Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah II 1973 : September 13 Johor Bahru (FULL)


🌼   Kuliah 2  ðŸŒ¼
Johor Bahru
13 September 1973

Dari ilmu pengetahuan ini, ertinya kalau kami tadinya mencari Tuhan dengan tujuan hendak mengadukan hal kami, satu hal, perkara yang bukan-bukan, yang terjadi: Dikatakan, kami yang salah, atau kami yang bersalah. Bahkan kami dihukum dengan tidak diadili. Bahkan sampai membawa korban yang tak dikehendaki.

Akan tetapi kenyataannya, dalam pengalaman perjalanan kami, dalam hal ini badan diri saya, umpama untuk mencari-Nya, dengan pengalaman-pengalaman dengan cubaan-cubaan, dengan bandingan-bandingan dan segala-galanya. Ertinya semakin dekat saya dalam perjalanan untuk menemui Tuhan, mendekatkan diri kepada Tuhan tadi, semakin terasa-lah sama saya, ertinya kebodohan saya.

Kebodohan, saya katakan. Ertinya, yang saya menganggap itu hal yang terjadi, itu peristiwa, itu perkara yang telah terjadi bagi badan diri saya, keluarga saya, famili saya dan sebagainya, yang sangat besar saya rasakan, akan tetapi, di kala saya berjalan dengan jalan-Nya, pada jalan-Nya untuk menemui-Nya, semakin dekat saya kepada-Nya, semakin tidak ada, saya berasa. Sampai saya malu kepada diri saya sendiri. Ertinya, itu perkara yang sangat berat rasanya bagi seorang manusia macam saya ini, rupanya, di sisi Tuhan tak ada ertinya sedikit juga.
“Belum seberapa,” kata-Nya. “Tak ada erti sedikit juga.”

Akan tetapi, kalau saya tahu tadinya, bahawa Tuhan rupanya hendak merubah nasib saya, perjalanan hidup saya, kedudukan saya atau sebagainya, bukan? Kalau saya katakan lagi, kalau saya tahu tadinya, tentu saya tidak akan mencari-Nya untuk mengadukan hal saya, saya katakan.

Akan tetapi, begitulah. Saya dengan sangat hati-hati dan teliti dan segala macam. Macam saya katakan tadi; semakin dekat kepada-Nya, saya semakin tidak ada lagi. Bahkan kalau boleh saya lanjutkan perkataan saya ini, di Hadirat-Nya saya tidak ada sedikit jua. Betapa pula saya akan mengadukan hal saya, umpamanya yang saya anggap sangat berat, sangat tidak patut yang telah diperbuat orang-orang yang tertentu yang tidak senang kepada saya, bahkan sampai menjadi korban saya katakan, ertinya pada-Nya, di sisi-Nya, di Hadirat-Nya tadi, suara pun tak dapat saya keluarkan. Sangat malu saya rasanya. Seolah-olah macam saya katakan tadi, yang saya anggap sangat berat, yang tak terpikul bagi seorang manusia macam badan saya yang kurus kering ini, bukan? Tetapi di Hadirat- Nya, tidak ada erti sedikit juga.

Tetapi Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui akan segala-galanya. Diberi-Nya pula saya kudrat dan iradat dan tenaga. Tujuan saya yang semula tadi hendak menemu-Nya, hendak mengadukan hal saya, hendak meminta keadilan, bertukar berbalik menjadi ingin hendakmengetahui rahsia-Nya yang Maha Besar tadi.

Dan begitulah dalam perjalanan saya menemui-Nya atau mencari-Nya dengan berliku-liku, dengan zahir dan batin, saya mengembara. Mula-mulanya seluruh Pulau Sumatra. Belakangan
(kemudian) Jawa. Bahkan sampai ke Malaysia sini. Malaysia sini, Malaysia sini, kalau tak salah saya masuk tahun 1960. Bahkan sampai berulang-ulang sampai sekarang ini. Saya membanding dan segala-galanya. Bahkan di mana saya pergi, tak ada yang menyalahkan ilmu pengetahuan ini. Saya banding kepada alim ulama, kepada ahli tarekat, kepada datu-datu (dukun: Minang), kepada bomoh-bomoh, kepada pawang-pawang dan segalanya.

Ertinya kalau sama bomoh-bomoh, pawang-pawang, tentu kita dalam perjuangan cara ilmu pengetahuan. Terhadap ahli tarekat atau orang ulama, ertinya mengukur dalam-dangkalnya
pengetahuan yang ada pada kita. Tetapi insya-Allah, mudahmudahan, pengalaman-pengalaman yang sudah. Bukan saya membanggakan atau sebagainya, bukan?


Ya! Dari segi kebenaran, dari segi kebenaran, dan demi kebenaran yang pula yang saya cari, di pihak alim ulama, di pihak ahli tarekat, belum ada saya menjumpai yang bahawa apa yang telah saya perbuat ini, apa yang saya perdapat ini, dengan jalan pengetahuan gerak dan mengerakkan ini, atau menghidupkan yang mati, mencari barang yang hilang; tidak ada di pihak orang yang benar terutama ahli tarekat mengatakan, bahawa ini pengetahuan ini tidak betul.


Bahkan mereka itu kagum. Bahkan mereka itu sangat hairan katanya. Saya yang masih muda katanya kan, sudah dapat mencapai. Ertinya ilmu pengetahuan yang dalam dan tinggi dan lain sebagainya, dan lain sebagainya.

Tapi segala-galanya itu saya tidak menerimanya terus saya menyombongkan diri saya. Terus saya menjadi sombong. Tidak! Melainkan bertambah insaf saya. Bertambah saya yakin akan adanya, akan kebenarannya pengetahuan ini. Dan bermacam macam pulalah yang telah saya alami di segi kebatinan, di segi keghaiban. Dan saya selidiki. Saya kaji. Saya selidiki lagi, bukan?


Ilmu Tuhan ini yang begitu banyak cabang-cabangnya, ranting-rantingnya atau lain-lain sebagainya, maka saya pilihlah ilmu yang termasuk, terkandung dalam rahsia-Nya iaitu Sirrullah. Disebut kerap di bidang rahsia-Nya, dengan ertinya tidak ada cakap, macam kita tadi.

