🌼 Kuliah 10 🌼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
13 Julai 1974
Kami telah datang kembali ke
negeri ini, Pulau Pinang. Saya pun telah sampai entah ke berapanya kali sudah,
di mana kedatangan kami ke mari bukan seolah-olah
sebagai dewa untuk dipuja dan dipuji dan di
sanjung, dan pula sebagai malaikat-malaikat melakukan, membawa Rahmat
segala-galanya, petunjukpetunjuk juga. Tidak!
Kami adalah manusia biasa juga,
seorang hamba Allah yang mungkin ada mempunyai satu kelebihan, yang mungkin ada
satu, satu pengetahuan yang tadinya nggak (tidak) ada di sini atau belum
dikenal orang atau di tempat-tempat lain yang kedengarannya bagi orang yang
belum mengetahui, yang aneh dan bermacam-macam.
Akan tetapi saya sendiri
mengatakan bahawa saya datang ke mari dengan ilmu pengetahuan ini untuk membebaskan
diri kalian masing-masing; menunjukkan jalan yang tadinya dalam kegelapan, yang
tadinya tak tentu arah tujuan hidup – hendak ke mana? Mahu apa?
Walaupun banyak yang diinginkan...
Bertuhan? Yaah! Kebanyakan di bibir saja.
Tak pula mahu mendalami hakikat Tuhan yang sebenarnya. Berilmu dengan minta ini
ilmu, biar sampai di mana didengar, bukan?
Kebal, jampi-jampian, azimat dan segala
macam. Tetapi diri sendiri, hati sendiri di dalam tidak mahu menerima; melawannya.
Fikiran saja cuma mahu menerimanya sebagai azimat, sebagai tangkal dan
sebagainya, tetapi diri sendiri di dalam tidak puas berasa dan merasakan. Akan
tetapi tak mahu… tak dapat diperkatakan.
Maka
datanglah kami yang mula-mula ndak kelihatan. Tak kelihatan ertinya kami bukan orang
ghaib, tetapi kelihatan melalui badan diri orang yang pernah menjumpai kami. Umpamanya,
di Singapura tadinya membawa ilmu kami ini melalui saudara Rahman (Haji Abdul
Rahman Ibrahim) ke Pulau Pinang ini, sampai menggemparkan keadaan
keseluruhannya, sampai bermacam-macam pula
tafsiran setengah-setengah orang, sampai
bermacam-macam pula yang terjadi.
Kalau kita halus-halusi pada
perjalanan-perjalanan mereka-mereka yang telah dulu-dulu, yang membawa
perubahan atau yang masa dulu-dulu menantikan satu-satu perubahan yang akan
datang, yang menantikan kelahiran dan kehadiran seseorang yang akan membawa
perubahan kepada alam sekelilingnya, maka seolah-olah kalau kita bisa meminjam
ucapan-ucapan orang dulu-dulu:
“Dia telah lahir. Yang dinantikan selama
ini telah datang. Si juru pendamai yang membawa keberkahan yang akan membimbing
dan memimpin kita kepada jalan yang benar.”
Ini istilah orang dulu-dulu, secara
kehadiran Jesus (Isa), kelahiran Nabi Muhammad, bukan? Yang dinanti-nantikan,
dia telah lahir.
Tetapi dalam hal ini, bukan kami orangnya
itu! Itu ilmu pengetahuan, kita katakan. Yang kita sekarang ini, orang-orang
dulu-dulu juga semuanya ini. Bagaimana tidak orang dulunya?
Cuba kita fikir macam Noordin (Bai
Noordin). Sekarang kalau disurutkan fikiran ke belakang, datang dari bapanya,
tidak? Bapanya tadi, bapanya siapa pula, kalau kita mahu berfikir? Dari pihak
ibu juga, ibu dari ibu kitasampai orang dulu-dulu juga, tidak? Maka sampailah
istilah-istilah kita kepada nabi-nabi dan segala macamnya, sampai kepada Nabi Adam
dan Siti Hawa.
Tetapi kita tidak mahu membawa pemikiran macam
itu. Secara ilmiah, ertinya bukankah kita pewaris? Pewaris dari orang tua kita
masing-masing? Tetapi pengalaman, penderitaan, percubaan-percubaan hidup, itu
menghendaki kepada kita untuk merenung dan berfikir,
“Kenapa saya begini? Kenapa aku jadi begini?
Mengapa saya tidak beruntung? Sedangkan si polan, saya tahu betul
tingkah-lakunya jahat dan segala macam, kenapa dia boleh beruntung hidup di
dunia ini? Kenapa saya tidak? Saya jujur. Saya mematuhi agama segala macam. Di
mana letaknya kesalahanku? Di mana letaknya kesalahan saya, letaknya kesalahan kami?”
Tetapi, kalau kita mahu belajar silah-silah
(salasilah) ke belakang, mungkin dari nenek moyang kita dulu di tengah-tengah perjalanan
sudah memulai itu cahaya yang terang-benderang tadi, dengan tingkah-laku perbuatannya menjadi
gelap itu lampu. Kan kita sambung?
Kita senantiasa dalam kegelapan. Ibarat
diri kita sendiri diliputi oleh air, api, angin, tanah tadi, yang sampai menjelma
kita katakan sebagai seorang manusia.
Itu dalam hal ini kita mewarisi dua keadaan
dan kejadian:
Yang pertama; yang kita warisi, bukan?
Umpamanya dari Nabi Adam, bukan? Itu roh yang kita sambung-menyambung tetap
suci bersih.
Yang kedua; jasad kita yang
dijadikan dari air, api, angin, tanah, titisan dari ibu bapa kita sebagai
seorang manusia dan kita jadi manusia.
Tetapi yang mengucap, “Kenapa
aku tak beruntung hidup ini?”
Katanya. “Aku cukup bermohon
kepada Tuhan. Aku cukup melakukan sesuatu yang diredha Tuhan dari kecil, tetapi
kenapa aku tetap melarat? Kenapa aku miskin segala macam? Mereka-mereka itu di
sana tak pernah mengenal Tuhan, bahkan kerja salah saja yang dilakukan. Tetapi
kenapa dia boleh beruntung?”
