Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah IX 1974 : April 17 Pulau Pinang (FULL)



🌼   Kuliah 9  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
17 April, 1974

Ilmu secara mengenal diri caranya mengupas tadi. Bukan tarekat, tidak pula terikat. Cuma cara, cara pemecahan tadi, cara pengajian, penggalian sampai dapat mengenal diri sendiri.


Dalam itu sampai dapat mengambil faedahnya akan rahsia terkandung  padanya, sampai menjadi amalan kami untuk baik-membaikan sesama manusia. Bukan untuk menyombongkan diri, membesarkan diri segala macam. ‘Ini aku! Ini kami! Kami yang lebih! Kami yang pintar!’


Tidak! Sebab, apalah ertinya? Kami hanya satu titisan saja, tapi mungkin satu noktah. Satu  noktah, bukan? Tapi mungkin sangat besar ertinya; diberi kehidupan atau jalannya kehidupan sebagai seorang manusia, sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang umat Muhammad atau sebagai seorang manusia biasa dengan ilmunya, dengan rahsianya yang terkandung padanya. Jadi  kalau dipertalikan mengenai tarekat, hakikat dan  makrifat, bukan kami orangnya.


Ini bukan agama, tapi sebagai seorang Islam mempunyai ilmu pengetahuan tenaga ghaib yang hasil dari  pemecahan mengenal, mengkaji diri sendiri, sebelum mengkaji yang di luar dari diri sendiri.


Jadi, yang kaji diri sendiri mengadakan satu pemecahan yang menghasilkan pemisahan antara yang lahir dengan yang batin, antara badan halus dengan badan kasar yang dapat kita merasakannya setelah terjadi perpisahan-pemisahan tadi. Dan kita berpegang kepada yang halus tadi; yang ada tapi tidak ada, tidak ada pada kenyataan, tetapi ada dalam  rasa.


Di rasa yang terasa ini dipecahkan rahsianya. Sebelum kita keluar, ke dalam dulu. Yang ada di diri kita ini yang kita pelajari, yang mahu jadi apa kita? Yang zahirnya sudah kita kenal, yang batinnya tadi, diri sendiri. Ertinya, rohani kita tadi.


Memang ertinya sulit mengkaji roh. Tidak dapat mengkaji roh. Tidak mungkin dapat mengenal roh, mengkaji roh. Yang dikaji yang ada di diri kita, bukan di luar dari diri kita, di luar orang banyak ini. Inilah diri kita dulu, kalau kita fikirkan telah ada pada kita, bukan?


Dan bukan mengkaji  yang di luar. Di situ sampai  kita dapat mengenal yang ghaib-ghaib, batin, rohani. Itu tenaga  rohani yang dapat kita pelajari. Yang dapat sudah pengalaman, yang sudah kita manfaatkan, kita ambil manfaatnya untuk baik-membaikkan, untuk membaikkan, kelancaran, kemajuannya ilmu pengetahuan kita ini.


Bahkan, sampai kalau kita mahu  mendalami, mendalami, mendalami betul sampai kita pertalikan kepada yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang; dapat menghubungi kembali antara Dia, Aku, saya, engkau, kamu yang setitis tadi, yang ‘Aku tiupkan roh-Ku,’ kata-Nya tadi.


Lagi, selama dia telah berada dalam batang tubuh, hubungan yang putus tadi, setelah kita dapat mengadakan pemisahan satu dengan yang lain setelah kita dapat menemui jalannya diri kita sendiri di dalam. Dalam ilmu pengetahuan tadinya di bidang metafizika, metaenergy, tenaga ghaib, tenaga batin yang berasal dari roh.


Tadinya kami bicara mengenai roh yang telah menembus alamnya sendiri. Ia langsung menghubungi Yang Maha Pengasih tadi, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Adil dan segala-galanya. Kita harus juga dalam hal ini mengadakan eksperimen, mengkaji. Kita mengkaji dan kita adakan percubaan dan segala-galanya. Sulit?


Pelik, tetapi tak sulit sebenarnya kalau kita telah tahu. Kalau belum tahu memang sulit dan sangat sulit. Kalau kita tak tahu, apalagi kalau kita seorangyang beragama, banyaklah… dalam pula, banyak pula pengetahuan tentang mengenai tauhid, bukan? Ketuhanan? Banyak cabang-cabangnya, segala-galanya, kemungkinan-kemungkinan yang dapat kita lakukan.


Kita mengambil manfaatnya tadi, yang macam pada diri kita yang ada sekarang ini, tarafnya sebagai seorang manusia, yang jadinya kita kenyataannya melalui ibu bapa kita  yang tadi kalau kita kaji cuma hanya dari air yang setitis terus berkembang menjadi orang pada kita. Kita kaji pula di balik yang setitis ada pula yang setitis, yang belum lagi menjadi orang pada kita, tetapi seluruh kegiatan kehidupan kita bergantung padanya.


Dia belum berkembang lagi. Dia ada tetapi tidak ada dan mustahil tidak ada. Kalau tidak ada dia tak kan berjalan kehidupan dalam badan diri kita. Jadi makanya, dalam… tempoh-tempoh dalam risalah saya dan ceramah saya katakan, ertinya dia dikatakan jauh tidak jauh dekat pun tidak dekat, tetapi antara aku dengan dia, antara dia dengan kita jauh tak ada antaranya; jauh tak ada batasnya. Satu tidak?


Kalau kita sedari, kita ketahui bahawa ada kehidupan berjalan dalam badan diri kita masing-masing, kalau secara ilmu yang zahir saja itu darah mengalir darah putih, titik-titik darah merah sedalam-dalamnya, ertinya di bidang kerohanian, di bidang kebatinan juga bagaimana darah itu menitik juga berjalan. Itu bintik-bintik juga, titik-titik, zat-zat, darah-darah merah dikatakan pada zahir.


Dia complete, cukup; zat serba zat. Lemah saja, kurang saja sesuatu, ada saja penyakit ditimpai. Kalau dibilang, bukannya kurang vitamin E, B dan segala macam. Tetapi kita dalam hal ini, dalam hal ini telah punyai pengalaman segala macam, tenaga yang sudah lemah segala macam, menerima cubaan-cubaan hidup dan segala macam, maka di situlah ingatkan tadi, mulailah sedikit-sedikit kepercayaan mendatang kepada ada yang ghaib yang walaupun tadi secara mengaji di surau, di langgar percaya kepada yang ghaib dalam rukun iman segala macam katanya, tetapi belum mengalami itu peristiwa ghaib, belum dapat mempercayai. Hanya mendengar saja.


Tetapi bagi orang-orang yang telah mengalami itu peristiwa ghaib, di situ yang tidak percaya jadi percaya. Ingat caranya bagaimana untuk dapat mengetahuinya lebih mendalam rahsia ghaib.


Dan seperti saya katakan tadi, bermacam-macam cara orang.


Orang tarekat dengan zikir, zikir, zikir, zikirnya dan segala macam sampai pagi dan yang lain-lain juga. Tetapi tak makan oleh akal lagi, tak pecah oleh akal lagi, terus kembali kepada Kekuasan Allah s.w.t.


Tapi macam saya katakan tadi, secara ilmiah kalau dapat kita menggali, mengkaji, dapat mengadakan pemisahan. Jadi orang tak dapat menyangkal lagi bahawa pada kita ada rohani ada jasmani atau dalam kata ilmu pengetahuan ada badan kasar ada badan halusnya. Jadi sampai kita dapat menemui ke badan halus itu hendaknya, untuk dapat mengkaji mengenalnya sebenarnya dia.


Macam ini kita lihat cahaya, lampunya ada. Cahaya, bukan tentu kita harus mengenal lampunya. Dari mana datangnya ini cahaya, sedangkan di bawah cahayanya sudah terang-menerang? Kita mahu tahu. Dari mana lampu… mana cahaya lampu ini? Cahaya lampu, di mana lampunya? Letaknya? Macam ditutup pintu, sama-sekali di dalam ada lampu bercahaya. Diterbuka sedikit cahaya tadi menembus keluar.


Dalam perkataan lain, memancarnya keluar apa tidak, sinarnya tadi? Ini sinar yang memancar ini tadi, sinar yang memancar itu, yang pancaran keluar dari badan diri kami ini umpamanya sekarang segala macam. Kalau Tuhan izinkan terasa itu, walaupun ditunjuk begini saja umpamanya, terasa itu tembus, telah memancar. Jadi, pancaran  telah keluar macam  ini. Ini akan
jadi bahan penyelidik pada kita.


Sebenarnya, ada apa hikmah yang terkandung padanya? Itu makanya kita mengadakan eksperimen. Apa rasa panaskah? Dinginkah? Macam manakah? Macam stroom (tenaga elektrik).


“Macam karan,” katanya


Di situ kita dapat menangkap. Jadi yang perlu sama kita rasa, telah terasa pada kita. Pancaran tadi telah keluar dari badan diri kita. Jadi, jangan kepada bentuk, kepada rupa, terutama ilmu ghaib ini.