Bergerak terus. Bergerak terus. Bergerak. Bergerak.
Tetapi melakukan sesuatu untuk sesuatu.

Jadi ilmu ini sebenarnya, apa yang telah saya kupas, apa yang telah saya perdapat atau bagaimana telah saya jalankan, ertinya, bertitik-tolak dari diri kita sendiri di dalam, bukan dari luar. Ertinya saya sendiri orang yang pertama dalam hal ini, tidak ada yang membuka, bahkan telah terbuka dengan sendirinya. Itu saya tidak tahu, bukan?

Ini bagi saudara-saudara sekarang, ertinya melalui Jamil (Haji Jamil Samad) atau melalui saya sendiri. Ertinya dibuka; dimasuki rumah ini dulu, sampai engkau tadinya yang terkurung di dalam, sampai boleh dapat keluar melalui pintu-pintu yang tertentu. Sampai menghasilkan gerak dan pergerakan pula.

Bahkan, macam-macam yang terjadi waktu pembukaan. Ada yang sujud. Ada yang menangis. Ada yang meratap. Ada juga yang bersilat dan segala macam. Tetapi kebanyakan yang saya alami, menangis! Kenapa? Dia yang terkurung, yang terkongkong selama ini, dia yang memberi aliran kehidupan di dalam badan diri kita, dia yang diamanahkan Tuhan kepada badan diri kita masing-masing, dia yang akan kembali kepada Tuhan, dia yang datang langsung dari Tuhan secara original, dia pula yang akan kembali ke Hadirat-Nya, seolah-olah selama ini, dalam kita menjalankan kehidupan masing-masing, tak pernah dibawa ikut serta dalam segala-gala tindak-tanduk laku perbuatan kita. Dia sebagai orang dalam, dapat merasakan kemahuan orang di luar, akan tetapi apa daya orang tak mahu mengenalnya. Si badan tidak mahu mengenal akan dirinya sendiri. Padahal di situlah letak, letaknya segala rahsia-rahsia-Nya atau rahsia Tuhan.


Dan begitulah kami ertinya saya dalam hal ini, saya ingin orang-orang, bukan? Macam saya pula hendaknya. Saya ingin manusia-manusia yang banyak ini mendapat pula macam apa yang saya telah perdapat. Kalau saya berasa bahagia, bukan? Kalau saya rasa bahagia, gembira atau berjaya dengan pengetahuan ini, dengan adanya pengetahuan ini, saya ingin pula supaya tiap-tiap umat, tiap-tiap manusia, kalau boleh hendaknya, kalau dapat akan menerima pula dan menjalani pula atau akan meniru jalan saya ini atau membawakan jalan saya ini, supaya dapat pula merasakan kebahagiaan zahir dan batin.


Jadi, ini Ilmu Mengenal Diri Sendiri. Orang-orang pandai, orang-orang bijak dahulu mengatakan, ‘mengenal diri mengenal Tuhan,’ yang sulit betul ertinya. Untuk memasuki badan ini, untuk dapat menemui dia itu yang terletak terahsia pula di badan dirimu sendiri. Dia ada tetapi tidak ada. Tetapi mustahil dia tidak ada!

Kalau tidak ada, tentu tidak hidup! Kita tak boleh hidup. Dia berasal, datangnya dari yang Tiada Ada pula. Tetapi mustahil Dia tiada ada! Sebab segala-gala yang ada ini. Apa yang ada ini? Bulan, bintang, bumi, langit, lurah, bukit, gunung dan sebagainya, dan sebagainya, dari Dia datangnya. Dia yang Mengadakan. Tetapi Dia Yang Maha tadi semua segala-galanya, Yang Maha Besar tadinya, Yang Maha Kaya dan Maha dari segalanya, macam saya katakan tadi, Dia Ada tetapi tidak ada. Jangan salah pengertian. Tidak ada dalam pandang kita sebagai seorang manusia, ya dak? Kita ini orang. Ada, sekarang. Orang, positif. Tetapi, itu saya katakan mustahil Dia tidak ada. Kalau Dia tidak ada, tentu tidak akan ada pula yang ada ini.

Begitu pulalah, apa yang langsung diberikan-Nya kepada kita di dalam badan kita itu yang terahsia letak-Nya. Itu pun juga dia ada tetapi tidak ada.
Tetapi mustahil dia tidak ada!
Buktinya? Kalau dia pergi, atau si anu, si anu telah meninggal katanya, tidak? Kan apa ertinya badan ini? Tetapi, kalau dia ada nampak pada diri kita, tentu kita boleh pegang, “Jangan dahulu pergi!”

 Ya tak? Inilah rahsianya: rahsia diri. Akan tetapi jangan sampai salah anggapan. Pernah juga orang-orang tarekat-tarekat dulu-dulu, yang sudah sampai ke sana, sampai dia mengatakan,

Ana al-Haq! Akulah itu kebenaran!”
Ertinya, ‘Akulah itu Tuhan.’
Itu salah! Sebab dia ada tetapi tidak ada pula; ada pada sebutan tapi tidak ada pada kenyataan. Tapi mustahil dia tidak ada! Tapi dia itu bukan Tuhan. Bukan anak Tuhan! Tapi datangnya dari Tuhan.


Jadi, kalau dari Tuhan datangnya, dia ada secara sifat Tuhan juga. Tetapi tak ada pada kenyataan, dapat kita memahami garis besarnya keluar kita pelajari ilmu tauhid, akan ketuhanan dari Tuhan, tadi. Sifat-sifat sembilan puluh sembilan (99) tadi semua sekali; tak ada yang tak ada pada-Nya. Tak ada pula yang tak akan jadi pada-Nya dan segala-galanya. Padanya itu pun, tak ada pula yang tak ada, tak ada pula yang tak akan jadi.


Sebab apa? Kalau yang Maha Besar itu Satu dari Sesuatu, kesatuan tidak? Maka dia ini juga sesuatu dari yang Satu.

Mengerti? Walaupun sedikit, tetapi dia sesuatu dari yang Satu; dari Yang Esa. Tinggal kita lagi hendak memecahkan itu rahsia; rahsia yang terkandung padanya.


