cara dia tadi memahami.

Jadi kita balik ke pokok pangkal tadi… dalam perjalanan tadi, ‘Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.’

Kalau tujuan kita tadi, bukan? Hendak mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan pula, selepas sembahyang kita dalam  langkah pertama akan melihat nanti seolah-olah kita di padang pasir, di mana pohon-pohon kurma akan nampak semua. Kita berjalan terus. Jalan terus. Jalan terus.

Ini gunanya. Jangan kita tergoda melihat orang tua kita segala macam! Jangan sampai kita menangis menjumpainya dan segala macam. Kita kuatkan! Allah! Allah! Allah! Allah!”

Macam saya katakan tadi, kita telah bebas. Tuhan kita cari dulu. Habis itu baru kita kalau kita punyai isteri, anak, kita pulang ke rumah menjumpai anak isteri kita. Baru jumpa yang lain-lain. Jangan sampai terhalang perjalanan kita.



* * *


Akan tetapi ya, semua sekali ini sudah mendapat kemudahan semuanya. Bukan macam saya dulu. Saya memperolehnya… untuk mendapatnya dan segalanya dengan pengorbanan-pengorbanan; pengorbanan yang dugaan saya bagi seorang manusia yang  lemah tak patut terjadi tetapi terjadi.

Sampai sekarang pandai saya mengatakan, tambah besar nikmat Tuhan atau apanya dari Tuhan yang akan diberikannya pada kita, tambah besar pula cubaan yang harus kita lalui. Dan itu pun makanya berhasil pula, bukan?

Kita mendapat Rahmat dari Tuhan tadi, berkat kesabaran. Kesabaran ini yang penting! Tabah hati menerima segala sesuatu. Berkat kesabaran. Tapi entah bagaimanalah saya mahu membawa? Entah suratan atau macam manalah, dari kecil saya juga seolah-olah sudah ada pengiring-pengiring yang ghaib ini barangkali? Ini pengalaman!

Kalau macam saya kerja bahagian Shell Company bahagian minyak ke dalam hutan-hutan  rimba besar… itu pekerjaan mencari minyak, bukan? Macam rimau, ular, beruang, apa tidak saya jumpai? Tapi insya-Allah. Mudah-mudahan rasa ada, ‘Syess... syess... syess...’


Kalau saya jalan dalam hutan, ‘syes...’ Berbunyi-bunyi saya lihat nggak ada. Jadi ingat saya ke belakang ini seolah-olah nggak ada juga tanda-tanda tadi. Cuma Tuhan hendak merubah nasib saya tadi, bukan? Terutama saya begitu saja gelisah bekerja setelah dua puluh tahun.


Hampir dua puluh tahun saya kerja dengan perusahaan Belanda Shell Company. Cubalah bayangkan. Begitu saja saya minta berhenti. Gelisah. Rasanya perubahan-perubahan akan terjadi, tetapi kenapa? Bagaimana? Itulah Tuhan hendak merubah nasib kita tadi. Dan itu pun harus melalui cubaan pula lebih dulu.

Dan itu pun, apa yang diberikannya sedikit itu saya tak mengerti. Saya turutkan saja ini semuanya. Tak mengerti kita. Bertanya kepadasiapa? Cuma saya tanya.

“Itu bagus! Turut saja!”

Dan apa yang diteruskan, di situlah saya mengembara terus. Mulai dari Jakarta ke Padang, Padang terus ke Medan segala macam. Di situ saya jumpa Syeikh Makmun Yahya (Bapak bermukim di Medan tahun 1955-1957) segala macam. Patah balik sampai ke Pelembang. Sampai masuk Singapura. Sampai kita bertemu di sini segala macam. Dan begitulah pengalamn-pengalaman tadi.

Begitu makanya dapat pula kita berkenal satu sama lain. Kami berikan, kami berikan dan kami berikan apa dapat kami berikan dan kami hanya badan perantara saja.