Ini ibarat diri kita ada yang
batal, ada yang batil; ada yang benar, ada yang tidak benar. Ini berucap tadi,
“Kenapa aku tidak beruntung?”
Tempoh-tempoh dia menangis, dia
bermenung segala macam. Oleh kerana apa? Dia tidak dapat mengetahui pemisahan
antara diri kita tadi. Kita tahu bahawa kita mempunyai jasmani dan rohani,
tetapi kita tidak tahu membezakan antara satu dengan yang lain.
Jadi kami dalam hal ini yang
telah berpengalaman dan banyak pengalaman, yang telah mungkin berpetunjuklah
namanya tadi, Tuhan, dengan melalui percubaan-percubaan, dengan memikirkan melalui renungan dan
sebagainya, hingga sejak ilmu pengetahuan telah dapat, kami jalan.
Jalan saya katakan, ertinya
saya berdiri juga yang tadinya terkurung dan terkongkong oleh badan ini dapat menembus
jalan keluar, untuk langsung boleh menghubungi Dia Yang Maha Besar, Yang Maha
Berkuasa, langsung boleh berdailog, “Ya Tuhan...”
* * *
Dan dalam hal ini, kami banyak pengalaman juga. Saya
bukakan diri saya sebagai pengubat, sebagai dukun
di Indonesia. Saya mengembara ke mana-mana dengan tidak saya baca, dengan tidak
bakar kermian (kemenyan).
Dengan gerak-geri ini, segala-gala yang menderita jasmaniah,
dengan hanya Dua Kalimah Syahadah keluar dari mulut dan dengan Izin Tuhan juga
tentu, maka yang sakit jadi senang melalui air putih saja. Air sejuk saja kita
berikan.
Akan tetapi, tempoh-tempoh mereka itu tidak sadar bahawa yang dihadapinya
saya ini yang mana? Tetapi saya tahu, yang saya hadapi yang itu, bukan yang di
luar. Sampai dia bangun. Tempoh-tempoh dia menangis. Pengalaman juga
menunjukkan pada saya iaitu tiap-tiap orang yang pernah menghubungi saya,
selalu mahu
dekat sama saya.
“Berilah saya Bapak, tunjukilah saya
jalan.”
Tempoh-tempoh dia bangun, yang di dalam
itu. Bagai terkurung dalam jel, pintu terkunci dari luar, dia sendiri tak
sanggup menabraknya (merempuh).
Anak kunci di pegang oleh orang dari luar.
Maka datanglah kami dalam hal ini dengan kunci. Saya memasuki rumah di situ
dengan anak kunci yang ada di tangan; terus bergerak-bergerak maka ikut saja.
Saya bawa keluar. Saya pimpin. Saya bukakan
jalan. Saya bukakan pintu. Saya tunjukkan.
“Inilah jalan yang benar.”
Sebagai seorang Islam, saya tekankan Dua
Kalimah Syahadah.
Dan semakin banyak pula pengalaman saya
pada tiap-tiap diri orang, bertambah pula pengetahuan dengan diri sendiri. Saya
ingat tadinya, kalau setelah mempunyai tetapi saya buta dalam kebolehan kita,
daya gunanya, bukan? Dengan banyak pengalaman, banyak pula saya ketahui sampai
saya pelajari Qu’ran, pelajari buku-buku segala macam. Sampai kita dapat
memahami akan tauhid dengan sebenar-benarnya.
Sampai dapat saya mengatakan, inilah Kudratullah, Gerak
Allah semata-mata.
Di samping itu kita fikirkan pula, kalau
tadinya sebelum dapat berjumpa dengan saya atau dengan wakil saya membawa diri saudara
bergerak membawa diri saudara keluar segala macam, tadinya juga sudah bergerak tetapi di dalam
sahaja, tidak?
Tetapi tak boleh keluar oleh kerana pintu
tertutup. Merasakan, ada.
“Aduh!” katanya.
“Rasa hiba hatiku,” dan segala macamnya. Setelah
berjumpa dengan kami dengan wakil kami segala macam, kami bukakan jalan,
bukakan pintu menurut saluran yang tertentu. Dalam hal ini, kita dapat
merasakan bahawa betul-betul itu yang terasa betul yang terang.
Umpamanya jari, hujung-hujung kuku keluar
terasa betul itu pemancaran hendaknya. Ertinya, pintu telah terbuka. Dengan itu
kita turutkan supaya berkembang pergerakan tadi di dalam dengan sendirinya.
Sampai orang yang di dalam tadi; hanya yang setitis, yang sekelumit cuma, dia
akan bebas bergerak.
Seperti kami katakan dalam risalah:
“Membebaskan diri dari tekanan-tekanan dari
luar, dari derita, dari cubaan dan segala macam.”
Makanya bermacam-macam gerak mencari jalan
membebaskan melepaskan dari segala kesulitan-kesulitan hidup sampai pula terus
jadi. Bukan ini membawa cara Buddha (telapak tangan rapat di tengah dada), cara
yoga! Tidak!
Ertinya, ini membawa seolah-olah bertafakur
kepada Tuhan. Jalan telah terbuka sudah, langsung menghadapi Tuhan. Tuhan mengampun kepada
kita. Ini yang perlu kita ketahui betul.
Diri kita sendiri masing-masing yang
tadinya terkurung dan terkongkong, yang tadinya tak luput dari intaian
musuh-musuh kita sejak mula dari nenek moyang kita nabi Adam, iaitu syaitan
iblis yang selalu berusaha untuk menghalang-halangi kebahagian kehidupan
kita dunia dan akhirat, lahir-batin.
“Janganlah hendaknya,” katanya (iblis), “kalian sampai dapat
masuk syurga.”