Jadi walaupun dia kecil seperti dikatakan tadi, tetapi segala-gala sifat-sifat ketuhanan dari Tuhan; dari Yang Maha Esa, itu yang kecil itu juga tak ada pula yang tak ada padanya! Tetapi dia bukan Tuhan! Yang Tuhan tetap Maha Besar, Maha Esa mengenai sesuatu dari sesuatu.


Setelah kami dalam hal ini, dapat memecahkan rahsia dari diri sendiri tadi, sampai mendapatkan aliran gerak, sampai mendatangkan pancaran melalui saluran-saluran yang tertentu, maka kami pelajarilah daya-daya dari tenaga-tenaga ini. Oleh kerana sifatnya ghaib; terasa tetapi tak nampak, kan begitu? Ada tetapi tidak nyata, maka itulah dititik-beratkan pengetahuan ini, namanya ilmu ghaib dari Yang Maha Ghaib.


Kebolehan-kebolehan ini, kalau kita katakan Tuhan itu Pengasih, Penyayang, adakah sifat kasih-sayang padanya atau tidak? Kita uji kepada si polan. Kita bawakan saja gerak ini, mungkin datang kasih sayang pada diri kami. Betul tidak? Ini ilmu-Nya yang terahsia. Kalau Dia Pengampun dan segala macamnya, macam saya katakan. Tetapi, walaupun kita tahu akan sifat Tuhan yang sembilan puluh sembilan (99) tadi, bagi kita yang sedikit, berpendirian kepada yang sedikit yang itu tadi, bukan? Ertinya kita bikin, kita adakan percubaan-percubaan, eksperimen kebolehan-kebolehannya tadi baru menjadi kenyataan. Tahu saja tetapi tidak berbuat, tak akan jadi. Tahu bisa untuk mengubat, katanya kan, kalau tidak kita lakukan tak akan jadi, ya dak? Begitu pun juga ertinya, macam dibawa bersilat dan sebagainya.


Tetapi, persoalan bagi diri saudara-saudara sekarang, bahawa telah mempunyai ini, bukan memikirkannya lagi. Itu jangan keliru. Tadi memikirkan bagaimana supaya dapatkan ilmu pengetahuan yang dalam, yang tinggi dan sebagainya, yang gagah atau bagaimana.

Sebab dengan pengetahuan ini, cuba saja baca, “Ya Jabar! Ya Jabar!” barangkali ribut, goncang rumah ini!

 ‘Ya Jabar’ apa ertinya? Kira kekuatan di sana, tidak? Tetapi bagi orang yang belum ada terbuka pintu, belum didirikannya, fikiran saja begitu, besar juga, gagah juga.


Jadi, dengan tunjuk kita ini, ‘Diam!’ kata kita, dia pasti diam.
Jadi, kalau kita boleh memahami, dapat memahami akan kebolehannya, segala-galanya itu, sudah tentu kita adakan eksperimen, kita adakan percubaan-percubaan dan sebagainya. Harus kita ambil satu kesimpulan lagi hendaknya, macam saya katakan tadi; jangan sampai menyombongkan diri. Jangan sampai mendabik dada. Jangan sampai berkata keras atau sombong.

Sebab, apalah ertinya kita sebagai seorang manusia di sisi Tuhan macam saya katakan tadi? Kita hanya satu titik saja - seorang hamba hendaknya kita, dalam erti yang sebenarnya. Erti hamba terhadap Tuhan, iaitu abdi. Mengabdi kepada Yang Maha Esa, kepada Yang Maha Besar.

Tugasnya seorang hamba tadi, bukan? Macam seorang hamba dari istana, kan menjalankan kewajipan, ya tidak? Begitu pula, apalagi terhadap Tuhan? Seorang hamba Allah, maka duduklah dia di sana sebagai seorang hamba Allah, menjalankan kehidupan bagi badan diri sendiri sebelum dia memancar keluar, apa tidak menjamin jalannya kehidupan kita di dalam?

Sebelum tembus pintu untuk keluar macam kita sekarang ini? Setelah keluar, maka kita turutkan. Ertinya lebih bebas, lebih besar ruang bergerak baginya tadi. Dan di situlah letaknya pancaran dalam pancaran tadi, pancaran yang berisi.

Yang kiri dan kanan? Ya, siapa pula?
 Ini kalau kiri, lain rasanya kalau kita tunjuk macam itu. Kan? Kalau ditunjuk juga lain, tidak? Yang kiri terasa lain, kan? Panas atau bagaimana? Dengan kanan ini, nggak lain? Itu rahsia di badan diri kita juga letaknya, dan segala-galanya, segala-galanya. Tetapi, dalam titik berat dalam pengetahuan ini kami latih atau berlatih. Dilatih katakannya, kelincahan seluruh pergerakan kita hendaknya; kaki, tangan, badan, keseluruhan
lincah. Itu yang penting. Gunanya, sewaktu kita bila perlu atau bila dikehendaki, dia automatik saja. Ini Kudratullah.


Soal ini soal mengenal lagi, bukan memikirkannya lagi. Soal mengingat. Pergi bekerja ke mana saja, membawa bas kalau kita drebar ingat saja; ada atau tidak, dia. Jalanlah. Kalau apa-apa, dia bangun itu sendiri.

Mahu berkelahi, ingat saja dia dengan tenang. Tak usah kita bicara, cakap padanya tidak ada. Orang pukul, terserah. Tetapi ingat saja padanya. Dia sendiri. Tetapi, adakalanya pula nanti baru dia bersuara sendiri, barangkali.

“Jangan! Jangan!” katanya.
Jadi dalam pembawaan hari-hari, bukan? Macam kita di pasar, di office apa-apa, kita tidak bergerak macam ini? Tidak, kan?

Kan di rumah kita berlatih memperlancar jalannya seluruh gerak dengan pergerakan badan diri kita keluar dan ke dalam. Dan sekaligus itu banyak anu… yang telah kita perbuat dan lakukan; memperbaiki diri kita kalau sakit, menolak bala yang akan datang, kalau ada.

Jadi bukan macam ilmu orang; diingat dahulu apa akan dibaca kalau menghadapi itu, supaya tunduk. Tidak ada sama kita.