Perantara. Si pembebas umpamanya, membukakan jalan bagi yang tertutup jalannya. Meluaskan, membuka jalan.


* * *


Macam pernah saya terangkan juga, lahirlah untuk kedua kalinya. Kalau kelahiran dan kehadiranmu yang pertama ke alam nyata ini, ke dunia ini melalui rahim ibumu, maka kelahiran dan kehadiran kita yang kedua dengan jalan memancar melalui badan diri kita masing-masing.


Dengan jalan memancar, sebab kita yang tadi keluar dari rahim ibu tadi, bukan? Keluar sebagai seorang manusia oleh kerana ibu bapa kita manusia. Kita yang telah lahir dan hadir untuk kedua kali ini keluar dengan jalan memancar, yang hanya, yang dapat dirasakan tetapi tak dapat dilihat oleh kerana keadaannya tadi memangnya begitu; ada tetapi tidak ada.

Mustahil dia tidak ada! Itu roh tadi kan dia ada! Tetapi dia tidak ada pada kenyataan. Jadi melalui saluran-saluran ini dia keluar memancar dan hanya dapat dirasakan. Tak boleh dilihat.


Jadi, dengan kelahiran dan kehadiran kita untuk kedua kali ertinya kita hidup dua sejalan. Itu baru mungkin bahagia hidup kita, kalau  kita selalu hidup berlahir dan berbatin tadi. Oleh kerana bawaan  hidup kita yang selama ini dengan hidup belum  memancar, belum dapat keluar melalui kami, badan diri kami segala macam, pincang atau tidak seimbang jasmaniah saja!


Walaupun kita mengakui mengetahui ada rohani pada diri kita sendiri!
Jadi, dengan membawakan gerak-geri ini, yang lahir ini, yang lahir ini yang telah dapat kita rasakan ini, bukan? Ertinya kita sudah memasuki alam tasawuf, alam kerohanian, alam kebatinan, alam Tuhan, alam tauhid dan sebagainya. Tidakkah begitu?


Masuk di alam kerohanian. Jadi kita bergerak sudah ini dengan ilmu pengetahuan kita ini di bidang kerohanian. Yang nyata ini hanya pada orang yang tak kenal pada kita melihat kenyataan kita. Tetapi kita sendiri yang tahu, yang mana kita. Siapa kita yang sebenarnya?


Orang yang tak lekang oleh panas, yang tak lapuk oleh hujan!
Akan tetapi manusia tetap manusia. Kami maksud manusiamu. Manusiamu. Manusiamu. Engkau tidak boleh ditinggalkan. Hidup bersiang bermalam. Ertinya, kalau orang berpegang kerohanian, itu saja. Itu yang dipegang betul, bukan? Dia lupa akan makan, tidur dan sebagainya. Sebab itu orang tak makan dia! Dia benar. Dia hanya berbuat, berbuat, bergerak, berjalan, berisi dan sebagainya.


Tetapi yang dibawanya ini, si pedati tadi, dia harus di tempat yang teduh letaknya. Dibersihkan segala macam. Kalau jalan terus lapuk dia, tidak? Mesti dibersihkan juga.

Ini berguna bagi kita; jasad, badan ini. Dengan positif negatif, ya baru dapat kita merasakan akan nikmatnya kelazatan hidup dan lain sebagainya. Dengan negatif saja dipositifkan tidak ada erti hidup! 

Yang positif saja kita ini telah alami; menderita kita dalam kehidupan! Jadi, positif –negatif disatukan. Jadi kalau yang negatif sudah positif pada kita sekarang. Mengerti tidak cakap saya sekarang?

“Yang negatif, yang positif… Sini apa yang dicakapnya itu?”

Yang nyata, yang tidak nyata. Yang negatif, yang positif. Plusminus.
Ini kita berpegang kepada yang negatif mulanya tadi telah menjadi positif bagi kita yang dapat kita rasakan, bukan? Sudah positif sudah. Terbalik jadinya yang positif ini jadi negatif. Hanya benda ini, cuma tak ada apa-apa lagi. Itu yang kita. Itu yang bisa bergerak ke mana-mana, bisa terbang ke mana, ke mana ke mana dia pergi.