Bukankah Tuhan telah menentukan, telah
memutuskan bahawa dengan takburnya, dengan melawannya kepada Tuhan, tidak patuhnya
sampai dia (iblis) dijatuhkan hukuman kekal dia dalam akhirat dan dia
halang-halangi.
Dengan kita telah bebas ini, dengan
pancaran cahaya telah menunjukkan dia cuba lagi menghalang-halangi segala
macam.
Dari itu dikatakan, “Ingat kepada-Nya. Biar
macam apapun, setan iblis ke sini dia akan lari. Kalau itu yang kita katakan,
yang Aku.”
Pintu terbuka. Pintu telah terbuka. Saudara
tahu kami bawa kepada alam kebebasan; membebaskan diri sampai besar dan dapat sendiri
pula membebaskan dari benda-benda yang nyata ini jadinya lagi, bukan?
Termasuk juga yang tidak nyata. Segala-gala
perasaan terasa oleh tekanan-tekanan itu dari dalam. Zat dari sekecil-kecilnya sampai
sebesar-besarnya, sampai kita dapat membebaskan diri, sampai pandai kita keseluruhannya,
sampai berubah, sampai ringan, sampai berubah seluruh keadaan. Memancar dia!
Memancar dia keluar. Itu cahaya tandanya
dia ada, tidak? Tandanya lampu ada, cahayanya keluar.
“Wah! sana ada lampu. Cahaya. Nur.”
Cahaya api, nur dan nar ini…
ini sama saja. Tapi yang kita tuju, ini. Oleh kerana,
“Aku tiupkan roh-Ku,” kata Tuhan kepada
nenek moyang kita nabi Adam dan itu pula kita wariskan.
Jadi, itu Nur
yang kita perkatakan itu Nurrullah semata-mata,
yang Aku yang sebenarnya di dalam, yang merintih, yang sedih segala-galanya tadi.
Itulah pintu kebebasan… membebaskan diri tadi sampai terasa.
Di situ kita menungkan lagi sampai ke tingkat ke paling tinggi, sampai dibawa, sampai ke sana. Begitu kita hari-hari. Kalau kita sakit
kepala, kita ingat kita cuba membebaskannya kepala ini dari sakit. Dicuba.
Diturutkan sampai hilang itu sakit. Ertinya boleh kita mempergunakan untuk
mengubat. Kita batuk, kita cuba bagaimana dengan telah bebas ini kita bebaskan
batuk dari badan, sampai hilang itu rasa batuk.
Nanti pengalaman meningkat, meningkat,
meningkat, tambah meningkat juga pengetahuan kita, sampai kita dapat kenal
dengan malaikat-malaikat setelah tadinya
dengan syaitan iblis yang menghalang-halangi kita sama jin-jin, sampai kita
dapat langsung berkenal dengan malaikat-malaikat, sebab sejenis yang memancar
ini.
Dalam pandangan kita, malaikat-malaikat
sebenarnya macam spiral saja itu, macam kilat banat tapi berkeliaran sebab dia tak
bertubuh macam kita ini. Jadi yang memancar macam spiral juga,
tetapi kalau dapat dilihat macam asap keluar di kaki, macam asap juga. Dalam ilmu pengetahuan, asalnya dari
elektron-elektron hidup, yang berpusing-pusing.
Yang penting betul kita ketahui habis itu
kebolehan-kebolehannya. Bertambah meningkat pengertian kita dalam hal ini, dalam
tauhid dan ketuhanan ini, dalam pengetahuan ini, bertambah meningkat kehidupan kita di luar. Mungkin
dengan tidak kita sedari, dengan tak kita duga-duga.
Lagi terlebih dahulu kalau kita sebagai
seorang pekerja mungkin pangkat kita akan bertambah. Akan tetapi akan lebih bahagia kita rasanya
lagi, kalau pangkat kita dari Tuhan datangnya. Kalau itu peningkatan
pengetahuan kita ini, ertinya kita tadinya seorang ahli fizika, kebendaan,
kenyataan, bukan?
Kita masuk dalam alam tasawuf, ke alam
kebatinan sampai kita masuk lagi ke alam sufi. Kemudian bertambah meningkat
kita lagi. Sampai macam begini saja, kita sampai di sana. Itu bukan lagi, bukan
lagi, ertinya, ya, itu anu keramat.
Ini ilmiah kita kupas. Bisa itu terjadi
kalau kita mahu, kalau kita dapat berpegang macam saya terangkan tadi. Itu adalah kita. Nanti
orang lihat kita ada di Mekah. Orang lihat kita ada di masjid di sana.
Kepadanya itu tidak ada yang tak boleh
jadi. Bukan pada badan kita. Bukan pada fikiran kita. Tak ada jalan hakikat pada kita,
hanya makrifat.
“Nglap,”
Ingat saja, “Pap,” ke sana. Sampai di sana.
Pengertian-pengertian ini yang dikehendaki.
Tetapi garis besar, kalau sudah hari-hari
membebaskan diri, membebaskan diri, erti yang di dalam tadi yang terasa macam
itu yang bergerak badan kita, melepaskan diri kita yang di dalam tadi dari
kongkongan-kongkongan kebendaan ini
materi, dari tekanan-tekanan dari luar, kesulitan hidup itu tekanan-tekanan
perbuatan manusia dan sebagainya dan
diri sendiri, dan dapat betul kita merasakan akan itu rasa yang terasa itu. Ada
terdapat terasa, ya tidak?
Itu dalam pendirian kita! Jadi kalau kita
telah dapat berpegang kepadanya, rasa yang terasa, terahsia letaknya tadi yang mempunyai
tenaga-tenaga tersembunyi, kita dapat banyak manfaat yang dapat kita ambil.
Banyak daya gunanya akan dapat kita perdapat
dengan percubaan-percubaan padanya. Banyak hal-hal yang lain-lain yang
pelik-pelik yang aneh-aneh dan bermacam-macam akan terjadi pula pada badan diri
kita, melalui orang-orang lain sebagainya dan sebagainya.