Bagaimana kalau berkelahi? Apa yang akan dianukan? Tidak ada. Ingat saja padanya dan ikut saja. Dia sendiri bersedia. Biar kita dari belakang. Dicuri (dipukul curi) orang, dia automatik juga. Jadi, gerak ini akan diperlincah, diperingan, biar kaki tangan semuanya.
Dalam mengubat juga kita tenang. Ertinya kita cuba-cuba mengubat kita tenang. Kita cubalah minta air sejuk segelas. Lepas itu, kita tenang. Kita tenung si sakit macam ini, bukan? Dia automatik saja.

Walaupun kita tengok belum ada reaksinya apa-apa segala-galanya. Yang kita saja berjalan, berbuat. Sebab, ini kekuasaan yang ghaib semua sekali apa yang akan terjadi. Cuba kita fikirkannya, kita ini tak pandai.

Kita bukan seorang doktor. Orang datang mengubat (minta ubat), apalah yang hendak dikasi (diberi)? Kita dengan apa yang ada pada kita. Dengan tenaga ghaib ini, ilmu ghaib dari Yang Maha Ghaib. Dia datang bukan? Ikut saja. Kita tengok bagaimana dia. Di situ kita mencari pengalaman.

Jadi, makanya sengaja saya terangkan ini, saya kupaskan ini, ertinya supaya tahu betul dari mana titik-tolaknya ilmu pengetahuan kita ini dan ke mana saudara-saudara kami bawa. Dan sebagai seorang Islam yang bertuhankan kepada Allah yang berasulkan, bernabikan kepada Nabi Muhammad s.a.w., itu pokok modal kita sebagai orang Islam, itu makanya Dua Kalimah
Syahadah dasarnya.

Sebagai seorang Islam saya katakan tadi, dan dalam segi ilmu pengetahuan Dua Kalimah Syahadah tadi kalau dipecah, maka asal-usulnya segala macamnya itu banyak mengandungi hikmah, banyak mengandungi hikmah, banyak mengandungi mukjizat.

Pada taraf permulaannya, bukan? Muhammad tadi dulu,
Asyhadu allaailaha il-Allah,” katanya terhadap Tuhan.
Dia mengadakan pengakuan dulu kepada Tuhan; naik saksi.
Setelah itu baru Tuhan tadi dengan Rahim-Nya, Rahman-Nya dan segalanya, bukan?
 “Asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah."
Dalam erti dengan cara kita ini.
 Kalau kita kupas ertinya,
“Oleh kerana engkau telah akui Aku, Aku akui engkau pula sebagai Rasul-Ku.”
 Maka lahirlah itu Dua Kalimah Syahadah. Dapat faham? Dapat mengerti?

Jadi, rahsia tadi satu pengakuan. “Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.”

Itu yang dibawa Muhammad sebagai manusia. Waktu itu di Alam Ghaib dari Yang Maha Ghaib. Belum ada yang ada, hanya dua di waktu itu. Antara dia dan Aku, kata-Nya. Muhammad sebagai seorang manusia dilahir ke dunia. Tuhan tetap pada tempat-Nya, dengan rahsia-Nya sendiri. Yang nyata dia bawa ini Dua Kalimah Syahadah.

“Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar
Rasuulullah; Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasuulullah.”

Tapi hubungan dia dengan Tuhan tak putus. Jibril, tenaga ghaib yang ghaib, tidak? Begitu pula kita ini dengan ilmu ini. Dapat faham?

Jadi banyak ini malaikat-malaikat. Tetapi, jangan dianggap diri kita atau saya dalam hal ini, nabi! Tidak! Ilmu pengetahuan saya katakan ini. Ilmu hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah tadi; iaitu satu pengakuan, pangkat dan martabat.

Pengakuan dikatakan tadi, “Naik saksi aku bahawa tidak yang lain disembah melainkan Allah. Bahawa Muhammad ar-Rasuulullah.”

Jadi kalau Muhammad mengakui ‘Laa Ilaha illAllah,’ katanya, kan? Allah tadi, dengan Rahim dan Rahman tadi, saya katakan, “Muhammad ar-Rasuulullah!” kata-Nya, kan?
Itu diberi-Nya pangkat, martabat yang tinggi.
Kalau sudah Rasul, sudah nabi, kita lihat perjalanan dari nabi Adam segala macamnya, bukan? Kan di situ sudah banyak mukjizat yang diberikan kepadanya?

Jadi, kesudahan kita berpengalaman dengan pengetahuan ini, nanti akan terasa, akan menjadi suatu kenyataan, nanti itu mukjizat-mukjizat pula, yang aneh-aneh yang akan terjadi dalam tindak-tanduk perbuatan kita, terutama dalam bidang sosial atau dalam bidang tolong-menolong. Bisa kita pergunakan. Kita pelajari. Kita adakan testing, eksperimen segala macam, tentang kebolehan-kebolehannya, daya-daya tenaga ghaib tadi.


* * *


Sekarang saya belokkan sedikit. Kalau kita telah tahu dan dapat merasakan, saya katakan telah memancar pancaran melalui diri kita, terutama tangan kita yang dapat kita rasakan, apa terlebih dahulu yang akan kita lakukan?

Ibarat seseorang yang tadinya, umpama menjalankan hukuman sepuluh tahun dalam… dalam jail, setelah pintu dibukakan baginya untuk boleh pulang atau boleh keluar, ke mana dia mula pertama akan pergi? Dapat kita bayangkan kiranya sewaktu dia dalam jail tadi tentu dia mulai insaf, sedar akan kesalahan-kesalahan. Bagi yang mahu insaf, bagi yang mahu sedar, berjanji tidak akan buat lagi, membikin (membuat) lagi yang tidak baik yang tidak elok.

Akan tetapi saya mengatakan setelah pintu terbuka, atau bagi si orang yang baru keluar dari jail tadi, alangkah baiknya dia lebih dahulu, sebelum ke mana-mana, sebelum menemui kawan, sebelum menemui anak isteri, ibu bapanya dicarinya lebih dahulu. Untuk Untuk memohon ampun. Untuk segala-galanya, sebab segalagalanya, yang restu-restu dari ibu bapa ini yang sangat diperlukan bagi tiap-tiap seorang anak. Apalagi kalau dalam perjalanan-perjalanan yang salah yang sudah dilakukannya, yang sampai membawa akibat menjalankan hukuman bagi badan dirinya.