“Hendak ke sana!” katanya, padahal dia duduk di sini, tetapi sampai. Cubalah lagi macam itu sekarang!
“Aku hendak menghadap Tuhan,” katanya.
Dia bergerak. Ikut saja.
“Aku hendak menghadap Tuhan-ku,” katanya.
Dekat saja. Kalau kita berada di Hadirat-Nya, mohonlah. Mintalah, apalah… Tidakkah?

Okey? Dah sebelas (pukul sebelas malam) sudah hari. Besok banyak yang bekerja dan segala-galanya.



* * *


Ya… apa yang kami katakan lagi pada kata perpisahan kita ini?
Saya ini ertinya, mahu nggak mahu saya akan berangkat besok. Cakap saya ini, kami; anak saya, kawan akan berangkat besok. Kami kembali ke Kuala Lumpur dulu.

Tetapi, ya… tapi bagaimanalah saya akan mengatakannya?
Jangan cemas. Jangan takut. Jangan putus asa atau jangan seolah-olah kepergian kami, anak-anak di sini akan merasa kehilangan atau kehilangan, tidak? Ingatlah selalu kepadanya, tentu dia akan mengingat engkau pula. Kalau kita tidak mengingatnya pasti kita tidak diingatnya. Pengetahuan itu pula, pengetahuan yang masa sekarang ini… apa yang ada ini… diri kami apa yang telah ada di situ.


“Diri kami,” kami katakan. 

Kalau kita dapat mengerti di situ, sementara engkau menjadi batang pula masing-masing sampai bisa membuahkan, menghasilkan buah. Tetapi itu kamu semua kami perhatikan sekarang bergantung pada diri kami. Sedangkan kami inginkan menjadi batanglah, menjadi batanglah. Ada yang bakal bakal menjadi batang, tapi saya lihat belum sepenuhnya saya dapat mahu melepaskannya demi tanggungjawab kami di Akhirat.

Masih banyak juga, masih terpengaruh kepada materi; kebendaan.
“Salah?”
“Tidak salah!”
“Caranya menjalankan?”
“Tidak salah!”

Mungkin juga lantaran pengalaman tidak banyak. Mungkin juga, pada umur barangkali juga. Itu tidak salah! Tapi secara pengetahuan atau saya ketahui umpamanya, saya ingin macam saya ini pula. Kalau tidak, akan lebih. Kalau lebih, lebih syukur saya kepada Tuhan. Tetapi saya ingin hendaknya berjaya hidup di dunia ini menjelang hari akhirat nanti dan sampai ke akhirat.

Jangan hanya nanti di akhirat, seolah-olah di akhirat nanti kita akan masuk ke syurga tetapi di dunia ini kita lapar, kita menderita. Sedangkan doa, apa kata?

Rabbanaa atinaa-fi-dunya hasanah wa-fil-akhirahti hasanah wa-qina azab an-nar!’ Dunia dulu!
Rabbana atinaa-fidunya wa-akhirah!” Cubalah! Dunia dulu semua, tidak?

Jangan macam dibawakan sudah-sudah; mengaji untuk mati. Mati yang akan dikaji tinggal di surau, di langgar (madrasah). Dipanggil orang, sedekah. Minta doa itu, dikasi berkat sedikit!
Cubalah bayangkan.

Ini ilmu. Ilmu! Memang kaya kita. Segala macam kita, sebab dari Yang Maha Kaya, tidaknya? Ciptalah nikmat hidup!

Perolehlah nikmat hidup dengan Ilmu Tuhan yang telah ada pada kita diri kita ini sekarang. Soal mati saya kira tak perlu dikaji, sebab mati itu bagi tiap-tiap diri, bagi tiap-tiap manusia pasti datang.