Dan dalam ini kita ertinya, dalam kita
berbicara terus sampai kita dapat mempastikan diri kita;
Siapa kita, siapa saya?
Siapa saya ini sekarang ini?
Siapa aku dan mahu ke mana dan hendak ke mana?
Jadi
padanya letaknya selok-belok segi-segi hidup dan kehidupan tadi. Akan tetapi,
dalam hal ini, bukan? Kita harus menjauhkan diri dari sifat sombong, takbur dan
sebagainya dan sebagainya.
Mungkin saja umpamanya, renungan kita
tengah malam atau bagaimana, dalam kita tidur barangkali, kita boleh bercakap-cakap
dan segala macam bahawa kita ini… itu… itu… tak perlu dicakapkan kepada orang lain,
“Saya ini si anu…” Tidak!
Saya seorang manusia biasa, seorang hamba
Allah. Kita lakukan tugas kita macam biasa
dengan rahsia yang ada pada kita, di diri kita sendiri. Kita dudukkan diri kita
sebagai orang. Kalau orang minta tolong, kita tolong. Dari orang tak kenal pada
kita, sampai dapat mengenal kita. Dan yang penting membawakan diri kita tadi,
sampai pula kita ketahui kalau kita berpengalaman, bahawa yang nampak ini hanya
alam. Alam ini berubah-ubah, tidak?
Ini. Kalau kita membawa macam itu, itu
macam rupa kita nampak tua betul, tempoh-tempoh muda, tempoh-tempoh macam budak-budak,
macam anak-anak segala macam. Ini dengan tidak dikehendaki, dengan tidak dihakikatkan, ia
juga terjadi dengan sendirinya.
Guna in diterangkan supaya jangan pula kita
selalu menganggap kita, keakuan kita tadi itu aku juga. Sedangkan banyaknya
yang jenisnya, di dalam ini.
“Mahu saya pula lagi jadi engkau.
Engkau sudah capek, sudah payah,” katanya.
Maka menjelmalah. Datanglah tenaga baru
bagi kita. Yang dari kiri datang pula.
“Aku pula lagi,” katanya seolah-olah.
Makanya kami dapat mengatakan, ini badan
yang kurus kecil kering ini kepunyaan orang ramai, bukan kepunyaan saya
sendiri. Yang ini jadi itu, jadi itu, segala macam. Jadi, ini duduk terahsia juga. Pokoknya, modal telah ada pada kita
dan jalan telah terbuka, pintu telah terbuka; kita menanti kedatangan sesuatu
yang lahir dan yang batin.
Bangun kita pagi-pagi kita tenang. Sudah
sembahyang cara kita sendiri, sudah mengikut kita tenang. Tunggu apa yang akan
datang. Sampai terasa. Kita tenang, begini tangan. Kita juga boleh berfikir, “Ini mahu kerja. Ke office jangan
terlambat.”
Kita duduk di kedudukan kita, tetapi jangan
kita bawa-bawakan diri kita sebagai orang besar, menyombong. Biasakan membawakan
diri kita dengan rahsia kita sendiri. Terhadap orang lain, cuma hanya orang
yang berilmu yang dapat mengatakan memandang
kita, “Ini anak orang luar biasa ini.”
Sedangkan kita sendiri tempoh-tempoh tidak
tahu telah terjadi perubahan bagi badan diri kita. Kita membawakan saja ini.
Tetapi, yang akan terjadi macam saya katakan itu, tidak pula semudah macam saya
cakapkan sekarang ini; begitu saja baru, terus bisa saja jadi. Ini juga tergantung pada kepandaian kita pula cara
membawakannya dan pengertian kita dan lain sebagainya juga.
Jadi, buat diri saya sendiri dalam hal ini, bukan? Ertinya, ilmu kemajuan, ilmu
pengetahuan yang nyata sudah jauh meningkat, bukan? Sudah ke bulan, bukan? Ilmu
kebatinan pun jauh meningkat. Apa… apa… termasuk ilmu kami
ini.
Macam ada kami katakan, “Menyesal juga
kenapa saya tidak diserahkan oleh orang tua saya sampai ke sekolah tinggi…
universiti.”
Ada juga, “Wah, kalau saya kecil kembali
apa salah?”
Dengan ini kita bisa mengejar segala-galanya.
Bahkan lebih dari itu yang kita hajat. Sampai saja kita kepada pegangan rasa
yang terasa di dalam itu, dengan sendiri saja pangkat kita, martabat kita,
darjat lahir dan batin akan berubah.
Percayalah. Akan mendalam, meninggi
pandangan orang lahir dan batin, apalagi di sisi Tuhan.
Jadi, tak salah pula untuk di sini, saya
dengar peninggalan saya dulu mengadakan satu persatuan. Namanya apa? Persatuan
Akhlak apa? Memperbaiki? Tak salah pada tempatnya. Betul.
Ertinya bagi kita sendiri, bukan terhadap
keluar.
“Sebelum memperbaiki akhlak orang lain, akhlak kita sendiri kita
perbaiki terlebih dahulu. Sebelum kita mengubat orang lain, diri sendiri kita
ubat terlebih dahulu. Kita lebih kepandaian doktor,” katanya.
Orang lain, dia orang kalau sakit dia pergi
ke dukun lain, ya tidak? Bomoh lain, ya tidak? Atau ke doktor atau Farmasi.
Kita tidak; ke diri kita sendiri.
Satu contoh yang nyata. Begitu… lumpuh,
pernahkah melihat orang lain yang lumpuh berapa tahun, berapa bulan akan bisa
hidup bisa bergerak segala macam? Cuba kita lihat bagi orang lain. Sesama kita
sendiri bagaimana nampaknya? (Bapak maksudkan kepada Cikgu Hakim). Bahkan orang yang lumpuh kita ubat juga. Jarang
lama juga baru baik, tidak?
Ini satu contoh.
Orang boleh saja mengatakan, “Ya, ini bomoh
besar bisa sakit?”
Kita tak boleh sakit? Cuma kita dapat pula
mengatakan, “Kenapa profesor itu mati?”