Kalau kepada rupa, kepada bentuk, bukan? Sangat banyak nanti kemunduran-kemunduran kita untuk melanjutkan penyelidikan.


Sebab apa? Kalau berupa bentuk nanti, jin besar, hantu-hantu  syaitan dan segala macam, dengan sendirinya manusia kita takut.


Tetapi dengan kepada daya-daya-Nya tadi dia keluar, apa yang ditakutkan? Soalnya daya terdiri dari kudrat semata-mata. Dan pada kita ini, kalau kita kembalikan kepada yang Maha Kuasa, kepada Yang Maha Besar, ini automatik.


Sebab ini telah menjadi kepunyaan seluruhnya: Lillahi Rabbil alamin. Kudrat iradat-Nya lah yang berlaku. Itu makanya penyerahan apa yang ada pada kita menjadi kepunyaan- Jangan macam dikatakan, aku ini kepunyaan si anu, tetapi di mulut saja. Tanda-tanda tak ada buktinya bahawa kita kepunyaan-Nya.


Semua, semua kepunyaan Tuhan, kepunyaan-Nya semuanya. Tetapi yang dikehendaki-Nya pada kita satu penyerahan. Penyerahan apa yang ada pada kita ini kepada-Nya?


Supaya apa? Supaya dia dapat bebas bergerak, tidak? Kalau bebas penyerahan bulat-bulat kepada saya, tentu saya boleh bikin begini begitu, ya tidak?


“Tetapi ya… saya ini anak murid Bapak ini, tetapi dibawa secara kita sendiri. Itu tak bisa jadi! Tidak!”


Itu juga dalam pengetahuan kita. Kita jumpai tenaga ghaib yang ada, bukan? Yang dikehendakinya pada kita penyerahan, penyerahan dari apa yang ada pada kita. Supaya apa? Dia bebas berbuat, bebas bergerak.


Sampai menjadi kembali hendaknya satu pendirian kita, bahawa  kalau  tadinya  kita yang dia kita katakan, setelah dapat kita mengetahui, dia yang menjadi kita. Sampai terbukti hendaknya, bahawa ini adalah sangkar buat kita, tempat tinggal; rumah tempat kita tinggal.


Ini sebagai seorang berilmu dengan adanya tenaga ghaib ini, bukan? Di situ kita cuba mempelajarinya, cuba mengadakan percubaan bagaimana mestinya. Begini bolehkah? Begini jadikah?


Atau bagaimana? Sampai macam saya katakan tadi, hendaknya betul-betul menjadi kepunyaannya ini semuanya. Hingga gerak-geri kita semata-mata kerana Allah dan kudrat dan iradat-Nya, dan bagi kita sebagai seorang manusia biasa, namanya ini gerak automatik.


Automatik, dia sendiri. Diganggu orang, diganggu syaitan, dia yang menyelesaikannya. Dapat mengerti? Nya – yang si berasa yang terasa tadi. Dia yang berbuat. Dia yang ke muka segala-galanya. Begitu daya-daya tadi, kudrat iradat tadi; Kudratullah tadi. Itu yang kemuka hendaknya.


Tidak kita memikirkan sebagai manusia. Biasanya, kita biasanya  pergi ke kiai (gelaran bagi ilmu ghaib), pergi ke bomoh itu menuntut ilmu.


Bacalah ini, “Bismi Allah al-Rahman al-Raheem,”


Katanya, bukan? Ya dak? “Hai itu… itu… itu… itu… itu terkabul dengan barkat kalimah La-ilaha il-Allah,”


Katanya, “Bikin jimat (azimat) nanti, tanda ini itu dibungkus.”


Sua (hulur) lima puluh Rupiah.


Kita bukan itu orangnya. Kita orang rohani setelah kita dapat menemui diri sendiri tadi. Dekat diri tadi, tenaga-tenaga, daya-daya ghaib yang dapat, yang pancarannya dari masyrik (timur) ke maghrib (barat), dapat menembus keseluruhan dari sini sampai ke belakang tembus di situ.


Kalau kita telah meningkat, meningkat, meningkat terus dalam pengetahuan, dalam pengertian, sampai ertinya kita punyai zat hayat, zat hidup, atom Tuhan yang akan sanggup mengatasi atom-atom bom nuklear bikinan manusia.


Yang dapat diperdapat dengan jalan ilmu pengetahuan kemanusiaan juga hanya dari zat benda, dari benda mati macam  nuklear, bom atom sekarang ini. Ini atom Tuhan ini dapat meruntuhkan. Ini dalam erti sebenarnya, bukan?


Ertinya bertuhan dalam kata sebenar-benarnya, jangan di mulut saja.


Jadi, walaupun kita memahami bahawa pada kita ada rohani, ada jasmani, tetapi jangan hendaknya sekadar kita mengetahui saja. Kita berjasad. Ya, kita ketahui ni. Ni badan kita ini. Kita berohani di mana? Cuba tunjukkan bukti, tandanya memang kita ada mempunyai rohani.


Bagaimana kebolehannya? Terdiri dari apa dia?
Oh, difikirkan orang nanti, kalau bergerak tenaga rohani tentu tenaga tu habis, bukan? Tidak!


Kenapa tidak? Dia penghubung sendiri kepada Yang Maha Besar. Lain tenaga rohani yang tidak memancar keluar, bukan? Ya dak?


Yang kita pergunakan dengan hakikat, makrifat. Hakikatlah kita nama, macam multipisu (?), bukan? Pergunakan tenaga daya tarik, bukan? Begitu, dua tiga kali kita sudah letih. Ini tidak. Dia bisa mencari jenisnya, sebab dia telah tembus melalui anggota badan kita dan dapat langsung kita merasakan melalui jari-jari kita.


Ini. Dengan ilmu ini kita diajak juga berfikir. Kita diajak juga berusaha. Macam ini kelima jari saja, apa sebab jadi lima ini pancaran semua, tapi tidak sama dia? Jadi, kita mahu satu-satu kita fikir. Kalau mahu menurut ini saja umpamanya, bukan? Ke mana perginya ini? Bagaimananya dia? Ingin kita tahu pula.


Pusat ibu dikatakan jantung. Ditunjukkan semua sekali paru-paru segala macam, jantung, hati, limpa, rabu, empedu. Lima juga atau tidak tali-temalinya? Tetapi hendaknya kita sampai di satu pengertian, di satu pembawaan, di satu pegangan yang automatik tadi.


Cara penghabisan, biar kita sendiri tidur, dia sendiri bangun.


* * *

Dan apa sebabnya tempoh-tempoh kita, di antara kita tempoh-tempoh gagal dalam hidup atau pengubatan? Kesalahan bukan pada pengetahuan; pada kita masing-masing membawakannya. Bukan pada ilmu. Kesalahan kita sendiri. Sebab kita, fikiran kita yang membentuk ilmu ini.


“Jangan!” katanya.
Kita teruskan juga. Kita mahu!
Cuba dengan terasa gerak-geri segala macam turutkan ini. Ini kod ghaib semuanya, yang kita zahir manusia tidak dapat mengerti. Tapi ini tanya kepada yang ghaib-ghaib yang banyak ini.

“Syrruus... syrruus... syrruus...”
Kod yang kita tak dapat mengerti, kita paksakan. Kita paksakan juga macam ini. Ilmu tidak salah. Kita yang membawakannya yang salah. Ertinya, bukan terjadi pada kalian saja. Saya juga!


Saya manusia juga. Tempoh-tempoh malas datang juga. “Capek jugalah. Besok. Biar saja dulu!”
Itu bisa manusia, tidak?

Tetapi ini, pengetahuan ini, mahunya ilmu ini.

“Kalau betul-betul macam diterima dari kami ini Ilmu Tuhan, cuba bukakan itu!” katanya.
Hadapkan hati dan fikiran tadi kepada Tuhan.
“Bagaimana?” katanya.

Dia yang sendiri yang menyembah Yang Maha Kuasa tadi, yang kita sebagai orang luar akan merasakan bagaimana rasanya, kalau kita selama ini sembahyang secara zahir, ‘Allahu-Akbar!’ kita baca ini.


Cuba dengan ada dia berzahir berbatin ‘Allahu-Akbar!’


Cuba rasakan! Bagaimana sedapnya sembahyang tadi dalam erti kata yang sebenar-benarnya?
Bukan saya mengatakan yang sudah itu tak betul. Itu betul. Kenapa tidak?


Tapi yang sedapnya tadi, ertinya baru sampai di situ, situ pengetahuan kita. Walaupun rohani itu juga dibilangkan sembahyang, tapi di pasif, tak aktif. Tetapi dengan ini, luar dan dalam, lahir dan batin kita menyembah Yang Maha Kuasa tadi. Dan di situ pula kita mengadakan. Automatik dia.


Walaupun kita tidak dapat mengerti kata kita, tetapi ambillah pedoman ke perasaan di dada kita; sempit, lapang atau bagaimana. Jadi, automatik dia; kita sebagai orang manusia biasa dengan ilmunya yang ada pada kita.


