Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah XI 1974 : Julai 14 Pulau Pinang (FULL)



🌼   Kuliah 11  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
14 Julai 1974

Ya, sebagai menyambung ceramah kita yang tadi malam. Memang di antara yang hadir tidak ada. Maka diulang, yang diperkatakan lain tidak, tetapi mengenai jalannya ilmu pengetahuan kita.


Ini juga, yang telah berbulan-bulan dan telah bertahun-tahun kita amalkan, kita menerima daripada kami. Akan tetapi kami tidak puas melihat pada kenyataan-kenyataan cara membawakan, cara menggunakannya dan sebagainya.


Ertinya masih banyak juga di antara kita belum mengerti akan hakikat yang sebenarnya dari ilmu pengetahuan kita ini. Sampai dikatakan tadi malam, diulangi lagi akan rahsia yang tersembunyi, rahsia yang terkandung di dalam badan diri kita sendiri masing-masing.


Sampai dikatakan tadi malam, kita yang terkurung, terkongkong, sampai melalui dengan perantaraan kami dengan cara ilmu pengetahuan kami ini, sampai dapat bergerak bebas ke alam luas tetapi tak lepas, sampai dapat menembus alam nyata, sampai kalau dalam istilah tarekat kita memasuki alam kebatinan, alam kerohanian, alam tasawuf.


Sampai kami terangkan akan daya-gunanya, kebolehannya dan lain sebagainya. Sampai pula kita ambil kesimpulan begitu banyak macamnya keteranganketerangan, penerangan-penerangan dan sebagainya.


Dasar pokoknya hanya satu juga. Hanya satu itu dasarnya. Satu yang akan jadi pegangan, walaupun telah banyak jadinya oleh pemecahan kita; iaitu rasa yang terasa tadi, yang tadinya terahsia letaknya dalam badan diri kita masing-masing.


Orang ahli kebatinan, walaupun bagaimana caranya ilmu pengetahuannya, orang tarekat walaupun bagaimana caranya, orang yang percaya kepada Tuhan walaupun agamanya apa, Kristian, Buddha dan sebagainya, tetap akan mengakui itu, bahawa ada sesuatu yang tersembunyi dalam badan diri kita masing-masing.


Saya mengatakan juga, ada satu tenaga (power) yang tersembunyi di dalam badan diri kita masing-masing. Dan saya bilang juga, saya cakapkan juga semalam, kedatangan kami ke mari bukanlah sebagai dewa untuk dipuja. Bukan sebagai malaikat untuk melihatkan mukjizat-mukjizat, kebesaran-kebesaran dari Tuhan, melainkan adalah diri kami ini macam orang ramai juga, macam saudara-saudara juga, macam yang hadir ini; manusia biasa saja.

Akan tetapi, kemungkinan pada lahirnya dilihat orang atau pada batinnya sebagainya ada kelebihan yang ada pada kami, sampai kami datang mengembara ke sini, sampai kita dapat berjumpa satu sama lain, sampai tertarik kepada amalan kami ini.


Amalan kami kami katakan. Yang luar biasa, kata orang. Bukan ‘luar binasa!’ Sampai banyaknya tertarik untuk mahu ikut mengamalkannya. Dan telah banyak kita mengamal dan menerima aliran dari kami, akan tetapi macam kami katakan tadi, masih banyak yang belum mengerti akan hakikat dari ilmu ini yang sebenarnya.


Tadi malam dikupas rahsia dari diri kita sendiri di dalam, sampai meningkat kepada perucapan, percakapan kerohanian; rohani, yang ada di diri kita.


Dia yang terkurung dan terkongkong, melalui saluran-saluran pintu-pintu yang tertentu, melalui diri kami sendiri, melalui wakil-wakil kami, melalui yang telah dituakan membuka jalan bagi kamu orang yang di dalam untuk boleh bergerak, boleh keluar, sampai mengambil manfaat daripadanya.


Seseorang yang tadinya terpenjara, dikongkong oleh badan dirinya sendiri, tidak tahu mencari jalan kelepasan. Dengan melalui cara kami ini, cara ilmiah ilmu pengetahuan dapat bukakan jalan, bukakan pintu untuk dapat keluar dari alam diri sendiri.


Sebenarnya, pada kali ini dapat meningkatkan pemikiran kita dengan ilmu pengetahuan ini, gunanya diambil, diterima dari kami segala macam, bukanlah hendaknya kita hendak menjadi bomoh, hendak menjadi ini itu.


Tetapi pentingkanlah diri tadi yang terkurung terkongkong tadi, sekarang telah bebas kami katakan, untuk menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa, untuk mengenal-Nya lebih dalam dengan rahsia-rahsia-Nya. Hanya dia itu cuma, yang dapat langsung menghubungi Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tadi. Bukan badan diri kita.


Dari itu maka tak salahlahnya kami, dari jauh-jauh hari telah kami ucapkan, telah kami katakan bahawa ilmu kita ini adalah ilmu mengenal diri, bukan ilmu mengenal badan. Ilmu mengenal badan itu sudah banyak doktor-doktor ilmu fizika (physician).


Dengan itu dapat kita mengerti, ertinya; lain diri, lain badan. Cuba renungkan.
Kalau sekarang bercakap, bukan?
“Bagaimana badanku ini? Bagaimana diriku ini?”
Dengan halus perasaan rasanya diri tadi lebih dalam daripada badan, apa tidak?