Apa, tidak? Saya pernah mengalami di Indonesia.
Itu doktor orang cina. Seorang doktor, begitu orang tuanya sakit tak dapat
menyembuhkannya, sampai digantung dirinya.
“Percuma saya jadi doktor,” katanya. Cuba!
Sampai dia lupa kekuasaan Tuhan.
“Percuma jadi doktor, orang tua sakit tak
bisa saya mengubat!” Dia sendiri membunuh diri. Tak bodohkah namanya? Dia lupa kepada
Tuhan tadi. Kekuasaan Tuhan yang berlaku.
Begitu juga, kita sakit ini. Kalau
betul-betul kita berkuasa, kita pandai, lumpuh itu kita gerakan terus jalan.
Tetapi, kan dicuba, kekuasaan kita sendiri di cuba, tetapi tak mahu jalan.
Tetapi dengan kudrat dan iradat Tuhan, dengan gerak-Nya tadi, bukan?
Ditanggung pula oleh gerakan dari luar,
yang di dalam ini bergerak.
“Bantu aku! Tolong aku!”
Itu cahaya semua melihat.
“Wah! Itu orang kita. Golongan kita. Sokong
orang kita!”
Kembali macam biasa.
Kita dengan ini, benda itu, yang itu yang
kita katakan yang paling dekatnya, rasanya sangat dekat kalau itu yang kita
dalam pegangan dalam pendirian. Jadi, kalau persoalan ubat-mengubat, persoalan praktikal. Yang lain-lain soal
remeh. Soal rendah itu semua. Itu terserah pada kita pula diri masing-masing, bukan?
Hendak jadi bomoh? Hendak jadi apa? Tetapi
pokok-pangkal, bergeraklah dengan itu. Berbuatlah dengan itu. Dia jangan ditinggalkan,
walaupun kita seorang pegawai, seorang alim ulama, orang apa saja di mana-mana
kita berada. Tak perlu kita menari-nari!
Tidak! Ingat saja kepadanya atau bergerak
dia di tempatnya. Tetapi yang paling penting pengertian-pengertian kita. Siang,
waktu siang, waktu malam, sewaktu kita berpegang kepadanya.
Waktu kita menjadi manusia biasa, dia
dengan rahsia kita. Jangan selalu pula siang hari, jangan selalu pula malam
hari.
Bagi mereka-mereka yang dapat mengerti
dalam hal ini, kalau dia telah gerak, kalau dia telah di buka, kalau dia itu…
itu… itu… dia semesti harus minta syukur betul-betul kepada Tuhan, sebab ada orang membuka jalan baginya. Akan
tetapi banyak pula yang kandas, yang gagal, yang mundur dengan teratur, juga
oleh terpengaruh oleh alam fikirannya yang bersertakan hawa nafsu.
Pandai katakan, “Ah! Ini sihir ini. Ah! Ini
tak betul ini. Ini salah, ini.”
Cuma kita tak bisa dengan fikiran ini
masing-masing. Manakah yang akan lebih pintar; roh dengan fikiran manusia ini,
yang dia datang dari Tuhan tadi? Cuma mengolahnya tak tahu, bukan?
Manakah yang akan didengar, dikabulkan Tuhan? Permohonan orang
rohanikah atau orang jasmani? Cuba kita sama-sama fikir.
Manakah yang akan lebih nyata, lebih nampak
oleh yang ghaib-ghaib? Malaikat-malaikat? Orang rohanikah atau orang jasmani?
Jadi kita kembali… tadi.
Sangat beruntung kita. Sampai kita orang di
sini datang ingatan, fikiran untuk membentuk satu perkumpulan, satu persatuan
yang dinamakan itu memperbaiki akhlak segala macam. Ertinya memberi contoh kepada orang ramai dan kita
bersedia untuk membantu mereka-mereka itu bila membutuhkan (memerlukan) pertolongan
kita.
Akan tetapi jangan lupa, bukan? Diri
sendiri.
Perbaiki pula diri sendiri. Setelah itu
kita sendiri beri contoh dan tauladan sama orang kiri kanan kita, sama
masyarakat ramai. Dan nampak, nampak sama saya yang agak sulit secara
praktikalnya membawakan tadi yang saya katakan.
Tetapi kalau kita tahu, tidak sulit. Cuma
sikit kita anggap dalam barang ini sangat jauh. Masih kita anggap dengan fikiran kita, barang ini
sangat jauh. Masih kita anggap dengan fikiran kita, kebiasaan kalau begini
bagaimana?
Kalau sakit begini bagaimana? Kalau sakit
begini macam mana?
Ya, tidak? Segala apa saja yang akan kita
hadapi, dengan telah adanya ini, kita tenang. Lihat bagaimana. Kita tunggu
sampai dia datang, begini dia automatik, sebab macam saya katakan tadi, segala-galanya
biar urusan luar atau urusan dalam atau ubat-mengubat, sakit-menyakit diri
sendiri, kan itu Kekuasaan Tuhan yang akan berlaku?
Kudrat-Nya ini yang akan berbuat. Itu kita tunggu.
Kita punya dari dalam. Kita tunggu. Cuma kita tak dapat menangkap tujuannya,
maksudnya, tetapi kita apabila ke perasaan kita; dari berat sampai ke ringan
segala macam.
Orang itu boleh cakap begini-begitu,
terserah pada orang. Kita tetap pada pegangan kita ini.
Jadi, bermacam-macam pula masa
dan ketikanya. Tidak sama saja. Macam saya menghadapi orang ramai, satu-satu.
“Apa khabar? Duduk,”
“Minta tambah, Pak.” Minta ini
itu.
Saya kontrol, saya bilang. Saya
tenang. Dilihat kontak.
“Terus saja. Perbaiki!”
Dia automatik semuanya. Maka
lepas itu, yang lain pula. Itu sama itu, sudah lain. Ini kita tak dapat kita
pakai fikiran cara bagaimana permulaan kita menghadapi si Noordin (Bai Noordin) ini, begitu pula menghadapi si
anu.