Ilmu itu yang menjadi kita. Di mana kita punya mahu? Itulah adanya benda itu pada kita; secara positif kita dapat rasakan.


Kalau kita sebagai manusia biasa, dengan  ilmunya tenaga ghaib boleh kita paksakan dan segala-galanya, akan tetapi masih banyak kita akan berasa berkurangan pula. Tetapi kalau itu, ilmu yang itu yang kita, dalam  erti keseluruhannya yang jasad ini tinggal dibawakannya saja lagi, nggak ada kita membawakan hakikat lagi; ini jantung si anu… ini si anu… ini… tidak ada lagi. Dia automatic saja.


Orang tuju pada kita, dia automatik juga. Dengan sendiri, apa yang akan terjadi kita juga tidak tahu. Kepada kita tidak ada itu disengajakan. Tidak. Sebab kita sudah serba automatik; terjadi dengan sendirinya. Terbaringkah atau bagaimana, kita tidak mengetahui itu. Kita tidak sengaja.


Kita tidak sengaja. Kita tidak sengaja melawankan si anu itu. Kita tidak sengaja mendayung si anu itu. Kita tidak sengaja memutus tali gantung si anu itu. Tidak!


Tetapi kita dalam kedudukan berjaga-jaga untuk keseluruhannya. Siapa? Yang tadi; dia bersendiri, sebab dia tahu datangnya dari Yang Maha Mengetahui. Ini! Tetapi yang mana?


Bukan manusia ini dalam pemikiran.  Yang dia itu. Yang dia itu. Yang menghidupkan engkau di dalam itu, sebab ini akan kembali ke Hadirat-Nya. Ini akan dikembalikan ke asalnya. Yang mana jadi pegangan kita? Yang akan kembali ke Hadirat-Nya kah atau yang  akan kembali ke asalnya ini?


Yang mana kita? Jadi kalau kita berpegang, berpatuhkan yang akan kembali ke asalnya iaitu ke tanah, itulah kita itu sebagai orang biasa. Manusia-manusia biasa juga. Yang bererti, suatu waktu, suatu saat, satu masa, erti kematian itu akan mendatangi kita.


Akan tetapi kalau itu yang kita, yang bergerak dengan sendirinya tadi, padanya erti kata mati tak ada. Siang malam pun tak ada juga. Mungkin dia ini berpindah keluar dari rumah di tempat kita ini, berpindah kembali ke Hadirat-Nya.


Jadi mahu berpegangan kepada kebendaan ini? Apa yang itu kita? Cubalah berfikir. Apa kita orangnya yang akan kembali ke Hadirat-Nya? Atau orang yang akan di hantar ke asalnya? Tentu yang akan kembali ke Hadirat-Nya. Dikatakan tadi, tidak mungkin kematian ada pada kita. Kematian pada manusia, pada orang.



* * *


Tetapi, dapatkah kiranya membayangkan kalau saya katakan, hendak mengenal diri, hendak melihat diri, kalau hendak melihat diri, bercerminlah ke kaca. Kita tengok kaca. Tu kan nampak bentuk kita?


Kita tambah, katakan,
 “Kalau hendak mengetahui diri, berkacalah ke cermin.
Kalau hendak melihat diri, bercerminlah ke kaca.”
Tengok. “Wah! Ini rupa saya.”
Saya katakan, ‘kalau hendak mengetahui diri berkacalah ke cermin.’


Di mana letaknya perbezaan kata-kata tadi?


‘Hendak melihat diri bercerminlah ke kaca.
Hendak mengenal diri, mengetahui diri, berkacalah ke cermin.’


Sekarang saya bertanya, samakah dasarnya orang yang bercermin ke kaca tadi, dengan orang yang timbul dari kaca tadi?
“Cubalah mengerti dasarnya,” katanya.


Orang yang menghadap ke kaca, bercermin ke kaca inilah. Kan ini dasarnya, tidak? Tetapi orang dalam kaca tadi, mana dasarnya?


Samakah ini juga? Kalau dia tentu tidak.
Cermin kata kasarnya, tetapi bagaimana kalau kita katakan cahaya Nurullah? Sehalus-halusnya, kalau kita memahami. Dihalusi, itu pulalah ini.


Yang tadi nur. Jadi kalau betul-betul itu, itu makanya bercahaya-cahaya muka kita, bercahaya-cahaya keseluruhannya tadi. Itu yang dapat kita mengatakan Nurullah semata-mata.


Itu, ada juga orang yang bercahaya keningnya, bukan? Lantaran kyusuknya oleh kerana waraknya seorang ulama, seorang kiai tadi. Tetapi apa yang ada padanya tu tak boleh dia menurunkan sama orang. Itu susahnya. Kepada anak kandungnya sendiri, paling banyak, “Zikirlah, amalkanlah ini.”


Pada kami, ini pada kita, ini kami berikan. Kami berikan. Kami berikan. Kami berikan. Kami bukakan pintu. Kami tunjukkan jalan.


Kami ajar, tunjuk ajar semuanya. Tapi dasar tangkap, diri masing-masing yang berlain-lain.



* * *
  

Ada lagi baru zikrullah diterangkan macam begitu, terus bisa bergerak.

“Kalau saya bisa bergerakkan orang ini, saya keluar dari sini. Saya pergi ke tempat lain. Duit itu semua,” katanya.

Ada juga berfikir secara fikiran hawa nafsu. Ini ilmu akal dipergunakannya untuk mengakali orang, untuk mengakali duit orang, untuk mengakali segala-galanya. Sewaktu pengalaman sendiri, kalau sudah bisa bergerak digerakkan, perintahkanlah. “Cepatkan sikit! Ini. Cepat. Angkat!”


Dimesti terbang. Ini bisa dikomandokan (diarahkan). “Siap!”

Diberhenti, dia berhenti. Ini orang dibawa ke nafsu. Sumber duit saja ini, tidak? 
Cuba bayangkan; orang minta apa? Umpamanya pelaris segala macam dagangnya, minta minyak wangi, minyak itu. Bawa limau, bawa ini, terus dengan ini kasi dalam botol minyak.

Sebagai seorang Islam, siapa tak akan percaya dengan Dua Kalimah Syahadah? Disuruh pegang sama orang itu.
“Baca Dua Kalimah Syahadah.”
Dia bergerak. Dia berjalan, bukan?

Pasanglah niat. Bikin apa, jadikanlah. Jadi apa? Minyak senyonyong, ikutlah gerak. Jadi pelaris dagang. Dia jadi. Tetapi apa tenaga-tenaga ghaib ini kita berikan? Yang kami katakan berpokok kepada Dua Kalimah Syahadah, berasal dari tangan kita? Kita jadikan terus bagi orang baca Dua Kalimah Syahadah tiga kali, dia bergerak. 

Tinggal niat mahu diapakan. Apa tujuan benda ini? Untuk tangkal dibawa ke badan? Tenaga-tenaga ghaib tadi yang dari kita tadi?


Maka adalah saya… bilangnya, bukan? Memang banyak juga saya rahsiakan. Saya tidak bukakan kebolehan-kebolehan ini semuanya. Sebab apa? Berbahaya. Manusia tetap manusia.

Kalau dipergunakan untuk baik-membaikkan atau kebaikan, syukur.
Tetapi dia tahu betul.

“Yang kiri,” katanya.

Ya dak? Dia jadi. Kenapa tak jadi? Tetapi kacau dunia. Kemana-mana pergi mengacau saja kerjanya. Itu susah.

“Sini! Sini! Sini! Sini!”

Apa katanya? Mahu datang dia, ke sini dipanggil. Cuba! Tak berbahaya itu, kalau anak dara orang?

“Sini! Sini!” katanya. 
“Sembah kaki aku!” Dimesti sembah. Percayalah. Kalau saya buka… sedang tidur ingat dia.

Mari engkau sini!” Mesti datang dia. Kan bertambah susah dia. Tetapi bukan itu!

Ini Ilmu Tuhan. Kalau kita mengakui Tuhan itu Maha Suci, pertahankan kesucian-Nya. Jangan sampai jadi kotor. Ini harus kita mengerti. Dari itu mesti kita tanam di dada kita baik sangka. Jangan buruk sangka.


Dan juga, pengalaman saya juga, bukan?
Belakang kita begini begitu, begitu, begitu, orang niat begitu. Datang. Datang berhadapan sama kita. Oleh kerana apa yang baik tadi yang menanti, segala fikiran yang tadi, yang jahat, apa… tak sanggup dia mengeluarkan. Tak jadi yang maksud jahat.

Banyak pengalaman. Tapi kalau yang jahat pula kita tanam, nanti baru dia tahu. Baru dia lihat orang saja,

“Mahu apa?” katanya. Yang jahat pula menanti sebenarnya.


Tapi kalau yang baik, yang menanti itu yang tak baik, yang lama-lama dia hilang mundur ke belakang. Tinggal yang baik sudah masuk. Dari itu kita juga tanamlah, utamakanlah berdiri dalam diri tadi kebaikan tadi. Dan tampunglah segala-galanya dan bagi kita dengan falsafah ketuhanan; ada kiri, ada kanan. Ini kita tamping semuanya.