Si diri yang berdiri sendirinya bagi badan yang dalam pengetahuan orang-orang kebatinan katanya, ‘yang tegak seperti alif, yang duduk seperti wau; yang tergantung tiada bertali, bertali tetap tiada tergantung,’ katanya.

Sebab dia itu ada pendirian.

Dengan tambahan-tambahan ucapannya, ‘segala ombak bersabung, angin bertiup, siapalah yang aku tumpang?’ katanya.

‘melainkan Allah Taala,’ katanya orang yang dulu-dulu, cara-cara dulu-dulu, untuk menjaga keselamatan badan dirinya.


Kita dengan ilmu pengetahuan kita ini sekarang? Kami kata tadi ilmu mengenal diri, kami bukakan pintu untuk masing-masing diri tadi dapat keluar ke alam luar, dapat mengenal akan dirinya sendiri.


Bayangkan sajalah, kalau seseorang umpamanya telah dapat merasakan dan mengetahui bahawa dinding-dinding telah tembus, kita sudah boleh menembus keluar dari batas dinding kita, kita telah menembus alam nyata sendiri, terus kita boleh memasuki alam ghaib. Tak usah terlampau kita persulit alam ini. Ertinya, langit yang pertama, kedua, yang ketiga, yang keempat.


Cukup saja dasar ketuhanan yang ada pada diri kita. Dengan itu kita langsung menemui Tuhan. Secara ilmiah kita kupas. Tetapi kalau dengan badan diri itu baru tingkat yang pertama, kedua, setan semua sekali akan menghalangi, akan mengganggu perjalanan kita, oleh kerana nyata nampak kepada kita pada yang badan diri kita tadi.


Tetapi, ‘Yang Aku Tiup Roh-Ku,’ kata-Nya tadi, yang terkurung terletak di tempat… di dalam dada kita masing-masing. Macam saya kata telah boleh memancar badan diri, kita katakan, telah menembus alam sendiri yang nyata ini, langsung saja, ibarat anak mencari bapanya atau anak mencari ibunya. Kita langsung saja.

Tak usah lagi saudara yang dicari. Tidak usah lagi paman yang akan dicari. Tidak usah lagi emak saudara yang akan dicari. Aku mencari Tuhan-ku. Dengan pemberian-Nya tadi, aku ini kekasih-Nya, tidak?


Di situ baru kehadiran-Nya kita pelajari. Kita sedari badan diri kita. Kita mahu mengenal, mengingat-Nya; mengenal-Nya dengan erti kata sebenar-benarnya.

Macam diri kami ini mengenal-Nya, rahsia-Nya yang kami ingin mengetahui. Banyak Ilmu Tuhan. Bermacam-macam jalan ilmu ini.

Jadi, diri kami sendiri tertarik akan rahsia-Nya. Dia ada tapi tidak ada, itu istilah kami. Ada dalam sebutan, tak ada pada kenyataan, itu istilah kami. Tapi salahkah kami mengatakan begitu?

Kan, tidak ada Tuhan! Tidak ada bagaimana kami katakan? Kan tak nampak, ya dak? Hmm…Dia ada tapi tidak ada. Salah saya mengatakan?

Ada dalam sebutan, tidak ada pada kenyataan.

Tetapi Allah, mustahil Dia tidak ada, kerana segala yang ada ini Dia yang mengadakan. Daripada-Nya datangnya, betul atau tidak?

Itu makanya Dia Yang Maha Besar. Kalau kita kata diri kita sekarang ini masing-masing besar, bukan? Besar… besar… besar… besar… yang besar ini datangnya dari mana?


Macam tadi malam dikatakan juga, kalau betul kita kuasa, kita sanggup, kita berkuasa kata kita, orang lumpuh cuba menguasai supaya bergerak, tak mahu dia bergerak. Ertinya ada yang lebih kuasa dari kita sendiri. Itulah tadinya Yang Maha Kuasa. Dan yang lebih besar dari kita.


Jangan salah tangkap pula nanti. Macam siang tadi saya katakan, dia ada tapi tidak ada. Mustahil itu dia tidak ada. Itu secara ilmiah, secara ilmu pengetahuan. Tidak ada dimaksud macam tidak ada pada kita yang nampak ini, yang kita lihat ini.


Dia ada. Ini dikatakan. Tapi tidak ada. Dia ada dalam dirimu ini, tapi tidak ada; dia roh. Kalau tidak ada, tiada kan hidup; tak akan berhadapan kita ini satu sama lain. Tapi cuba buktikan sama saya, atau keadaannya.


Kan tak boleh, tidak? Ada tapi tidak ada; ada dalam sebutan, tak ada pada kenyataan.


Jadi, kita dari rendah, dari bumi, dari tanah kita terus ke langit.
Dari tingkat serendah-rendahnya terus ke tempat setinggi-tingginya.


Yang kita tadinya dari Allah ke Aku, ke saya. Sekarang kita menjadi orang dari Aku dari bawah ini kepada-Nya. Itulah nanti akan terjumpa dalam risalah saya,

‘Saya telah kembali dari Sana, saya telah pergi sebelum di panggil.’

 Oleh kerana apa? Masih kita jumpa juga kita lagi. Tetapi saya telah kembali dari Sana. Tapi itu macam bapak Ismail telah dipanggil, bukan? Ya dak? Mana dia kembali lagi? Dia pergi untuk selama-lamanya.

Ini kami, saya dalam hal ini, dilakukan sebelum dipanggil telah pergi. Akan tetapi kalau bertanya, “Kalau betul Bapak sudah di Sana, telah bertemu dengan Tuhan, bagaimana?”