Akan tetapi, bagi diri kita yang di dalam tadi saya katakan, lebih dari itu lagi. Setelah pintu tadi telah terbuka, sebaik-baiknya kita terus lebih dahulu fikiran kita, baru kita hadapkan ke Maha Esa, Yang Maha Esa tadi. Ingatkan saja begitu dengan sendiri tangan ini bergerak ke atas.

Jadi, orang ghaib tadi, tenaga ghaib tadi, dengan tidak dapat merasakan ini lagi, di situ akan terasa nikmatnya, lazatnya tadi menemui Yang Maha Besar tadi. Ya! Dia akan pasti akan dibawanya kita kalau kita antara lahir dan batin, berdiri waktu itu, bukan? Akan dibawa badan diri kita ini menyembah sujud memohon ampun atau menangis segala-galanya. Jadi, saya tekankan itu.

Ertinya, sebagai seorang macam tadi yang baru keluar dari jail, dari buangan, dari hukuman dan sebagainya atau sebagai kita sekarang ini yang tadinya hubungan putus terhadap Tuhan, melalui badan diri kita ini setelah pintu terbuka, alangkah baiknya kita mengingat-Nya, kita menemui-Nya, dengan dia tadi, untuk memohon ampun dan selain-lain permohonan. Mudah-mudahan, ertinya di saat itu kalau sampai pula terjadi, Insya-Allah, tentu akan terjadi kalau yakin membawakannya akan berjumpalah antara yang dikasihi dengan Yang Mengasihi, antara kekasih dengan Yang Maha Pengasih.

Ini! Dapatlah membayangkan itu, lagi apa-apa mestinya, seterusnya, dan lain-lain sebagainya.
Akan tetapi, saya ingin pula menerangkan juga supaya menjadi perhatian atau menjadi, menjadi, menjadi ingatan atau bagaimana ya? Apa yang saya berikan ini, apa yang saya alirkan ini, apa yang saya bukakan ini, saya katakan, ini ilmu pengetahuan yang berdasarkan Dua Kalimah Syahadah.


Perjalanan tadi saya kupas dari permulaan tadi, jangan nanti diselok-belokkan, disangkut-pautkan pula dengan agama. Ini ilmu pengetahuan. Nanti macam-macam saja orang akan mencari helah. Macam-macam saja orang mencari kelemahan kita nanti, sebab saya yakin betul nanti umpamanya, bukan?

Walaupun ilmu ini ilmu Dua Kalimah Syahadah, mungkin banyak, mungkin ada di antara kita atau banyak di antara kita nanti, tidak nampak sebagai seorang Islam oleh orang ramai nanti. Melakukan tugas sebagai seorang Islam ertinya sembahyang, puasa atau sebagainya. Oleh kerana dikatakan berdasarkan Dua Kalimah Syahadah tentu dibawa orang kepada agama, syariat dan segala macamnya.

Itu maka saya tekankan, ini ilmu pengetahuan. Saya tekankan betul ini ilmu pengetahuan. Sebagai seorang yang beragama Islam, itu berdasarkan Dua Kalimah Syahadah. Tetapi kalau urusan agama, bukan? Soal rukun lima, rukun iman yang enam perkara, segala macam, bukan? Itu sudah tentu kembali kepada ulama-ulama, ya dak? Penghulu-penghulu. Itu yang berwenang (berkuasa) yang kewajipannya pula itu memberi penerangan dan sebagainya.


Ini ilmu pengetahuan; ilmu sains katanya kan dan sebagainya, yang cuma di bidang metafizika, dalam ilmu kedoktoran, dalam ilmu philosophy (falsafah) segala macam. Ini ilmu pengetahuan.
Saya tekankan lagi, ilmu pengetahuan. Ertinya dalam hal ini bukan pula saya menyuruh atau mengatakan atau menganjurkan tak apa tak sembahyang. Itu salah. Ertinya, kerjakan suruh, hentikan tegah!

Tetapi, saya bawa ini perjalanan saya di bidang ilmu pengetahuan. Untuk apa? Ertinya setelah kita dapat memahami kebolehan-kebolehannya dan lain sebagainya, dapat pula ini ilmu membantu kita, menolong kita, menokok-menambah, kalau kita kekurangan dalam penghasilan di bidang kehidupan, untuk bisa menolak yang pantas ditolak yang tidak baik, untuk bisa menjadi, menjadi kita naik pangkat atau naik kedudukan, naik pandang orang pada kita, dan sangat banyak lagi kebolehan-kebolehan dan kegunaankegunaannya


* * *


Ya! Bagaimanalah saya akan mengatakan lagi? Rasanya, Cuma yang saya takutkan, ertinya, saya ingat betul, jangan nanti dipersoal orang nanti; antara agama dengan ilmu pengetahuan ini? Sebab ini mungkin nanti kalau orang lihat kelemahan kita di sana di situ, orang akan menyalahkan pengetahuan.

“Katanya Dua Kalimah Syahadah, tetapi tak nampak itu… itu….itu…” katanya.

Ini! Harus hati-hati. Ini ilmu pengetahuan.

Tetapi pengalaman saya, saya katakan tadi, ertinya sebagai seorang Islam, saya juga saya banding sama ulama-ulama besar. Biar yang faham tua atau muda, saya bersoal-jawab dengan
mereka-mereka itu. Dengan ahli tarekat juga. Belum ada yang mengatakan ini tidak betul, katanya. Belum ada saya dapat jawapan, bahkan kagum mereka itu! Mengakui, akan tinggi dan dalamnya.

Jadi, melalui ini juga, terutama bagi yang baru, ertinya kita harus berani pula mencari pengalaman dengan apa yang telah ada melalui tangan kita masing-masing. Cari pengalaman saya katakan atau saya anjurkan, bukan? Ya dak?

Berbuat baiklah sesama manusia, dengan memakai, menggunakan, mengamalkan, pengetahuan ini. Sebab apa? Dapat manusia tadi merasakan hikmahnya, dan kiramahnya ilmu pengetahuan kita ini, yang saya katakan tadi, yang mengandung mukjizat-mukjizat.