Qullu nafsin zalikhatul maut! Ini soal hidup yang kita fikirkan; hidup. Bagaimana kita bisa hidup? Boleh hidup dan berjaya, dan  tidak melanggar undang-undang Tuhan dan sebagainya?

Ini. Boleh hidup kita macam orang hendaknya. Puaskah dengan apa yang ada?


Kalau saya ceritakan barangkali di rumah saya, ya dak? Ertinya, kiranya di Indonesia orang nggak mengerti pada saya, nggak dapat melihat sebab saya tidak bekerja, tidak berdagang.
“Tidak itu…” katanya, bukan?


Habis dilihatnya pakaian, bawaan segala macam, dan tamu datang terus. Famili banyak, makan terus. Orang payah berfikir dari mana dapatnya. Tapi kalau saya ceritakan, kalau masak umpamanya sekanting dua kanting, sekati atau berapa kanting secara kami di sana, berapa yang datang nasi tak habis-habis, bagaimana? Bukan saya jampi apa-apa. Tidak!


Jadi terjadi. Makan bubuh juga, tapi nasi banyak itu juga. Itu! Bukankah Rahmat tadi?
Di Medan juga begitu anak patient (pesakit) saya, bukan? Saya duduk di Medan. Orang Kisaran itu, dia jauh. Anak famili tidak ada tinggal duduk di sini. Makan minum segala, tinggal. Waktu sudah selesai, bukan?

Sudah baik. Sudah baik saya bilang seminggu dua minggu apa, pulanglah. Saya suruh  pulang dia pulang. Dia sudah baik.

Belakang waktu mahu berangkat, “Saya ingin tanya. Saya hairan betul di rumah ini.”
“Kenapa?”
“Tamu datang. Terus terus makan juga. Tapi saya lihat si Upik ini,” 
Mengatakan kepada nyonya (isteri) saya, “masaknya sekian kanting nasi tak pernah habis! Hairan betul. Saban hari saya perhatikan…”

Saya juga tidak tahu. Kami belanja. Itulah katanya. Cuba! Itu mengajar kita pula membawakan diri dalam kehidupan ini jangan pula terlampau berhitung, sebab dalam ilmu ghaib ini kalau pakai buku kira-kira kita, yang ghaib tak bisa menambah! Nah! Yang itu!

Tapi ibarat beras kita di kaleng, di mana tadi diambil juga, masak juga, dia tak tahu. Kita sendiri juga hairan kenapa nyonya saya tidak minta duit membeli beras. Itu pun, sambil lewat saya hentam sama kaki; penuh juga bunyinya.

Dan orang rumah sini sendiri tanyalah. Tanyalah kepada ibu si Hawa. Tanyalah kepada emaknya. Kan banyak keanehan-keanehan terjadi, tidak? Itu! Bukan dimintakan, bukan disengaja, bukan?
Bukan. Bukan minta. Berbuat, berjalan pada jalan-Nya. Insya-Allah.

Itulah dikatakan Si Bidin orang keramat katanya.
“Ada dia? Di luar?”
Itu. Itu orang keramat itu.
“Kenapa di luar saja? Itu orang keramat di luar.”
Dia pergi ke sana. Diperlihat keanehan-keanehan cara berubat.
“Orang Keramat, itu orang.”
Pengetahuan kita ini yang membawa kita, yang jadikan kita orang keramat. Tapi jangan terus senang hati!
“Wah! Saya orang keramat ini!”
Jangan! Tidak! Tidak! Tidak! Jalan terus. Pengetahuan orang pandang cakap! Itu jalanlah! Jalanlah terus. Qadha’ dan Qadar dari Tuhan.