Saya tak boleh, tak dapat mengatakannya. Kerana apa? Di sana, di Hadirat-Nya, saya tidak ada.

Apa akan saya katakan, sebab Dia ada tapi tidak ada, bukan? Kerana di Hadirat-Nya tadi, saya sudah tidak ada. Bagaimana saya akan mengatakan keadaan-Nya, tidak?


Akan tetapi, dengan bimbingan sesuatu, dengan petunjuk dan segala macamnya, dengan turun sedikit telah terbuka lebar ciptaan-Nya. Itu ada bulan, bintang, langit, gunung segala macam, kan itu hasil ciptaan-Nya? Kita tahu. Kita lihat itu planet-planet kita tahu, ada tarik-menarik satu sama lain, tetapi kalau tidak akan hancur. Itu rahsia cara Dia mengadakan-Nya. Ha ini.


Jadi bagi kita, bagi saya, berfikir sebagai seorang manusia biasa, saya lihat rahsia saja tadi. Tanpa bicara. Tidak ada cakap. Tidak ada apa-apanya. Segala sesuatunya dengan gerak-gerinya berubah; siang menjadi malam, malam jadi siang, pasang surut sampai pasang naik, batang-batang kayu bertumbuh dengan sendirinya, padi di sawah sampai berbuah, sampai lebat dan segala macam dengan sendirinya dengan tidak ada cakap.


Itulah Ilmu Tuhan yang saya amalkan, yang kita amalkan, yang diterima dari kami dengan tak banyak cakap. Kita juga bergerak dengan cara automatic sendiri. Segala sesuatunya akan membawa perubahan pada alam sekeliling kita, pada diri kita sendiri. Kalau cakap itu sampai nanti kepada takbur.

“Ini saya wali. Ini saya itu… itu… itu!”
Tidak benar! Tidak betul!
Kalau orang dengan ilmunya pula… kalau begitu… begitu… itu silalah.  Kalau ditanya, ‘Saya ini manusia biasa, macam saudara-saudara juga.’


Tetapi ini mendapat aliran dari kami, dari saya sendiri, itu makanya kalau saya datang, saya lebih suka saya hadapi satu-satu orang. Saya isi. Saya kontrol. Saya betulkan kembali yang tak betul.


Setelah dapat, saya ingat-ingat bagaimana? Setelah saya betulkan, setelah menerima aliran baru dari saya begitu, ada tak ada perubahan bagi badan diri? Akan tetapi akan selamanya-kah kita akan dapat jumpa? Walaupun sekali setahun umpamanya? Akan selalukah? Sebab bagi diri orang lain, apa yang berlaku pada makhluk lain akan berlaku  juga pula pada diri saya. Saya tak akan hidup selama-lamanya. Bila datang masanya pula, akan datang panggilan, bukan?


Saya inginkan supaya pandai mengisi diri sendiri macam saya bilangkan tadi, terus langsung kepada Tuhan.  Pintu telah terbuka. Jalan untuk kepada-Nya hanya satu  jalan lurus.


Tak ada dua tiganya jalan. Walaupun ada corner-nya jalan tadi, tetapi satu saja. Kalau  jalan, kata kami di Indonesia, ada cornernya, tapi pada jalan-Nya.

Macam jalannya orang, apa nama tarekat? Naqsabandi?
“La-IllaHa IllAllah…”
[Kepala ke kiri dan ke kanan]
Kan ini melelong-lelong tak? Bukan?

Kita, “Allah!”
[Kepala tunduk, tangan rapat ke dada, lutut terhujam dan kaki
merapat.]

Bukan kita menyalahkan cara perjalanan orang itu. Tidak! Itu maka saya katakan, banyak Ilmu Tuhan ini. Saya dalam hal ini sampai pula menjadi pengikut. Saya peminat dari pengetahuan ini juga. Ertinya mengamalkan ilmu ini tadi rahsianya bergerak automatik, akan tetapi akan membawa perubahan akan seisi alam, alam semesta, dengan  tidak takbur, dan  tidak… jauh dari menyombongkan diri!


Jadi saya ulangi sekali lagi; harus dapat kita memikirkan hendaknya, bahawa diri saya ini takkan selalu dapat kita jumpa, atau saya sengaja hendak jumpa di sini untuk menambah, menokok memberi penerangan lagi.

Saya ingin supaya dapat pula hendaknya sampai berdiri sendiri. Jalan telah ditunjukkan. Pengalaman telah banyak, dan  kalau  pada siang hari kita sibuk pada usaha kita, pada perniagaan kita, pada pekerjaan kita.


Malam-malam pergunakanlah pengetahuan kita ini, diri ini untuk mengingat-Nya, untuk mendatangi-Nya, untuk ya… mengenal-Nya, untuk mengingat Nya. Apalah namanya? Apalah yang tepat namanya itu? Menyembah-Nya? Untuk mendekatkan diri lebih dekat kepada-Nya. Jangan terlampau sibuk kepada duniawi ini. Apalah ertinya?


Berapa banyak kita lihat orang kaya-raya, jutawan dan segala macam, bila dia pergi, apa dibawanya?

Tetapi bukan pula dilarang untuk mendapat sebanyak-banyaknya. Pergunakanlah. Carilah. Akan tetapi, hari umpamanya, selepas Maghrib, Isyak, dilepaskan segala-galanya. Ingatlah kepada-Nya. Kenanglah Dia dengan ilmu kita ini, sampai betul-betul tercapai, tercipta macam saya katakan.