Kepadanya terletak ini, “Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; ghayri almaghdoobi Aaalayhim, wala alddalleen.”

Di waktu Nabi Yaakub dahulu memohon kepada Tuhan, setelah dia mendapat khabar dari anaknya, bahawa anaknya yang dicintai disayanginya, Nabi Yusuf, bukan? Dikatakan oleh saudara-saudaranya diterkam oleh serigala, padahal dia dibuang masuk sumur (perigi). Masuk peti. Di situ, Nabi Yaakub tadi, bapanya tadi, memohon kepada Tuhan, “Ihdina alssirata almustaqeem,”


katanya. “Tunjukkilah kami jalan yang lurus, jalan yang benar.”
Maka diperdapatlah, oleh kerana doa-doa dari bapaknya tadi, Nabi Yaakub.

Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; Iaitu jalan yang telah pernah ditunjuk kepada orang-orang dahulu; jalan yang lurus tadi, lagi benar.

Ghayri almaghdoobi Aaalayhim; Yang tidak dimurkai.

Wala alddalleen; Dan tidak pula sesat.
Jalan yang berpetunjuk, yang telah ditunjukkan, jalan yang berpetunjuk, yang berisikan, jalan yang berisi, yang tidak dimurkai dan tiada pula sesat.

Lambat-laun nanti, insya-Allah, mudah-mudahan kalau telah dapat merasakan betul, mengalami dan segala macam, bahawa jumpa pula saya katakan tadi, pancaran. Di belakang akan menjadi jalan bagi kita, akan turut nanti jalan lurus, jalan Sirataalmustaqeem tadi. Itu akan membenarkan nanti akan kata-kata saya, ini yang berisikan mukjizat-mukjizat yang tidak dimurkai, dan tiada pula sesat.

Ertinya bersambung kepada yang tidak dimurkai tadi. Setelah Nabi Yusuff, bukan? Tidak dimurkai iaitu Nabi Musa.

Yang tidak sesat iaitu kata Nabi Isa a.s..
“Ameen!” kata dalam Fateha. Penutup.

Ini, ilmiah saya kupaskan ini. Cara ilmiah ilmu pengetahuan.
Jadi kiranya dapat memahami, dapat mengerti dan dapat tahu sudah hendaknya pada malam ini, keterangan-keterangan saya ini, bahawa titik-tolak dari pengetahuan kita ini dari dalam diri kita sendiri, bukan dari luar. Dapat merasakan bahawa dia terasa keluar; itu dari pancaran dari badan kita, dia memancar. Jangan hendaknya sampai seolah-olah dari luar datangnya, dalam pendirian kita.

Dan lain tidak, ya! Setelah keluar, maka kita turutkan.
Ertinya lebih bebas, lebih besar ruang bergerak baginya tadi. Dan di situlah letaknya pancaran dalam pancaran tadi; pancaran yang berisi.


* * *


Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam sebagai seorang manusia dilahir ke dunia. Tuhan tetap pada Tempat-Nya, dengan rahsia-Nya sendiri. Yang nyata, dibawa ini Dua Kalimah Syahadah.

“Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah;
Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasuulullah.”

Tapi hubungan dia dengan Tuhan tak putus. Jibril, Tenaga Ghaib yang ghaib, tidak? Begitu pula kita ini dengan ilmu ini. Dapat faham?

Jadi banyak ini malaikat-malaikat. Tetapi, jangan dianggap diri kita, atau saya dalam hal ini, nabi! Tidak! Ilmu pengetahuan. Saya katakan, ini ilmu hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah tadi; iaitu satu pengakuan pangkat dan martabat. Pengakuan dikatakan tadi.

“Naik saksi aku bahawa tidak yang lain disembah melainkan Allah.”
“Bahawa Muhammadar Rasuulullah.”

Jadi kalau Muhammad mengakui ‘Laa Ilaha illAllah,’ katanya, kan? Allah tadi, dengan Rahim dan Rahman tadi, saya katakan:

“Muhammadar Rasuulullah!” kata-Nya, kan?
Itu diberi-Nya pangkat, martabat yang tinggi. Kalau sudah Rasul, sudah nabi, kita lihat perjalanan dari nabi Adam segala macamnya, bukan? Kan di situ sudah banyak mukjizat yang
diberikan kepadanya?

Jadi, kesudahan kita berpengalaman dengan pengetahuan ini, nanti akan terasa, akan menjadi suatu kenyataan, nanti itu mukjizat-mukjizat pula, yang aneh-aneh yang akan terjadi dalam tindak-tanduk perbuatan kita, terutama dalam bidang sosial, atau dalam bidang tolong-menolong. Bisa kita pergunakan. Kita pelajari. Kita adakan testing, eksperimen segala macam, tentang kebolehan-kebolehannya, daya-daya tenaga ghaib tadi.


Jadi, saya tekankan itu. Ertinya, sebagai seorang macam tadi yang baru keluar dari jail, dari buangan, dari hukuman, dan sebagainya, atau sebagai kita sekarang ini yang tadinya hubungan putus terhadap Tuhan, melalui badan diri kita ini pintu terbuka, alangkah baiknya kita mengingat-Nya, kita menemui-Nya, dengan dia tadi, untuk memohon ampun, dan selain-lain permohonan.
Mudah-mudahan.

Ertinya, di saat itu kalau sampai pula terjadi…
Insya-Allah. Tentu akan terjadi.
Kalau meyakinkan membawakannya, akan berjumpalah antara yang dikasihi dengan Yang Mengasihi, antara kekasih dengan Yang Maha Pengasih.

Ini! Dapatlah membayangkan itu, lagi apa-apa mestinya, seterusnya, dan lain-lain sebagainya.
Akan tetapi, saya ingin pula menerangkan juga supaya menjadi perhatian atau menjadi, menjadi, menjadi ingatan atau bagaimana ya? Apa yang saya berikan ini, apa yang saya alirkan ini, apa yang saya bukakan ini, saya katakan, ini ilmu pengetahuan yang berdasarkan Dua Kalimah Syahadah.