Kita tidak. Kita tenang.
Lagi yang ini, bagaimana pula?
Macam orang ramai saya hadapi sekarang ini begitu juga. Dengan gerak-geri yang
ada pada saya semua sekali sampai dikuasai semua dengan terjadi dengan sendirinya.
Sampai menerima syarahan-syarahan kami dengan gerak-geri macam ini.
Gerak-geri ini, dia automatik
semua sekali. Itu tidak kita tunggu dari luar datangnya, atau membisikkan kita.
Tidak! Nanti dibawa,
“Apa khabar bung?”
“Baik!” katanya.
Berubah pula ini. Ini kita
praktik hari-hari, biar di office, di rumah dan segala macam,
menghadapi siapa saja.
Tak sulit ilmu pengetahuan ini
kalau sudah tahu. Kalau sulit juga, kita yang mempersulitnya. Dari itu biasakan
bebaskan diri tadi. Nanti kita akan berasa sakit kepala, sakit sebelah perut,
dada.
Tenang saja! Kita tunggu saja
sampai gerak ini datang. Dia berbuat dengan sendirinya.
Jadi, ini saya titik-beratkan
betul pengertian-pengertian ini.
* * *
Saudara-saudara yang tadinya belum tahu
apa-apa, yang tadinya tak tahu apa-apa, tak punya apa-apa, yang tadinya terkurung
dan terkongkong dengan udara, yang nafas yang sesak segala macamnya mahu keluar
nggak tahu jalan, mencari orang nggak ada yang tepat tempat yang akan
membimbing kita, menunjuk ajar kita dan dengan cara kami dengan segala
kebijaksanaan yang ada pada kami, dengan segala-galanya yang nyata dan tidak
nyata, dengan kudrat dan iradat-Nya, kami hadapi satu sama lain.
Terutama bagi orang baru kami buka kami
memasuki, memasuki rumah sendiri, kami bawa keluar. Kami memperlihatkan alam di
luar dari alam sendiri. Kami bentuk. Kami pimpin. Kami tunjukkan jalan. Kami… kami
beri petunjuk-petunjuk, pedoman-pedoman dan segala macam.
Kami suruh latih sendiri pula di rumah.
Sesudah itu kami suruh praktik kepada terhadap orang luar dan kami tunjuki
kalau-kalau dalam kegelapan ingat kembali kepada ini jalan pulang.
Jadi, kami bukan jual mahal, tetapi tak
boleh terlampau dimurah-murahkan, dihadir-hadirkan ini. Ini ilmu sangat dalam
dan tinggi, tetapi yang telah kami bebaskan, kami bukakan pintu; jalan yang tertutup tadi untuk keluar menghadapi
Ilahi, menghubungi Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kita yang ghaib yang
di dalam tadi akan menemui Tuhan Yang Maha Ghaib melalui saluran-saluran yang tertembus ini.
Yang nyata, di situ kita bermohon kepada-Nya setelah
pintu telah terbuka. Mintalah apa yang akan kita pinta. Jadi tak jauh lagi
dengan-Nya.
Tetapi, selagi kita di dalam pintu belum
terbuka, dinding yang nyata ini masih berlapis-lapis menutup hubungan kita
dengan Dia, walaupun bagaimana kita memekik, memohon, mendoa, hanya malaikat-malaikat
yang berkeliaran akan mendengarnya dan akan menyampaikan.
Dengan adanya ini, langsung pintu di ketuk, “Siapa manusia ini telah
langsung saja sampai ke kuping (telinga) Kami, ke majlis Kami? Sampai ke
Hadirat Kami dia punya suara?”
“ Itulah mereka telah tembus.
Telah terbuka kasyaf. Tabir dinding segala-gala telah terhindar antara
Kita dengan dia, antara Aku dengan dia,” kata- Nya.
Jadi, tiap-tiap percubaan kita
adakan. Gagal umpamanya, walaupun dalam memajukan kehidupan kita dalam
perubatan, kita tekun kembali.
“Di mana letaknya kesalahanku?”
Mungkin pada titik permulaan
kita sudah mulai salah membawakannya; terpengaruh oleh gerak fikiran yang
nyata.
Kita kembali ke sini (ke tengah
dada). Bertambah tenang, sebelum kita keluar mencari di mana letaknya
kegagalanku, kegagalan kita. Kegagalan… segala macam.
* * *
Dan saya dalam hal ini
dipanggilkan bapak atau guru atau segala macam, yang akan saya terangkan
jalan-jalan. Saya bukakan kebolehan segala macamnya cuma garis umum saja. Soal
yang pelik, bukan?
Itu antara engkau sendiri dan
ketentuan-ketentuan pula… engkau sendiri pula.
Dalam perjalanan mikraj nabi Muhammad dari dunia ini dibawa ke sana, ke sana, ke sana, ke
sana, datang ke langit ketujuh untuk menjumpai Tuhan tadinya, Jibrail sendiri
tak boleh naik mendampinginya. Hanya diri
sendiri.
Kami bukakan jalan. Kami bukakan jalan. Jalan terus, terus menuju
kepada-Nya. Ditunjukkan tanda-tanda dan segala macamnya. Kalau Tuhan dengan
kekasih… dengan Pengasih, Pemurah tadi, memberi
sesuatu untuk kamu sendiri, bangun sendiri dan bawalah. Membawa di dunia ini lakukanlah tugas. Engkau kekasih-Nya,
tetapi jangan khabar kepada orang, “Aku ini kekasih Tuhan!”
Tidak! Itu nikmat Tuhan boleh ditariknya.
Sebab rahsia-Nya telah dibocorkan. Orang yang tahu, yang tahulah sama orang itu
terserahlah.
Kalau ditanya, bukan?
“Saya itu bukan orangnya. Saya ini sama
macam saudara, hamba Tuhan, budak Tuhan.”
Ini dirahsiakan
rahsia-Nya.