Kedudukan kita sangat dekat, sangat dekat, sangat dekat dan dekat betul diri kita terhadap kepada-Nya. Mungkin lebih, kalau tempat kerja, pangkat kita akan bertambah. Kalau kita seorang saudagar, mungkin akan lebih maju lagi perniagaan kita.


Jadi saya ulangi sekali lagi, janganlah hendaknya difikirkan saya akan dapat, atau akan bisa, akan selalu mendatangi juga. Jangan sampai terjadi pula berkiblat ke badan diri saya, terlampau bergantung kepada saya! Tidak!


Kami pembimbing, membukakan pintu, membukakan jalan, membukakan jalan untuk menuju kepada-Nya. Dan siang hari sesudah subuh, kita berkejaran di muka bumi ini. Masing-masing menjalankan tugas dan kewajipan, untuk mencari mencapai kebutuhan hidup sebagai seorang manusia yang layak, yang pantas.


Dan pada orang lain kita membuktikan pula akan kebenaran jalannya kita ini.Itu makanya kita di sini, bukan? Bersyukur kepada Tuhan, kita telah dapat membentuk satu persatuan pula, untuk ertinya, kata-kata terhadap Tuhan akan dikatakan memperbaiki akhlak, dan dapat pula membawa manusia-manusia yang ramai ini ke jalan yang benar; menjauhi daripada yang mungkar dan lain sebagainya.


Dan kita sama-sama berunding adakan seksyen apa, bahagian seksyen tari, silat dan segala macam. Itu sudah pecahan-pecahan dari ilmu kita ini, sampai segala bisa, sampai segala jadi.
Erti… itulah.

“Dikatakan juga, tidak boleh? Sekali-kali?”

Waktu malam hari, dekati, hampiri, bawa diri ini menghampiri Tuhan. Kalau kita katakan Dia Maha Pengasih, supaya kasih-Nya tadi selalu dicurahkan, ditumpahkan kepada kita. Segala segala sesuatu yang ada pada Yang Maha Besar, Yang Maha Kaya dan sebagainya, tentu akan dilimpahkan-Nya kepada orang-orang yang terdekat kepada-Nya, apa tidak?


Saya ulangi lagi, macam  tadi malam saya terangkan juga, bukan? Telah ada pula jalan bagi kita, untuk membebaskan diri kita ini dengan menurut gerak automatik, dari tekan-tekanan dari luar, dari badan diri sendiri juga dari luar dan lain sebagainya. Jadi kitatenang.


Kita ingat kepada rasa yang terasa, yang telah terasa di hujung-hujung jari kita. Itulah yang dia. Itulah dalam makrifat kita juga. Ikutkan.


Makanya berputar-putar tangan mencari kebebasan; membebaskan diri tadi sampai kaki dan segala macam, sampai terasa denyutan di hujung kaki dan sebagainya, sampai ringan badan kita tadi.


Itu caranya membebaskan diri kita dari tekanan-tekanan hidup, dari ikatan-ikatan hidup, dari ikatan-ikatan kebendaan, dari ikatan-ikatan hawa nafsu dan lain sebagainya.


Kalau kita bisa berpegang kepada itu, membebaskan diri itu semuanya. Sebagai seorang perantau,  kita walaupun dua tahun, tiga tahun bermukim, insya-Allah mudah-mudahan kita boleh tetap bujang.


Kita boleh melepaskan diri kita dari ikatan benda. Ertinya materi (material) ini. Tetapi, tidak kan selalu pula kita buat macam itu. Ini  tekanan penyakit umpamanya juga. Kita berasa sakit, ingat kepadanya; dibebaskannya diri dari segala penyakit-penyakit yang bersarang dalam batang tubuh.


Pada diri orang lain pun juga; dengan gerak automatik juga, membebaskan orang ini dari penyakit yang dideritainya.


Kalau kita berguru kepada seseorang, apa yang diberikannya? Apa yang kita terima itu pula yang akan kita berikan pada orang, apa tidak? Kalau kita mengubat orang bagaimana? Guru kepada kami dikasi gerak, baca Dua Kalimah Syahadah; digerak, dikasi air.


Terus diterima macam itu. Hadapi orang ini dengan itu juga. Yang telah ada di dalam badan diri kita tadi, gerak ini juga. Kasi pula air.

Kasi garam apa macam dia cakap? Tetapi sering kita gagal dan kandas dalam itu pembawaan, kerana ikut sertakan hawa nafsu; fikiran kita sendiri, sedangkan ini bukan cara kita! Melainkan cara dia.


Bukan saya menyalahkan kalau ada di antara kita, bukan? Dengan hakikat membawakan ini ilmu pengetahuan. Tidak salah!


Akan tetapi ada risikonya. Ertinya dalam istilah yang lebih halus lagi dari yang halus, dengan istilah yang bagi mereka-mereka yang telah betul-betul terdekat pada-Nya, dengan itu masih juga pakai hakikat dengan diikut sertakan daya-daya yang berisikan hawa nafsu. Itu masih tetap dunia juga. Bukan saya menyalahkan, kata saya, tetapi yang lebih dalam ini yang automatik.


Kalau kita berniaga umpamanya; ini petang, ini pagi, ini malam kurang laku, jangan takut. Insya-Allah. Dengan ketekunan kita kepadanya, bergerak dan sebagainya dan segala-galanya, mungkin besok akan lebih lagi dari itu.