Mana yang kiri dengan sendirinya ditolak. Yang kanan dengan tidak usahkan kata, dengan fikiran kita sebagai seorang manusia biasa, orang jahat, orang jahat tak perlu, sebab dia lebih tahu datangnya. Asalnya dari Yang Maha Tahu.


Dunia ini kacaunya lantaran fikiran manusia atau yang lain-lain, tidak? Orang Kristian pasport mintanya begitu-begitu. Orang, orang Islam mengatakan begitu. Begitu orang Buddha.


Yang saya ingat, tenaga. Tak ingat untuk perang. Tak ada fikirannya untuk perang.
“Untuk mengacau tak ada. Itu orang-orang pintar,” katanya tu.


Menteri, jadi presiden, cara berfikir dicorak. Satu Negara menurut fikiran pemimpinnya juga. Kita dalam hal ini, dengan Ilmu Tuhan yang ada pada kita, dengan kebolehan-kebolehannya dapat kita melakukan satu-satu hakikat dengan rahsianya terahsia pula dulu; gerak. Sebab, kenyataannya kita satu, sendirian, tetapi di sebalik kenyataan sangat banyak yang ghaib-ghaib, bukan?


Seluruh, seluruh dunia ini.



* * *


Atau di Pulau Pinang ini, kalau secara kita ingat kepada anu, dia, automatik dia bergerak. Sama-sekali akan berlaku, akan terjadi menurut kehendak Tuhan. Bukan kehendak kita. Walaupun penyebapan-penyebapannya (sebab-sebabnya) macam-macam.

Sebagaimana kelahiran dan kehadiran kita sebagai seorang manusia ke alam dunia ini, itu menurut kehendak Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta. Cuma kita lupa, ertinya kita juga tidak tahu.



* * *



Pernahkah kita memikirkan, sewaktu kita dalam rahim ibu, di bumi yang begitu sempit, kenapa kita boleh hidup? Kenapa kita tidak susah? Pernahkah kita memikirkan ke situ? Kenapa di dunia yang lebar macam ini kita mengeluh? Kita kata payah yang begini yang begitu? Di waktu di bumi yang sempit, cuba kita fikirkan.


Kita ambil sebagai pelajaran. Di bumi yang sempit kita tak pernah mengeluh, tak pernah menderita, tak pernah mengatakan sakit dan segala macam. Rahsia apa yang terkandung di bumi yang sempit ini, tidak? Setelah keluar kita terpancar zahir, dizahirkan menjadi manusia, bahkan di alam yang luas semacam ini lagi kita harus menderita. Cubalah kita ambilkan sampai secara ilmiah, sampai di mana dapat kita kaji-mengkaji.


Bagaimana duduk  bayi dalam  perut ibu? Alangkah kejamnya manusia kalau tadi tali pusat tadi diputus… tali perhubungan tadi, tidak? Antara kekasih dengan Yang Mengasihi sudah diputus.

“Uwaaaaaa…”
Terus.
“Uwaaaaaa…”
Seperti orang hilang akal.
“Uwaaaaaa…”
Tapi manusia, dia ketawa.
“Suara telah keluar,” katanya.
Kalau tak menangis?
“Kenapa suara tidak keluar?” katanya.
  

Kalau kita fikirkan. Tapi itu Fitrah Tuhan. Memang macam itu; diputus.


Jadi kalau kita secara menurut dalam pengetahuan, dalam pengertian kebatinan, waktu tali pusat itu diputuskan itu, bukan?

“Uwaaaaaa…”

Dia seolah-olah meminta itu tali kasih sayang, tali rezeki, tali-temali yang telah diputuskan tadi, di antara dia dengan ibunya, bukan? Antara yang dikandung dengan yang mengandung? Tetapi yang ini malaikat membawakan ke atas untuk anak itu. Ertinya, dalam rahsia.

“Kalau engkau mahu juga, carilah nanti bila  engkau akil baligh, pertemukan balik tali pusat.”

Hubungan batin tadi telah putus. Di situ pulalah kalau saya tak salah. Dalam al-Quran pun mengatakan. “Berpegang teguhlah,”


Katanya, “pada jalan-jalan Allah; pada tali-tali Allah. Jangan bercerai-berai.”
Di mana tali-temali pada kita? Yang telah terbuka yang telah terasa. Jikalau tali itu kita pegang, tali itu yang kita ingat selalu.


“Tali jala-jala Allah,” katanya orang-orang dulu, bomoh tua-tua dulu. Pengetahuan ‘Aku berdiri dalam jala-jala Allah,’ katanya.


“Turunku dari Kudratullah. Datangku dari Ayatullah. Tegakku tidak tergagah. Dudukku tidak terbanding,” katanya. Itu pengajian dulu-dulu dengan baca-bacaan.


Bagi kita ilmu sekarang, yang tembus ini tali-temali. Ini kita hubungkan kembali ini. Dipayungi,
ditemu kembali ke tali pusat. Itu makanya dibawa ke sini. Yang telah bertemu kembali, apa namanya?


Pinang telah balik ke tampuknya. Sirih telah balik ke gagangnya.
Kita mengingatnya. Itu maka saya mengatakan dalam sajak saya:

MANA JALANKU?
Ini jalan orang
Jalan kereta
Jalan kapalterbang
Jalan kapal laut
Yang jalan kita ini
Walaupun di mana kita berada
Di atas kereta api
Di atas kereta
Juga di atas kapal terbang
Namun jalan kita ini tak boleh dilupakan.

Insya-Allah. Kalau terjadi apa-apa, ada yang akan menyelamatkan kita.



* * *



Jadi, kembali ke pokok pangkal tadi. Ertinya mahu menanya, yang sedikit-sedikit yang ditanya atau ingin tahu atau bagaimananya telah kami bukakan diri kami sendiri. Bagaimana kami, amalan kami atau kami pergunakan?


Atau ya… yang kami bukakan ini, kami bentangkan ini, yang kami cuba dan segala macam? Ertinya, ini bukan agama.


Tapi sebagai seorang Islam, kami… dasar kami Dua Kalimah Syahadah dengan tenaga batin sendiri yang berasal dalam badan diri sendiri, tenaga rohani yang dapat menghubungi alam di luar. Lain dari itu, kecederasan kita untuk dapat menangkap menentukan segala-galanya.


Akan tetapi, ada lagi. Di balik itu lagi, hasil dari balik itu macam saya katakana tadi, tak termakan lagi secara ilmiah, bukan? Dengan ilmu akal, betul-betul  kembali kepada Yang Maha Ghaib, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Di Atas Segala-galanya. Di situ letaknya hak Tuhan tadi, bukan?



Kalau hendak menjadikan, melebihkan seseorang, meningkatkan kemanusiaan seseorang, ya… apalah… bagaimana saya mengatakan itu tentu pasti akan terjadi?


Macam kepada cahaya- Nya ini, bukan? Hanya orang-orang yang dikehendaki-Nya yang boleh sampai kepada cahaya-Nya itu.


Macam saya  katakan pepatah orang barat, ‘Banyak jalan menuju ke rumah, tetapi tapi tidak semuanya akan sampai ke sana.’


Banyak jalan menuju kepada Tuhan, banyak orang berjalan menuju  kepada Tuhan, tetapi tujuan tadi, mengenal Tuhan, mencari Tuhan atau apa? Sebab, tak ada kita tuju kita akan sampai juga, bukan? Kalau mati, kan akan kita sampai ke sana? Menghampiri diri kepada Tuhan.


Tuhan telah mengatakan, ‘Aku paling dekat kepadamu; lebih dekat dari urat nadimu sendiri.’


Hanya kita yang tak kenal-Nya dengan erti yang sebenar-benarnya. Jadi kita ini hendaknya ialah peningkatan-peningkatan dalam pengertian, peningkatan dalam penghidupan, peningkatan-peningkatan dalam segala-galanya secepat mungkin.


Jangan kita menjadi seorang yang harus percaya dan mempercayai saja sebagai bertaklik saja, bukan? Kita secepat mungkin dapat pula hendaknya sampai berdiri sendiri, sampai menemui jalan sendiri hendaknya.


Kita pelajari biografi orang-orang besar dulu, alim ulama dulu,segala macam. Syaikh Abdul Qadir Jailani, al-Hallaj dan segalanya.Kita pelajari caranya; caranya dia sampai ke tingkat wali Allah, tingkat ke martabat sebegitu. Kita cari pula, bagaimana jalan?


Tempoh-tempoh baju biru itu tak cocok pada kita, bukan? Kita hendak pakai juga, tidak? Tempoh-tempoh barang moden nggak sesuai pada kita. Tempoh-tempoh begini saja (dengan bertafakur), kata orang tua dulu, dia sudah sampai di Mekah, tidak?  