Perjalanan tadi saya kupas, dari permulaan, tadi. Jangan nanti diselok-belokkan, disangkut-pautkan pula dengan agama. Ini ilmu pengetahuan. Nanti macam-macam saja orang akan mencari helah. Macam-macam saja orang mencari kelemahan kita nanti, sebab saya yakin betul nanti umpamanya ilmu ini, ilmu Dua Kalimah Syahadah mungkin banyak, mungkin ada di antara kita, atau banyak di antara kita nanti, tidak nampak sebagai seorang Islam oleh orang ramai nanti. Melakukan tugas sebagai seorang Islam, ertinya sembahyang, puasa atau sebagainya.

Oleh kerana dikatakan berdasarkan Dua Kalimah Syahadah, tentu dibawa orang kepada agama, syariat dan segala macamnya. Itu maka saya tekankan, ini ilmu pengetahuan.

Saya tekankan betul, ini ilmu pengetahuan. Sebagai seorang yang beragama Islam, itu berdasarkan Dua Kalimah Syahadah. Jadi, melalui ini juga, terutama bagi yang baru, ertinya kita harus berani pula mencari pengalaman dengan apa yang telah ada melalui tangan kita masing-masing. Cari pengalaman saya katakan, atau saya anjurkan, bukan? Ya dak?


Hendak berbuat baiklah sesama manusia, dengan memakai, menggunakan, mengamalkan, pengetahuan ini. Sebab apa? Dapat manusia tadi merasakan hikmahnya, dan kiramah-nya ilmu pengetahuan kita ini, yang saya katakan tadi, yang mengandung mukjizat-mukjizat.


Dan, ya lain tidak, dikehendaki ialah pengalaman, keberanian dalam mencari pengalaman, dan jauhi sifat takbur dan sombong, dan buktikanlah kepada orang banyak akan kebenaran ilmu pengetahuan kita ini dengan amalan-amalan yang kita perbuat, supaya mereka-mereka itu mudah-mudahan, kalau kita, apa namanya itu… kalau kita sudah bisa membawakan barang modal kita ini, orang-orang lain pun dengan berhadapan dengan kita dia itu terbangun juga. Sebab apa? Yang kecil tadi pada kita, jadi besar sudah dengan cara kita bergerak itu. Jadi, kalau kita berhadapan dengan orang lain, dia terbangun. Dia terkejut melihat kita

 Ertinya, itu… itu dia terkejut melihat, tertarik dia sudah. Itu maka saya katakan sebab-sebabnya, saudara-saudara tertarik kepada ilmu kami ini. Dia ingin pula, tanpa disedari oleh mereka-mereka itu. Jadi, batinnya tadi kalau berdekatan kita, dia bangun. Ini cara kita bergerak.

Berlatih. Berlatih sendiri itu juga memperbesarkan jiwa, memperbesar diri, memperbesar. Itu! Jadi, padanya, di antaranya ertinya sangat, di antaranya daya tarik yang luar biasa pula, dan bukan multipisu (?). Lebih dari itu!

Ertinya kalau seseorang kena karan, hentam dengan barang kita ini, mati itu karan. Saya sudah cuba. Bahkan ditembak petir juga. Tangan kena, terus tidak bisa begini, bukan, sore ini? Besok pagi baru dibawa sama saya. Saya terus kembalikan dalam tempoh setengah jam. Kan lebih lagi. Ini cahaya Allah saksinya.

Saya yang telah melakukan dan mengubat segala macam. Kalau ini perbuatan manusia, itu petir kan dari Tuhan datangnya. Dengan pengetahuan kita ini… tetapi, itu ya, waktu itu saya siapa?

Ertinya kita kembali tenang saja. Tidak difikirkan apa hendak buat. Tidak! Kita tenang sampai dia mendatang. Ikut sajalah sampai selesai. Nanti kita lihat hasilnya, bukan?

Bagaimana dia bergerak sendiri-sendiri, sikit-sikit tangan itu sampai begini, di mana tadinya tak bisa. Saya alami itu. Jadi, bukan soal pemikiran ini, soal perbuatan bagaimana hendak membuatnya. Jadi daya-daya ghaib, tenaga-tenaga ghaib dari Yang Maha Ghaib, jadi pada kita ini berlaku, bukan?

Ertinya, Gerak Allah semata-mata? Jadi, kita berbuat atas nama-Nya.

Waktu kita sendirian, belum bergerak, boleh kita berfikir,
“Macam mana nasibku ini? Apa, bagaimana ini?”

Kita tenang, tidak kita fikir keluar. Tidak! Ke diri sendiri kita bicara, “Masakan kita selamanya macam ini?”

Kita tenang. Nanti dia bangun sendiri; diperbaikinya.

Jadi, dalam hal ini, saya bukakan pintu. Saya pimpin bawa berjalan. Saya tunjukkan jalan. Saya beri keterangan-keterangan, kebolehan-kebolehannya dan itu pun tak semuanya dapat saya
berikan kepada kalian, melainkan diri sendiri mencarinya lagi, sebab sangat banyak itu hikmah, itu rahsia yang terkandung padanya yang boleh dapat kita pergunakan. Jadi bila terjadi sesuatu nanti bila sudah orang tahu kita ada pengetahuan ini dan boleh mengubat, dipanggil orang kita tenang. Cuba ikut.


Kalau dijemput atau bagaimana, orang datang, walau apapun penyakitnya kita tenang saja. Ditanya, “Bagaimana? Bagaimana?”

Sementara datang yang ghaib tadi, dia mulai bergerak tangan kiri atau tangan kanan, atau kepala begini. Ikut saja. Itulah dia melakukan sesuatu untuk sesuatu. Di situ pula nampak kejadian kejadian, keanehan-keanehan yang tak makan di akal, yang tadinya bagi tiap-tiap diri tak mengetahuinya.


Kegagalan kita, atau saya selama ini, terus-terang saya katakan, dengan diikutkan serta pemikiran ini. Di situ kegagalan letaknya, sebab dalam ini kita bukan kita lagi. Itu yang saya katakan, dia yang berbuat. Kita hanya membawakan. Tak ubahnya seperti perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidir.