Kalau kita dudukkan diri kita jadi bomoh kalau sudah tua, macam duduk di rumah, ini tenang, begitu. Ini hari tidak masuk se-Ringgit, dua Ringgit. Kalau tak masuk, tak apa.


Jangan terus putus asa. Tuhan itu Maha Kaya. Mungkin besok dilebihkan-Nya dari yang sudah-sudah. Akan didatangkan-Nya. Ketekunan ini yang dikehendaki. Keredhaan-Nya yang kita nanti-nantikan.


Jadi, cukuplah pula katanya pada malam ini. Kalau dikatakan, ertinya kesimpulan membebaskan diri tadi.



* * *


Kita duduk di dalam rumah, masing kita tenang; kita ingat dengan rasa yang terasa.

“Cuba kawal rumah ini. Saya mahu tidur. Jaga. Jangan sampai terjadi apa-apa.”

Cara ini dia automatik saja. Cara ini ertinya kita mesti dapat pula berfikir bebas hendaknya. Apa pula kita lakukan dengan rahsia terahsia dengan ilmu pengetahuan kita ini.


Kalau tadinya, sebelum ada pintu terbuka kehidupan kita berjalan dengan satu aliran, aliran yang nyata, maka dengan telah terbuka pintu ini, kehidupan kita berjalan lahir dan batin, rohaniah dan jasmaniah. Sedangkan alam sekeliling kita ini berlahir dan berbatin, yang nampak yang tak nampak, macam syaitan-syaitan juga jin-jin sampai kepada malaikat-malaikat.


Ini cara pergerakan kita. Ini kod-kod automatik ini juga. Mereka-mereka sudah menjaga semuanya itu, rumah itu, kampong yang tempat kita tinggal, atau di mana saja sedang berbicara, sedang bercakap dan sebagainya. Dengan gerak-geri, segala macam akan datang. Sekali-sekali akan melihat macam kilat dia berjalan dalam rumah atau di mana saja. Dia menjaga. Dia menembus ini.


Itu roh-roh, dari malaikat dan lain sebagainya.
Mengapa dia tak mengganggu kita? Oleh kerana sejenis dengan yang di dalam tadi dengan dia.
Yang syaitan-syaitan, dia pasti lari.
Dia takut kena tembak!

Dalam Surah al-Jinn (72) kata-Nya, yang mengikuti pula orang-orang yang mahu menghadap Tuhan dengan cahaya tadi, tahi bintang dilempar ke bawah.

“Engkau ini tak boleh naik; tak boleh ikut!”
Betul tak? Dalam Surah al-Jinn. Sudah pernah membaca?
(Rujuk 72:8 & 72:9)


Jadi, pengalaman, pengajaran atau penerangan yang kita perdapat malam ini, iaitu kalau tadi malam mengenal rahsia-Nya yang sedikit yang ada di diri kita, yang ada dalam badan diri kita, maka ini malam kita meningkat kepada ambillah kesempatan kalau kita sibuk pada siang hari disebabkan pekerjaan kita masing-masing, pada malam hari dengan tekun dengan jalan ilmu pengetahuan ini menghampiri diri kepada Tuhan, mendekatkan diri kita kepada Tuhan, mengenang Tuhan dalam erti yang sebenar-benarnya.


Dalam istilah ilmu pengetahuan ini, itu menyusun jari yang sepuluh, menghampiri, menghampiri, menghampiri diri semoga akan bertambah-tambahlah nikmat dan Rahmat-Nya melimpah-limpah kepada kita. Mudah-mudahan dapat diikuti bersama-sama dan sampai terbukti pula hendaknya terhadap pada badan diri kita masing-masing.


Dan ya, macam saya katakan tadi juga, janganlah masa akan datang akan difikirkan yang kita mungkin akan selalu dapat berjumpa atau sengaja sekali dua bulan, sekali tiga bulan, sekali enam bulan buat masa akan datang. Memang saya inginkan cepat boleh berdiri sendiri masing masing; peningkatan langsung menghubungi Dia Yang Maha Kuasa, oleh kerana pintu telah terbuka.


Dinding-dinding yang membatas di antara kita dengan Dia telah tembus, hingga dapat pula membawa umat yang lain, orang yang lain, mereka-mereka yang dalam kegelapan kepada jalan kita ini dan akan berjalan pula pada jalan kita.


Semoga di akhirat nanti banyaklah rombongan kita hendaknya. Dan termasuklah kita hendaknya dalam rombongan yang satu dan satu kaum yang dijanjikan Tuhan. Insya-Allah.



* * *


Saya tekankan lagi, janganlah masih kalau sekarang ini istilah saya namanya ini masih makan saya disuapkan, ya tak? Ini saya masih suapin juga.

Baju yang dibikin kotor, saya juga yang mencuci. Cubalah bayangkan. Bikin kotor bikinlah, tetapi bisa kita mencuci, membersihkan sendiri! Jangan saya juga! Awak yang bikin kotor, saya yang mencucinya! Pantas rasanya saya dipanggil Bapak? Ya dak? Itu katanya, tidak?


Tetapi istilah yang nyata itu pandailah sendiri. Pandailah sendiri. Kita bukan datang meminta menyuapkan makanan lagi! Tidak!



* * *


Jadi seharusnya kalau pada kerajaan, kerajaan pula macam Malaysia ini, di Pulau Pinang ini sudah mesti ada Gabenor mesti ditanam hendaknya, betul tidak? Jadi kepala pemerintah di sini. Ertinya ialah yang dituakan, untuk macam sebagai wakil saya, menjalankan segala sesuatu di sini, sementara yang lain kita berkumpul dan bertumpu. Tetapi, saya tidak akan tanam itu dan akan katakan itu sebab saya bukan orang kerajaan.