Tapi bagaimana kita dengan cara begitu? Tidak makan di akal? Tapi, kita baca macam Syeikh Saman, bukan? Tarekat Samaniah yang saya dapat dengar juga mengenai biografinya, sejarahnya, bukan? Sampai kepada orang yang sangat mempercayai, dalam bahaya seru saja,


“Ya Saman! Ya Saman! Ya Saman!” Ya Saman tiga kali.
“Pasti!’ katanya,
“Akan selamat bagi yang ikut amalannya,” bukan? Yang percaya sama dia… yang meyakini.

Tapi, diri saya sendiri telah membaca sejarahnya begitu… begitu… ya dak?


Pernah terjadi itu sekali, ertinya dengan tidak sedari, dengan pengetahuan kita yang serba automatik ini. Waktu saya dari Jakarta naik kereta, bukan? Pergi menuju Bandung. Di Puncak. Situ, terus dikencang (ditekan pedal minyak) mahu memotong itu… mahu memotong kereta lain mesti dikencang juga lori. Di saat itulah, “Ya Saman!”


Terus berhenti dua-dua; dan lorinya tak apa-apa. Automatik waktu itu. Hanya sekali saja, terus berhenti. Driver di sana ketawa.


Yang di sini juga ketawa. Ini yang automatik ini.


Macam si Rahman (Hj Abdul Rahman Ibrahim), bukan? Pernah juga cerita baru-baru dia naik kereta jalan ke Kedah.

“Empat kali pusing,” katanya.
Dia begini saja.
“Bertenang… bertenang… bertenang.”
Sudah pusing-pusing (berputar-putar ke kiri ke kanan ke depan dan ke belakang) kereta tu.
“Bertenang…” katanya.
Dia juga automatik itu.
“Bertenang…”
Pusing satu kali.
“Bertenang…”
Tiga kali bertenang, berhenti itu kereta. Tak ada apa-apa yang celaka. Ada cina muatan orang dua tu. Sampai dia dinamakan sama si cina tu ‘si bertenang.’

“Ajak bapak ‘si bertenang’ ini pergi Siam!” katanya. “Kasi ole-ole!”

Cuba! Itu automatik. Sampai dinamakannya ‘bapak bertenang.’
Bapak bertenang katanya si Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim) tadi. Ini!



* * *



Seperjalanan kita dalam kerohanian ini, antara terasa ini, perjalanan malaikat ini, kalau saya boleh bukakan rahsianya. Dengan secara begini malaikat-malaikat pada melihat ini semua. 

Dia menunggu kod. Ini cuma jadi Kudratulah; Kod Tuhan ini semua.


Jadi, bagi yang telah mengamalkan pengetahuan saya ini, kan kemungkinan? Macam saya katakan tadi; pernah kita mengamalkan pengetahuan ini di bidang pengubatan atau lain-lain, tetapi tidak sukses. Itu kesalahan letaknya bukan pada pengetahuan, melainkan lebih dahulu salahkan diri kita sendiri.


Sama saya sering terjadi juga itu. Telah saya katakan saya sering terjadi juga itu.


Tetapi saya kembali minta ampun kepada Tuhan. Tak puas, sembahyang. Sembahyang. Sembahyang. Sembahyang sampai bebas kita rasanya. Sebab apa? Masa (Takkan) kita sebagai seorang manusia yang memohon saja!


“Tuhan, bagikan si anu. Tuhan, bagikan rezeki. Tuhan…”
Cuba! Kehendak Tuhan bagi pula, tidak?
“Ah! Ini...”
Jangan meminta saja, “Ya Tuhan, panjangkan rezeki. Ya Tuhan, tambahkan rezeki. Ya Tuhan, panjang umur. Ya Tuhan, baikkan…”


Sampai bosan Tuhan dengan malaikat-Nya nanti!
“Kamu minta saja!” kata-Nya. “Tuntutan Aku, tidak?”


Itu kontrol! Sekali-sekali itu perlu. Itu koreksi ke diri kita. Sebab, macam saya katakan juga, jangan salah faham. Jangan salah terima pula. Selain dari ilmu, kenyataan ini dan segala ilmu syariat segala macam itu.


Ada lagi nanti, ada saja orang berkeliaran; jalan saja, kerjanya apa? Bikin menyakit hati orang saja. Kita terus marah sama orang itu.


Macam pernah saya ceritakan; saya pernah pula dapat cerita dalam pengembaraan saya, kan? Seorang orang tua pakai lampu di tangan. Lampu lentera (lantern - pelita bercermin) tu. Siang malam dia jalan. Tiap-tiap orang yang jumpa dilihat mata orang tu dengan lampunya. Tiap-tiap orang, “Ini!”


Dengan lampu. Siang juga. Tapi manusia tak mengerti.
“Apa orang tua tu? Gila barangkali?” katanya.
 “Siang hari pakai lampu juga jalan.” Mata orang dilihatnya.
“Apa itu orang?” katanya.
Padahal apa sebenarnya? Kalau kita mengerti dalam hidup berkebatinan, seolah-olah,


“Ini Aku! Ini lampu ni, mata kita! Ini Aku! Lihat Aku sekarang! Engkau ambillah!”


Itu! Tetapi manusia tak mengerti. Sebab apa? Ya dak? Ada di langgar sana, pengajian di sana sejarah nabi Khidir. Katanya begini-begitu, sampai berapa banyak orang mahu jumpa nabi Khidir. Katanya tak ada tulang segala macam. Katanya tak tahu dia muncul sebagai seorang tua dengan lampu.


Dilihatnya mata orang itu, seolah dia mengtakan, “Ini Aku! Ini! Ini! Ini! Ini!Ini! Ini Aku ini! Ini!”


Tapi manusia tak mengerti. Tidak.
Begitu juga dengan pengetahuan kita ini. Dia telah ada bersertamu, tapi fikiran kamu ke sana juga, tidak? Pergunakanlah dia.


Ini satu kesempatan, kebenaran, kebetulan juga. Ertinya, isi-isinya pengetahuan ini kita kupas, kita buka sekarang. Macam siang tadi, pernah sama si Bakar (Allahyarham Kapten Bakar), ‘siapa yang datang, saya test.’


“Bagaimana rasanya kalau sekiranya saya tak datang lagi ke sini? Sanggupkah orang-orang pada berdiri sendiri?”
“Oh! Jangan Pak! Jangan Pak. Jangan Pak. Saya tidak mahu.”


Saya bilang jangan bergantung kepada saya. Jadi saya didik, saya tunjukkan jalan. Begitu. Saya bimbing. Saya lepaskan, berdiri sendiri supaya apa? Supaya bisa tegak berdiri sendiri. Kalau baru baru umpamanya, berpatuhkan kepada diriku. Kalau secara pengetahuan dulu, menumpang berpegang kepada serban saya untuk masuk syurga.


“Taruhlah. Saya tanggungjawab,” saya bilang.


Tapi tidak bisa jadi orang macam saya pula. Kenapa tidak bisa? Cuma cara-cara tadi. Jangan macam tempat lain. Saya dengar… kan kalau sudah kemasukan sudah lain perasaannya? Seolah saya, kan bongkok-bongkok. Dan… dan… dan bermacam-macam. Macam apa namanya?



* * *


Pernah saya buka di sini dulu, bukan? Ibarat kita manusia ini kesempurnaan hidup, kesempurnaan kejadian, diri kita sendiri membawakannya keluar dan ke dalam; kejadian kita, apa yang ada pada kita. Ertinya:

Pertama limpah daripada raja
Kedua waris dari nabi
Ketiga gerak daripada Allah


Manusia yang ada padanya tiga macam ini, itu sudah betul-betul sempurna kejadian. Dikatakan sempurna kejadiannya. Jangan dibilang (dikatakan);


 “Kalau macam itu, kita barangkali yang gerak? Pada Allah, nggak ada. Atau warisan dari nabi.”

Semua ada pada kita, cuma kita tidak mengenalnya, tidak mengetahuinya. Limpah daripada raja inilah jasad kita, bukan? Yang limpahan, pancaran, lebihan dari ibu bapak kita, terus menjadi kita.


Yang waris dari nabi ini apa? Yang diwarisi? Nabi sama nabi waris-mewariskan ini jalan. Nggak ada nabi-nabi yang sekolah, tetapi pintar!


Itulah jalan ‘Ihdina alssirata almustaqeem; tunjukilah!’ katanya, kata nabi Yakub, bukan? Setelah mendapat khabar dari anak-anaknya bahawa nabi Yusuf diterkam serigala, bukan?


Ihdina alssirata almustaqeem; tunjukilah kami jalan yang lurus!’
Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; jalan yang telah  ditunjukkan  kepada orang-orang dulu, jalan yang berpetunjuk!’


Cubalah! Maka dapatlah jalan itu diwarisi nabi Yakub kepada nabi Yusuf. Jalan yang berisi, berpetunjuk yang ditunjukkan kepada orang-orang dulu;


‘Gghayri almaghdoobi Aaalayhim; yang tidak dimurkai.’ Diwarisi oleh nabi Musa, sampai dia sombong takbur, tapi Tuhan tidak marah padanya; dia Kalam Allah.