Ya! Jangan lewat waktu. Dan bagi yang kerja besok pula ertinya saya kira cukuplah sampai di sini perjumpaan kita malam ini. Dengan ucapan dari kami, katanya terlebih dahulu, saya terutama, dengan harapan dan keinginan mudah-mudahan Tuhan member kami pula keizinan nanti di belakang hari dengan dapat bertemu  muka, berjumpa kita kembali hendaknya, bersyarah atau member penerangan atau memberi pengertian yang masih kabur-kabur rasanya dalam pengetahuan kita ini, untuk lebih mengakrabkan lagi hubungan kita satu sama lain sebagai seorang Islam.

Seorang muslim bersaudara satu sama lain, dengan kami dipandang sebagai Bapak dikatakan, sebagai guru dikatakan, sebagainya dan sebagainya. Kiranya memang diizinkan oleh Tuhan dapat pula kami diberinya kami tenaga, dapat kita berjumpa kembali pada
masa dan waktu yang lain. Insya-Allah.


Dan lidah saya sendiri, mulut saya sendiri, badan saya sendiri umpamanya, macam dikatakan tadi, sayalah ini, kami-lah ini adalah sebagai alat menyampaikan saja. Terdorong perkataan kami kurang betul, kurang tepat segala macam, kami minta dimaafkan.

Segala apa-apa umpamanya, yang telah dihadiahkan, diberikan bantuan secara ikhlas kepada kami dan segala macam kepada kami bukan?  Minta terima kasih. Kepada Tuhan kami pohonkan semoga segala-galanya. Tuhan akan menggantinya dengan berlipat-lipat ganda.


Dan pada yang lain, kalau ada hal yang lain-lain, yang kemusykilan-kemusykilan yang kami salah tangkap, salah pengertian di antara kita, satu sama lain, ingin pula kami mohon dan minta dimaafkan atas segala-galanya. Kiranya Tuhan selalu berpihak kepada kita.

Dan cukuplah sampai di sini rasanya dulu. Insya-Allah Tuhan mengizinkan lain waktu, lain masa kita berjumpa pula.

Berat semuanya. Kenapa jadi macam ini? Tak bisa saya menutup ini.
“Belum juga rupanya, ya?”

Ada masa pergi. Ada masa datang. Ada masa berkumpul. Ada masa berpisah. Dan ya, dan… dan… dan… dan apa lagi? Dan…dan… dan… dan… ya… tak bisa saya cakap lagi itu.

Mohonlah kepada Tuhan semoga saya ini diberi-Nya kudrat dan iradat, Tenaga dan dipanjangkan umur. Insya-Allah pasti saya akan kembali ke sini. Ya… turutlah kami. Kita tutup. Duduklah di tempat masing-masing.

[Bapak mengetuai ‘Gerak.’]

“Subahan-Allah, wa-Alhamdullilah, wa-laillaha il-Allah, wa-Allahu-Akbar! Subahan-Allah, wa-Alhamdullilah, wa-laillaha il-Allah, wa-Allahu-Akbar! Subahan-Allah, wa-Alhamdullilah, walaillahail-Allah, wa-Allahu-Akbar!”

“Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah; Waasyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
 Asyhaduallaailaha il-Allah; Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu-annaMuhammad ar-Rasuulullah.”

[Maksudnya; “Subahan-Allah (Maha Suci Allah), wa-Alhamdulilah (dan segala puji-pujian bagi Allah), wa-laillaha il-Allah (dan tiada Tuhan melainkan Allah) wa-Allahu-Akbar!” (dan Allah Maha Besar)]

Macam mana? Jadi kita berangkat besok?Jadi?Apa? Malam ini!
Sesudah ini? Ketawa dia.
“Cuti besok, Bapak!” Seseorang menjawab.
“Cuti?”

[Bapak ketawa.]

Dua orang cuti. Yang lain kerja. Tak apalah. Ini ketentuan dari Tuhan.
Besok siang kita berangkat. Jangan terlampau difikirkan soal ini.
Tidak! Soal bukan difikirkan lagi…



Selesai pada 2 Julai, 2002 (10.45 malam)
Di rumah kami
180, Jalan Mewah 5, Taman Mewah II, LUNAS, Kedah.


.


No comments:

Post a Comment