Orang di sini sendiri akan tunjuk sendiri, kehendak kudrat dan iradat hendaknya dari Tuhan, susunan sendiri dan sebagainya. Saya bukan orang kerajaan. Sebagai orang  luar, tak boleh duduk dalam pemerintah kerajaan di sini dalam ilmu pengetahuan kita ini.


Cuba pula lagi orang di sini, sekali-sekali datang ke Indonesia, satu-satu gantian, bukan? Ya, satu-satu. Itu belum tahu pula lagi, mungkin tak ada kesempatan atau bagaimana, ya dak?


Tetapi dalam hal ini, ucapan-ucapan saya tadi, kata-kata saya tadi, kita harus halusi dan didalami, difahami betul hendaknya.



* * *


Jadi itulah. Kita dekatkan diri kepada Tuhan.

“Oh, saya sembahyang Pak!"

Itu bukan mendekatkan diri. Itu melakukan kewajipan terhadap Tuhan. Mendekatkan diri, setengah-setengah orang dengan zikir, dengan zikir, dengan zikir. Dengan ilmu kita, selagi bergerak juga namanya ini, bukan? Kita dalam perjalanan. Kalau mahu ikut juga suara kita,

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.”


Selagi suaranya masih keluar sebut juga namanya, “Allah. Allah. Allah.”
Selagi masih ada gerak, ikut saja sampai ini suara habis.


Dia berhenti sendiri. Sampai ini berhenti pula. Kita ambil pada perasaan; seolah-olah nggak ada lagi yang ada ini. Sampai seolah-olah kita telah berada di sana.

Nyatakan diri tadi, “Ya Tuhanku…”


Mohonlah keampunan daripada-Nya, “Ampunkan dosa ibu bapa kami dan lain-lain sanak saudara dan lain-lain kaum muslimin dan muslimat, dan segala-galanya semua.” Dengan diri kita sendiri, ibu bapa sangat penting, sanak-saudara, aulia-aulia dan semuanya kaum muslimin.


Dan yang lain-lain kita mohon murah rezeki, mau panjang umur. Apa saja kita minta, kita mohon secara langsung suara kita didengar-Nya. Tetapi jangan cuba sekali-kali mohon hukuman.


“Saya berdosa. Saya pernah berbuat ini… itu…”
Jangan sekali-kali! Sakit! Percayalah. Kalau hendak boleh cuba!
Terus, semacam dicabut, didera segala macam juga.
Tetapi keampunan, minta!

Jangan, “Saya rela Tuhan, dihukum sekarang juga, kerana dosaku, perbuatanku.”
Pasti akan naik kaki ini segala macam. Rasa nak cabut segala macam. Menyesal nanti! Jangan minta hukuman.


Keampunan, mohon. Akui kesalahan-kesalahan. Jangan sekali-kali kita minta.
“Saya bersalah, ya Tuhan. Saya minta dihukum!”


Kalau lidah yang berbicara mungkin satu hasta panjangnya nanti.
“Ditarik, ditarik, ditarik, dicabut,” katanya.

Pasti terjadi itu! Jadi, jangan, jangan, jangan, jangan, saya bilang.
Kami sudah sendiri, korban seorang perempuan, isteri dari seorang kawan. Sampai gila sampai sekarang berjalan sepanjang jalan. Berdosa kepada orang tua.

Sampai sekarang menjadi omong (bicara) orang, “Bagaimana? Bomoh besar. Orang gila orang lain diubatnya,”

Katanya. “Isteri dia sendiri, tak bisa dia mengubat.”


Ada di antara kawan, sampai sekarang siang malam di jalan saja, jadi… Hmmm… cuba!
Jadi saya bilang, jangan sekali-kali minta dihukum. Jangan!
Minta ampun. Minta ampun. Minta ampun. Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Pengampun.


Jadi mungkin bagi tiap-tiap orang baru, wah ini pengetahuan ini lain kita? Kita berfikir sekali umpamanya, yang kita bisa menolong sesama manusia pengubatan itu masih tingkatan rendah namanya itu kalau dipraktikkan. Itu persoalan kita sendiri untuk dunia, dan akan tinggal di dunia.


Tetapi isi yang sebenarnya dari ilmu kita Ilmu Tuhan. Kalau bergerak kita kata, bergerak di bidang rahsia-Nya. Itulah maka kami katakan, pada waktu malam, sekali-sekali bawa diri kita masing-masing mendekati-Nya, menghampiri-Nya, dan mohon ampun kepada-Nya.

Mohonlah segala-gala, tetapi terlebih minta ampun. Keampunan. Ampun. Ampun. Minta ampunlah kepada-Nya. Setelah itu mintalah apa yang kita hendak pinta, dan apa yang kita hajati.


Soal hari-hari ini orang kan datang. Kalau ada rezeki, kita duduk. Itu tugas kita di kedudukan kita masing-masing. Tunggulah. Ingat kepada-Nya dan yakin dan percaya kepada-Nya, kepada keadaan-Nya.


“Oh! Kita lagi kerja di bengkel. Di mana saja, orang mahu menghentam kita?” Dia automatik; tahu saja dengan sendiri. Tahu dia, dan turutkan saja. Biar seribu, seratus orang, tidak akan menjadi persoalan bagi kita semua.