‘Wala alddalleen; dan tidak sesat.’ Nabi yang di-nubuwah diwarisi pula oleh nabi Isa A.S.. Roh Kudus. Tidak sesat


Ameen.’ Muhammad penutup.


Tapi jangan salah-salah faham. Saya katakan jalan, jalan, jalan.


Walhasil ada di diri kita masing-masing. Kalau ketemu (jumpa) itu jalan, macam  saya  tunjukkan sekarang, “Wah!” Terus, “Aku ni nabi!” Itu salah! Bukan!


Itu jalan tadi. Kan nabi, rasul tadi, pangkat, mahligai, pangkat dari Tuhan? Itu jalan tadi. Ibarat keretapi  Malaysia ini, keretapi di Indonesia sama saja; di atas rel, jalan tidak? Itu jalan telah ada, di atas relnya. Keretapi di India itu juga kan di atas rel dia sudah?


Sudah warisan jalan dia atau tidak? Dan bagi kita telah menemui itu jalan, itu saya katakan jangan tergelincir pula mendakwa diri kita nabi.


Macam ada orang dari Medan baru ini, bukan? Hampir diatenggelam di sini. Bersama tentera, angkatan darat, sudah dapat dikuasainya tadi. Belakangan (kemudian) baru terbuka belang!


“Apa?”


Dia mendakwakan dirinya imam  Mahadi. Habis itu gerak juga, dengan zikir ‘Allah.’ Di Melaka mula bertapak dia. Jeneral Sani dapat sama dia. Sampai dia dengan helikopter disuruh terbang ke mana-mana; ke kem  tentera angkatan darat untuk membawa kereta dia. Kebetulan Tuhan tak mengizinkan dia. Ditanya tarekat apanya bapak segala macam. Terdesak dia! Sampai diceritakan imam Mahadi dia segala macam. Semua dihentam.


Belakang keluar pengumuman; ‘Haram. Tak boleh lagi.’ Tuhan tak mengizinkan. Saya kenal betul sama orang itu di Medan. Tetapi dalam pengetahuan dia, kita diakuinya.


Pernah Dr. Mohammad Noor mendatangi dia di Melaka dulu. Ke kem bertanya. Dilepas persoalan itu, kalau kita ketemui, jumpai jalan yang diwarisi, itu darjat kita, tingkat kita sudah tinggi. 

Kalau kita dapat menemui itu jalan; merasakan dapat berjalan pada jalannya tadi; jalan ‘Ihdina alssirata almustaqeem,’


Katanya jalan ‘Sirata almustaqeem,’ yang lebarnya dalam perasaan hanya sehelai rambut lebih kurang. Kurang lagi dari sehelai rambut ini. Tetapi jalan itu berisi; isinya mukjizat-mukjizat. Berkat nubuwah itu diwajibnya.


Jumpa jalan itu, berjalan kita pada jalannya. Di situ dia automatik, Gerak Allah menyusul. Bukan aku yang mengerakkan. Bukan kita yang mengerahkan. Tapi kita tak lupa di rel jalan tadi. Itu menjadi pegangan kita. Itu jalan hidup dan kehidupan diri kita di dalam.


Macam saya omong (bicara) berputar-putar, berbalik sedikit. Ini  saya jaga, supaya ini nanti jangan nanti mendakwa diri pula jadi nabi pula masing-masing. Tidak ada ya!


Muhammad khataman nabi (khatam = tamat). Ini hati-hati.


Saya baca buku terekat. Macam-macam katanya roh manusia ini. Kan yang manusia awam, yang manusia wali, yang manusia itu katanya, ya? Saya baca di buku saja macam itu, tapi saya bawa ke jalan itu semuanya. Tuhan mengizin. Insya-Allah.


Berpeganglah di jalan itu yang telah dapat dirasakan itu. Tempoh-tempoh kami, saya, katakan pancaran. Ikut saja, saya bilang. Jalan tu jalan yang terasa. Ikut saja. Boleh kita bertanya.
“Ke mana kami, aku, dibawa?”


Dengan sendirinya dia lagi macam itu. Cubalah.


“Bawalah aku menghadap Tuhan.”


Apa katanya? Cuba! Kan tidak pergi ke atas langit? Sampai di situ saja. Sangat dekat atau tidak?


“Kembalikanlah keadaanku macam semula.”


Gerak Allah semata-mata.


Jadi kalau saya ceritakan pula ertinya pengalaman-pengalaman saya umpamanya, akan seolah-olah saya membukakan buah atau bagaimana? Akan… pernah di waktu zaman pemberontakan di Indonesia, PKI (Partai Komunis Indonesia) zaman Sukarno, jalan dalam hutan begini saja tangan. Kan menjadi lampu? Cahaya. Orang keliling saya terus ikut kita, tapi itu tak dibikin-bikin. Automatik.


Bahkan pernah pula saya makan tak bayar. Bukan saya sengaja. Dalam keadaan susah, bukan? Wangnya sedikit, kita jalan jauh lagi. Orang makan, saya makan. Cuma, apa kata saya… dia automatik ini. Bila diminta saya bayar, tak diminta. Tak saya bayar.


Sewa kereta juga begitu.
“Habis selesai kita berangkat, Pak!”
Orang-orang yang mahu ikut sama saya OK, tunggu. Saya lihat tak ada yang minta kita pergi, ertinya bukan kita sengajakan. Duit kita kekurangan, jalan  masih jauh. Kita jalan kaki itu dalam peperangan, ya dak? Alhamdulillah. Beratus-ratus kilometer lagi.


Duitnya seratus Rupiah. Cuba fikir, nak beli rokok?
Tempoh-tempoh kita naik… naik kereta. Naik kereta kita ramai-ramai. Saya duduk tegak di tengah. Dalam hati, “Kalau diminta, saya bayar. Tak diminta, tak bayar.”


Mahu berangkat diminta semua sekali. Sama saya dia tak minta. Apa tak lihat saya atau bagaimana? Tak tahu. Tapi saya berdiri dalam itu, bukan? Tak minta, sudah. Ya, terima kasih.
Habis itu, dari kereta mahu naik keretapi lagi, bukan? Ya dak?


Bagaimana ini? Saya dari Pekan Baru jalan kaki itu… itu… saya mahu pergi stesen di Bukit Tinggi menuju Padang Panjang.


“Nanti hantar, Pak,” katanya.
“Beli tiket? Bagaimana ini sewa? Anu nanti!”
“Sewa kereta ini,” katanya “tak bayar.”
Belakangan kita pura-pura, “Berapa?”
“Tak usah, Pak. Tak usah.”


Ini. Jadi, berjalan pada jalan-Nya tadi. Tuhan insya-Allah memberi kemudahan bagi perjalanan kita. Itulah, tempoh-tempoh tak makan di akal. Tetapi kalau kita halus-halusi pula, bukan?


Telah terjadi itu yang dari dalam keluar pancaran dikatakan. Kalau sebagai seorang manusia biasa, kita amalkan saja dengan ayatnya macam telah diberikan;


“Tooliju allayla fee alnnahari watooliju alnnahara fee allayli watukhriju alhayya mina almayyiti watukhriju almayyita mina alhayyi watarzuqu man tashao bighayri hisabin.” (3:27)

“Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (hitungan).”


Dimasukkan yang malam kepada siang, siang kepada malam:
Tooliju allayla fee alnnahari watooliju alnnahara fee allayli.


Didatangkan yang hidup daripada yang mati, dan yang mati daripada yang hidup:
watukhriju alhayya mina almayyiti
watukhriju almayyita mina alhayyi


Untuk itu watarzuqu man tashao bighayri hisabin: rezeki yang tak terduga-duga dibanyaknya


Sekarang saya mahu tanya, tidakkah kita lakukan itu? Kita masukkan malam kepada siang, siang kepada malam. Tidakkah kita telah keluarkan yang hidup dalam ini daripada yang mati ini, tidak?


Dan yang mati ini kembali kepada yang hidup, tidak? Yang mana yang siang, dan yang mana yang malam pada kita? Bukankah di dalam itu yang siang terang-benderang? Di alam ini yang gelap, tidak?


Yang malam? Telah kita lakukan dengan bergerak ini. Telah keluar masuk. Yang hidup di dalam telah keluar melalui hujung-hujung jari kita; yang telah terasa, yang telah memancar, kata tadi.
Itu saja. Satu.


Itu saja kita amalkan. “Tooliju allayla fee alnnahari watooliju alnnahara fee allayli watukhriju alhayya mina almayyiti watukhriju almayyita mina alhayyi.”


Insya-Allah. Bukan sia-sia janji Tuhan tadi; watarzuqu man tashao bighayri hisabin. Nantikanlah. Tapi amalkan.

Kita telah lakukan itu.



* * *


Dan begitulah. Ilmu ini cukup luas.


“Mereka bertanya kepada engkau Muhammad mengenai roh. Jawablah bahawa tidak diberi tahu tentang itu, kecuali hanya sedikit.” (17:85)


Tetapi kata yang sedikit ini bagi nabi. Kata sedikit ini bagi kita, kita bawakan ke diri kita. Apa, sedikitkah pula ertinya bagi kita?