Yang mengatakan, yang membocorkan rahsia tadi, rahsia diri di antara aku dengan
Dia, di antara
kita dengan Tuhan tadi,
sedangkan malaikat tak boleh ikut serta di saat yang sedikit itu tadi, hanya untuk satu
orang saja.
Cuba! Itu akan terjadi pada diri masing-masing
dengan perjalanan yang kami berikan itu. Itu rahsia batin.
Rahsia Aku. Rahsia Dia dengan kita.
Orang yang tahu pula nanti, yang sudah tahu
pada kita, akan tetapi apabila orang itu terus-terang bertanya sama kita,
“Kami dalam hal ini tidak tahu. Kami macam orang
banyak (kebanyakan) sama saja.”
Jangan kita terus menyombong, “Ya, dari
mana bapak tahu itu?”
Hilang itu kepercayaan. Tak akan jadi itu.
Rahmat itu rahsia Tuhan.
Betul! Sebagai pengubat saja kita, baru…
baru kita ubat orang di kampung itu sehari dua hari nanti kalau kita datang,
“Bapak datang semalam,” katanya. Itu kita
dengar saja.
“Ya? Bagaimana rupanya? Saya? Betul?”
“Ya! Begitulah.”
Tetapi fikiran kita, “Ya… kenapa bisa jadi
macam itu?”
Kita sendiri, berfikir sendiri hendaknya,
sedangkan saya mengingatnya tidak. Apa tidak? Hingga sampai, “Wah! Bapak!”
Di
situlah kekuasaan Tuhan tadi yang berlaku.
Macam siapa pula cerita siang tadi, bukan? Soal hantu raya segala macam. Ceritanya begitu… dia belum pernah melihat
saya.
“Bapak datang,” katanya. Dia
cerita. Katanya, ambil kunyit, ambil kain hitam, bungkus itu kunyit, taruh di
sudut sebagai tangkal. Kan dia cerita siang tadi? Padahal dia belum pernah
jumpa saya.
“Rupa Bapak begitu… begitu
Bapak tu!” Terus diambilnya kunyit. Dia bikin sendiri. Dia bikin tangkal. Cuba!
Saya tahu menahu tidak. Saya di Indonesia waktu itu. Melalui
anak buah saya dia mengubat.
“Apa macam begini?”
Saya sendiri tidak tahu yang
itu. Juga orang di sini tak pernah melapor sama saya ke Jakarta. Kalau masakan
penyakit macam itu tolong ubat dari sana. Tidak ada!
Macam ini, datang surat dari
Ismail, dari Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), dari anu menghantar (peristiwa
Kg. Melayu Air Itam). Saya tenang saja. Nggak saya terkejut. Nggak saya cemas.
Nggak, ah! Saya datang ke
Penang menolong dari jauh? Tidak.
Saya tenang. Surat saya pegang.
Itu kekuasaan Tuhan yang akan berlaku. Yang terutama sekali kita sabar. Sabar.
Sabar.
* * *
Tetapi ilmu kita ini ilmu
ghaib; urusan yang ghaib dari Yang Maha Ghaib. Kita hanya membawakan. Jadi
jangan terlampau dititik-beratkan ke
alam fikiran kita.
Ilmu ini bertentangan dengan alam
fikiran kita. Ini alam rasa, alam perasaan. Jadi ini saja, dengan sama ini dia
berlawan. Jadi, bagaimana supaya satu?
Jadi, ilmu pengetahuan ini,
biar dia orang lama orang baru sama saja. Cuma yang itu, itu juga. Cuma
berpengalaman, tangkapan dalam pengertian, dan sebagainya, pembawaan
dan selainnya.
Tetapi, ya… memang kekuasaan Tuhan juga
akan berlaku kelebihan satu sama lain, sebab jangan pula hendaknya sampai saya dengar
macam di tempat lain juga di Palembang tempat saya tinggal dulu, di tempat lain di Indonesia
juga, di tempat lain juga, seolah-olah dalam ilmu pengetahuan ini
menganak-tirikan antara satu dengan yang lain. Yang ini saya sayang. Yang ini
saya lebihkan pengetahuan ini pada yang lain.
Jangan sampai kita berfikir macam itu,
sebab ilmu pengetahuan hendaknya sama-sama kita menangkap, memahami. Dan satu
lagi juga, ketentuan-ketentuan dari Tuhan, kekuasaan tadi Dia juga akan
berlaku.
Jadi, secara pendek saja taruhlah
(katakanlah) tak boleh kita praktik dan segala macam, bukan?
Asalkan di mana saja berada dia ada terasa,
ke mana-mana pergilah. Ertinya kita telah bersertanya.
Ingat saja kepadanya. Ada dia, jadi kita
tak lupa pada dia. Tentu dia tidak akan melupakan kita pula. Jangan macam di office nanti
kita ingat kita terus bergerak macam itu. Tidak! Ingat saja dia ada dan duduk
kita juga sendiri saja dibawa saja di mana akan sedap perasaan dengan rahsianya
yang ada pada kita, rasa itu.
Rasa yang terasa itu nanti, dengan tidak
kita duga-duga segala macam perubahan akan terjadi pada diri kita. Jadi ini
bukan soal hakikat. Kalau dapat jauhkan dari itu. Ertinya, barang yang
disengaja. Itu sekali kita pernah dengan
hakikat kita sengaja, kita dengan ilmunya ini membikin sesuatu dan terjadi.
Fikiran kita akan terus begitu. Bererti kita sudah bergelumang
dengan dosa dan noda. Bererti sudah bergerak dengan hawa nafsu dan fikiran
kepada yang jahatnya jadinya lagi.
Percayalah. Tetapi kita menantikan sesuatu
segala-galanya kudrat dan iradat-Nya automatik berjalan dengan sendirinya.
Insya-Allah. Mudah-mudahan kita akan bertambah, bertambah
berjaya hidup mendapat ketenangan, akan bertambah-tambah pula Rahmat atau
petunjuk-petunjuk barangkali secara batin, secara firasat yang akan kita terima
dan akan perdapat..