Kalau mendapat riwayatnya dari Surah al-Kahfi (Ayat 60-74), Nabi Musa hanya disuruh Tuhan belajar ilmu pengetahuan kepada Nabi Khaidir, dengan syarat pertama sabar dan kedua hanya mengikutkan berjalan dengan apa yang telah diperbuat Nabi Khaidir. Dia tidak boleh cakap.

Jadi bagi diri kita yang di luar ini hanya mengikut yang di dalam berjalan, tidak? Itu! Perumpamaan!
Ya. Jadi jelaslah bagi kita masing-masing, bahawa ini pengetahuan dan titik tolaknya dari dalam, iaitu dari diri kita sendiri. Melalui kami pintu terbuka; kami membukakan atau sebagainya, bukan? Dan diri kami yang memecahkan ini rahsia, sampai saudara-saudara sekarang bukan memecahkan itu pula lagi, tidak?

Mengamalkan saja lagi. Ibarat buah kami beri, makanlah.


* * *


Padanya tidak ada yang tidak ada. Jadi, pengertian, pengalaman yang dikehendaki. Ibarat pisau, kalau sama kocek saja letaknya, walaupun tajamnya, bukan? Tak akan jadi apa-apa dia.

Dan harus kita berani menghadapi segala sesuatu.
Jangan terlampau berhitung. Yang berhitung, orang awam dengan tidak pengetahuan kita ini. Apa umpamanya, sebagai drebar gajinya dua ratus sekian itu, sewa rumah sekian, beras dah naik pula macam mana ini, bukan? Atau sebagai menteri ubat (pembantu hospital) segala macam, gitu… gitu.

Yang ini tidak! Pada kita ada yang itu, ada kekasih dari Yang Maha Pengasih saya katakan tadi;
dari Yang Maha Kaya.

Kita renung ke dalam saja, “Macam mana hidup sekarang ini?”
 Sebab bagi kita, dengan cara bawa gerak mengerakkan tadi telah berlaku pula ayat;

“Tooliju allayla fee alnnahari watooliju alnnahara fee allayli watukhriju alhayya mina almayyiti watukhriju almayyita mina alhayyi watarzuqu man tashao bighayri hisabin:

Memasukkan malam kepada siang, siang kepada malam, mendatangkan yang hidup kepada yang mati, yang mati kepada yang hidup, diberinya rezeki yang tak terduga-duga banyaknya, yang tak disangka-sangka.” (Surah al-‘Imran Ayat 27).

Dari itu maka saya katakan, jangan terlampau cemas menghadapi hidup dengan benda kita ini. Jangan terlampau berhitung hendak mengeluarkan sesuatu, sebab antara aku, antara kita dengan Dia, hijab telah terbuka. Tidak ada apa-apanya lagi.


Cubalah! Insya-Allah.
Mudah-mudahan segala kata-kata kami, ucapan-ucapan kami menjadi kenyataan hendaknya di belakang hari untuk menambah keyakinan dan lebih yakin hendaknya.

Tetapi, saya minta itulah, terutama sabar membawanya, sebab itu cuba-cubaan mungkin datang, (jikalau) tak dari luar dari dalam rumahtangga sendiri, dari anak sendiri. Jadi, kita kena sabar. Itu modal yang pertama; dan yang kedua tak boleh sombong dan takbur.

Dan insya-Allah. Bila Tuhan mengizinkan di lain kesempatan, atau lain tahun atau bagaimana, bukan? Akan berjumpa lagi kita hendaknya dan dapat pula kami memberi ceramah, memberi
penerangan, berdasarkan hasil pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah. Dan kiranya dapat memahami, apa yang telah ada pada saudara masing-masing melalui badan diri kami, atau melalui Jamil (Haji Jamil Samad) dan lain sebagainya, dan pegang teguhlah.

Ertinya, ingatlah kepadanya selalu, supaya dia selalu pula berada berserta kita. Kalau terhadap Tuhan pun, Tuhan itu ada-Nya kalau kita ingat. Kalau kita mengingatnya pasti kita akan diingatnya pula, tidak? Kalau kita tak mengingatnya, “Lu ya masa bodoh,” katanya.

Ini dia telah berserta kita. Tinggal kita mengingatnya. Pagi-pagi mahu jalan, “Ada, tidak?”
“Aku ada,” katanya.
Okay. Jalan. Kita telah bersertanya.
Ya! Jadi mudah-mudahan jangan ada kemusykilan-kemusykilan.

Ertinya, beranikan diri. Beranikan diri. Kemukakan itu benda, kalau saya katakan benda. Ertinya, kemukakan. Terasa dia, dia di muka.
Ibarat kereta api, dia di muka, di kepalanya jalan. Terasa itu sudah di muka dia tu. Kalau kita bergerak ini, itu ke muka. Jangan begini (menadah tangan seperti kita memohon). Ini ke dalam. Ke muka ini ertinya dia tembus ke situ, bukan begitu?

Jadi kemukakan benda kita; ilmu kita, atau umpamanya saya katakan… itu ertinya, terasa sikit sudah di muka dia itu, sebab dalam keadaan biasa telah di depan pintu, dia. Di dalam perjalanan ingat saja ada sudah.

Ya! Sebetulnya banyak. Banyak, sangat banyak ingin saya… apa namanya mahu menerangkan, akan tetapi macam dikatakan tadi, bukan? Rencana pada saya sendiri, pada kita, keputusan di Tangan Tuhan.

Ertinya kita pandailah malam ini, dengan keterangan-keterangan apa yang saya telah terangkan tadi, mudah-mudahan betul-betul dapat menjadi satu… dapat menjadi pegangan
bagi kita, untuk menambah satu keyakinan, bahawa ilmu ini bukan dari luar, bahkan dari diri kita sendiri di dalam. Atau secara garis kasar, namanya Ilmu Mengenal Diri.

Dan, ya, kami harapkan betul hendaknya katanya, menjadi amalan bagi diri kita masing-masing, untuk dapat mengambil manfaat daripadanya, menjayakan jalannya kehidupan kita,
membahagiakan badan diri kita, masyarakat, keluarga dan sebagainya; agama, nusa dan bangsa. Insya-Allah, lain kali jumpa lagi.


Selesai 13 September 1975
OMQ TUDM Tanah Merah, Kedah




.

No comments:

Post a Comment