Bukankah dengan ada yang sedikit itu yang membawa kehidupan bagi badan diri kita? Sedikit namanya itu.


“Mereka bertanya kepada engkau ya Muhammad mengenai roh,” kata-Nya.
“Jawablah, kecuali hanya sedikit,” kata-Nya.


Buktinya bagi kita yang sedikit itu kenyataannya apa? Seluruh badan kita bergantung padanya, tidak? Kalau pergi yang sedikit itu, bisa mata ini melihat? Bisa kuping (telinga) itu mendengar?


Jadi, ini ilmu pengetahuan memang tanpa amal. Memang ini minta diamalkan. Yang tadinya kami sendiri yang dikatakan amalan-amalan diamalkan. Kita bangun tengah malam, kita sembahyang, kita berzikir, kita berzikir, kita berzikir. Itu namanya kita telah beramal.


Dalam ilmu pengetahuan kita, ini diamalkan. Dipraktikkan ilmu ini. Itulah menjadi amalan kita siang dan malam. Jangan disimpan saja! Apalagi kalau kita telah dapat membawakan. Ilmu itulah yang kita. Dia automatik saja. Sebab, ini ilmu seluruh ini. Bahkan kita dengan ilmu-Nya.


Kalau tadi, permulaan kita dengan ilmu-Nya, ilmu ghaib dengan tenaga ghaib, dengan pengertian-pengertian kami berikan. Ini berubah-berubah, sehingga ini ilmu-Nya. Ini jadi orang pada kita. Tak apa lagi. Ingat sajalah.


“Mahu apa?”
“Sakit, Pak!”
Dia automatik saja.


Akan tetapi, itu tadinya gunanya ada siang, ada malam. Ada malam, ada siang. Walaupun bagaimana, bagaimana, bagaimana dalamnya, tingginya, nilainya ilmu kita, namun  kemanusiaan kita tak boleh… tak dapat kita tinggalkan. Jadi, itu jangan!


Pernah pula ada anak buah saya di Indonesia sampai dia cakap dia sudah berdiri di bidang rohani saja, bukan? Bulan puasa tinggal di hotel mengubat orang, bukan? Orang datang, sebelum apa… dia duduk, dia bakar… hisap rokok dulu! Bulan puasa ini! Siang hari, itu!


Sudah mulai meragukan orang, tidak? Bulan puasa.


Pengajiannya, katanya Dua Kalimah Syahadat. Dia merokok. Ditanya, samping dijawab pula.
“Wah, saya tak apa. Tak puasa tak apa. Tak sembahyang tak apa!”


Cuba! Kalau makan diperlu, duit dia perlu, itu kemanusiaan tadi tak boleh kita tinggalkan. Tak boleh kita lupakan. Ertinya, banyak bahang kemanusiaan tadi; hidup bermasyarakat, mandi, bersihkan badan, makan minum. Itu ertinya macam saya katakana  tadi, ada siang ada malamnya.


Jangan siang selalu hari. Ada malam supaya tidur katanya, dak?
“Itu juga orang rohani,” katanya saya, dak?


Tetapi, dia berasa perut lapar katanya dia makan. Orang rohani, tidak apa-apa dia; tak perlu makan, minum. Dia bekerja. Berjalan  terus rupanya, tapi dia fikir hendak mencari duit, katanya.


Hendak  mengubat orang, cari duit dak?  Fikiran manusia lagi. Malaikat kan tak perlu duit, tak perlu apa-apa?


Di situ kesalahan pula, saya tekankan. Walaupun bagaimana, kemanusiaan kita tidak boleh ditinggalkan. Jangan sampai terjadi pula pengalaman yang sudah tak puasa dia nggak apa, tak sembahyang dia nggak apa, katanya.


Tapi dia mahu makan, mahu cantik, mahu bagus. Itu salah!


Tapi itu persoalan engkau dengan Tuhan-mu. Engkau salah, engkau yang akan dihukum. Jadi kami memberi penerangan, memberi jalan, menerangkan dan segala-galanya. Ertinya, terhadap Tuhan dalam ertikata yang sebenarnya, bukan? Lakukan suruh, hentikan tegah.


Saya banyak yang sudah alami; jumpa kiai, ulama dan segala macam, yang sembahyang, yang tidak sembahyang, yang sembahyang saja tapi tak pernah ke Jumaat. Ada juga yang tak mandi-mandi.


Tetapi bukan saya terus menyalahkan seseorang. Saya fikirkan. Saya fikirkan. Saya fikirkan. Saya fikirkan. Itu makanya saya pernah katakan tadi; pernah saya melihat orang bikin orang marah saja pada dia. Ada juga itu manusia, tetapi di balik kenyataan itu.


Ada yang tak mandi-mandi, pergi jalan saja. Tapi kalau mahu menjadi orang dengan ilmu pengetahuan ini, sedapat mungkin orang yang wajar. Kalau kita berilmu, sebagai orang yang berilmu yang dapat dinilai, dapat dia hargai dengan kedudukan yang baik dipandang dan segala-galanya.


Di Indonesia banyak kiai-kiai orang berilmu. Dalam warak terkabul permintaannya, tetapi tinggalnya keluar dari orang ramai; di kaki gunung, di surau, sendiri. Manusia yang pintar-pintar ilmu akal, dia datang minta barkahnya terus dia naik pangkat dapat duit.


Tapi si kiai jadi orang? Jadi apa? Cuba bayangkan. Tidak kiramahnya orang yang ambil. Dia keluar dari masyarakat ramai, sebab apa?


“Menjaga kesucian diri, badan diri,” katanya. “Mata jangan melihat yang haram. Mulut ini jangan memperkatakan yang haram. Telinga ini jangan mendengar yang haram. Itu.”


Orang yang pintar, didatanginya kiai itu… itu… itu… itu… dia minta apa-apa, minta barkah-nya itu. Dibawanya rokok, ditinggalkan duit. Orang percayai itu antara minta barkahnya saja.


Duduklah di bandar! Kita jadi orang besar. Pimpin umat. Tunjukkan jalan. Pergunakanlah segala-gala yang diciptakan di dunia ini untuk manusia, untuk yang tahu. Jangan hendaknya nanti, “Wah saya pergi ke anu saja. Ini mukjizat segala macam ini!”


Terus keluar dari kota, dari bandar, bukan? Nanti datang orang lain pergi ke si anu mintak barkat sama dia. Dikasi jampi, dikasi air kita terus bisa makbul.


Jadi, kita jadi apa? Dunia orang apa? Apa kita tak boleh mengecap dunia ini?
Tetapi pada jalannya.
Macam saya bilang  tadi. Walaupun bengkok ke kiri atau ke kanan jalan keretapi, tetapi pada
jalannya dia berbelok, bukan? Pada corner-nya, pada jalannya dia berbelok.


* * *
  
Dan ya, jadi ilmu ini, jangan sampai pula hendaknya, apa namanya itu? Seolah-olah dipilih kasih.


Saya dalam hal ini atau kami dalam hal ini dilebihkan kepada si anu, dikurangkan kepada si anu. Tak ada semua itu suratan, apa namanya… kecederasan kita menangkapnya pengalaman kita.


Untuk menambah, lebih meningkat, dan merenungkan, memikirkan dan segala-galanya, membaca buku perantara biografi orang besar, wali-wali Allah; tingkatannya, buku-buku ulama yang terkenal, biar orang barat sekalipun.


Kita perlu membaca sejarah; sejarah orang besar-besar. Bagaimana caranya sampai dia menjadi besar? Iman Shafie, Hambali, Hanafi segala macam. Kepada ahli-ahli tasawuf, ahli feqah, semua sekali kita ketahui hendaknya sejarah-sejarah. Itu makanya, kebanyakan orang-orang besar, bukan?


Walaupun katanya orang besar, dulu dua abad tiga abad yang sudah meninggal dunia, tapi dengan baca bukunya orang besar tadi, sampai dia bisa mengatakan bahawa guruku adalah si polan. Padahal bukunya saja dibacanya. Itu perlunya. Di situ! Setelah kita dapat mengenal diri kita sendiri dan sebagainya, kita pula menentukan, menghitung, menghisab diri sendiri dan sebagainya, sampai kita mengatakan,


“Hendak ke mana Aku? Mahu apa Aku? Di mana Aku sekarang berada? Mahu apa? Mahu ke mana?”


Ibarat dalam perjalanan kita tadi. Kita berjalan. Berjalan. Berjalan. Kalau sudah jauh berjalan, kita kembali lagi ke pangkalan, ke titik tolak semula. Jangan terus saja berjalan lekas sampai.


Nanti nggak balik lagi! Kita kembali, sebab dalam Ilmu Tuhan, dalam ilmu kebatinan, dalam ilmu kebatinan, ilmu yang benar, ilmu yang betul.



* * *
  

Dan, pernah kebelakangan (akhir-akhir) ini, bukan? Di Indonesia timbul satu pertanyaan… boleh dipercaya, boleh tidak dipercaya. Ertinya, nasib seseorang ini sebelum terjadi dapatkah dirobah?