Malaikat-malaikat itu banyak melindungi kita dan mungkin pula tak akan terjadi. Tak usah terlampau difikirkan. Itu soal dunia juga tadi semua itu.


Kami ingatkan kembali. Ertinya, bukan salah kalau ilmu kita ini dipergunakan dengan diikut-sertakan hakikat, akal kita sendiri yang dengan daya-daya yang berisikan hawa nafsu, saya katakan. Bukan saya salahkan! Tidak!


Cuma kita pergi jumpa satu orang, supaya kita, dia bisa saja atau ada kita berhutang pada orang seseorang dia datang kita sengajakan supaya tidak terbuka mulutnya untuk meminta pada kita. Bukankah barang disengajakan namanya itu?


Itu yang dikatakan gerak yang berisikan hawa nafsu tadi. Dia automatik saja. Jadi saya ulangi lagi, saya bukan salahkan itu, tetapi darjat kita, tingkat kita dengan pengetahuan ini sangat rendah, dan ada risikonya. Ada perhitungannya nanti, dunia dan akhirat. Itu barang disengaja.


Maka mengikut setengah ulama, “Ya Tuhan, ampunlah dosaku baik disengaja, dan tak disengaja.”


Di Sisi Tuhan, dengan ilmu-Nya yang tinggi dan dalam ini, rendah sangat  nilai kita bagi seorang hamba Allah, bagi seorang manusia. Serahkan segala-gala kepada-Nya. Kepunyaan-Nya ini semuanya, dan ikutlah gerak-geri-Nya. Insya-Allah. Dia tidak akan lupakan kita.


Jadi kiranya dapat difahami dan dapat dimengerti, dan, ya dapat pula mengerti bahawa di antara kita juga pastinya mahu mencuba; ingin pula macam kami katakan tadi, membebaskan diri kalau dapat, kalau dicuba juga tidak dapat umpamanya. Akan tetapi ketentuan-ketentuan dari Tuhan juga, dan kami sendiri akan serahkan selalu juga kepada Tuhan… semua, segala-gala halangan
rintangan akan menjauh. Itu qada’ dan qadar dari Tuhan juga.


Tetapi kalau kita tahu dan pasti, bahawa yang di dalam itulah yang kita, kita tidak kuat. Batin kita tidak kuat. Daya kita tidak kuat untuk mengatasi segala-gala yang menimpa di kepala kita, di tubuh kita. Bahkan ada yang sampai menguasai hati jantung kita, insya-Allah. Kami sendiri akan berusaha meminta, memohon juga pada Tuhan, supaya segala yang berat-berat tadi akan diringankan, supaya apa namanya… dikatakan penyakit supaya beransur-ansur dia menjauh.


Sebab, adakalanya bagi manusia ini tempoh-tempoh sakit itu perlu. Bukan sehari, bahkan bertahun-tahun juga. Itu perlu itu sakit, untuk dapat merasakan bagaimana punya sakit, supaya kita senang pula pada orang yang ditimpa penyakit. Perlu kita rasa lapar, maksud supaya dapat kita bantu pula pada mereka-mereka yang tak dapat makan, dan lain sebagainya dan lain sebagainya.


Segala sesuatu itu akan menjadi Rahmat, di mana pada badan diri kita yang kata orang sakit katanya, tetapi dengan segala kesabaran dan ketabahan kita terima.


Tetapi dengan ilmu-Nya ini yang rasa terasa pada kita ini kita sebagai orang dalam tadi, sakit kita, batuk kita, sesak nafas kita kontrol.
“Siapa saya? Dan sakit ini siapa? Yang batuk ini siapa? Nafas yang sesak ini siapa?”


Oleh kerana dia orang, tentu akan berpisah, ya dak? Kalau dia berpisah dari diri kita, tak akan sakit lagi, tidak? Ini. Jangan difikirkan, “Wah! Saya ini mungkin TBC (Batuk Kering). Saya ini
mungkin…”


Segala macam, tidak? Saya pergi doktor? Jadi ertinya, kita dalam  hal ini, dengan pengetahuan ini yang dipegang tak pernah sakit-sakit. Yang sakit hanya orang. Orang kita yang ada pada kita. Ya tak? Tetapi oleh kerana pada kita ada itu  jalan untuk kebebasan… membebaskan diri tadi, ini yang akan diturut sampai hilang rasa sakit tadi.


Dan pernahkah kita perhatikan waktu orang baru dibuka segala macam, terus diselesaikan badannya, dibersihkan badan dirinya?

Jadi bagi satu, dua, tiga, dalam perkara ini jangan takut. Jangan cemas, “Kenapa saya tak macam orang?”


Jangan takut. Jangan mundur. Jangan ragu. Ini dipegang.
“Kenapa saya tak macam orang? Orang mudah saja, begini begitu!"


Ya? Maka itu saya katakan, perlu sakitkan dahulu. Tetapi, kalau sudah segala sesuatu telah sampai di puncaknya, bukan? Dengan sendiri dia akan lepas.


Jadi, itulah hendaknya kita berpegang kepada yang di dalam tadi; pada rasa yang telah terasa pada hujung jari kita masing-masing, sampai dia berkembang, sampai menjadi kenyataan. Ibarat kata pepatah: ‘Sedikit tetapi sampai melaut.’

Yang sedikit ini. Ini kan sedikit? Sampai melaut
“Lautkan dia,” katanya, “melebar. Sekepal, sampai menggunung!”