Macam kita di sini, bukan?
Masih dapat berkumpul, masih dalam satu kota tinggal, satu kampung tinggal,
sekali-sekali kita mengadakan pertemuan, mengadakan perjumpaan antara satu sama
lain, berceramah-ceramah.
Saya pernah pepatah ke sini,
‘Berjalan menentua; berbicara menempandai.’
Ertinya, kalau kita beramai-ramai
pergi ke satu tempat untuk berkumpul ke sini, ya tuakan yang tua. Itu yang akan
buka suara, yang akan memimpin; tua pengalaman atau dituakan.
Kalau terjadi sidang apa-apa umpamanya,
bukan? Yang akan menjawab pertanyaan orang, siapa yang bijak di antara kita akan
bicara, dia akan melatih. Itu namanya kalau berjalan dengan ada yang tuanya,
kalau bicara mesti ada yang pandainya. Jadi kita terpimpin terus.
Lain kalau kita sendiri. Kita
tenang, kita kembali. Pengetahuan ini dapat bicara dengan automatik juga
hendaknya. Dan dalam, dan dalam soal-soal yang pelik dan soal apa saja maka
gagal dalamnya, tak usah kita malu-malu atau ragu-ragu tempat kita bertanya.
Kalau kita sendiri, siapa yang buka
tadi?
Macam Noordin (Bai Noordin)
cuba bertanya sama dia kenapa sebab-sebab
begitu, ya tidak? Dia akan memberi jawapan sendiri. Dia akan bertanya kepada
yang lebih tua dari dia. Kalau saya datang sekali-sekali, apa-apa
langsung menghadapi saya. Jadi, ada tujuan baik, maksud baik.
Kedatangan secara baik tentu
pasti segala-gala akan baik pula terjadi.
* * *
Jangan terlampau, terlampau di
materi berpegang; takut umpamanya akan jatuh melarat, takut umpamanya akan
kehabisan tenaga, kehabisan kekayaan. Jangan!
Itu serahkan kepada Tuhan. Kalau
kita ingat kepada-Nya, berserta-Nya, segala-Nya, tentu Dia akan mengingat kita pula dan
pasti tidak akan melupakan kita.
Ada saja jalan pelepasan, pertolongan,
bantuan-bantuan berupa tenaga segala macam. Ada saja untuk melapangkan jalan
bagi kita. Sudah dengan ada pancaran yang terasa ini, kehidupan kita berjalan
dalam dua jalan.
Secara pasti ini secara positif
berlahir dan berbatin. Yang tadinya hanya yang lahir saja yang nampak. Jadi
kita bicara di mana-mana saja, di kantor atau di mana saja dengan gerak-geri
ini, Yang batin, yang banyak ini
pula, yang ghaib-ghaib ini, dia mengerti pula semuanya. Dengan dua keadaan
kehidupan kita berjalan.
Walaupun tadinya ada juga punya
batin, tetapi di dalam saja terkurung dan terkongkong. Itu makanya dia
tempoh-tempoh berontak dan menangis terhadap orang luar ini yang mengandungnya,
yang mengonkongnya. “Engkau mahu, tetapi saya ditekan!” katanya, tidak?
Menderita dia. Menangis dia
seolah-olah.
Sekarang dia telah bebas.
Terbuka pergerakan kita ini. Yang di luar juga.
Yang banyak di luar, yang tak
nampak, yang ghaib, gerak-geri automatik juga dia mengerti semuanya. Dia jaga kampung
ini.
* * *
Kalau kita percaya, duduk dalam
rumah sendiri kita berumahtangga kita tenang. Diadakan cubaan.
“Jaga rumah ini! Kawal rumah
ini.”
Dia automatik saja. Kita pergi tanya sama orang
lain, “Periksa. Ada orang jaga rumah ini, dak?”
Kita boleh test. Itu
kadar ingin hendak mengetahui.
Jadi kiranya dapat memahami, bukan? Dapat
mengetahui dan dapat mengerti hendaknya, apa namanya, yang telah saya terangkan
tadi. Banyak. Segala macam. Tetapi, hanya satu juga. Yang lain pecahan-pecahannya,
kebolehannya atau bagaimana.
Tetapi yang penting yang terasa itu. Itu.
Ke mana, di mana kita berada, di mana kita pergi jangan dia ditinggalkan.
Jadikan dia diri kita sendiri dan memang dia diri kita. Biar dia bebas bergerak
sendiri cara sendiri; seluruh gerak-gerinya dan segala macamnya untuk kebaikan
dan membaikkan diri kita dan alam sekeliling kita.
Orang sakit gigi, kita tunggu.
“Tolonglah!”
Bagaimana? Kita tenang.
“Macam mana? Berapa hari sudah?” sementara
dia datang. Dia sendiri automatic.
“Bawa air sejuk!” katanya.
Sebab berguru kepada kami, atau melalui anak-anak
kami, kan diberikan gerak dan air, tidak? Itu pula akan diberikan kepada orang, menolong
orang dan sebagainya. Tak ada fikiran yang lain-lain.
Tidak! Guru sama Bapak, itu. Sama Noordin,
itu. Sama Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), itu.
“Buka tangan!” katanya.
Kan yang itu dikasinya, dak? Turutkan saja
gerak. Itu saja yang dikasinya, dak? Habis itu dikasi air. Jadi, ilmu itu yang
dikasinya.
Pada kenyataannya, itu pula akan dikasinya
sama orang. Apa yang difikir-fikir, yang lain-lain lagi? Cubalah!
Dan cara diri kita mendekatkan diri kepada
Tuhan khususnya, ingatlah kepada-Nya. Dengan sendiri dibawanya. Tidak fikir kepada
yang lain.
Insya-Allah. Mudah-mudahan dapat kita memahami dan akan jadi pegangan
dan segala macamnya.
Buat apa panjang-panjang hendak cakap?
Selesai pada 12 November 1998
Taman Sri Nibung, Pulau Pinang
.
No comments:
Post a Comment