Bolehkah dirobah? Cuba!


Padahal ini suratan, nasib, takdir, janji, ketentuan dari Tuhan, katanya, tidak? Kan dengan ilmu pengetahuan ini, telah mendalam praktikal, telah banyak segala macam, timbul persoalan di antara kami? Dapatkah nasib seseorang ini, suratan seseorang ini bolehkah dirobah? Sebelum terjadi? Cubalah bayangkan itu. Saya katakan boleh dipercayai, boleh tidak dipercayai. Didengar saja. Sampai cari-cari buku.


Dapat, bukan?
Kami, menjadi kesimpulan pula; boleh dirobah.


Kenapa tidak? Sebab bagi orang ahli kebatinan, tiap-tiap sesuatu sebelum terjadi bayangan sudah ada terlebih dahulu. Itu suratan, bukan? Ibarat air bah, sebelum dia banjir, bukan? Kita bisa bikin saluran lain atau tidak, supaya jangan terjadi banjir? Tetapi kalau sudah menjadi banjir tidak bisa dibendung lagi. Itu suratan, yang tadinya.


Ahli falaq, ahli nujum  mengatakan, “Umur sekian bapak itu… itu. Malam itu… itu… itu akan dapat kecelakaan segala macam.”


Apa betul, tak betul? Kita tenang kembali. Cuba lihat lagi.
“Ini lain lagi tulisan,” katanya.


Itu! Ini rahsia peribadi sendiri, hendaknya. Kalau dibawa ke umum, itu mesti nanti ajaran kami pula salah. Sedangkan suratan, nasib, takdir, janji ketentuan dari Tuhan tak dapat di robah-robah lagi. Itu sulit tetapi ini yang saya katakan pengalaman kami.


Pernah saya juga tahun enam  puluh  berapa, tujuh  puluh apa di Singapura, didatangi dua orang juga. Orang dua. Entah dari mana datangnya. Malaikat, manusia nggak tahu saya. Didatangi di Jalan Keladi. Dia tanya itu saja cuma.


“Saya mahu tanya, Pak.”
“Apa?”
“Saya tahu Bapak ilmu tauhid tinggi. Sekarang saya mahu tanya, bapak hanya jawab ‘ya’ atau ‘tidak’ saja. Nasib manusia bisa dirobah atau tidak?”


Cuma itu juga. Tak ingat tu, saya bilang (kata), “Boleh.”

Terus dia salam, dia pergi. Cocok (tepat, setuju). Dia terus pergi saja.
Buat kita ini ertinya saya mengatakan apa yang telah terjadi, bukan? Macam saya katakan tadi, terima boleh, maka fikiran tidak… tidak apa. Tapi bagi diri saya sendiri, pernahkah mendengar orang?


“Cuba lihat. Periksa badan saya, Pak,” katanya.


“Kalau ada yang sial sama saya. Kenapa begitu… begitu… begitu tidak dapat tidak jadi? Barangkali ada yang tak baik pada badan diri saya.”


Itu suratan badan, bukan? Sebab apa terjadi bagi badan diri, menurut suratan? Malaikat kiri kanan yang menjaga. Suratannya pukul tiga dapat kecelakaan, bukan? Itu mereka tinggal menolak saja. Tetapi surat tadi bertukar, tentu tak jadi. Jadi, sekiranya dapat pula kita menanggalkan yang tidak baik di badan ini, biar saja dulu ertinya yang automatik ini yang merobah. Jangan pula salah pengertian.


“Kalau begitu, orang yang baik itu kita bisa bikin jahat.”


Itu fikiran yang tidak baik namanya, dibawakan. Itu dihisab, diperhitungkan.



* * *


Tapi fahamilah. Pegang betullah ilmu pengetahuan ini. Jadikanlah dia seluruh anggotamu menjadinya dalam erti keseluruhannya, sampai bawaannya serba automatik tadi.


Kepadanya dikatakan tadi, kan ada jalan? Jalan warisan yang berisi; isinya mukjizat-mukjizat. Ilmu pengetahuan ini dengan pergerakan segala macam ini, datang persoalan orang tanya, bukan?


Oleh kerana jalan yang warisi ini, yang kita warisi sekarang, di situlah keluar jawapan dengan automatik. Yang pelik-pelik dari ilmu akal, “Bagaimana ini?”


Tetapi di saat waktu itu kita dengan ilmu kita timbul saja itu jawab. Itulah automatik. Sampai telah terjadi, kita berfikir, “Bagaimana saya boleh jawab tadi tu? Siapa yang menjawab?”


Adalah ini [kedua belah tapak tangan terbuka] ibarat kitab, bukan?
“Kitabullah,” katanya.


Kalau pengetahuan orang dulu, tinggal, orang tinggal membukai saja. Bila kita telah terbuka, bacalah. Orang tinggal membaca ini, tinggal berjalan. Kan macam-macam  nampak? Bukan hati? Paru paru  saya yang akan nampak, tidak?


“Kitabullah… kalau jadi Kitabullah… biarlah.”

Ada pula saya dengar orang mengatakan, ertinya, “Ilmu ini betul, tetapi dari dulu-dulu lagi, di zaman sebelum nabi Muhammad,” katanya.

“Tetapi setelah nabi Muhammad,” katanya,

“Lahir dan menjadi rasul, itu ilmu tak dipakai lagi,” jawab orang.


Seseorang yang menanyakan kepada seorang ulama. Ulama ini kan mempunyai pendapat masing-masing? Bagaimana kalau saya mengatakan, bahawa adalah isi Quran tadi kesimpulan dari… kesimpulan semenjak dari Taurat… semenjak dari Zabur, Taurat, Injil? Dan Quran, kenapa ilmu sebelum itu masih kita batalkan?


Dalam Quran itu kan kesimpulan isi, semenjak dari Zabur sambung ke Taurat, terus ke Injil sampai menjadi Quran. Kalau tidak, Quran tidak mengakui Nabi Esa, tak mengaku Nabi Musa, tidak mengakui Nabi Daud. Dan pernah pula saya mendapat tahu dari orang-orang yang dalam juga, bahawa ilmu ini adanya di zaman, di masa Nabi Muhammad serta sahabat.


“Memang ilmu ini sangat tinggi, dan dalam, dan pelik,” katanya.
“Kalau kurang hati-hati, bisa jadi gila,” katanya.

Itu betul juga. Kenapa tidak? Tetapi kalau sudah  tahu caranya membawakannya, yang gila tak bisa jadi gila dia bikin. Tetapi bisa jadi gila oleh kerana dibawakan. Ini tak boleh diganggu-gugat; alat penerima, alat pengirim, mempunyai sangkut-paut urat-urat saraf segala-galanya ini.


Kalau di segi alam Akbar, alam besar, ini hak Tuhan, sebab ini paling tertinggi yang tak boleh diganggu-gugat. Manusia dengan ilmunya ini, gerak-geri segala macam dibawakan ke sini (fikiran) terbakar dia! Panas itu. Itu!


Macam-macam, bukan? Sampai terjadi yang tidak baik, yang tidak diingin. Kebanyakan pula ahl i tarekat, “Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.”


Sampai pintu, hijab terbuka katanya. Ada yang kuat, ada yang tidak kuat. Itu. Kebanyakan juga ada yang sampai gila. Orang banyak mengatakan gila, tetapi tidak gila. Kalau gila, gila Tuhan
sampai lupa ke kemanusiaannya.


Itu dibilang (dikatakan), “Jangan lupa. Jangan tinggalkan kemanusian kita.”


Macam kita baca sejarahnya al-Hallaj, bukan?
Ana al-Haq,” katanya.
Pengajian begitu, lantaran Allah semata-mata. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah semuanya ini. Ana al-Haq. Aku-lah Kebenaran. Aku-lah Tuhan. Sampai dihukum gantung dia, bukan? Di situ!


Tetapi dipertahankan hak dia tadi. Oleh kerana satu jurusan saja, ke sana fikirannya.
“Allah! Allah! Allah! Allah! Allah! Allah! Allah!” Kita tidak kehendaki sampai ke situ. Tidak!


Ilmunya, itu saja. Macam saya katakan, jauh tak ada antara dekat tak ada batas. Tapi satu, tidak?

Dan begitulah.



* * *


Rupanya hari sudah malam pula.
Malam ini, saya sendiri  tadi dengan fikiran  saya, dengan akal saya, apalah saya hendak buat malam ini? Saya lihat orang begitu ramai, bukan? Hingga nggak  nampak jalan, apa saya harus gerakkan orang, atau bagaimana?


Tahu-tahu jadi macam ini, kuliah macam ini, sekarang kuliah macam ini. Tapi yang saya berikan, yang saya bukakan, pengalaman yang ada pada saya segala macam.


Kalau orang dulu-dulu dia punyai ilmu tak mahu dibukakan!



Selesai pada 13 Mei 2003
Di rumah kami
180, Jalan Mewah 5, Taman Mewah II, LUNAS, Kedah.



.

No comments:

Post a Comment