Itu dia pepatah. Maksudnya, ertinya, sedikit ini, yang sedikit, sedikit ini yang mesti dilautkan sampai sekepal, segenggam, menggunung.


Dan kita sendiri sebagai seorang manusia dengan fikiran kita kepada segala gerak-geri ini kita belajar. Umpamanya saya mahu datang ke rumah, bagaimana kedudukan orang itu? Berdasarkan kasi salam (dengan automatik tangan kiri dan kanan bersalaman), itu tanda saja bagi kita.


“Orang itu boss saya. Suka marah itu. Kalau saya jumpa sama dia, bagaimana?”
Berubah kita (tangan kiri dan kanan bersalaman). Itu baik, tidak?

Orang terima salam kita, itu baik namanya, tidak? Kalau begini (tangan seolah-olah ditekan), ini ditekan nanti. Ini apa ertinya? Kurang baik ini. Pada seluruh gerak-geri ini kita belajar. Tetapi yang kita bawakan, ini. Ertinya, mana yang sedap rasanya perasaan kita? Macam cara begitu untuk diri sendiri.


Tetapi kalau orang yang pandai macam kami ini, kami tunjuk itu akan berubah dia. Tetapi orang terhadap kita, orang lain tak ada ilmu macam ini, tak akan bisa merubah sikap kita, kecuali kalau dengan ilmu macam kita pula dia berjalan.


Kita sama kita, sampai buka silat adu pendekar, kita jangan di situ saja sesudah itu. Mesti salam.

“Kita satu asal, satu keturunan. Serumpun,” katanya.

Sealiran.



* * *


Dan patut diketahui juga, bukan? Mungkin saya memang tak bisa lama rasanya. Buat sementara, buat kali ini ke sini, banyak halhal yang lain mengenai visa, mengenai tiket yang saya urus, yang hanya berlaku untuk sebulan saja. Nggak boleh ditambah.


“Nggak boleh diapakan,” katanya.

Jadi saya mahu balik… kembali lekas ke Kuala Lumpur, untuk mengurus ini. Kelanjutannya nanti, saya bagi juga ke Melaka, ke Batu Pahat, ke Johor dan sekiranya dapat satu perubahan, Insya-Allah, dengan izin Tuhan saya akan datang kembali.


Kalau tak ada halangan pada badan diri saya pula. Rencana saya… aku… kami atau apa-apa, saya harus berangkat tanggal dua puluh lima. Rencana saya, kalau dalam hati saya mahu berangkat dari Jakarta, puasa mahu di Malaysia ini sampai lebaran. Cuba!


Tetapi hanya berlaku satu bulan segala tiket macam ini mahu dicuba di Imigresen di Kuala Lumpur nanti. Kalau dapat dibenarkan lebih lama lagi, Insya-Allah saya dapat jumpa lagi… dapat lebih lama lagi… dapat beri pengertian lebih lagi.


Tetapi yang penting, diri sendiri yang penting, yang berisi kepada diri sendiri masing-masing. Kejayaan, kebahagiaan kehidupan kita, dan dudukkanlah diri kita tadi dengan ilmunya ini dengan kedudukkan kita masing-masing. Hendaknya betul-betul dapat merasakan jalan kebaikan ilmu kami ini, setelah diterima dari kami, membawa perubahan kebaikan hendaknya pada jalan kehidupan diri masing-masing.


Sebab saya sendiri nampak kebanyakannya masih belum puas. Saya belum puas, belum puas. Ada hanya cuma dapat ketenangan  batin saja baru. Kedudukan di luar masih berasa kurang. Itu makanya berhidup lahir dan batin. Jangan tekankan pada yang batin pengetahuan ini saja; lahir dan batin.


Kita sendiri harus berani pula adakan percubaan-percubaan, testing, eksperimen. Cuba sendiri bagaimana, supaya dapat kita mengenalnya, akan kebolehannya ilmu pengetahuan kita ini. Bagi diri sendiri masing-masing ada kelainan. Tak sama. Kalau  pakaian seseorang umpamanya, yang kuning yang pantas kelihatannya dipakainya. Bagi orang lain, yang kuning tu bukan menandakan kebaikan. Barangkali bertambah menjahatkan barangkali, pada pandangan orang.


Bagi seseorang yang pakaiannya yang putih, bukan? Pantas rasanya iaitu pakaiannya, hingga orang tegur.

“Orang putih ini jadi pak lebai, di surau… di sana tadi.”

Jadi kalau seseorang caranya tadi begitu; dia fikir dia orang baik, yang lain tidak baik jangan ikut. Ikut cara kita. Kita hadapai segala persoalan dengan diri kita sendiri.

“Apa kita hendak buat?”

Kita tunggu kedatangannya. Dan yang penting pula, jangan tekan-menekan. Jangan salah-menyalahkan satu sama lain. Jadi sampai di sini sajalah ceramah kami, bukan? Insya-Allah.


Ertinya saya ingin, kalau mengerti sendiri; saya ingin satu-satu  menghadapi saya, menerima isi… menerima isi… menerima isi dari saya bila ada kesempatan. Ertinya siang harilah tunggu mana perlu diisi dari saya. Sebab saya tidak akan menyuapkan lagi makan pada masa-masa akan datang. Saya tak sanggup lagi mencuci pakaian yang telah putih dikotor sendiri.


Sekian. Lain kali kita sambung.



Selesai pada Disember 1988,
Taman Sri Nibung, Pulau Pinang


.


No comments:

Post a Comment